Anda di halaman 1dari 23

KertasKonsep

1 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Pengenalan / Rasional
Pendidikan prasekolah merupakan
pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat
membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif
sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal.

Selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk


melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) melalui pegangan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembangkan potensi kanak-
kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mengambil inisiatif
untuk melaksanakan aktiviti Karnival Bakat & Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri.
Program Karnival ini dirancang untuk dilaksanakan bagi menyediakan pelbagai
aktiviti untuk menyediakan pengalaman yang bermakna kepada pembentukan
sahsiah dan kemenjadian murid-murid serta warga prasekolah khususnya di
Negeri Sarawak.

Rasional penganjuran karnival adalah bagi membantu dan memberi


peluang kepada guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan murid-murid
prasekolah menyerlahkan bakat dan potensi ke peringkat yang lebih tinggi serta
menggalakkan mereka berinteraksi melalui hubungan interpersonal.

Bagi tahun 2023, Unit Prasekolah & Rendah di Sektor Pengurusan Sekolah,
dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak (JPNS) memberi fokus kepada acara-acara yang melibatkan
murid-murid prasekolah, Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Karnival seumpama ini perlu diadakan sebagai bahan bukti kepada masyarakat
betapa pentingnya pendidikan awal sebelum memasuki Tahun 1 dan perlu
diadakan untuk menghargai kebolehan, bakat dan kemahiran generasi baru
yang mempunyai potensi berbeza-beza yang perlu dibimbing kearah
kecemerlangan.

Program ini diharap dapat membantu mewujudkan permuafakatan,


kerjasama dan hubungan baik di antara guru, ppm, murid-murid, ibu-bapa dan
komuniti dalam dan luar sekolah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran berfikir dan memperluas pengalaman yang lebih bermakna kepada
pembentukan peribadi murid-murid prasekolah, guru-guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah.

2 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Objektif & Kumpulan Sasaran
Penganjuran Karnival Prasekolah adalah
bertujuan untuk memberi peluang kepada murid
seawal usia 4 – 6 tahun, guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah untuk menyerlahkan bakat dan potensi
mereka di samping menggalakkan mereka berinteraksi secara aktif dengan lebih
ramai rakan komuniti prasekolah.

Objektif utama program ini adalah;

1) Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid semasa


menjalankan aktiviti selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
2) Menampilkan dan menghargai bakat istimewa dan potensi dalam
pelbagai aspek perkembangan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek,
Sosial) dalam kalangan murid-murid prasekolah.
3) Menggalakkan dan mencipta daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan
murid-murid prasekolah dengan kerjasama guru, PPM, waris, pihak
sekolah dan komuniti luar.
4) Memberi pengalaman muzikal, kesedaran estetika dan memupuk
budaya disiplin dalam kalangan warga prasekolah.
5) Membentuk strategi baharu dan lebih efisien untuk pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas, menu makanan sihat dan keceriaan di
kelas prasekolah.

Kumpulan sasaran adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah, guru-


guru Prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid prasekolah (PPM), Pegawai Meja
yang mengurus prasekolah di PPD serta pihak pengurusan sekolah di seluruh
Sarawak.

3 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Pelaksanaan
Berbeza daripada tahun sebelum, buat
pertama kalinya Karnival Bakat & Inovasi Prasekolah
Peringkat Negeri 2023 akan dilaksanakan dalam 2
kaedah iaitu Secara Bersemuka dan Secara Dalam Talian. Setiap penyertaan
akan menghantar rakaman video ke JPNS. Bagi acara dalam pelaksanaan
kaedah bersemuka, tiga (3) rakaman video terbaik akan dipanggil untuk
bertanding di daerah SIBU yang dipilih sebagai tuan rumah karnival tahun ini
(lokasi akan ditetapkan kemudian oleh tuan rumah).

Secara Bersemuka

1) Daerah Sibu dipilih untuk menjadi lokasi tuan rumah karnival.


2) Karnival secara bersemuka peringkat negeri akan dilaksanakan pada 25 – 27
September 2023 (Rabu – Jumaat).
3) Terdapat empat (4) Acara yang dipertandingkan secara bersemuka;

3.1 GURU (Individu): Inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM)


3.2 MURID (Kumpulan): Senam Tari Sihat
3.3 MURID (Individu): Nyanyian Solo
3.4 MURID (Individu): Bercerita
4) Setiap PPD WAJIB menghantar satu (1) penyertaan dalam bentuk rakaman video
bagi setiap acara.
5) TIGA (3) rakaman video terbaik akan dipilih untuk bertanding secara bersemuka
di Sibu.

