Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. NILAI - NILAI JATI DIRI DALAM FILEM


2. ANALISIS SUMBANGAN TAMADUN MELAYU
3. PENGAJARAN BERASASKAN NILAI-NILAI NEGATIF DAN POSITIF
4. ISI - ISI PENTING JAWAPAN (SmartArt)

1
1. NILAI - NILAI JATI DIRI DALAM FILEM

Jati diri merupakan satu pegangan yang penting dalam kehidupan setiap insan. Jati diri dapat
didefinisikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan
sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan
sebagainya, atau disebut jua identiti (Kamus Dewan, 2018). Lazimnya, ciri atau sifat tersebut
berbeza daripada 'seseorang dengan orang lain atau daripada sesebuah kumpulan dengan yang lain.

Jati diri mempunyai kaitan rapat dengan akhlak seseorang. Tanpa akhlak mulia, jati diri tidak dapat
dibentuk dengan baik. Ini kerana, akhlak memberi pengaruh dan kesan yang besar pada tindak tanduk
serta gerak langkah seseorang. Nilai murni merupakan salah satu elemen yang penting dalam
pembentukan akhlak dan jati diri kanak-kanak. Ini bermakna bahawa perlakuan yang baik dapat
'dipupuk melalui nilai murni. .-

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai murni seperti hormat
menghormati, jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk. Namun,
sekiranya nilai yang buruk seperti biadap, suka berbohong dan mencuri menjadi perhiasan diri seawal
peringkat kanak-kanak lagi, maka secara tidak langsung nilai tersebut akan mewarnai dirinya sehingga
dewasa sekiranya tidak diubah dan dibentuk dengan nilai akhlak mulia.

Sifat jati di perlu diasuh dan ditanam dalam diri setiap insan semenjak awal kelahiran dan ia boleh
dipupuk dari zaman bayi, kanak-kanak, remaja dan ia akan membuahkan hasil ketika menginjak usia
dewasa. Bukan semua orang berpeluang untuk mendapat dan menerima didikan dan asuhan yang
sempurna. Ini disebabkan kebanyakan pelajar-pelajar yang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mahupun
ke Henry Gurney ada mempunyai permasalahan dari sudut jati diri yang diterima semenjak kecil.
Golongan sebegitu kebiasaannya tidak terdidik dengan sifat nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Filem Nujum Pak Belalang menggunakan sistem yang dimiliki dalam cerita lisan masyarakat
Melayu lama iaitu Cerita Pak Belalang. Filem Nujum Pak Belalang telah mengalami proses adaptasi
dan olahan hingga terhasilkan sebuah filem yang berbentuk komedi. Cerita Pak Belalang asalnya
merupakan sebuah cerita jenaka Melayu yang mengandungi unsur humor atau lucu. Cerita jenaka
Melayu kebiasaannya mempunyai satu sistem yang mana ceritanya perlu menawarkan kesan yang
menggembirakan hati apabila mendengarnya. Ditambah dengan pembawakan watak-watak yang
digambarkan sebagai bodoh-sial, bodoh pintar dan pintar sebagai pelengkap kepada sistem cerita

1
jenaka. Watak yang dimunculkan biasanya melambangkan watak yang wujud dalam masyarakat
Melayu tradisional.

Menyentuh struktur isi cerita, cerita jenaka Melayu merupakan salah sebuah hasil kesusasteraan
Melayu tradisional yang terdiri daripada tradisi lisan dan tradisi tulisan; dan kedua-duanya tercipta
dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi (Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996). Selain itu, jenaka menurut
pandangan Zalila dan Jamilah (1993), merupakan cerita yang menawarkan jalan cerita yang sederhana,
mempunyai struktur yang sederhana, disampaikan secara santai dengan menggunakan bahasa
pertuturan seharian. Manakala, unsur kelucuan yang terdapat dalam cerita jenaka boleh dilihat daripada
perilaku watak-watak, isi cerita dan gaya bahasa (dialog).

