Anda di halaman 1dari 9

Kertas Kerja Projek Pembangunan Pasukan Bola Keranjang Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban Hari Kecemerlangan SBP

2012
PENGENALAN Kecemerlangan pasukan bola keranjang Sekolah Dato Abdul Razak pada masa kini tidak dapat dinafikan lagi di kalangan sekolah-sekolah lain. Pasukan bola keranjang Hari Kecemerlangan SBP digeruni oleh sekolah-sekolah berasrama penuh lain khususnya yang berada di zon selatan. Pada tahun ini pasukan bola keranjang SDAR telah menjadi johan Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan dan akan mewakili sekolah berasrama penuh zon selatan ke kejohanan Bola Keranjang Hari Kecemerlangan SBP peringkat kebangsaan di Kolej Tunku kurshiah, Seremban. Semua ahli pasukan dan warga sekolah mengharapkan kejayaan cemerlang sewaktu kejohanan peringkat kebangsaan ini dan seterusnya membawa pulang trofi juara yang diidamkan. RASIONAL Tradisi kecemerlangan pasukan bola keranjang Sekolah Dato Abdul Razak perlu diteruskan sepanjang masa. Pasukan bola keranjang HKSBP tidak boleh setakat menjuarai peringkat zon selatan sahaja. Kecemerlangan perlu diteruskan untuk mendapat tempat yang lebih baik di setiap peringkat pertandingan. Sehubungan dengan itu, projek pembangunan bola keranjang yang sedia ada perlu diperkasakan lagi dengan persediaan fizikal dan mental pemain melalui strategi yang diatur. MATLAMAT Matlamatnya ialah membentuk sebuah pasukan yang kuat untuk menghadapi pertandingan bola keranjang peringkat daerah dan negeri dan kejohanan bola keranjang HKSBP peringkat Zon Selatan dan Kebangsaan bagi tahun 2011. OBJEKTIF 1. Menjuarai Pertandingan bola keranjang sempena Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) peringkat Zon Selatan 2012. 2. Menjadi Johan dalam Pertandingan bola keranjang sempena Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) peringkat Kebangsaan 2012. 3. Menjadi Johan dalam Pertandingan bola keranjang kategori bawah 18 dan bawah 15 tahun peringkat daerah dan seterusnya beberapa pemain mendapat tempat di kejohanan peringkat negeri.

CARTA ORGANISASI Pasukan Bola Keranjang Sekolah Dato Abdul Razak 2012
Pengerusi Majlis Kokurikulum Tn Hj Zakaria bin Md Zin Naib Pengerusi Majlis Kokurikulum Tn Hj Sahak bin Ahmadun Timbalan Pengerusi Majlis Kokurikulum Pn Zainah Ahmad Sisman Setiausaha Sukan En Mohd Azhar bin Ma Hassan Guru Penasihat En Mohd Syukor Abdullah Cik Laili Fadzlina bt Zakaria Pn Rubayati Cik Rozita Pn Famida Pengerusi Ahmadul Hadi bin Muhamad Sharif Naib Pengerusi Mohd Faiz bin Abdul Razak Setiausaha Amir Haziq bin Mohamed Shamsuri Bendahari Omar bin Ab Aziz Naib Pengerusi Majlis Kokurikulum En Salehudin Pungut

AJK Tingkatan 5 Hasnain bin Hasanan

AJK Tingkatan 4 Izet Aqim bin Zamri

AJK Tingkatan 3 Hambali bin Ramly

AJK Tingkatan 2 Noor Muhammad Rusyaidi bin Noor Mohd Raduwan

AJK Tingkatan 1 Aiman Zulqadri bin Mohd Zuber

Senarai Nama Pemain SDAR 2011


1. Hasnain bin Hasanan 2. Amir Haziq bin Mohamed Shamsuri 3. Omar bin Ab Aziz 4. Ahmadul Hadi bin Muhamad Sharif 5. Mohd Noor Solehin bin Sulaiman 6. Izzet Aqim bin Zamri 7. Muhammad Hambali bin Ramly 8. Mohd Faiz bin Abdul Razak 9. Hanif bin Ismail 10. Mohd Nasif bin Mohamad Azlan 11. Ahmad Syahid bin Radzran 12. Wan Amirul Zaki bin Wan Raselan 13. Ahmad Syukri bin Ahmad Nazre 14. Mohd Danial Azfar bin Mohd Reza 15. Mohd Fikry bin Mohd Nasir 16. Zubair bin Ab Aziz 17. Anas bin Ab Aziz 18. Muhammad Alif Amirul bin Mohd Adli