Secara Dalam Talian

1) Karnival peringkat negeri akan dilaksanakan pada 6 Jun – 30 Ogos 2023.


2) Terdapat empat (4) acara yang dipertandingkan secara dalam talian adalah;

1. GURU (Individu): Multimedia (Pendidikan Awal Kanak-kanak)


2. PPM (Individu): Menu Kreatif
3. MURID (Individu): Wartawan Lapangan
4. MURID KHAS/INTEGRASI (Individu): Bakat
Khas
5. PPD/GURU/PPM/GB (Individu – Terbuka):
Mencipta Logo Karnival
3) Setiap PPD WAJIB menghantar SATU (1)
penyertaan bagi setiap acara.

4 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Pelaksanaan
1) Tarikh akhir penghantaran SEMUA KATEGORI
(bersemuka dan dalam talian) rakaman video
adalah SEBELUM atau PADA 30 Ogos 2023 (Rabu)
jam 4.00 petang.
2) Format Rakaman Video: Landskap (MELINTANG) dalam *mov. atau *.mp4
atau *.avi. CONTOH format video melintang;

3) Format penyimpanan karya: Setiap video perlu dilabelkan (tagging) seperti


berikut (contoh);

Individu SUBIS: Zizi_SoloBM_SKRiangRia


Kumpulan SARATOK: SenamTariSihat_SJKCHee

5 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Pelaksanaan
1) Link pendaftaran peserta yang terpilih mewakili
PPD dihantar dalam pautan berikut dan
pautan akan dibuka pada 6 Jun 2023 (Selasa),
jam 8.00 pagi.

Pendaftaran Peserta:

bit.ly/41LxkyX

QR Code Pendaftaran:

2) PERINGATAN MESRA: Semua penyertaan akan DIISI OLEH PENOLONG


PEGAWAI PPD YANG MENGURUS PRASEKOLAH DI DAERAH MASING-
MASING.

3) Semua video penyertaan yang diterima oleh Urusetia (Unit Prasekolah &
Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNS) menjadi HAK MILIK JPNS dan
JPNS boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-
apa tujuan.

6 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Jawatankuasa Induk

Penaung
Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad,
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

Penasihat
Omar bin Haji Mahli,
Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah

Pengerusi Hajah Nor Fardillah binti Hamni,


Ketua Penolong Pengarah Kanan

N/Pengerusi Sariah binti Mos,


Ketua Penolong Pengarah

Penyelaras Jaime Muering John,


Penolong Pengarah

P/Penyelaras Amir Ikhsan bin Madian,


Penolong Pengarah

Bendahari: Zaharah binti Ismail,


Pembantu Tadbir

S/U dan Pengurus Majlis:


Pejabat Pendidikan Daerah SIBU

AJK:
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Penolong PPD Prasekolah Negeri Sarawak,
Sektor Pengurusan Sekolah (SPS),
Sektor Sumber Teknologi Maklumat (SSTP)

7 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Hakim & Penilaian
Cadangan Tarikh Penilaian oleh Hakim
Pertandingan bermula pada 4 hingga 9 September 2023
(Peringkat Negeri)

Hari Tarikh Bidang Penilaian Hakim


Taklimat bersama semua hakim
Isnin 4/9/2023
pertandingan
1) GURU (Individu): Multimedia
(Pendidikan Awal Kanak-kanak)
Selasa 5/9/2023 2) GURU (Individu): Inovasi Bahan Bantu
Mengajar (BBM)
3) PPM (Individu): Menu Kreatif
4) MURID (Individu): Wartawan Lapangan
5) MURID PPKI/KHAS (Individu): Bakat Akan
Rabu 6/9/2023 Khas/Integrasi ditentukan
6) MURID (Individu): Bercerita kemudian
7) MURID (Individu): Nyanyian Solo
8) TERBUKA (Individu – Pegawai Meja
Prasekolah PPD ATAU Guru Besar ATAU
Guru Prasekolah ATAU Pembantu
Khamis 7/9/2023 Pengurusan Murid): Mencipta Logo
(trademark) Karnival Bakat & Inovasi
Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak
9) MURID (kumpulan): Senam Tari Sihat
Jumaat 8/9/2023 Rumusan Penjurian/Penilaian

8 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Tentatif Program
Tentatif program adalah seperti berikut;

