Anda di halaman 1dari 4

1.

PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memberi gambaran dan penjelasan mengenai pelaksanaan
BENGKEL PEMBUGARAN KEJURULATIHAN SILAT OLAHRAGA PESAKA PERAK.

2. LATAR BELAKANG
Usaha melahirkan atlet silat olahraga oleh jurulatih perlu berlangsung dari peringkat usia awal
untuk membentuk atlet berkaliber. Oleh sebab itu, para jurulatih perlu dibekalkan dengan
kemahiran kejurulatihan yang berkualiti untuk menggalas tanggungjawab ini.
Bagi mencapai hasrat ini, Biro Pembangunan Silat Olahraga bersama Jawatankuasa Teknikal
PESAKA Perak telah merangka program ini untuk dilaksanakan.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh 10 dan 11 November 2019 (Ahad dan Isnin)
Masa 10.00 pagi - Pendaftaran
Tempat Pusat Latihan KRS (PULARES) JPN Perak, Batu Gajah

4. MATLAMAT
Menyediakan jurulatih yang mahir dan berketerampilan untuk membangunkan atlet berpotensi
yang mampu bersaing dalam mana-mana kejohanan dan pertandingan akan datang.

5. OBJEKTIF
5.1 Memperagakan teknik-teknik asas sukan silat dengan kaedah yang betul dan berkesan
untuk diaplikasikan dalam latihan atlet

5.2 Merancang dan membina jadual latihan yang tuntas untuk diaplikasikan dalam sesi
latihan pasukan sukan silat

5.3 Merancang dan membina skop latihan spesifik dalam proses pemulihan dan pengayaan
berdasarkan potensi atlet

5.4 Menyediakan data rujukan aktiviti sukan silat untuk urusan pentadbiran.
6. KHALAYAK SASARAN
6.1 Semua jurulatih pertubuhan gabungan PESAKA Perak
6.2 Semua jurulatih sukan silat di institusi pendidikan dalam negeri Perak

7. YURAN PENYERTAAN
7.1 RM 80.00 setiap penyertaan

8. ATUR CARA TENTATIF - Rujuk LAMPIRAN 1

9. ANGGARAN KEWANGAN

Bil PERKARA PENGIRAAN JUMLAH


1 Penginapan dan makan RM 30 x 50 peserta RM 1 500
2 Penginapan dan makan RM 30 x 10 fasilitator RM 300
3 Minuman latihan RM 10 x 5 karton RM 50
4 Modul latihan RM 10 x 50 peserta RM 500
5 Sijil penyertaan RM 5 x 50 peserta RM 250
6 Sijil penghargaan RM 5 x 10 fasilitator RM 50
7 Imbuhan jurulatih RM 50 x 6 jurulatih x 2 hari RM 600
8 Pengurusan RM 250
JUMLAH RM 3 500

10. PENUTUP
Diharapkan Kertas Cadangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan untuk kelulusan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………………
( MOHD. SAFWAN B. ABDUL RAHID )
Pengerusi
Biro Pembangunan Silat Olahraga PESAKA Perak
KERTAS CADANGAN

BENGKEL PEMBUGARAN KEJURULATIHAN


SILAT OLAHRAGA PESAKA PERAK

ANJURAN :

PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN (PESAKA) NEGERI PERAK


BIRO PEMBANGUNAN SILAT OLAHRAGA PESAKA PERAK
JAWATANKUASA TEKNIKAL PESAKA PERAK
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras program Ahmad Tajuddin b. Ayeob @ Hashim


Setiausaha Irwan b. Abdul Manap
Bendahari Mohd. Irneezam b. Rusli

Pendaftaran Faiezal Azmi b. Mohd. Yusop


Penginapan dan peralatan Tn. Hj. Nadzri b. Abu Bakar
Makanan dan minuman Saifullah b. Kamanoordin
Disiplin dan Keselamatan Khairul Azam b. Jamil / Aida S bt. Ismail
Kerohanian Hasri b. Shahbudin
Urus setia Nor Marina bt. Mohd. Rafidi

Jurulatih Mohd. Safwan b. Abdul Rahid - Jurulatih SUKMA Perak


Pembantu jurulatih Atlet SUKMA Perak

Anda mungkin juga menyukai