Anda di halaman 1dari 1

Fauzila Binti Harun,

Zies Taste Enterprise,


Pusat Pengumpulan dan Pengedaran,
Produk Industri Asas Tani,
Pejabat Pertanian,
36600 Chenderong Balai,
Teluk Intan,
Perak.

Plus Expressways Berhad,


Commercial Facilities Department,
Menara Korperat Persada, Persada Plus,
Persimpangan Bertingkat Subang,
KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. 6 SEPTEMBER 2010

Tuan,

MEMOHON KIOSK SEMENTARA DI HENTIAN REHAT DAN RAWAT TAPAH PERAK

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya mengusahakan sebuah industri makanan yang
antaranya menyediakan pelbagai kuih muih tradisional seperti Putu Perak, Bahulu Kemboja,
bahulu panas dan sebagainya. Permohonan saya ini adalah bertujuan mempromosikan
barangan berupa makanan tradisional yang semakin dilupakan pada hari ini. (Rujuk
lampiran).
3. Perusahaan ini telah pun dikomersialkan di expo-expo seperti Maha 2008, Hari
Peladang Penternak dan Nelayan Negeri dan Kebangsaan, SDSI serta berbagai-bagai
agensi kerajaan. Ini kerana, syarikat ini juga berada di bawah naungan Jabatan Pertanian,
FAMA dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak.
4. Untuk makluman pihak tuan, kami juga telah membuka cawangan yang pertama di
Hentian Rehat dan Rawat Agro Bazaar FAMA di Ulu Bernam, Selangor. Kuih muih yang
kami sediakan ini diterima oleh pelbagai kaum dan sambutannya amat menggalakkan. Jika
diberi kesempatan, kami berhasrat memperkembangkan lagi perusahaan ini sehingga ke
peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
5. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan
mengambil kira kepentingan memajukan perusahaan Bumiputra. Segala usaha yang
dilakukan untuk menunaikan permohonan ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

………………………………..
(FAUZILA BT HARUN)
Pengurus

Anda mungkin juga menyukai