Tarikh Tentatif
23 Feb 2023 Taklimat Awal Karnival
Permohonan Kertas Kerja Peringkat JPN Sarawak
Mac 2023
Sebar luas Kertas Kerja ke PPD
30 April 2023 Taklimat Majlis Karnival Siri 1
6 Jun 2023 Karnival Bermula
26 Julau 2023 Taklimat Majlis Karnival Siri 2
Penghantaran Rakaman Video Akhir
30 Ogos 2023 Senarai Nama Peserta Mengikut PPD
Surat Iringan PPD
4 September 2023 Taklimat bersama semua hakim pertandingan
1) GURU (Individu): Multimedia (Pendidikan Awal
Kanak-kanak)
5 September 2023 2) GURU (Individu): Inovasi Bahan Bantu Mengajar
(BBM)
3) PPM (Individu): Menu Kreatif
4) MURID (Individu): Wartawan Lapangan
5) MURID PPKI/KHAS (Individu): Bakat Khas/Integrasi
6 September 2023
6) MURID (Individu): Bercerita
7) MURID (Individu): Nyanyian Solo
8) TERBUKA (Individu – Pegawai Meja Prasekolah
PPD ATAU Guru Besar ATAU Guru Prasekolah
ATAU Pembantu Pengurusan Murid): Mencipta
7 September 2023 Logo (trademark) Karnival Bakat & Inovasi
Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak
9) MURID (kumpulan): Senam Tari Sihat
8 September 2023 Rumusan Penjurian/Penilaian
Pengumuman Top 3 acara bersemuka:
11 September 2023 Inovasi BBM, Nyanyian Solo, Bercerita dan Senam
Tari Sihat
12 September 2023 Taklimat Karnival Siri 3
12 September 2023 Surat Jemputan Kepada Semua Tetamu
24 September 2023 Taklimat Akhir Majlis Karnival Siri 4
Majlis Penangguhan Karnival Bakat dan Inovasi
25 – 27 September 2023
Peringkat Negeri Sarawak 2023
6 Oktober 2023 Templet Pelaporan PPD
4 Disember 2023 Post Mortem Karnival

9 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

GURU: INOVASI BAHAN BANTU


MENGAJAR (BBM)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua guru prasekolah KPM.


ii. Peserta boleh memilih samada menghasilkan inovasi BBM teknologi
ATAU inovasi BBM Maujud.
iii. Peserta bebas menentukan rekabentuk dan saiz yang hendak
digunakan.
iv. Inovasi BBM Maujud yang dihasilkan mestilah bersifat mudah alih.
v. Inovasi BBM Teknologi yang dihasilkan mestilah berfungsi semasa diuji
(dalam rakaman video).
vi. Jenis dan bahan-bahan menggunakan kos yang minima dan selamat
digunakan sepanjang pertandingan.
vii. Sebarang bahan kimia dan alat yang merbahaya TIDAK dibenarkan.
viii. Pembentangan dalam bentuk RAKAMAN VIDEO berdurasi 5 – 10 minit. Ini
termasuk slaid power point, video hasil penuh, rakaman pengujian (jika
ada) bergantung kepada kreativiti/cara persembahan pembentangan
dan elemen tambahan xii.
ix. Kos bahan dan peralatan adalah di atas tanggungan peserta/PPD.
x. Hasil ciptaan hendaklah ASLI (tidak ditiru/ diciplak daripada mana-mana
sumber) serta didokumentasikan dalam bentuk persembahan
multimedia power point dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
xi. Hanya SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiv. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) Kebolehfungsian peralatan (user friendly) 30 %
2) Rekabentuk praktikal dan mempunyai ciri-ciri
25 %
mudah alih serta praktikal dalam PDPC
3) Persembahan (penerangan) perlulah jelas dengan
pengaplikasian Kaedah pembelajaran abad ke-21 35 %
(PAK21)
4) Dekorasi kekemasan, kesempurnaan rekaan dan
10 %
kesungguhan guru
JUMLAH SKOR : 100 %

10 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan
xv. Penilaian pertandingan guru adalah
berdasarkan rubrik berikut;

PENILAIAN RUBRIK ACARA GURU (Inovasi BBM)


Kurang
Berfungsi seperti
Berfungsi seperti Berfungsi seperti Kurang berfungsi berfungsi seperti
yang telah
yang telah yang telah seperti yang telah yang telah
dirancang dan
Kebolehfungsian dirancang dan dirancang tetapi dirancang dan dirancang dan
mencapai
mencapai kurang mencapai kurang mencapai tidak mencapai
peralatan (user sasaran/
sasaran/ sasaran/ tujuan/ sasaran/ tujuan/ sasaran/ tujuan /
friendly) tujuan/objektif /
tujuan/objektif / objektif / objektif / objektif /
matlamat yang
matlamat yang matlamat yang matlamat yang matlamat yang
telah ditetapkan
telah ditetapkan. telah ditetapkan. telah ditetapkan. telah
secara konsisten.
ditetapkan.

