Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,

BANDAR ENSTEK, 71760 NILAI, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PROGRAM
OPEN CHESS IPTEK

TARIKH
25 FEBRUARI 2018 (AHAD)

MASA
8.00 PAGI-6.00 PETANG

TEMPAT
BANGUNAN BLOK TVET
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

ANJURAN
EKSTRA KURIKULUM KELAB CATUR IPGKPT
UNIT KOKURIKULUM
KERTAS KERJA
PROGRAM KEJOHANAN CATUR TERBUKA
PIALA PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
TAHUN 2018

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan dalam menjayakan Program OPEN CHESS IPTEK
peringkat kebangsaan yang bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Program ini
diterajui sepenuhnya oleh Kelab Catur IPG Kampus Pendidikan Teknik. Terdapat beberapa
objektif kepada perlaksanaan program ini iaitu :

i. Sebagai salah satu inisiatif untuk mengumpul dana bagi aktiviti yang bakal dijalankan
pada tahun 2018.
ii. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua ahli jawatankuasa
berkenaan cara perlaksanaan pertandingan catur secara profesional dalam
kehidupan luar daripada kampus.
iii. Untuk meningkatkan hubungan silaturrahim antara ahli kelab catur IPG Kampus
Pendidikan Teknik dengan komuniti luar.
iv. Sebagai satu platform kepada siswa IPG Kampus Pendidikan Teknik yang berbakat
untuk bersaing di peringkat kebangsaan di samping menaikkan nama IPG kepada
masyarakat luar.

2.0 PENGENALAN

Program Open Chess IPTEK ini merupakan suatu program yang julung kalinya
diadakan di bawah anjuran Kelab Catur IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sebelum ini, kelab
catur ini hanya mengendalikan program-program catur yang melibatkan penyertaan
daripada Institut Pendidikan Guru yang berhampiran sahaja seperti IPG Kampus Pendidikan
Islam dan IPG Kampus Ilmu Khas iaitu semenjak tahun 2016 dan 2017 penubuhannya. Oleh
itu, kejohanan ini menjadi pelantar kepada para siswa dan siswi bagi mengembangkan
sukan catur serta sebagai tempat untuk pemain mengaplikasikan kemahiran catur mereka di
samping meningkatkan kesedaran tentang manfaat bermain catur.

Bersesuaian dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru yang ingin melahirkan siswa
pendidik yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus globalisasi, maka
program sebegini mampu untuk merealisasikan impian tersebut. Program ini bertujuan
menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam meningkatkan lagi kecemerlangan
dalam bidang sukan dan kokurikulum di samping menerapkan nilai kerjasama berpasukan
dalam setiap kumpulan yang terlibat.

Seterusnya, diharapkan Program Open Chess IPTEK ini juga dapat mencabar
minda, menarik minat dan meningkatkan lagi keupayaan murid untuk meneroka bidang
sukan dengan lebih jauh lagi dalam bidang catur.

Sesungguhnya, program ini merupakan salah satu usaha daripada Kelab Catur
IPGKPT untuk mempopularkan sukan catur di kalangan komuniti setempat sekaligus
mampu memperkenalkan IPG Kampus Pendidikan Teknik kepada masyarakat luar.

3.0 TEMA

“Chess For All”


Tema ini dipilih kerana ia amat bertepatan dengan misi dan matlamat yang ingin
dicapai oleh pihak kami di samping menetapkan harapan dan objektif yang jitu kepada para
peserta terutama yang baru bermula untuk bermain catur supaya mereka tau catur boleh
dimainkan oleh semua serta mampu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar
IPG Teknik dengan masyarakat luar.

4.0 ANJURAN

Kelab Catur IPG Kampus Pendidikan Teknik

5.0 TARIKH

Program dicadangkan pada:


Tarikh : 25 Februari 2018
Hari : Ahad

6.0 TEMPAT PROGRAM


Bangunan Blok TVET IPG Kampus Pendidikan Teknik

7.0 KUMPULAN SASARAN


7.1 Ahli Kelab Catur IPTEK
7.2 Institut Pendidikan Guru yang berhampiran
7.3 Institusi Pengajian Tinggi yang berdekatan
7.4 Terbuka kepada komuniti setempat dan orang ramai
8.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A

9.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran B

10.0 PERINCIAN PROGRAM


10.1 Open Chess IPTEK ini merupakan pertandingan catur individu yang melibatkan
Institut Pengajian Tinggi dan IPG berdekatan serta komuniti setempat. Program ini
akan berlangsung dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
10.2 Program ini adalah terbuka untuk semua peminat catur dari mana-mana IPT, IPG
dan komuniti setempat.
10.3 Semua individu dan pasukan akan bermain sebanyak 7 pusingan. Peraturan FIDE
2017 yang rasmi akan diguna pakai untuk pertandingan ini.
10.4 Fomat dan kawalan masa bagi Open Chess IPTEK adalah 20 minit 7 pusingan
Swiss System
10.5 Yuran penyertaan akan dikenakan kepada setiap individu dan kumpulan iaitu
sebanyak RM 20 (bawah 12 tahun) dan RM 25 (terbuka).
10.6 Pertandingan ini akan dikendalikan oleh National Arbiter Foo Sern Xian yang juga
merupakan pelajar IPGKPT.
10.7 Segala keputusan Arbiter adalah muktamad.

