Anda di halaman 1dari 5

KELAB BOLA SEPAK ROCKSTAR

16450 PEKAN NANAS


PONTIAN
JOHOR

PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ASAS BOLA SEPAK


KELAB BOLA SEPAK ROCKSTAR
2019-2024

Dengan Kerjasama
Kelab Bola Sepak
Sekolah Kebangsaan Batu 24, Pekan Nanas
Program Peningkatan Kemahiran Asas Bola Sepak
Kelab Bola Sepak Rockstar

Pendahuluan

Nama SK Batu 24 dalam permainan bola sepak di Zon Pekan Nanas tidak asing lagi di
kalangan guru-guru sekitar Pontian yang mana sekolah SK Batu 24 pernah menjadi
juara Zon Pekan dan untuk peringkat MSSD Pontian hampir separuh dari pemain Zon
Pekan adalah dari Sk Batu 24. Malah 7 orang murid SK Batu 24 pernah mewakili dalam
sukan bola sepak ke peringkat MSSJ. Namun begitu beberapa tahun kebelakangan ini
sukan bola sepak telah ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan sukan-sukan lain
seperti bola baling, bola jaring, kriket dan olahraga yang mana telah mengharumkan
nama sekolah buat beberapa tahun ini. Senario ini dilihat membimbangkan yang mana
kemahiran asas bola sepak murid-murid dilihat berada pada tahap lemah dan ia tidak
seiring dengan usaha kerajaan negeri Johor yang dalam usaha membangunankan bola
sepak di negeri ini untuk mencari bakat baru. Oleh itu Kelab Bola Sepak SK Batu 24
bercadangan untuk mengadakan aktiviti pembangunan kemahiran asas bola sepak
yang perlu dilakukan setiap minggu sepanjang tahun. Ini kerana kemahiran asas bola
sepak bukan seperit sukan lain yang murid dapat mahir hanya dalam beberapa minggu.
Dengan itu usaha perlu diambil bagi melatih murid dengan kemahiran asas dalam bola
sepak dan secara tidak langsung menaikkan balik prestasi sukan bola sepak di SK Batu
24. Program pembangunan ini adalah pembangunan program jangka masa panjang
iaitu selama 3 tahun bermula pada tahun ini iaitu 2019 sehingga 2021 yang mana ia
memerlukan bantuan dana yang banyak untuk menjayakan program ini.

Objektif

1. Mengasah bakat baru dalam permainan bola sepak.


2. Meningkatkan kemahiran asas bola sepak
3. Menyiapkan diri pemain dari segi emosi dan fizikal.

Perlaksanaan

1. Progran peningkatan ini di jangka bermula pada bulan April.


2. Penyertaan terbuka kepada semua murid lelaki SK Batu 24
3. Penyertaan tidak terhad.
4. Latihan dikendalikan sepenuhnya dari kalangan guru SK Batu 24 dan juga
kalangan ibubapa yang mempunyai pengalaman membawa pasukan bola sepak.
5. Aktiviti pembangunan ini akan diadakan pada setiap pagi pada hari Sabtu
bermula pukul 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi.
6. Mengadakan pertandingan di kalangan murid.
7. Menyertai pertandingan diperingkat luar bagi memberi pengalaman kepada
murid-murid.
8. Antara aktiviti pembangunan kemahiran asas yang dijalankan
 Kemahiran asas menendang bola ( kick the ball )
 Kemahiran asas menghantar bola ( passing the ball )
 Kemahiran asas hantaran jauh ( long pass )
 Kemahiran asas menerima bola ( receive the ball )
 Kemahiran asas menjaringkan gol ( shooting )
 Kemahiran asas lontaran ke dalam ( throw in )
 Kemahiran asas menanduk ( heading )
 Kemahiran asas mengelecek ( dribble the ball )
 Kemahiran asas bertahan
 Kemahiran asas menyerang
 Latihan kelajuan
 Latihan kecekapan
 Latihan kecergasan
 Lain-lain latihan kemahiran

Perancangan Pembangunan Tiga Tahun 2019 - 2021

Latihan
1. Mingguan
Latihan kemahiran asas akan selitkan pada aktivit 1 Murid 1 Sukan pada setiap
hari
selasa bermula dari pukul 7.30-8.30 pagi.
2. Mingguan
Perlu diadakan pada setiap hari Sabtu bermula pada pukul 8.00-10.30 pagi.

Motivasi
1. Menjemput jurulatih luar / pakar motivasi merangsang minda pemain. Gerakan
psikologi sebagai pemangkin usaha dan semangat berpasukan.
2. Menjemput jurulatih luar yang bertauliah untuk memberi ilmu pengetahuna
mengenai cara menjaga kecerdasan dan pemakanan dalam sukan bola sepak.

Lawatan
1. Mengadakan pertandingan sambil melawat. Pertandingan persahabatan dengan
pasukan kelab luar daerah.
2. Tujuan mengukur tahap kekuatan pasukan.
3. Merupakan penggalak / perangsang kepada pamain.

Kos Peralatan dan keperluan


Peralatan sebagai elemen penting menggerakkan pasukan. Peralatan perlu untuk
sepanjang program pembangunan

Bil Perkara Jumlah Nilai/set x Jumlah Nilai


Kuantiti
1. Bola latihan (Training Ball) 20 pcs RM 50.00 x 20 RM 1000.00
2. Bola kejohanan (Match ball) 2 pcs RM 150.00 x 2 RM 300.00
3. Training Bip 2 set (22 pcs) RM 200.00 x 2 RM 400.00
4. Glove Keeper 2 set ( 2 pcs ) RM 50.00 x 2 RM 100.00
5. Full Set Jersi 1 set (18 pcs ) RM 40.00 x 18 RM 720.00
6. Space Markers 1 set (20 pcs) RM 60.00 RM 60.00
7. Passing Arc Set 2 set (8 pcs) RM 80.00 x 2 RM 100.00
8. Mini huddle 2 set (6 pcs) RM 50.00 x 2 RM 100.00
9. Speed and Agility Ladder 2 set (2 pcs ) RM 45.00 x 2 RM 90.00
10. Training Pole 1 set (10 pcs) RM 320.00 RM 320.00
11. Corner Flag 1 set (4 pcs ) RM 160.00 RM 160.00
12. Rebound board 2 set (2 pcs ) RM 100.00 x 2 RM 200.00
13. Bekas minum ( Cooler ) 1 set RM 250.00 RM 250.00
14. Pop Up Mini Goal 2 set (2 pcs) RM 100.00 x 2 RM 200.00
15. Mini Magnetic Tactical Board 1 set RM 50.00 RM 50.00
16. Tiang Gol 2 set RM 1250.00 RM 2500.00
Jumlah kos RM 6550.00

Penutup

Semoga program pembangunan kemahiran asas ini dapat mengembalikan


kegemilangan bola sepak SK Batu 24 dan juga menghasilkan bakat-bakat baru dalam
sukan bola sepak di SK Batu 24 dan seterusnya daerah, negeri dan negara pad masa
akan datang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ...................................
(MUHAMMAD HANIF BIN MOHAMMAD KHAIR) (MOHD TUAHFIK BIN ITHNIN)
Guru Penasihat Kelab Bola Sepak, Guru Besar,
SK Batu 24. SK Batu 24.

Anda mungkin juga menyukai