30% 30 - 25 24 - 19 18 - 13 12 - 7 6-0

Rekabentuk Rekabentuk
Rekabentuk
Rekabentuk Rekabentuk Rekabentuk
praktikal dan praktikal dan praktikal tetapi kurang praktikal kurang praktikal
praktikal dan
mempunyai ciri- kurang dan kurang dan tidak
mempunyai ciri- mempunyai ciri-
ciri mudah alih mempunyai ciri- mempunyai ciri- mempunyai ciri-
ciri mudah alih serta praktikal
ciri mudah alih
ciri mudah alih ciri mudah alih ciri mudah alih
serta praktikal serta praktikal
dalam PDPC serta praktikal serta praktikal serta praktikal
dalam PDPC.
dalam PDPC secara kreatif. dalam PDPC. dalam PDPC. dalam PDPC.

25% 25 - 21 20 - 16 15 - 11 10 - 6 5-0

Persembahan Persembahan
Persembahan Persembahan Persembahan
Penerangan Persembahan
penerangan Penerangan Penerangan yang penerangan
yang sangat jelas Penerangan yang
perlulah jelas dan baik jelas dan baik
yang jelas tetapi kurang jelas dan yang tidak jelas
dengan kurang baik kurang baik dan tidak baik
sepanjang sepanjang
sepanjang sepanjang sepanjang
pengaplikasian pengaplikasian pengaplikasian
pengaplikasian pengaplikasian pengaplikasian
Kaedah Kaedah Kaedah
Kaedah kaedah kaedah
pembelajaran pembelajaran
pembelajaran pembelajaran pembelajaran pembelajaran
abad ke-21 abad ke-21
abad ke-21 (PAK21) secara (PAK21).
abad ke-21 abad ke-21 abad ke-21
(PAK21) (PAK21). (PAK21). (PAK21).
konsisten

35% 35 - 29 28 - 22 21 - 15 14 - 8 7-0
Dekorasi Dekorasi
Dekorasi kekemasan, Dekorasi kekemasan,
Dekorasi Dekorasi
kekemasan, kekemasan, kekemasan,
kesempurnaan kekemasan, kesempurnaan
kesempurnaan kesempurnaan
kesempurnaan rekaan dan kesempurnaan rekaan yang baik
rekaan dan rekaan kurang
rekaan dan kesungguhan rekaan dan tetapi
kesungguhan baik dan tiada
kesungguhan guru sangat baik kesungguhan guru kesungguhan
guru yang kurang kesungguhan
dan secara yang baik guru yang kurang
guru konsisten baik
baik guru

10% 10 - 9 8-7 6-5 4-3 2-0

11 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan
xvi. Khas kepada TIGA (3) peserta yang terpilih
untuk ke peringkat akhir (bersemuka) perlu
menyediakan LAPORAN RINGKAS berkenaan
Inovasi BBM (untuk HAKIM) yang mengandungi elemen-elemen berikut (tidak
melebihi 5 m/s):

 Nama Penuh Guru


 Kod, Nama Sekolah dan Nama Kelas
 Tajuk Inovasi
 Pengenalan & Latar Belakang
 Objektif & Kumpulan Sasaran
 Penyataan Masalah
 Bahan/ Sumber/ Kos
 Tunjang & Standard Pembelajaran (SP) KSPK *yang berkaitan*
 Kaedah Pelaksanaan / Penggunaan
 Kelebihan, kekurangan dan penambahbaikan
 Lampiran Bergambar
 Rumusan / Penutup

12 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

GURU: MULTIMEDIA (Pendidikan


Awal Kanak-Kanak)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua guru prasekolah KPM.


ii. Tema: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Early Childhood Education)
iii. Peruntukan masa: 3 – 6 minit termasuk elemen tambahan xiii.
iv. Bahasa pengantar boleh menggunakan Bahasa Melayu ATAU Bahasa
Inggeris ATAU Bahasa Cina.
v. Bagi peserta yang memilih untuk menggunakan Bahasa Cina atau
Bahasa Inggeris, mereka perlu menyediakan paparan sari kata Bahasa
Melayu dalam rakaman video tersebut.
vi. Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
vii. Paparan visual atau video hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-
ciri nilai murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya,
agama, politik dan tidak menghina mana-mana individu lain.
viii. Setiap video adalah merupakan hasil karya sendiri.
ix. Karya plagiat (ciplak) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya didapati
video yang dihantar BUKAN KARYA ASLI, maka penyertaan peserta akan
DIBATALKAN SERTA-MERTA.
x. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana
pertandingan filem/video sebelum ini.
xi. Peserta boleh menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada
menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video
di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti
masing-masing adalah dibenarkan.
xii. Hanya SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xiii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiv. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xv. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) Keaslian Idea 50 %