11.0 ANGGARAN KOS PROGRAM


Rujuk Lampiran C

12.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk Lampiran D

13.0 SENARAI NAMA AHLI CATUR YANG TERLIBAT


Rujuk Lampiran E
Ulasan Pensyarah Penasihat :
_________________________________ ……………………………………….…
_________________________________ ( )
_________________________________

Ulasan Ketua Unit :


_________________________________ ……………………………………….…
_________________________________ ( )
_________________________________

Ulasan Unit Kewangan :


_________________________________ ……………………………………….…
_________________________________ ( )
_________________________________

Ulasan Pengarah / Timbalan Pengarah :


_________________________________ ……………………………………….…
_________________________________ ( )
_________________________________
LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM OPEN CHESS IPTEK

Penasihat : Dr. Yazid Bin Abdul Manap

Pengerusi : Dr. Tajul Arifin Bin Yang Hussin

Setiausaha : En. Roslan Bin Khalid

Penyelaras
Ekstra Kokurikulum : Puan Rashida Binti Awang

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM OPEN CHESS IPTEK

Pengerusi : Foo Sern Xian

Naib Pengerusi : Muhamad Nursalman Bin Mohd Fouzi

Setiausaha : Fatin Munirah Binti Ismail

Naib Setiausaha : Nurul Husna Binti Rahman

Bendahari : Ahmad Safuan Bin Muhamad

Penolong Bendahari : Lin Cha Lie

AJK Keselamatan : 1. Yii Kie Min


2. Joseph Hoong Yi Hang
3. Aiffat Iskandeer Bin Aizun
4. Muhammad Eizhan Bin Tihan
AJK Persiapan Tempat : 1. Muhamad Nursalman Bin Mohd Fouzi
2. Mohd Ramzi Bin Taufik

AJK Peralatan : 1. Mohd Izzat Bin Sarifin


2. Tan Kah Lok

AJK Siaraya : Muhammad Akmal Bin Hazman

AJK Dokumentasi : 1. Lo Kam Siong


2. Norman Norbert

AJK Hadiah dan Sijil : 1. Norazah Binti Mohammad Nordi


2. Nur Izzah Farhana Binti Gazali

AJK Jemputan : 1. Stella Ann Oliver


2. Joshua Duanik

Aribiter : 1. Foo Sern Xian


2. Mohd Izzat Bin Sarifin
3. Ahmad Safuan Bin Muhamad
4. Ahmad Nabil Biha @ Baher
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
KEJOHANAN CATUR TERBUKA
PIALA PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

SABTU, 25 FEBRUARI 2018

MASA PERKARA TEMPAT


8.00 pagi Pendaftaran Peserta
9.00 pagi Taklimat Ringkas: Peraturan & Undang-
undang Open Chess IPTEK disampaikan
oleh Foo Sern Xian selaku Ketua Arbiter
9.15 pagi Round 1
10.15 pagi Round 2
11.15 pagi Round 3 BANGUNAN BLOK TVET
12.15 petang Round 4 IPGKPT
1.15 petang Rehat
2.15 petang Round 5
3.15 petang Round 6
4.15 petang Round 7
5.30 petang Majlis Penyampaian Hadiah
6.00 petang Bersurai
LAMPIRAN C

SUMBER KEWANGAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1. Yuran Pendaftaran Kategori Bawah 12 (RM20 x 50 peserta) 1000
2. Yuran Pendaftaran Kategori Terbuka (RM25 x 100 peserta) 2500
JUMLAH 3500

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL. PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH CATATAN


SEUNIT (RM)
(RM)
1. Medal Kepada Pemenang
20 7.5 150
Tempat Pertama – Ke 10
2. Sijil Penyertaan 150 0.40 60 Kepada Semua Peserta
3. Hadiah Kepada Johan (RM300)
Pemenang Kategori Naib Johan (RM150)
Terbuka Ketiga (RM100)
Terbaik IPT (RM30)
Terbaik Swasta (RM30)
- - 950
Terbaik Veteren (RM30)
Terbaik U17 (RM30)
Terbaik Wanita (RM35)
Tempat ke-4 – Ke 10
(7xRM 35)
4. Hadiah Kepada Johan (RM200)
Pemenang Kategori Naib Johan (RM100)
Bawah 12 Ketiga (RM50)
- - 575 Terbaik U8 (RM25)
Terbaik U10 (RM25)
Tempat ke-4 – Ke 10
(7xRM 25)
Kepada Penolong dari
5 Makanan 3 5 15 Cerdik Catur
6 Kos Peminjaman Set Catur dan Jam Catur
75 10 750
Peralatan
7. Kos Upah Cerdik - - 1000 -
Catur
JUMLAH 3500

PERMOHANAN DARI PUSAT STOR

HARGA
BIL PERKARA BILANGAN JUMLAH CATATAN
SEUNIT
1 Cenderamata 3 - - Kepada
(Paper bag, Mug, Penolong
Buku nota) Cerdik Catur
2 Air Mineral 3 Kotak - - -

3 Sijil Penghargaan 30 - - -

4 Kertas A4 2Rim - - -
LAMPIRAN D

Anda mungkin juga menyukai