Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PENANDA ARAS LAWATAN KELAS INSPIRASI INSAN SK

KANGKA TEBRAU KE SEKOLAH LUAR BIASA PUTRAKAMI BATAM

1.0     PENDAHULUAN
   Pada 27 Mac 2020, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kangka Tebrau ingin
mengadakan satu lawatan penanda aras ke Sekolah Kangka Tebrau dengan harapan
dapat meningkatkan lagi pencapaian prestasi sekolah. Ia merupakan isu utama bagi
sekolah-sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan itu, Pendidikan Khas Integrasi SK
Kangka Tebrau juga telah mengambil langkah-langkah meningkatkan prestasi dengan
mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Luar Biasa Putrakami yang dijadualkan pada 27 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai
langkah utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum
program pendidikan khas agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya
meletakkan kecemerlangan sebagai agenda utama mereka.

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu
perkhidmatan antara kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas
dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian
murid. Hal ini sekaligus akan meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru di samping
menimba pengetahuan untuk menambahbaik pengurusan program pendidikan khas.

2.0      RASIONAL
      Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
memperkasakan lagi PPKI, maka program sebegini sesuai dilaksanakan kerana ia
memberi pendedahan secara langsung kepada guru-guru PPKI dalam mendapatkan
idea-idea baru yang bernas dalam memantapkan lagi program PPKI. Selain itu, lawatan
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda
dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar PPKI untuk meneroka masa depan yang
lebih baik dan berkualiti. Antara rasional yang lain :
2.1 Dapat memberi motivasi kepada guru-guru serta pelajar ke arah kecemerlangan.
2.2 Menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran serta kemahiran dalam bidang-
bidang tertentu.
2.3 Dapat memberi galakan kepada guru-guru untuk bekerja dengan lebih tekun dan
bersungguh-sungguh ke arah memastikan kecemerlangan PPKI.

3.0     OBJEKTIF
3.1 Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan dengan Sekolah Luar Biasa
Putrakami.
3.2 Guru-guru dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran tentang
kecemerlangan melalui pengalaman sebenar.
3.3 Dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang
pengurusan Pendidikan Khas.

4.0       DESTINASI/ TEMPAT
Sekolah Luar Biasa PutraKami, Batam
           

5.0       PELAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 27 Mac 2020
            Hari                 : Jumaat
            Masa               : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

6.0       KUMPULAN SASARAN
Guru Pendidikan Khas Sk Kangka Tebrau dan Sekolah Luar Biasa Putrakami.
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. PERKARA KUANTITI & JUMLAH


KOS
1. Cenderahati
2. Makanan dan minuman
3. Banner
Jumlah

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Persiapan Tempat :
Jurugambar :
Dokumentasi :
Cenderamata & Goodies :
Buku Program :
Persembahan Angklung :
Lawatan :
Makanan :
Disiplin
Kebersihan Dan Keceriaan :

9.0    TENTATIF LAWATAN


10.0   PENUTUP
Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh guru-guru dan pelajar dalam
lawatan ini dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri semua untuk menjalankan
tugas dengan lebih dedikasi. Diharap guru-guru dapat menggunakan pengalaman yang
diperolehi untuk menambahbaik kualiti kerja. Semoga lawatan ini dapat memberi
manfaat kepada semua peserta.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

------------------------ ………………………………….
(LIVESHAA/P (NORZILA BT IHSAN)
SINGGARAVI)
Penyelaras Program Guru Penolong Kanan
SK Kangka Tebrau SK Kangka Tebrau

Disahkan oleh :

-----------------------------
(JA’FAR BIN BOHARI)
Guru Besar
SK Kangka Tebrau

Anda mungkin juga menyukai