2) Kreativiti Persembahan 30 %

3) Kesesuaian dengan tema 20 %

JUMLAH SKOR : 100 %

13 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan
xvi. Penilaian pertandingan guru adalah
berdasarkan rubrik berikut;

PENILAIAN RUBRIK
Berfungsi seperti Berfungsi seperti Kurang berfungsi Kurang berfungsi
Berfungsi seperti
yang telah yang telah seperti yang telah seperti yang telah
yang telah dirancang
Kebolehfungsian dirancang dan dirancang tetapi dirancang dan dirancang dan
dan mencapai
mencapai sasaran/ kurang mencapai kurang mencapai tidak mencapai
peralatan (user tujuan/objektif /
sasaran/
sasaran/ tujuan/ sasaran/ tujuan/ sasaran/ tujuan /
friendly) tujuan/objektif /
matlamat yang objektif / matlamat objektif / matlamat objektif / matlamat
matlamat yang telah
telah ditetapkan yang telah yang telah yang telah
ditetapkan.
secara konsisten. ditetapkan. ditetapkan. ditetapkan.

30% 30 - 25 24 - 19 18 - 13 12 - 7 6-0

Rekabentuk Rekabentuk
Rekabentuk Rekabentuk Rekabentuk kurang
Rekabentuk
praktikal dan praktikal dan kurang praktikal
praktikal dan praktikal tetapi praktikal dan
mempunyai ciri-ciri dan tidak
mempunyai ciri- mempunyai ciri-ciri kurang mempunyai kurang mempunyai
mudah alih serta mempunyai ciri-
ciri mudah alih praktikal dalam
mudah alih serta ciri-ciri mudah alih ciri-ciri mudah alih
ciri mudah alih
serta praktikal praktikal dalam serta praktikal dalam serta praktikal
PDPC secara serta praktikal
PDPC. PDPC. dalam PDPC.
dalam PDPC. kreatif. dalam PDPC.

25% 25 - 21 20 - 16 15 - 11 10 - 6 5-0

Persembahan Persembahan
Persembahan Persembahan
penerangan Persembahan Persembahan penerangan yang
Penerangan yang Penerangan yang
perlulah jelas sangat jelas dan
Penerangan yang Penerangan yang
kurang jelas dan
tidak jelas dan
dengan jelas dan baik jelas tetapi kurang tidak baik
baik sepanjang kurang baik
sepanjang baik sepanjang sepanjang
pengaplikasian pengaplikasian
pengaplikasian pengaplikasian
sepanjang
pengaplikasian
Kaedah Kaedah pengaplikasian
Kaedah Kaedah kaedah
pembelajaran abad kaedah
pembelajaran pembelajaran abad pembelajaran abad pembelajaran
ke-21 (PAK21) pembelajaran abad
abad ke-21 secara konsisten
ke-21 (PAK21). ke-21 (PAK21).
ke-21 (PAK21).
abad ke-21
(PAK21). (PAK21).

35% 35 - 29 28 - 22 21 - 15 14 - 8 7-0

Dekorasi Dekorasi
Dekorasi
Dekorasi Dekorasi
kekemasan, kekemasan, kekemasan, Dekorasi kekemasan, kekemasan,
kekemasan,
kesempurnaan kesempurnaan kesempurnaan kesempurnaan
kesempurnaan kesempurnaan
rekaan dan rekaan yang baik rekaan dan rekaan kurang
rekaan dan kesungguhan guru
rekaan dan
tetapi kesungguhan kesungguhan guru baik dan tiada
kesungguhan kesungguhan guru
sangat baik dan guru yang kurang yang kurang baik kesungguhan
yang baik
guru. secara konsisten baik guru

10% 10 - 9 8-7 6-5 4-3 2-0

14 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

PPM:
MENU KREATIF

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada semua PPM Prasekolah.