P. Ramlee menggambarkan karakter Pak Belalang dengan watak pemalas sebagai fungsi untuk
menimbulkan rasa komedi. Pak Belalang seorang tua yang pemalas dan hidupnya seharian adalah
makan dan tidur. Malah adalah sedikit tersasar dari norma manusia apabila anak kecil yang berusia lima
tahun mengejutkan bapanya supaya bangun setelah sekian lama tidur dan menyara hidup sekeluarga.
Namun secara sinisnya, ini adalah satu teguran kepada masyarakat Melayu yang malas bekerja dan
mengharap bantuan orang lain. Babak filem ini telah banyak mempengaruhi masyarakat Melayu pada
ketika itu dan telah menimbulkan perasaan rajin berusha walaupun miskin untuk mendapatkan status
kehidupan yang lebih baik seperti kaum-kaum lain pada masa hadapan. Ini terbukti dengan status
kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini yang dapat meningkatkan status kehidupan dalam
pelbagai segi seperti bahasa, cara hidup, ekonomi, politik, tempat tinggal dan hubungan sosial.

Nilai jati diri yang perlu diberi fokus dalam filem ini seterusnya ialah taat kepada pemimpin. Pak
Belalang amat taat kepada pemimpinnya. Beliau akan menurut apa sahaja perintah Sultan. Selagi
pemimpin tidak melanggar Quran dan panduan Hadith maka wajib kita mentaatinya. Pak Belalang
sentiasa taat dan setia akan kepada Sultan dalam apa jua situasi dalam filem tersebut. Contohnya, ketika
sultan meminta Pak Belalang menilik kali pertama tentang kehilangan mahkota maka dengan segera
beliau berbuat sedemikian walaupun beliau hanya buat semata-mata untuk mengekalkan statusnya
sebagai seorang tukang tilik hinggalah babak seterusnya. Dalam konteks Negara Malaysia pada hari ini,
kita sedia maklum bahawa Kesetiaan kepada Raja dan Negara ini merupakan prinsip kedua daripada
lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang perlu kita
ikuti. Prinsip ini menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada di kalangan
rakyat terhadap Raja/Pemimpin dan juga kesetiaan kepada Negara. Dalam konteks Malaysia, setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda

2
Yang di-Pertuan Agong. Amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan di Dalam
Perlembagaan Malaysia telah meletakkann Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Oleh itu, adalah menjadi tanggung jawab setiap rakyat yang menjadi warganegara Malaysia
untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Manakala, di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada Raja / Sultan yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tersebut tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Filem ini memberi gambaran bahawa masyarakat Melayu dahulu juga mengamalkan fikiran positif.
Kedua-dua pihak amat positif dan yakin akan menang walaupun mereka sebenarnya tidak bijak
menaruh negara untuk tujuan kebanggaan. Walaupun Pak Belalang selaku ahli nujum tidak tahu
jawapan untuk keempa-empat soalan yang diajukanoleh ahli nujum kerajaan Masai tetapi masih
memberi mimik muka berunsur positif untuk memberi keyakinan kepada sultan. Berfikiran positif akan
membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan.
Berfikiran positif mempunyai banyak kebaikan. Daripada mengembangkan kreativiti kita, ia juga akan
turut membantu memperbaiki tahap kesihatan. Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin yang kini
sedang bersaing dalam kejohanan motosikal dunia dan pernah beberapa kali menaiki podium adalah
antara ikon-ikon Melayu yang menjadi kebanggaan Malaysia pada masa kini.

Di dalam kehidupan, kita perlu mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan.
Namun dalam filem ini, nasib dan masa depan diletakkan kepada orang lain. Perbualan seperti ”Apa
pendapat tuan hamba, adakah kita boleh menang dengan 3 soalan tersebut. Maka dijawab oleh
Penasihat Sultan “ Tidak perlu risau, Ahli Nujum Negara pasti tahu jawapannya.”. Ini seolah-olah
meletakkan masa depan di tangan orang lain. Sikap begini patut kita singkirkan dari awal-awal lagi.
Contohnya, majoriti anak-anak muda yang tidak keluar mengundi ketika pilihanraya umum. Kita
sepatutnya sedar bahawa kitalah yang telah meletakkan masa depan negara di tangan generasi yang
tidak peduli.

