Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SK SERI LANGKAP

1. Kelas bermula pada jam 7.40 pagi setiap hari (Isnin-Jumaat). Namun, ibu bapa
perlu menghantar anak-anak sebelum pukul 7.30 pagi kerana murid perlu
menghadiri perhimpunan pagi.

2. Kelas tamat pada jam 1.00 / 1.30 tengahari (Isnin-selasa), 12.30 tengahari (Rabu
Khamis) dan 12.00 tgh (Jumaat). Sila rujuk lampiran bagi pendetilan jadual waktu
balik kelas PPKI.

3. Kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu. Jadual waktu terkini bagi aktiviti
kokurikulum kelas PPKI akan diedarkan kepada ibu bapa dari semasa ke
semasa.

4. Murid tidak dibenarkan balik awal kecuali diambil ibu bapa / penjaga di kelas.

5. Murid dikehendaki mengikuti semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah.


Pengecualian hanya dibenarkan kepada murid yang didapati tidak berupaya
melakukan aktiviti tersebut disebabkan oleh kekangan fizikal atau kesihatan
yang tidak mengizinkan.

6. Pakaian sukan hendaklah dipakai sewaktu aktiviti tertentu seperti pendidikan


jasmani dan aktiviti berkebun.

7. Ibu bapa / penjaga dikehendaki menyediakan pakaian tambahan untuk anak-


anak mereka bagi kes-kes kecemasan.

8. Waktu rehat bermula pada jam 9.10 pagi hingga 9.30 pagi.
9. Ibu bapa / penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang
penyakit yang kerap mengganggu anak mereka supaya guru-guru lebih
bersedia untuk menghadapinya.

10. Ibu bapa / penjaga bertanggungjawab memeriksa beg anak mereka sebelum
pergi dan balik dari sekolah.

11. Ibu bapa / penjaga bertanggungjawab menyediakan alat tulis untuk anak-anak
mereka.

12. Bayaran Tambahan Persekolahan perlu dibayar apabila murid mendaftar ke


sekolah. Jika murid tersebut bertukar sekolah dan telah membayar Bayaran
Tambahan Persekolahan di sekolah lama, ibu bapa / penjaga perlu sertakan
resit asal dari sekolah lama berkenaan untuk dikecualikan dari membayar
Bayaran Tambahan Persekolahan sekali lagi di sekolah baru.

13. Ibu bapa / penjaga mesti memberikan No. Kad OKU dan No. Akaun Bank BSN
kepada pihak sekolah secepat mungkin bagi tujuan permohonan elaun OKU.

Anda mungkin juga menyukai