ii. Mempunyai bakat kreatif dalam penyediaan makanan
iii. Rakaman WAJIB di ruang makan/dapur prasekolah.
iv. Pemilihan tema – MAKANAN SIHAT (rujuk jadual KPM terkini, dan boleh pilih
berdasarkan menu tersebut. Nama menu boleh diubahsuai mengikut
kreativiti PPM).
v. Menu boleh diberikan nama mengikut kreativiti dan kesesuaian.
vi. Peruntukan masa: 7-10 minit termasuk elemen tambahan xii.
vii. Bahasa pengantar boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
atau Bahasa Cina
viii. Bagi peserta yang memilih untuk menggunakan Bahasa Cina atau Bahasa
Inggeris, mereka perlu menyediakan paparan sari kata Bahasa Melayu
dalam rakaman video tersebut.
ix. Tatacara persembahan BEBAS mengikut tema.
x. Muzik dan props dibenarkan semasa rakaman.
xi. Hanya SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri
xii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik & ilustrasi yang bersesuaian
adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiv. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) PERSEMBAHAN MAKANAN
40%
bersih, menarik & praktikal
2) KOMPOSISI MAKANAN, KREATIVITI &
INOVASI
kombinasi, kesederhanaan & keaslian 40%
dalam komposisi makanan & hidangan
yang menarik
3) BONUS
Kaedah memasak yang betul dan 20%
penggunaan bahan yang mencukupi
JUMLAH SKOR : 100 %

15 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

TERBUKA:
MENCIPTA LOGO KARNIVAL

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada Pegawai Meja Prasekolah PPD,


Guru Besar, Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah.
ii. Tema: KARNIVAL BAKAT & INOVASI PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI
SARAWAK
iii. Mempunyai bakat kreatif dalam mencipta logo untuk menjadi trademark
karnival tahunan negeri Sarawak
iv. Pemilihan visual hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri nilai
murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama, politik
dan tidak menghina mana-mana individu lain.
v. Logo TIDAK PERLU DICETAK, penyertaan hanya dalam bentuk VISUAL
sahaja dan dimuat naik dalam link yang disediakan.
vi. Hanya SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
vii. Logo yang dicipta perlulah bersaiz A3 dan menggunakan latar belakang
berwarna putih dalam komputer grafik.
viii. Segala kos penghasilan, pengeditan, ciptaan, kerosakan atau kerugian
ditanggung sepenuhnya oleh peserta sama ada sebelum, semasa atau
selepas penghantaran logo yang dilakukan.
ix. Peserta bebas menggunakan sebarang gajet/ applikasi/ sistem yang
bersesuaian untuk menghasilkan logo yang berkualiti mengikut kreativiti
masing-masing.
x. Softcopy logo yang dicipta perlulah dikemukakan kepada pihak JPNS
dalam format Adobe Illustrator Artwork file (.ai) dan Joint Photographic
Experts Group (.jpeg) sahaja. Format lain TIDAK akan dipertimbangkan.
xi. JPNS berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.
xii. Semua ciptaan mestilah ASLI (tidak boleh ditiru atau dicetak).
xiii. Penyertaan akan terbatal secara automatik sekiranya didapati hasil
ciptaan logo yang dikemukakan tidak asli atau dicetak.
xiv. JPNS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hakcipta yang melibatkan reka bentuk dan
seumpamanya.
xv. Peserta hendaklah bertanggjungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas logo dihasilkan.
xvi. Kesemua hasil logo pemenang akan menjadi hak milik JPNS dan tidak
akan dikembalikan dan menjadi hak milik JPNS.
xvii. JPNS juga berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau
diubahsuai.
xviii. Sekiranya logo pemenang perlu dilakukan pindaan atau pengeditan,
pihak JPNS akan berhubung dengan pemenang tersebut untuk
melakukan penambahbaikan ke atas logo yang dipilih.
16 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,
Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan
xix. JPNS berhak sepenuhnya untuk menerbitkan,
mengeluarkan, memapar, mengedar,
menyunting dan menayangkan logo
pemenang pada mana-mana laman sesawang, pameran, portal, media
sosial, blog atau mana-mana medium yang lain tanpa sebarang syarat
xx. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xxi. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) KREATIVITI 40 %
Deskripsi/ keterangan tentang symbol,
pemilihan skim warna yang digunakan
dalam logo dan kreativiti logo yang
dicipta
2) KETEPATAN TEMA DAN NILAI 30 %
Mengikut dan bersesuaian dengan
TEMA
3) KEUNIKAN DAN KEASLIAN (originality) 20 %
Tahap keunikan dan keaslian logo yang
dicipta/ penilaian secara menyeluruh
4) KUALITI TEKNIKAL 10 %
Estetika dan ekspresi visual
JUMLAH SKOR : 100 %

