Anda di halaman 1dari 6

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 61 SJK(TAMIL) LDG ULU TIRAM, JOHOR

Teks Ucapan Juruacara: EN.S.NADARAJAH

Bil Perkara Upacara


1 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berusaha


Encik Gopalakrishnan Subramaniam,
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor - Tiram

2 Ucapan Alu-aluan
Vanakkam dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang Berusaha,
Encik Gopalakrishnan Subramaniam,
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor - Tiram

Yang Berusaha , Pn.Malligah ………….., Guru Besar SJK(Tamil) Ldg Ulu Tiram

Yang Berbahagia, Dato Sugumaran Balakrishnan, Yang DiPertua PIBG


SJK(Tamil) Ldg Ulu Tiram

Yang Berusaha, Puan V. Nirmala , Penolong Kanan Pentadbiran, ,


Pn. Rajaselvi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan C.Thilagawathi, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Guru-guru Besar, Guru-guru Kanan, guru-guru, dif – dif
kehormat, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL, LADANG ULU TIRAM KALI KE-61.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Tuhan, kerana atas
limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 61 ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir
memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan
dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan sekolah kita ke tahap yang
tinggi dalam bidang sukan.

3 Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati,

Pada Kejohanan ini juga, kita akan menyaksikan rumah-rumah sukan yang mengambil
bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam Pertandingan
Hiasan rumah sukan dan Kawad Lintas Hormat. Turut dipertandingkan ialah maskot pasukan
selain Trofi Anggun Puteri untuk Pembawa plakad kontingen rumah sukan yang paling
anggun serta menawan hati para juri.
3 Sekarang Upacara Pembukaan Rasmi Kejohanan akan dimulakan dengan perarakan
kontingen-kontingen Badan Beruniform dan Rumah Sukan. Dengan segala hormatnya kami
menjemput tetamu khas kita Encik Gopalakrishnan Subramaniam- Merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor - Tiram diiringi oleh Guru Besar Pn.T.Malligah dan YDP PIBG Dato
B.Sukumaran dengan dif-dif kehormat untuk menerima lintasan hormat
perbarisan.Dipersilakan.

1. Mendahului perarakan ialah Bendera Kejohanan dan diikuti Badan Beruniform


2. Seterusnya, Pasukan Rumah Biru yang betemakan Dolphin
3. Pasukan Rumah Merah pula bertemakan Starfish
4. Pasukan Rumah Kuning bertemakan Jellyfish
5. Manakala, Rumah Hijau pula bertemakan Turtle
6. Seterusnya, Pasukan prasekolah pula bertemakan Nemo.

4. Nyanyian Negeri Johor Ab


ida
Seterusnya, Nyanyian Lagu Negeri Johor. h
Hadirin diminta berdiri.

5. Nyanyian Lagu Sekolah

Seterusnya, Nyanyian Lagu Sekolah


Hadirin diminta berdiri.

6. Menaikkan Bendera Kejohanan


Seterusnya menaikkan bendera kejohanan.

7. Lafaz Ikrar
Upacara seterusnya, Lafaz Ikrar Kejohanan. Dengan sukacitanya dipersilakan Adik Danish
untuk mengetuai bacaan ikrar.Dipersilakan.

6. Nyanyian Lagu Theevaaram


Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
Pn.A.Puvaneswary untuk menyayikan lagu theevaaram . Majlis mempersilakan dengan
segala hormatnya.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas nyanyian theevaaram itu tadi.

7. Ucapan aluan

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, YDP PIBG Dato
B.Sugumaran untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


8. Ucapan Guru Besar
Majlis seterusnya menjemput Guru Besar SJKT Ldg Ulu Tiram Pn.T.Malligah untuk
menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


9. Inovasi Rumah Sukan

Seterusnya, tibalah masa untuk kita memperkenalkan inovasi setiap rumah sukan kita dengan
temanya tersendiri.

1. Pertama, Rumah Sukan Biru - Rumah Biru bertemakan ‘Dolphin’ yang membawa
maksud kejernihan.Rumahnya dihias dengan barang-barang kitar semula dan me-reka
dengan alunan ombak. Rumah sukan biru ini dikelilingi oleh 18 dolphin kecil dimana setiap
dolphin ini mewakili satu acara sukan. Ikon utama dolphin rumah ini pula diletakkan di
hadapan yang diperbuat daripada tayar dan terjunan dolphin. Dengan segala hormatnya
dipersilakan pasukan rumah biru untuk mempersembahkan inovasi mereka.Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Untuk perhatian para tetamu, pelbagai inovasi akan ditunjukkan melalui persembahan
mereka.Antaranya, pembentukan ekor dolphin, pembentukan ombak, pembentukan formatif
huruf BIRU, posisi sukan yang pelbagai iaitu bola sepak, bowling dan bola jaring.

