Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PUSAT PEMBANGUNAN KOMUNITI OKU

LANGKAP

1.0 PENGENALAN

Sejak terbangunnya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan


Seri Langkap (SKSL) pada Januari tahun 2008, sambutan yang ditunjukkan oleh ibu
bapa dan masyarakat setempat amat menggalakkan. Dari tahun ke tahun PPKI SKSL
berkembang dengan jumlah kelas meningkat dari satu hingga sembilan buah sehingga
September 2013.

Sejak ditubuhkan, PPKI SKSL tidak putus-putus menganjurkan pelbagai aktiviti


terutamanya yang melibatkan pengembangan fizikal di samping meningkatkan nilai
akhlak serta kerohanian murid-murid OKU di sekolah ini. Antara aktiviti tersebut adalah
seperti lawatan sambil belajar, lawatan pengajaran dan pembelajaran, terapi berkuda
terapi boling, aktiviti bijak berbelanja, sukan olahraga, Ihya Ramadan, dan sebagainya.
Semua aktiviti ini bertujuan meningkatkan nilai dan keupayaan sosial, moral dan
keagamaan serta tahap kefungsian murid-murid istimewa ini.

2.0 RASIONAL

Dengan wujudnya sembilan kelas, PPKI SKSL dapat menampung 60 orang murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Mereka juga merupakan murid-murid yang
menghadapi pelbagai masalah seperti autisme, terencat akal, masalah lembam,
sindrom down, deseleksia dan sebagainya.

Melihat kepada masa depan murid berkenaan sedikit masa lagi, iaitu apabila
mereka meninggalkan bangku sekolah, pihak PPKI berasa prihatin dan bimbang jika
mereka tidak dapat meneruskan hidup dengan baik seperti insan lain. Oleh yang
demikian, kami berbesar hati jika pihak berwajib dapat mendirikan sebuah Pusat
Pembangunan Komuniti OKU di sekitar Langkap ini. Dengan terbinanya bangunan ini,

1
diharapkan semua warga OKU di kawasan ini dapat menikmati kemudahan yang
berterusan.

3.0 KEPENTINGAN

Pusat Pembangunan Komuniti OKU ini merupakan keperluan yang sangat penting bagi
memenuhi peluang pekerjaan, hala tuju murid dan membuka jalan penyelesaian bagi
membantu pihak ibu bapa menetapkan arah tuju anak-anak mereka yang berkeperluan
khas ini.

4.0 MATLAMAT

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan


Khas, Pusat Pembangunan Komuniti OKU ini diharapkan dapat melahirkan generasi
OKU yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri, masyarakat, bangsa,
negara dan agama mengikut tahap kemampuan yang ada pada anak-anak istimewa ini.
Falsafah yang dirangka ini menggalakkan murid bercita-cita tinggi untuk menjadi insan
yang berguna dan sangup berkorban untuk agama, masyarakat dan negara pada masa
hadapan.

5.0 OBJEKTIF

Objektif yang dapat disenaraikan bagi Pusat Komuniti OKU ini dalah seperti berikut:

5.1 Meningkatkan ekonomi masyarakat setempat di samping inidividu OKU tersebut


berserta keluarga.

5.2 Membuka peluang pekerjaan kepada murid dan ini mengajar murid berdikari untuk
menyara diri sendiri dan seterusnya keluarga pada masa hadapan.

5.3 Mengurangkan masalah sosial bagi murid-murid pendidikan khas, terutamanya


mereka yang bermasalah lembam. Ini kerana, pengangguran mereka boleh
mengundang pelbagai masalah sosial yang tidak diingini.

2
5.4 Meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana
dan mengatasi kekurangan diri mereka.

5.5 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru dan murid serta masyarakat
setempat kerana mereka diberi pendedahan untuk bersosial.

6.0 LOKASI

6.1 Lokasi yang dipilih bagi mewujudkan Pusat Komuniti ini adalah di sekitar Pekan
Langkap.

7.0 KUMPULAN SASARAN

7.1 Pusat Pembangunan OKU ini mensasarkan murid-murid OKU Bumiputera dan
bukan Bumiputera serta penjaga yang terdiri daripada semua kaum tidak mengira
bangsa dan agama.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Kos penyelenggaraan RM60,000.00

9.2 Kos peralatan dan prasarana RM40,000.00

9.3 Jumlah keseluruhan RM100,000.00

9.0 PENUTUP

Setiap murid pendidikan khas adalah termasuk dalam kategori kanak-kanak di mana
mereka berhak mendapat peluang dan hak yang sama rata. Oleh itu, apa sahaja aktiviti
yang dirancang dan dijalankan mestilah mengambil kira kepentingan dan keperluan
setiap seorang daripada mereka tanpa ada yang merasa terpinggir.

Oleh yang demikian, Pusat Pembagunan Komuniti OKU ini diharapkan dapat dibina

3
seberapa segera untuk memastikan peluang pekerjaan dan pendapatan murid ini
apabila mereka menginjak dewasa tidak lama lagi. Dengan ini mereka tidak akan
merasa rendah diri dan berbeza dari rakan yang lain. Mereka juga dapat hidup dengan
sempurna dan gembira tanpa sedikit pun rasa rendah diri ataupun tersisih daripada
insan lain di dunia ini.

Misi ini tidak akan berjaya jika semua pihak tidak berganding bahu bersama
dengan pihak sekolah bagi merangka serta memenuhi apa sahaja peralatan yang
diperlukan untuk memenuhi cadangan ini. Oleh yang demikian, sumbangan tenaga,
kewangan, cadangan yang baik daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru-guru
dan masyarakat setempat amat dialu-alukan.

Anda mungkin juga menyukai