17 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

MURID: BERCERITA

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur


antara 4 – 6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Peserta boleh memilih menggunakan Bahasa: Bahasa Melayu ATAU
Bahasa Inggeris.
i. Pilihan Tema ada BEBAS tetapi hendaklah mempunyai unsur
PENGAJARAN atau NILAI MURNI.
iii. Peruntukan masa dalah antara 3 – 5 minit termasuk elemen tambahan xi.
iv. Penggunaan TEKS CERITA dalam rakaman video adalah TIDAK
DIBENARKAN.
v. Cerita TIDAK BOLEH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR POLITIK, NEGATIF &
MENYENTUH SENSITIVITI ANTARA KAUM yang boleh menyinggung atau
menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
vi. Pakaian sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan watak dalam cerita.
vii. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-
bapa/penjaga/sekolah sendiri.
viii. Hanya SATU (1) penyertaan daripada setiap PPD.
ix. Rakaman video boleh menggunakan aplikasi yang bersesuaian.
x. Penggunaan muzik iringan secara minus one dari CD/MP3 atau iringan
kugiran (sekiranya perlu) disediakan oleh peserta sendiri.
xi. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiii. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) Kelancaran Bahasa 30 %
2) Intonasi Nada 20 %
3) Kreativiti 20 %
4) Gaya Persembahan 20 %
5) Isi Ucapan 10 %
6) Kelancaran Bahasa 30 %
7) Intonasi Nada 20 %
JUMLAH SKOR : 100 %

18 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

MURID: NYANYIAN SOLO

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4 – 6


tahun (3+, 4+, 5).
ii. Peserta boleh memilih menggunakan Bahasa: Bahasa Melayu ATAU
Bahasa Inggeris ATAU Bahasa Cina.
iii. Pemilihan lagu adalah BEBAS dan bersesuaian dengan kanak-kanak.
iv. Peruntukan masa: 3 – 5 minit termasuk elemen tambahan xii.
v. Lagu TIDAK BOLEH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR NEGATIF yang boleh
menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
vi. Pakaian sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan lagu.
vii. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-bapa/
penjaga/ sekolah sendiri.
viii. Hanya SATU (1) penyertaan daripada setiap PPD
ix. Peserta boleh menggunakan aplikasi yang bersesuaian untuk merakam
video.
x. Peserta boleh mempersembahkan sebuah lagu atau medley dalam
bahasa yang sama.
xi. Penggunaan muzik iringan secara minus one dari CD/MP3 atau iringan
kugiran (sekiranya perlu) disediakan oleh peserta sendiri.
xii. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xiii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiv. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) Pic 20 %
2) Tempo 20 %
3) Sebutan 15 %
4) Ton Suara 15 %
5) Dinamik 10 %
6) Penghayatan 10 %
7) Gaya/Kreativiti Persembahan (Pakaian/
10 %
Props/ Penampilan/ Olahan Muzik)
JUMLAH SKOR : 100 %

19 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

MURID: BAKAT KHAS


(PPKI/Integrasi)

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid kelas prasekolah, kelas


PPKI atau Integrasi yang mempunyai kad OKU berumur 4 - 6 tahun (3+, 4+,
5+).
ii. Pilihan Tema: BEBAS.
iii. Peruntukan masa: 3 – 5 minit (termasuk elemen tambahan ix).
iv. Mempunyai bakat yang unik @ istimewa.
v. Tatacara persembahan bebas mengikut tema pilihan.
vi. Pakaian sopan dan bersesuaian / berkaitan dengan persembahan.
vii. Penyediaan muzik dan prop adalah atas tanggungan peserta / guru /
ibu-bapa / penjaga / sekolah sendiri.
viii. Setiap PPD boleh menghantar satu (1) penyertaan untuk kategori Bakat
Normal. Manakala bagi kategori Bakat PPKI/Integrasi dan Bakat Penan,
PPD boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dan tidak
melebihi daripada tujuh (7) penyertaan ke peringkat Negeri.
ix. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian adalah dibenarkan dalam rakaman video.
x. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xi. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
Penampilan dan Kreativiti 20 %
Keseragaman Pergerakan 25 %
Koreografi 25 %
Kesesuaian pergerakan dengan lagu 20 %
Bonus (Keceriaan, Props, 10 %
Kebersahajaan, Kerjasama)
JUMLAH SKOR : 100 %

20 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

MURID: WARTAWAN LAPANGAN

i. Penyertaan individu dan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4 – 6 tahun


