Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA CADANGAN PENGANJURAN

KARNIVAL E-SUKAN 2021

ANJURAN

QEDDAH EVENT MANAGEMENT

LOKASI

CENTRAL SQUARE, SUNGAI PETANI

TARIKH CADANGAN

JUMAAT – AHAD (WEEKEND)

10:00 PAGI – 6:00 PETANG

1
1. Tujuan Kertas Kerja :
Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon kelulusan dan peruntukan bagi
menjayakan penganjuran Karnival E - Sukan 2021 anjuran oleh Qeddah Event
Management.

Selain itu, kertas kerja ini juga disediakan sebagai satu perancangan untuk pelaksanaan
karnival serta menjadi garis panduan dalam menguruskan karnival untuk pihak
pengurusan, supaya program ini berjalan dan berkembang mengikut seperti yang telah
dirancang.

2. Pengenalan Program :

Program e –sukan ini adalah merupakan satu revolusi kepada permainan video dan boleh
menjadi sumber pendapatan kepada para individu yang meminati permainan video
secara positif

E – sukan ini juga merupakan aktiviti yang boleh menjamin masa depan golongan belia.
Aktiviti ini bukan sekadar hanya untuk mengisi masa lapang malah dapat mendatangkan
ganjaran yang lumayan menerusi pertandingan yang sering dianjurkan di dalam
mahupun luar negara.

Program ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi minat remaja dalam program e-
sukan. Pengajuran program e-sukan ini bukan sahaja sebagai hiburan kepada remaja
namun ia dapat menyemai semangat bekerjasama sesama ahli pasukan.

2
3. Objektif Program :

 Mengeratkan lagi hubungan antara ahli kumpulan yang sedia ada bagi membina
semangat kerja berpasukan.

 Meningkatkan daya saing dikalangan para remaja.

 Dapat membina semangat berpasukan antara setiap peserta .

 Dapat meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai permainan video e-


sukan dengan menerapkannya kepada para remaja yang meminatinya.

 Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi dalam permainan.

4. Kumpulan Sasaran :
GOLONGAN BELIA : Menyediakan platform terbaik untuk golongan muda yang ingin
menceburi dunia e sukan dan ingin mengetengahkan bakat masing masing.

GOLONGAN MASYARAKAT : Membuka perspektif baru kepada masyarakat tentang


dunia e sukan yang mempunyai banyak kelebihan dan mampu melahirkan generasi yang
lebih baik.

GOLONGAN PEMINAT : Menjadi tempat untuk para peminat dan pengikut e sukan di
Malaysia berkumpul untuk menyaksikan dan memberi sokongan terhadap pasukan yang
bertanding

3
5. Impak Program :
 Membantu mengetengahkan bakat anak anak muda tempatan untuk
meneruskan perjuangan dalam dunia e-sukan
 Penglibatan para individu dalam program e–sukan ini juga kita dapat
menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan
gejala social.

6. Tarikh dan Hari :


 Jumaat – Ahad
 10:00 pagi – 6:00 petang

7. Anjuran :
 Qeddah Event Management

8. Lokasi :
 Central Square, Sungai Petani

9. Penyertaan :
Terbuka kepada semua penduduk Sungai Petani dan berdekatan yang ingin menyertai
pertandingan E-sport. Setiap pasukan perlu membayar sebanyak RM50 sebagai yuran
pendaftaran.

4
10. Format Perlawanan :
Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan secara berkumpulan (grouping) iaitu
permainan PUBG Mobile dan Mobile Legend. Bagi kedua-dua permainan ini, markah
dikira berdasarkan jumlah point yang paling banyak.

Cadangan Format Perlawanan untuk Mobile Legend

Kumpulan A Kumpulan B
Pasukan 1 Pasukan1
Pasukan 2 Pasukan 2
Pasukan 3 Pasukan 3

Kumpulan C Kumpulan D
Pasukan 1 Pasukan 1
Pasukan 2 Pasukan 2
Pasukan 3 Pasukan 3

Menentukan Kedudukan

Pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 :

P - Jumlah pertandingan

M - Bilangan Menang

K - Bilangan kalah

5
Jadual kedudukan

Kumpulan P M K Mata
1.
2.
3
Jadual 1

Cadangan Format Perlawanan untuk PUBG mobile

Pasukan Perlawanan Placement Kill Mata


Pasukan 1
Pasukan 2
Pasukan 3
Pasukan 4
Pasukan 5
Pasukan 6
Pasukan 7
Pasukan 8
Pasukan 9
Pasukan 10
Pasukan 11
Pasukan 12
Pasukan 13
Pasukan 14
Pasukan 15
Pasukan 16

6
11. Tentatif Program :

Jumaat :

Masa Aktiviti
10:00 Pagi Pendaftaran peserta dari kumpulan A dan
kumpulan B

Pendaftaran pemain untuk permainan


PUBG
10:30 Pagi Ucapan Ketua Program dan Perasmian
Karinval E-Sukan 2021
10:40 Pagi Taklimat dan Pertandingan
- Jadual Pertandingan
- Peraturan Pertandingan
10:45 Pagi Karnival E-Sukan Central Square, Sungai
Petani bermula