Pencapaian Pasukan
1. Kejohanan Bola Keranjang MSSD Seremban 2012 (Ketiga) 2. Kejohanan Dalat U15 Tournament 2012 (Kedua)

3. Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan 2010 (Johan). Mewakili SBP Zon Selatan ke Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan (Ketiga). 4. Kejohanan Bola Keranjang Terbuka daerah Seremban Bawah 14 tahun 2009 (Ketiga) 5. Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan 2009 (Johan). Mewakili SBP Zon Selatan ke Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Kebangsaan di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya (Kedua). 6. Kejohanan Bola Keranjang High School Basketball League (HSBL) 2009 (Kedua). 7. Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan 2008 (Naib Johan). Mewakili SBP Zon Selatan ke Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH), Jitra, Kedah. 8. Kejohanan Bola Keranjang MSSM Daerah Seremban Timur 2008 (Johan Kategori Lelaki Bawah 15 & Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 18 tahun. 9 orang pemain mewakili daerah Seremban Timur ke Kejohanan Bola Keranjang MSSM peringkat negeri di Port Dickson, Negeri Sembilan. 9. Kejohanan Bola Keranjang Sports Unite Milo Bawah 16 Tahun 2008 di Stadium Bola Keranjang Cheras (Naib Johan). 10. Kejohanan Bola Keranjang Hari kecemerlangan SBP Zon Selatan 2007 (Johan). Mewakili SBP Zon Selatan ke Kejohanan Bola Keranjang SBP Kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), Kota Tinggi, Johor (Tempat ketiga). 11. Kejohanan Bola Keranjang MSSM Daerah Seremban Timur 2007 (Johan Kategori Lelaki Bawah 15 & Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 18 tahun. 11 orang pemain mewakili daerah Seremban Timur ke Kejohanan Bola Keranjang MSSM peringkat negeri di Port Dickson, Negeri Sembilan. 12. Kejohanan Bola Keranjang Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan 2006 (Johan). Mewakili SBP Zon Selatan ke Kejohanan Bola Keranjang SBP Kebangsaan di SEMSAS Kuantan, Pahang. 13. Kejohanan Bola Keranjang MSSM Daerah Seremban Timur 2006 (Johan Kategori Lelaki Bawah 15 & Johan Kategori Lelaki Bawah 18 tahun).

Mewakili daerah Seremban Timur ke Kejohanan Bola Keranjang MSSM peringkat negeri di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 14. Kejohanan Bola Keranjang MSSM Daerah Seremban Timur 2005 (Johan Kategori Lelaki Bawah 15 & Tempat Ke-3 Lelaki Kategori Bawah 18 tahun).

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Memulakan latihan pada awal minggu persekolahan. 2. Menguatkan stamina pemain-pemain dengan larian di sekitar kampus SDAR dan aktiviti kecergasan yang bersesuaian dengan dibantu jurulatih. 3. Mengadakan latihan pembentukan kemahiran yang sistematik dengan bantuan jurulatih luar. 4. Mengadakan perlawanan persahabatan yang terancang dengan pasukan-pasukan yang kuat. 5. Mengadakan klinik bola keranjang yang sistematik sewaktu cuti persekolahan. JADUAL LATIHAN Latihan diadakan seperti berikut : Hari Selasa Khamis Sabtu Masa 5.00 ptg 6.30 ptg 5.00 ptg 6.30 ptg 5.00 ptg 6.30 ptg Tempat SDAR SDAR SDAR Jurulatih Dr. Zamri bin Chik Dr. Zamri bin Chik Dr. Zamri bin Chik