2. Kedua, Rumah Sukan Merah - Rumah Merah bertemakan ‘starfish’ yang membawa
maksud keberanian. __________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

3. Seterusnya, Rumah Sukan Kuning - Rumah Kuning bertemakan ‘Jellyfish’ yang


membawa maksud kemerihan. Mereka menghias rumah seperti laut yang dipenuhi dengan
Jellyfish dan sampan. Ini diikuti dengan penghiasan mengelilingi rumah sukan dengan
menggunakan mood ‘Jelly fish school’ dimana barangan kitar semula digunakan dalam
pelbagai cara. Persembahan mereka berfokuskan ke arah aktiviti-aktiviti di laut dimana
nelayan dan Jellyfish menari dengan meriah.Dengan segala hormatnya dipersilakan pasukan
rumah Kuning.

4. Keempat, Rumah Sukan Hijau. Rumah Hijau bertemakan ‘penyu’ yang membawa
maksud ‘kesedaran’. Rumahnya dihias dengan barang-barang kitar semula dan me-reka
dengan ‘Ninja Warriors’. Rumah sukan hijau ini berfokuskan ke arah kesedaran yang perlu
ada pada manusia tentang kepupusan penyu di Malaysia. Ninja Warriors pula mengambil
inisiatif untuk menyelamatkan penyu-penyu yang kian pupus. Bersama-samalah kita ‘safe
my world’.Dengan segala hormatnya dipersilakan pasukan rumah hijau untuk
mempersembahkan inovasi mereka.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

5. Seterusnya, persembahan dari pasukan prasekolah. Pasukan prasekolah bertemakan Nemo


yang membawa maksud ‘kesederhanaan’. ________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Upacara menyalakan obor


Majlis dimeriahkan lagi dengan upacara menyalakan obor. Untuk itu, kami dengan segala
hormatnya mempersilakan yang berusaha, Encik Gopalakrishnan Subramaniam - Merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor - ADUN Tiram diiringi oleh Guru Besar Pn.T.Malligah
dan YDP PIBG Dato B.Sugumaran untuk merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke-
61. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dengan kesempunaan upacara tersebut maka, dengan rasminya bermulalah Kejohanan


Olahraga Sekolah kali ke -61.
9. Ucapan Tetamu Kehormat
Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada Tetamu
Kehormat. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik
Gopalakrishnan Subramaniam - Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor - Tiram
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Majlis
merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput
yang berusaha, Encik Gopalakrishnan Subramaniam - Merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri Johor - ADUN Tiram diiringi oleh Guru Besar Pn.T.Malligah dan YDP PIBG Dato
B.Sugumaran untuk memeriksa barisan kontigen.Dipersilakan.

11
Sirih puan terselit di jari,
Ingin kucecah kapur di gagang;
Kesudian Tuan hadir kemari,
Temasya yang indah tambah gemilang.
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih dan menjemput untuk menerima
cenderamata daripada Guru Besar Pn.T.Malligah.Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih.

12 Perarakan Keluar Kontingen


Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke
rumah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

13 Persembahan ‘tarian aerobik’

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi kita akan saksikan persembahan tarian aerobik.
****************
Kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 2 hingga 6 dan dibimbing oleh guru-guru
yang amat komited dan berdedikasi.

Itu dia penari-penari sedang membuat formasi huruf. Sama-samalah kita nantikan huruf
yang bakal muncul iaitu ‘STUT’ yang mewakli Sekolah Tamil Ulu Tiram.

Kami pasti hadirin semua telah terhibur dan bergoyang kaki tatkala menyaksikan tarian
yang amat comel itu tadi.

Untuk makluman hadirin, tarian tersebut merupakan pergerakan kecergasan yang mampu
merampingkan pinggang. Syabas dan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru
yang menjayakan persembahan itu tadi.

14. Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

15.
16.

17

18

20 Penutup

Akhir kata dari kami berdua,


Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan
“Majulah Sukan SJKT Ldg Ulu Tiram demi menjulang kecemerlangan di persada
marcapada”

TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.


HIP-HIP…..HOORAY 3X
STUT CEMERLANG ……….. STUT GEMILANG ……….. STUT TERBILANG

Anda mungkin juga menyukai