Perlawanan kumpulan A Mobile Legend

Perlawanan pusingan pertama PUBG


Mobile (2 map)
01:00 Tengahari Rehat
02:00 Petang Karnival E-Sukan Central Square, Sungai
Petani

Perlawanan kumpulan B Mobile Legends

Sambungan pusingan pertama PUBG


Mobile (1 map)

04:30 Petang Pengiraan mata dan pengumuman


pemenang
05:00 Petang Bersurai

7
Sabtu :

Masa Aktiviti
10:00 Pagi Pendaftaran peserta dari Kumpulan C
dan D

Pendaftaran pemain untuk permainan


PUBG
10:30 Pagi Taklimat dan Pertandingan
- Jadual Pertandingan
- Peraturan Pertandingan
10:45 Pagi Karnival E-Sukan Central Square, Sungai
Petani Bermula

Perlawanan kumpulan C Mobile Legends

Perlawanan pusingan kedua PUBG


Mobile (2 map)
01:00 Tengahari Rehat
2:00 Petang Karnival E-Sukan Central Square, Sungai
Petani

Perlawanan kumpulan D Mobile Legends

Sambungan pusingan kedua PUBG


Mobile (1 map)
04:30 Petang Pengiraan mata dan pengumuman
pemenang
05:00 Petang Bersurai

8
Ahad :

Masa Aktiviti
08:00 Pagi Pendaftaran pasukan yang akan
bertanding

08:30 Pagi Ucapan dari Ketua Program Karinval E-


Sukan Central Square 2021
08:45 Pagi Taklimat dan pertandingan
- Jadual Pertandingan
- Peraturan Pertandingan
09:00 Pagi Karnival E-Sukan Central Square, Sungai
Petani bermula

Perlawanan separuh akhir Mobile


Legends

Perlawanan akhir PUBG Mobile (2 map)


12:30 Tengahari Rehat
02:00 Petang Karnival E-Sukan Central Square, Sungai
Petani bermula

Perlawanan akhir Mobile Legends

Perlawanan akhir PUBG Mobile (1 map)


04:30 Petang Penyampaian hadiah kepada para
pemenang dan Majlis Penutup
05:00 Petang Bersurai

9
12. Jawatankuasa

Carta Organisasi

Penasihat

En. Mohd Fairose Bin Mohd


Yaacob

Pengerusi Naib Pengerusi


Muhammad Aiman bin Siti Nur Aliah Binti Abdul
Abdullah Thani Rahim

Setiausaha Kewangan

Humaira’ Rahim Siti Nur Najihah Binti Zuraini

Logistik Pemasaran Dan Promosi


Amsyar Raznaufal Bin Ahmad Mohamad Zharif Bin Zulkifli
Nasron

Media

Muhammad Izzat Izamuddin


10
Bin Abdul Rashid
13. Bajet Program :

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


1. Pentas Utama & Pentas Aktiviti
i) Vip Sofa Set 4 RM 300.00 RM 1200.00

ii) Rostrum 2 RM 300.00 RM 600.00

iii) Banquet Chair 20 RM 30.00 RM 600.00

iv) PVC Chair 60 RM7.00 RM 420.00

v) Lighting and Pa system 1 RM6000.00 RM 6000.00

vi) Gimmick launching 1 RM1500.00 RM 1500.00

2. Hadiah peserta Mobile Legend dan


PUBG

i) Pemenang tempat pertama, 6 kumpulan RM200.00 RM1200.00


kedua dan ketiga.

ii) Saguhati
Tempat keempat hingga 16 kumpulan RM50.00 RM700.00
kelapan
3. Makanan dan minuman peserta

i) Roti gardenia 100 RM2.70 RM 270.00

ii) Air kotak 100 RM4.50 RM 450.00

iii) Nasi goreng biasa 100 RM15.00 RM 1500.00


4. Penerbitan / pemasaran dan promosi

i) Banner program 3 RM150 RM450.00

ii) Poster program 3 RM100.00 RM300.00

iii) T- shirt program 100 RM15 RM1500.00

iv) Topi 100 RM10 RM1000.00

v) Sijil penyertaan 144 RM3.00 RM 432.00

11
vi) Video & Fotografi Cover 2 RM800.00 RM1600.00

vii) ID Tag & Lanyard 10 RM15.00 RM150.00

viii) Bayaran Makan Crew 20 RM60.00 RM600.00


5. Kawalan Keselamatan & Kebersihan

i) Bayaran Anggota Rela 10 RM100.00 RM 1000.00

ii) Bayaran Pekerja Kebersihan 5 RM100.00 RM500.00


JUMLAH KESELURUHAN RM 21,972

12
14. Kesimpulan :
Diharapkan program ini dapat melaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai
objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah
mengelakkan dari gejaga yang tidak berfaedah seperti lepak dan sebagainya. Semoga
usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan dapat memberi manfaat
sepenuhnya kepada para remaja.

13
Disediakan oleh :

(Humaira’ Rahim)
Setiausaha Karnival E–Sukan (2021)
Tarikh :

Disemak oleh : Disokong oleh:

(Muhammad Izzat Izamuddin Bin Abdul Rashid) (Mohd Fairose Bin Mohd Yaacob)
Pengarah Program E – Sukan 2021 Qeddah Event Management
Tarikh : Tarikh :

14
15

Anda mungkin juga menyukai