PERLAWANAN PERSAHABATAN Perlawanan persahabatan akan diadakan dalam dua bentuk seperti berikut : (a) Match Praktis Match praktis diadakan diantara pemain-pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun di gelanggang SDAR. (b) Perlawanan Persahabatan Terancang Perlawanan persahabatan akan diadakan dengan pasukan-pasukan yang berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Kajang. Dicadangkan perlawanan persahabatan diadakan dengan pasukan-pasukan berikut: 1. SMJK (C) Chan Wa, Seremban 2. Kelab Bola Keranjang Jalan 3, Bangi 3. Kelab Bola Keranjang Sg Chua, Selangor 4. Kelab Bola Keranjang Semenyih, Selangor 5. SMJK Methodist ACS, Seremban 6. SMJK Chung Hua Port Dickson, Port Dickson 7. Kolej Tuanku Jaafar, Mantin 8. Sek Men Sains Seremban 9. Sek Men Agama Persekutuan, Labu 10. SMK St Paul, Seremban KEJURULATIHAN Pasukan Bola Keranjang buat masa ini menggunakan perkhidmatan jurulatih sukarelawan berpengalaman iaitu Dr Zamri bin Chik, bekas pelajar SDAR yang merupakan anak Melayu pertama mewakili pasukan bola keranjang Malaysia. Beliau telah membawa pasukan bola keranjang SDAR ke kejohanan bola keranjang HKSBP di SMS Kota Tinggi, Johor pada tahun 2007 (Ketiga), HKSBP di SEMSAH Jitra, Kedah pada tahun 2008, HKSBP di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada tahun 2009 (Kedua) dan HKSBP di SMS Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 2010 (Ketiga). Perkhidmatan beliau adalah penting untuk memberi latihan yang sistematik dan berkesan. Jurulatih ini juga akan mengiringi pasukan bola keranjang ke kejohanan bola keranjang peringkat daerah, negeri dan kejohanan bola keranjang sewaktu HKSBP peringkat Kebangsaan pada tahun ini yang akan diadakan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Tempoh Januari hingga Oktober 2012 Aktiviti Basic skills drilling, match praktis dan perlawanan persahabatan.

ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan yang diperlukan oleh pasukan bola keranjang SDAR ialah seperti berikut: 1) Kos Penginapan (HKSBP Kebangsaan) (Bertujuan membiayai kos penginapan jurulatih dan QM pemain bola keranjang SDAR yang menyertai pertandingan tersebut) = RM800 2) Klinik Bola Keranjang (Makanan) (Bagi membiayai kos makanan sewaktu klinik bola keranjang yang diadakan sewaktu cuti persekolahan penggal pertama) RM20 x 20 x 3 = RM1200

3) Elaun jurulatih (Bagi menampung kos perjalanan dan makanan jurulatih ke SDAR dan ke gelanggang kejohanan) RM 200 X 10 bulan 4) Pengangkutan ( Bagi menampung kos sewaan bas luar) = RM 3700

=RM 2000 ___________ RM 7700 ____________

JUMLAH

SUMBER KEWANGAN Sumbangan wang dari PIBG HASRAT DAN HARAPAN PASUKAN BOLA KERANJANG SDAR Pasukan SDAR pada tahun 2011 ini berhasrat untuk menjadi Juara pada Temasya Kejohanan Bola Keranjang sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh yang akan diadakan di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Adalah menjadi harapan pasukan bola keranjang SDAR agar PIBG sekolah ini dapat menyumbang secara ikhlas demi merealisasikan pelaksanaan projek pembangunan bola keranjang SDAR 2011 ini.

PENUTUP Permainan bola keranjang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia. SBP pula meletakkan permainan ini sebagai salah satu permainan elitnya. Kecemerlangan pasukan bola keranjang Sekolah Dato Abdul Razak telah meletakkan sekolah ini sebagai sekolah yang disegani di pelbagai peringkat khususnya di peringkat SBP. Diharap bahawa cadangan yang dibuat dalam kertas kerja ini akan mendapat sokongan yang penuh demi kejayaan pasukan bola keranjang Sekolah Dato Abdul Razak pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih

Disediakan oleh

.. (MOHD SYUKOR ABDULLAH) Guru Penasihat Pasukan Bola Keranjang Sekolah Dato Abdul Razak

Anda mungkin juga menyukai