Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING 2019


ANTARA GURU-GURU SJK (TAMIL) DAERAH KOTA TINGGI BERSAMA WARGA
PPDKT
ANJURAN
SJK (TAMIL) LADANG PASAK, KOTA TINGGI, JOHOR

PENGENALAN

Pertandingan bowling merupakan satu aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh
menggembirakan peserta. Pertandingan ini dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara
guru-guru dan warga PPDKT. Selain itu, guru-guru akan didedahkan dengan pengalaman
yang pastinya akan meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kepada mereka. Program
luar sebegini juga akan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk berinteraksi dengan
dunia luar sekaligus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka khususnya
bersama warga PPDKT.

MATLAMAT

Pertandingan bowling ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk membina kecerdasan
minda dan kekuatan fizikal dengan melibatkan guru-guru secara aktif mengikut kebolehan
dan kemampuan diri. Kemahiran yang diajar juga dapat membantu guru-guru membentuk
keyakinan diri, semangat kerjasama dan meningkatkan penjagaan kesihatan diri.

OBJEKTIF

Pada akhir program ini, guru-guru boleh:


1. Belajar untuk mematuhi arahan dan peraturan-peraturan.
2. Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani.
3. Melahirkan sifat-sifat daya saing
4. Membentuk keyakinan diri

RASIONAL

Pertandingan ini menjadi medan untuk guru-guru menunjukkan bakat, kebolehan dan
keupayaan bersaing di kalangan mereka. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada
mereka. Pertandingan dalam kejohanan ini bukan semata-mata mencungkil bakat-bakat baru
tetapi memberikan ruang kepada golongan ini untuk berinteraksi sesama mereka, menilai
pengurusan diri dan keupayan mereka dalam sukan.

TARIKH & MASA PELAKSANAAN


16 Mac 2019 (Sabtu) & 11.30 pagi

TEMPAT
Pusat Bowling Daiman, Johor Jaya, Johor

KUMPULAN SASARAN
Semua guru SJK (Tamil) Daerah Kota Tinggi
Semua warga PPDKT
JAWATAN KUASA PELAKSANA
SJK (Tamil) Ladang Pasak, Kota Tinggi, Johor

STRATEGI
Bagi menjayakan program ini, beberapa strategi telah diatur iaitu:
1. Perbincangan bersama AJK Program
2. Melantik jawatankuasa terlibat
3. Perancangan aktiviti secara terperinci
4. Menjalankan aktiviti mengikut perancangan

PIHAK YANG TERLIBAT


Semua guru di SJK (Tamil) Ldg Pasak : 8 orang
Guru SJK (Tamil) Daerah Kota Tinggi : 32 orang
Warga PPDKT : 8 orang
Jumlah : 48 orang

SUMBER KEWANGAN
Yuran penyertaan : RM 1 440.00 (RM 30.00 x 48
org)
Jumlah : RM 1 440.00

PERBELANJAAN
-Sewa Gelanggang & kasut RM40.00 x(12 kump) : RM 480.00
-Hadiah
-Kumpulan RM 20 x 4 (trofi)-1 : RM 80.00
RM 15 x 4 (trofi)-2 : RM 60.00
RM 10 x 4 (trofi)-3 RM 40.00
RM 10 x 4 (trofi)-4 RM 40.00
RM 10 x 4 (trofi)-5 RM 40.00
-Jatuhan pin tertinggi RM 25 x 2 orang (trofi) : RM 50.00
-Hamper RM 25 x 10 RM 250.00
-Sijil Pennyertaan RM 1.00 x 50 helai : RM 50.00
-Air Minuman & perbelanjaan lain : RM 270.00
- Baner : RM 80.00
Jumlah : RM1 440.00

TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara
9.00 pagi : Pendaftaran & Pembahagian kumpulan
10.00 pagi : Pertandingan bowling dimulakan
12.00 tengahari : Penyampaian hadiah
1.00 petang : Bertolak pulang

SYARAT PERTANDINGAN

PENYERTAAN
 Pertandingan adalah secara berpasukan.

 Penyertaan terhad kepada 12 pasukan terawal berdasarkan first come first serve.
 Setiap pasukan diwakili 4 orang pemain sahaja yang terdiri daripada warga pendidik dan
staf pendidikan daerah Kota Tinggi.

YURAN PENYERTAAN
 Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30.00.

PENDAFTARAN PEMAIN
 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang
disediakan oleh Urusetia Pertandingan.

 Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

 Susunan nama pemain akan diambil kira dari borang pendaftaran pemain mengikut
turutan nombor yang dicatat.

 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan selewat-lewatnya sehari sebelum


pertandingan bermula.

 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.

 Semua peserta yang telah mengesahkan penyertaan hendaklah mendaftar nama masing-
masing selewat-lewatnya pada 10 Mac 2019 (Ahad) di SJK (Tamil) Ldg Pasak, Kota
Tinggi, Johor.

CARA PERTANDINGAN
 Kejohanan ini akan dijalankan secara: i. Berpasukan.

 Semua pasukan akan bermain sebanyak tiga (3) game.

 Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan oleh pihak Penganjur.

 Semua pasukan akan bermain secara `cross lane’ .

 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Penganjur.

 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di lorong permainan 10
minit sebelum perlawanan dimulakan.

 Pasukan yang enggan bermain pada waktu yang dijadualkan itu akan dianggap sebagai
menarik diri (iaitu memberi walk-over).

PENENTUAN KEMENANGAN
 Pasukan yang memungut jumlah jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai
pemenang.

 Kategori Hadiah adalah: Johan hingga tempat ke-5 (Acara Berpasukan), Johan hingga
tempat ke-3 (Individu) dan Jatuhan pin tertinggi (Lelaki & Perempuan)

 Sekiranya setelah semua perlawanan selesai dan dua pasukan atau lebih didapati
memperolehi jumlah pin yang sama maka kaedah berikut akan diambilkira untuk
menentukan pemenang:
a. Jumlah terbanyak jatuhan pin pasukan permainan terakhir (game kedua) dianggap
sebagai pemenang

PAKAIAN
 Semua pasukan/pemain mesti memakai pakaian yang sesuai.

BANTAHAN
 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan
hendaklah dibuat secara lisan dan bertulis kepada Urusetia Pertandingan. Surat bantahan
hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran
secara Tunai sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Wang cagaran
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal atau ditolak.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN


 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan
masing-masing hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau pada
10 Mac 2019 (Ahad) beserta dengan yuran pertandingan dalam bentuk TUNAI.

 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa
perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding; dan

 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad

PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak
sekolah dan pihak-pihak lain untuk merealisasikan objektif program ini ke tahap cemerlang.

Disediakan oleh;

---------------------------------------------------
(NADARAJAH A/L A SUBRAMANIAM)
Setiausaha ,
Pertandingan Tenpin Bowling 2019
SJK (Tamil) Ldg. Pasak, Kota Tinggi

Disemak oleh;

-------------------------------------------------
(EN. SWARAN RAJ A/L SAHADEVAN)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Pertandingan Tenpin Bowling 2019
SJK (Tamil) Ldg. Pasak, Kota Tinggi

Disahkan oleh;

----------------------------------------
(EN.VIJIYAN A/L DURYSAMY)
Guru Besar,
SJK (Tamil) Ldg. Pasak, Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai