Anda di halaman 1dari 6

DRAF

KERTAS KERJA
TIKIR MINI JAMBOREE
FUNRIDE 2018

TARIKH :- 24/02/2018
MASA :- SABTU (7.00 PAGI – 10.00 PAGI)
1. PENGENALAN

Program Tikir Mini Jamboree Funride ini adalah merupakan satu platform untuk
memberikan pendedahan kepada para peserta supaya bergiat aktif di dalam program
berbasikal serta pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan diantara
masyarakat setempat selain menaikan lagi nama Batu Kikir dalam persada laluan
perbasikalan. Dengan itu pelbagai maklumat, pengetahuan, dan cetusan idea dapat
diperoleh dalam penambahbaikan dalam program ini khususnya dalam kelestarian alam
sekitar dan budaya berbasikal.

2. MATLAMAT

 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal.

 Mengalakkan peserta untuk lebih bergiat aktif dalam semua aktiviti yang melibatkan

Kelab Basikal.

 Mewujudkan suasana yang lebih mesra, meriah dan pencambahan minda para
peserta.

 Membudayakan persekitaran berbasikal di Batu Kikir.

 Mengerakkan idea baru masuk ke dalam Batu Kikir mengenai kelestarian yang
memastikan kemaslahatan ekosistem daripada pencemaran dan juga membudayakan
aktiviti berbasikal sekaligus memberi penambahbaikan yang tepat untuk memacu Batu
Kikir yang lebih cemerlang dalam daerah Jempol.

 Mewujudkan laluan berbasikal bukit di Kawasan Batu Kikir sebagai salah satu aktiviti
sukan ekstrem yang baru dan selamat kepada peserta .

3. KUMPULAN SASARAN

Sasaran utama aktiviti berkayuh basikal ini seramai 300 orang yang terdiri daripada
masyarakat setempat,Kelab-Kelab Berbasikal antaranya Pusako Cycling Club,Tikir
Cycling Club,Bukit Lako Cycling Club,Bahau Cycling Club, Pasoh Cycling Club serta
kelab2 basikal luar daerah mahupun luar

4. TARIKH & TEMPAT KAYUHAN

Tarikh jangkaan ialah 28/02/2017 ( Sabtu ) bermula pukul 7.30 pagi hingga 10.00
pagi.
Para peserta akan berkayuh melalui :- Sejauh 30 KM yang akan melalui beberapa
laluan yang penuh dengan keindahan Alam Semulajadi

a) Batu Kikir
b) Kg Terentang
c) Sawit Yayasan (Offroad)
d) Kg Bayai
e) Jeram Serting Ulu

5. Kerjasama Perjalanan Program

TIKIR CYCLING CLUB

PUSAKO CYCLING CLUB

Polis Trafik IPD Jempol Dan Polis Batu Kikir

Rela/APM

6. ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Teknikal RM 1,500
 Marshall (Motor & Berbasikal)
 Signage/Papan tanda
 BSMM/Medic
/APM
2 Kit program RM 2,000
 Makan/Minuman
 Water Check Point
 Starting Perlumbaan
 Banner
 Bunting
3 Cabutan bertuah RM 1,000

4 Medal finisher RM 6,000


JUMLAH Rm

7. BAYARAN PESERTA ialah sebanyak RM 10


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan Terbuka Kepada Semua

2. Mempunyai Basikal Yang Lengkap (Mempunya Ciri-Ciri Keselamatan)

3. Semua Jenis Basikal Dibenarkan Untuk Menyertai Kecuali Skuter/Basikal Yang


Berenjin, Tiada Aerobars

4. Mempunyai Topi Keselamatan (Berkayuh tanpa Topi Keselamatan Tidak


Dibenarkan)

5. Keselamatan Atas Risiko Sendiri, Walau Bagaimanapun Pihak Penganjur TETAP


Akan Mengambil Langkah-Langkah Keselamatan

6. Program Ini Bukan Satu Perlumbaan

7. Sentiasa Mengikut Arahan MARSHALL & Peka Setiap Arahan Sepanjang Kayuhan

08.Tidak Mendengar "Protabel MP3@Apa Saja Alat Yang Menghilangkan Fokus

09. Peserta Dibawah Umur 18 Tahun Perlu Mendapat Kebenaran IbuBapa/Penjaga

10. Peserta Yang Melanggar Peraturan Atau Tidak Mengikut Arahan Keselamatan Akan
Dikeluarkan secara Serta Merta Dari Program

PENUTUP

Di harapkan program ini akan dapat menjadi penyumbang kepada kehidupan


bermasyarakat yang lebih sihat. Kerjasama semua pihak akan memastikan kelancaran
program yang dirancangkan.

Yang Benar

…………………………………………………

(USTAZ RIHARUDDIN BIN ABD RASHID)

PENGERUSI PROGRAM TIKIR MINI JAMBOREE FUNRIDE 2018


ANGGARAN BELANJAWAN

BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Teknikal

 Marshall (Motor & Statik, Berbasikal)

 Signage/Papan tanda

 BSMM/Medic

RM 1,000

2 Kit program

 Baju

 Goodies

 Banner

 Bunting

RM 5,000

3 Cabutan bertuah RM 3,000

4. Medal finisher RM 1,000


JUMLAH RM 10,000

Anda mungkin juga menyukai