Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK
71760 BANDAR ENSTEK, NILAI,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA

PROGRAM KICK START


Tarikh:
26 HINGGA 27 JUN 2015

Tempat:
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Anjuran:
KELAB ASY-SYAKIRIN

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


1.0 NAMA PROGRAM
Kick Start

2.0 TARIKH PROGRAM


26-27 JUN 2015

3.0 TEMPAT PROGRAM


IPG Kampus Pendidikan Teknik

4.0 SASARAN PESERTA


Semua pelajar ambilan Jun 2015 yang beragama Islam

5.0 TUJUAN
Kick Start ini bertujuan untuk melahirkan generasi pendidik yang bersahsiah mulia,
berkeperibadian tinggi dan sentiasa mempunyai persediaan dalam hidup sebelum
menempuh alam pekerjaan. Pembacaan Al-Quran secara berjemaah serta proses
mentasmik bacaan dalam solat yang diselitkan dalam program ini adalah untuk
melahirkan generasi yang bukan sekadar celik dunia, bahkan celik al-Quran dan
memahami solat.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada guru
pelatih mengenai konsep serta ajaran agama Islam yang sebenar dan menyedarkan
semua guru pelatih mengenai betapa pentingnya kita selaku umat Islam untuk
berdakwah. Dalam program ini juga, para pelatih juga akan didedahkan dengan
konsep berdakwah yang lebih luas dengan melebarkan skop dakwah ke luar institut
pengajian.
Tujuan program ini juga adalah untuk menanam budaya saling menolong dan prihatin
sesama insan dalam jiwa setiap bakal pendidik. Selain memberi kesedaran kepada
para peserta mengenai kepentingan kerjaya guru yang bertindak sebagai agen sosial,
program Kick Start ini juga dilaksanakan dengan objektif untuk memberi kesedaran
kepada para peserta mengenai kepentingan tarbiyah Islam dalam pendidikan.
Akhir sekali, dengan terlaksananya program ini juga, diharapkan agar ianya dapat
membina tali persaudaraan bukan sahaja dalam kalangan guru pelatih yang baru,
bahkan guru-guru pelatih yang senior juga.
6.0 LATAR BELAKANG
Kick Start ini merupakan salah satu daripada program tahunan yang dianjurkan oleh
Kelab Asy-Syakirin. Kem ini menitik beratkan soal asas-asas agama dan membantu
dalam mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara pelajar baru dan pelajar lama.
Program ini berlangsung selama dua hari bermula pada malam Jumaat 26 Jun 2015
dan berakhir pada malam Sabtu bersamaan dengan 27 Jun 2015. Program ini
melibatkan semua pelajar baru ambilan Jun 2015 yang beragama Islam dan ahli Kelab
Asy-Syakirin. Program ini juga membabitkan beberapa orang fasilitator yang terdiri
daripada pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik yang bertindak sebagai pembantu
dalam melancarkan lagi perjalanan program

7.0 PROGRAM ASAS PERTIMBANGAN


Rasional program ini dianjurkan ialah bagi memberikan suatu pendedahan awal
kepada pelajar baharu tentang Tarbiyah Islam di IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Adalah diharapkan segala pengalaman yang dikutip daripada kem ini dapat dijadikan
sandaran untuk membentuk keperibadian diri dalam mendidik pewaris agama.

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Rujuk tentatif di ruangan lampiran

9.0 ANGGARAN KOS


Untuk menganjurkan program ini, ia memerlukan perbelanjaan. Dapatan untuk kos
perbelanjaan bagi menjayakan program ini dengan mendapat sumbangan daripada
pensyarah dan badan berkanun.

Belanjawan

Perkara Harga per unit Bilangan peserta Jumlah

Iftar RM5/orang 70 RM350

Sahur RM5/orang 70 RM350

Cenderahati Disediakan oleh IPG 1 Barang stor


penceramah

Kertas A4, Disediakan oleh IPG - Barang stor


fail

Jumlah RM700

Pengangkutan

Perkara Bilangan

Bas 2

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KICK START TAHUN 2015

Ustazah Sarimah Binti Mokhtar


Penyelaras
Ustaz Khairullah Mokhtar

Pengerusi Mohd. Ikram Hakimi Bin Azizan

Timbalan Pengerusi Nur Fadhilah Binti Satiman @ Sartiman

Setiausaha Nur Bayyinah Bt Rafus

AJK Teknikal Muhammad Helmi Bin Shamshulbahri

JK Perhubungan Luar Muhammad Al Amin Bin Al-Mansor

AJK Dokumentasi Muhammad Fitri Bin Bakri

AJK Makanan Syurianshah Bin Ishak

AJK Hadiah/Cenderahati Muhamad Nur Aiman Bin Ismail


AJK Buku Program dan
Ammar Amrullah Bin Ismail
persiapan Tempat
6. SYOR DAN CADANGAN
Besarlah harapan kami agar Pengarah dan Ahli Majlis Pengurusan Institut memberi
pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan pelaksanaan program ini termasuk
implikasi kewangan yang dicadangkan.

ULASAN
Ulasan Ketua Jabatan :

......................................................
......................................................

......................................................

...................................................... ( )

Ulasan Unit Kewangan :

......................................................

......................................................

......................................................

...................................................... ( )

Ulasan Pengarah :

......................................................

......................................................

......................................................

...................................................... ( )

LAMPIRAN

Tentatif Program

Hari : Jumaat
Tarikh : 26 Jun 2015

Tempat : Surau Bilik Tutorial

Masa Aktiviti

9.30 malam ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta ‘

Pengenalan Kelab Asy-Syakirin

1. Ucapan oleh Pengerusi Kelab

2. Pengenalan masul dan masulah Kelab

3. Persembahan Multimedia

10.00 malam LDK 1 :

-Taaruf (ice breaking)

-Team building

11.00 malam Bersurai

Hari : Sabtu

Tarikh : 27 Jun 2015

Tempat : Surau Bilik Tutorial & Balairaya

Masa Aktiviti
4.30 pagi -Qiamullail, sahur dan Solat Subuh berjemaah

6.30 pagi Kuliah Subuh

Tajuk : “Kenapa Saya”

8.00 pagi Pengurusan Kendiri

9.00 pagi Ceramah

Tajuk : Akidah Islam Dan Cabaran Semasa

10.30 pagi - Rehat & Dhuha

11.00 pagi -LDK 2 : ‘Apabila Si Bisu Bercerita’

*pengedaran handout pada akhir aktiviti untuk tasmik bacaan


solat dan bacaan al-Quran

1.30 tgh Solat zohor

2.30 tgh -LDK 3 : tasmi’ bacaan al-Quran dan bacaan solat

4.30 petang Solat Asar & persiapan diri

5.30 petang Keluar ke bazar Ramadhan

7.30 Iftar Jamaie & solat Maghrib

8.30 malam Solat Isyak & solat terawih

9.30 malam Majis Penutupan

Video Penutup

Anda mungkin juga menyukai