(3+, 4+, 5).
ii. Murid bebas memilih bahasa pengantar samada Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
iii. Pilihan tema laporan: BEBAS.
iv. Peruntukan masa: 3 – 5 minit (termasuk elemen tambahan xi).
v. Pemilihan bidang wartawan lapangan adalah bebas sama ada berbentuk
liputan di tempat semasa kejadian atau selepas kejadian. Contohnya;
pencemaran sungai, penganiayaan binatang, sukan, kemalangan, bencana
dan lain-lain berkaitan.
vi. Murid boleh membaca skrip (mengikut kreativiti guru/ ppm/ ibubapa yang
membantu murid semasa rakaman).
vii. Paparan visual atau video hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri nilai
murni dan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama, politik dan
tidak menghina mana-mana individu lain.
viii. Pakaian yang sopan dan besesuaian dengan kanak-kanak.
ix. Penyediaan prop adalah atas tanggungan peserta/guru/ibu-bapa/ penjaga/
sekolah sendiri.
x. Hanya SATU (1) penyertaan bagi setiap PPD ke peringkat Negeri.
xi. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang bersesuaian
adalah dibenarkan dalam rakaman video.
xii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
xiii. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) Kelancaran bahasa 35 %
2) Isi penyampaian/ Jalan cerita 15 %
3) Gaya Persembahan 15 %
4) Ton Suara 15 %
5) Kreativiti 10 %
6) Ketrampilan / pakaian 10 %
JUMLAH SKOR : 100 %

21 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Kriteria Pemarkahan

MURID: SENAM TARI SIHAT

i. Penyertaan berkumpulan (antara 2 hingga 5 orang) dan terbuka kepada


murid prasekolah berumur di antara 4 - 6 tahun (3+, 4+, 5+).
ii. Peruntukan masa: 3 – 5 minit termasuk elemen tambahan ix.
iii. Pakaian kemas dan seragam serta menunjukkan kesukanan /
bersesuaian dengan konsep yang ingin ditunjukkan.
iv. Persembahan senam tari perlu mempunyai aktiviti ‘warming up’, aktiviti
kecergasan dan aktiviti ‘cooling down’
v. Unsur tarian perlu diselitkan ke dalam persembahan senam tari
vi. Penggunaan muzik iringan secara minus one dari CD/MP3 atau iringan
kugiran (sekiranya perlu) disediakan oleh peserta sendiri.
vii. Penyediaan muzik dan prop adalah atas tanggungan peserta/ guru/
pihak sekolah dan ibu bapa.
viii. Hanya SATU (1) penyertaan daripada setiap PPD.
ix. Elemen tambahan seperti animasi, visual, grafik dan ilustrasi yang
bersesuaian dibenarkan dalam rakaman video.
x. Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.
xi. Kriteria penilaian;

Pembahagian
Kriteria Penilaian
(%)
1) Penampilan dan Kreativiti 20 %
2) Keseragaman Pergerakan 25 %
3) Koreografi 25 %
4) Kesesuaian pergerakan dengan 20 %
lagu
5) Bonus (Keceriaan, Props, 10 %
Kebersahajaan, Kerjasama)
JUMLAH SKOR : 100 %

22 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-
Penutup

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat


meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid yang bersesuaian dengan keunikan dan tahap perkembangan yang dilalui
oleh kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun.

Kerjasama semua pegawai prasekolah di PPD dan sekolah amatlah penting


bagi mencapai objektif program ini untuk menampilkan dan menghargai bakat
istimewa dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan JERIS (Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek, Sosial) selain mencipta daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan
murid-murid prasekolah dengan kerjasama guru, PPM, waris, pihak sekolah dan
komuniti luar.

Dengan itu, JPNS juga berharap melalui program seumpama ini memberi
impak positif dalam memperbaharui pengalaman muzikal, kesedaran estetika dan
memupuk budaya disiplin dalam kalangan warga prasekolah. Justeru itu, guru dan
PPM membentuk strategi baharu dan lebih efisien untuk pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas, menu makanan sihat dan keceriaan di kelas
prasekolah.

- Fly Fly Kenyalang Fly, Fly High -


Salam Malaysia Madani
Anak Baik Lagi Cerdik (ABC)
Daripada:
Unit Prasekolah dan Rendah,
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Dengan kerjasama:
Semua Penolong Pegawai (Prasekolah),
Unit Prasekolah dan Rendah,
Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sarawak

23 | -Karnival Bakat dan Inovasi Prasekolah Peringkat Negeri Sarawak 2023,


Unit Prasekolah dan Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak-

Anda mungkin juga menyukai