Filem Nujum Pak Belalang merupakan sebuah filem komedi yang boleh dianggap mempunyai
kesempurnaan sebagai sebuah bentuk filem komedi. Filem ini mempunyai beberapa nilai-nilai jati diri
yang sempurna. Walaupun filem ini hanya bersandarkan tema yang ringan tetapi elemen-elemen
penting memberi kita pengajaran yang cukup baik. Setiap rakyat Malaysia yang menonton filem ini
pasti mendorong mereka membentuk jati diri di dalam sanubari secara dalam dan jitu.

3
2. ANALISIS SUMBANGAN TAMADUN MELAYU
Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengan kepelbagaian
kaum dan etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara
maju. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses
pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada
peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.

Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu
zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang untuk membina
satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia. Ciri-ciri ampuh tersebut
merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran,
agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan Bahasa Melayu, sistem perundangan, pembudayaan
ilmu, pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan
negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas.

Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi
kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu masyarakat dan bangsa. Dalam konteks
pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap
konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. ‘Semangat
Iqra’ antara aspek sosial yang mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di Alam Melayu.
Islam telah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu sehingga menganggapnya
sebagai persoalan yang amat penting. Dengan kedatangan dan penerimaan Islam, golongan ilmuan
mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi oleh
semua lapisan masyarakat. Ada sebahagian daripada mereka yang menjadi rujukan kepada pihak istana
dan sekaligus menggantikan peranan pawang dan bomoh yang sebelumnya amat penting dalam industri
pemerintahan. Dalam babak filem tersebut, ahli nujum kerajaan Masai digambarkan sebagai seorang
yang pintar dan boleh digolongkan dalam golongan ilmuan kerana soalan-soalan yang diajukan kepada
sultan untuk menawan negeri perintahnya sungguh menarik dan memerlukan ilmu yang dalam untuk
memikirkan jawapan. Walaupun soalan-soalan tersebut berunsur jenaka tetapi sehingga kini ia menjadi
bualan serta rujukan para ilmuan dan cendikiawan Melayu sehingga kini.

4
Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang
berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan kaedah arkeologi.
Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara bangsa Malaysia merupakan
lanjutan dari politik-politik atau kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya. Politik-politik Melayu ini
juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti
Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul
Aziz, 2001, 23-33). Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan
yang mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.Lantaran
dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan
kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik
Melayu yang dinyatakan diatas, diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem
pemerintahan beraja (skarang ini system pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan
utama tamadun Melayu kepada tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua
intitusi beraja iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting
dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan
ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan
pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul
Aziz, 2002:40-59). Dua buah kerajaan yang ditonjolkan dalam filem ini merupakan Kerajaan
Melayu dan membuktikan dapat bersaing antara satu sama lain. Sistem pemerinthan sultan juga
sangat teratur iaitu sultan sentiasa mengadakan perjumpaan dengan penghulu-penghulu di bawah
kawasan jajahan untuk mengetahui permasalahan yang wujud. Ini membuktikan kepada kita
tentang keprihatinan sultan terhadap rakyat di bawah jajahannya. Sultan jugak tampil kehadapan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Contohnya, masalah tikus yang mengancam
tanaman dapat diatasi dengan pemberian ubat tikus untuk membunuhnya oleh sultan.

Dalam konteks sejarah, politik-politik Melayu merupakan kamus perundangan sendiri yang
berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak). Antara cacatan awal mengenai
undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun
1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H
bersamaan dengan 22 Februari 1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam
yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas
penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orang

5
atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90). Satu lagi warisan yang membuktikan
undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang
disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh
Undang-undang Melaka. Babak dalam filem ketika ‘Sultan meminta Pak Belalang menilik di
manakah Tuan Puteri Bujur Sireh berada, jika tidak sultan akan memacung kepala’ membuktikan
kuasa mutlak sultan dalam mengadili sesuatu kes. Walaupun pengadilan sebegini nampak seperti
kejam tetapi ia secara tidak langsung memberi amaran awal kepada rakyat supaya tidak melakukan
sebarang kesalahan dan menjalani kehidupan yang aman dan damai.

Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adat Melayu
secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam tamadun
Malaysia, malah ia merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintergrasi ke wadah
kemelayuan. Islam terus menjadi faktor definiti Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang
mengamal istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah
diletakkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-
undang. Takrifan ini secara umum bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di
rantau alam Melayu. Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja
menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan
bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan
ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi
Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam
pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa
yang terbatas dan tertentu sahaja. Dalam filem, ada beberapa babak yang sentiasa menegakkan
istiadat Melayu dan agama Islam. Contohnya, ketika adat istiadat perlantikan ahli nujum khususnya
menitikberatkan kemurnian agama Islam dengan melangsungkan istiadat tersebut menurut prinsip-
prinsip dan rukun-rukun Islam yang ditetapkan.

Dalam membina peradaban bangsa Malaysia, apa yang pasti ialah budaya dan nilai luhur yang
wujud dalam agama Islam dan orang Melayu perlu diperkasakan dan dijadikan sebagai teras
kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia dan negara Malaysia. Ini kerana orang
Melayu pernah membuktikan kepada dunia bahawa mereka pernah mengecap zaman kegemilangan
lantaran berpegang teguh dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.

6
3. PENGAJARAN BERASASKAN NILAI-NILAI NEGATIF DAN POSITIF

P. Ramlee tidak meninggalkan harta pusaka dan kekayaan dalam bidang yang pernah
diceburinya tetapi meninggalkan khazanah ilmu perfileman yang serat menyimpan pelbagai ilmu.
Walaupun ada sarjana barat mempertikaikan kewibaaan P. Ramlee menceduk idea daripada filem-
filem ini, namun itu semua sebagai kritikan peribadi yang tidak berpijak dengan logik akal. Bagi
kita masyarakat Malaysia menganggapkan semua karya P. Ramlee adalah asli, mana mungkin
beliau memperolehi sumber-sumber luar diwaktu sedang dunia perfileman bermula daripada guru-
gurunya yang datang daripada India. Setiap filem arahan mahupun dibintangi beliau membawa
pengajaran yang cukup baik yang boleh jadikan teladan. Filem ‘Nujum Pak Belalang’ juga tidak
ketinggalan dalam meninggalkan nilai-nilai positif mahupun negatif kepada masyarakat pada
zaman tersebut dan boleh dijadikan pengajaran sehingga kini.

Dalam kehidupan manusia nilai positif dalam kehidupan ditandaii dengan tingkahlaku dan
pekerti yang mulia. Masyarakat memandang tinggi terhadap individu yang mempunyai nilai moral
sebagai idola dalam bermasyarakat. Selain itu, keperibadian mulia sebegitu mencakupi pelbagai
aspek sebagaimana pendapat Charles Darwin (1871);

“A tribe including many members who, from possessing in a high degree the spirit of
patriotism, fidelity, obedience, courage, and sympathy, were always ready to aid one another, and
to sacrifice themselves for the common good, would be victorious over most other tribes; and this
would be natural selection...”

Filem karya P. Ramlee banyak memaparkan nilai-nilai patriotisme yang menjadikan filem
tersebut bernilai tinggi dari sudut pemikiran masyarakat Malaysia. Pemikiran masyarakat Malaysia
adalah berlandaskan pemikiran semua kaum yang dianggap rakyat peribuminya. Justeru, semua
kaum menerima filemnya sebagai karya kaum mereka juga, kerana pembabitan mereka turut
dipaparkan. P. Ramlee menghasilkan filemnya seolah-olah memimpin sebuah negara. Dia berjaya
memimpin manusia penonton belajar mencintai bangsa dan negara. Selain itu, menyatukan
masyarakat Malaysia dalam dunia perfilemannya. Babak dalam filem di mana Pak Belalang setelah
mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana sultan sanggup
mempertaruhkan negara kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau yang sebenarnya
tidak mengetahui apa-apa. Walaupun pada mulanya beliau takut dan hendak melarikan diri tetapi

7
selepas mengethaui jawapan untuk keempat-empat soalan tersebut beliau memberanikan diri lalu
mempersembahkan jawapan dengan penuh yakin demi mempertahankan negara Beringin Rendang
daripada Sultan Masai. Akhirnya, beliau dapat mempertahankan negara Beringin Rendang daripada
bertukar tangan kepada Sultan Masai.

Permasalahan sosial banyak dipaparkan dalam filem ini. Ketika zaman pembikinan filem
tersebut, masalah sosial di negara ini berdepan dengan pelbagai kerumitan. Kehidupan selepas
merdeka, rakyat masih menagih pembangunan. Masyarakat Melayu ketika itu tidak mempunyai
rumah sendiri, tetapi menyewa bilik. Sudah tentu suasana kehidupan tidak selesa ketika itu.
Namun, tidak sahaja itu yang termampu oleh orang-orang Melayu hidup di bandar untuk
mengurangkan perbelanjaan untuk menyewa rumah. Gambar tersebut sangat jelas memperlihatkan
masyarakat di zaman selepas kemerdekaan tertekan dengan masalah ekonomi yang membabitkan
pendapatan bulanan mereka. Masalah-masalah sosial seperti pencurian menggunakan helah
‘pukau’ oleh badan dan nyawa seringkali menjadi ketakutan rakyat pada masa itu. Penduduk
kampung sama ada rakyat biasa mahupun orang-orang berada seringkali menjadi pemangsa kepada
penyamun seperti ini. Babak seperti itu membuka mata sebahagian besar rakyat yang menonton
filem ini untuk senantiasa berjaga-jaga walaupun hari siang.

Bersatupadu dan bergotong-royong dalam masyarakat Melayu telah menjadi satu kemestian
dan kewajipan mereka. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kerjasama dan faham-memahami di
antara satu dengan lain. Kehidupan sosial masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu ditonjolkan
dalam filem karya P. Ramlee, umpamanya dalam kehidupan bergotong-royong dan bekerjasama
menangani setiap masalah. Agama Islam anuti masyarakat Melayu menjadi perisai dan pedoman
mereka. Babak pertama dalam filem ini memaparkan adegan orang kampung bergotong-royong
mengerjakan sawah dan ladang. Mereka berkerja secara berkumpulan dalam erti kata menyemerak
dan memakmurkan suasana silaturahim di antara pendudukan kampung. Perlakuan dan perbuatan
orang-orang kampung Beringin Rendang, menggambarkan situasi sebenar kehidupan masyarakat
Melayu di zaman silam. Masyarakat Melayu di zaman silam mempraktikkan semangat bergotong-
royong, kerana telah mendarah daging amalan tersebut sejak nenek-moyong mereka. Kesan
daripada berganding bahu dalam mengusahakan bidang pertanian yakni bercucuk tanam, makanya
terbit semangat kesepaduan dan kasih-sayang sebagai hubungan kekeluargaan. Hubungan
kekeluargaan bersendikan khidmat sosial secara bersepakatan, membuahkan hasil yang
menyeluruh. Mereka dapat mengukuhkan ekonomi pendudukan kampung secara sepadu. Kerja

8
bergotong-royong adalah satu sistem kemasyarakatan yang diamalkan dari generasi ke generasi
sebagai amalan adat masyarakat Melayu sehingga kini.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah masyarakat yang ideal dan terbilang, kerana
boleh hidup dengan aman dan sentosa semacam satu rumpun bangsa dan keluarga. Dalam filem P.
Ramlee, bangsa lain tidak ketinggalan dipaparkan dan digandingakan dengan pelakon bangsa
Melayu. Contohnya; orang Cina memegang watak peniaga, orang India sebagai jiran tetangga,
orang Sikh sebagai (jaga) bertindak mendamaikan pertikaian dalam berbahasa dan hormat-
menghormati.

Anda mungkin juga menyukai