Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CERAMAH MOTIVASI

PROGRAM PEMBANGUNAN OLAHRAGA FASA 2


SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK UNDANG ABDULLAH

1.0 PENDAHULUAN

Sukan terutamanya bidang OLAHRAGA memainkan peranan yang penting


dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan olahraga, pelajar-pelajar kita bukan
sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di
peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan
penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya, pihak pengurusan SK
Datuk Undang Abdullah akan meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah ini
dengan mengadakan kegiatan Program Pembangunan Olahraga sepanjang tahun
yang bertemakan “Majulah Sukan Untuk SKDUA”. Jika dirancang dengan teliti
dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada
usaha kita dalam mengatasi masalah sosial dan disiplin dalam kalangan pelajar
sekolah ini.
Atas kesedaran inilah, SK Datuk Undang Abdullah sentiasa memberi
perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan
terutamanya sukan Olahraga yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah ini.
Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di
masa akan datang.

2.0 MATLAMAT

i) Memberikan motivasi kepada bakat-bakat baru dalam kalangan


pelajar dalam sukan olahraga.
ii) Dapat memilih atlit-atlit yang berbakat berpotensi untuk diketengahan
dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD/MSSN/MSSM
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 OBJEKTIF

i) Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.


ii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

iii) SKDUA dapat mengekalkan JOHAN KESELURUHAN Kejohanan Balapan


dan Padang MSSD Jelebu pada tahun 2020

iv) Atlit SKDUA dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri seterusnya ke


peringkat kebangsaan

4.0 ANJURAN

Unit Sukan dan Kelab Olahraga SK Datuk Undang Abdullah dengan kerjasama PIBG
SKDUA

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM

Penasihat : Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Jelebu


Pengerusi : En. Abdul Barri bin Razak
Guru Besar SK Datuk Undang Abdullah
Timbalan Pengerusi : En. Alias Hassan bin Sidek
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKDUA
Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Suhaimi bin Mat
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKDUA
Naib Pengerusi 2 : En. Shahrudin bin Mat Sah
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 3 : En. Rosmadi bin Arif
Pengerusi PIBG
Penceramah : En. Abdul Barri bin Razak
Penyelaras / Setiausaha : En. Mohamad Raziman bin Abd Roshid
Penolong Penyelaras/
Penolong Setiausaha : Pn. Irdina Alisya binti Abdullah
Jurulatih Utama : En. Mohamad Raziman bin Abd Roshid
Pn. Irdina Alisya binti Abdullah
AJK : En. Mohd Zaki bin Janhari
En. Mohd Khalid bin Zainol Abidin
Pn. Noradilah binti Mad Jaia
En. Muhamad Suhaimi bin Md Dan
6.0 TARIKH & MASA

12 April 2019 (11.00 Pagi)

7.0 TEMPAT

Dewan Serbaguna, SKDUA

8.0 TEMA

“Majulah Sukan Untuk SKDUA”

9.0 SENARAI ATLIT


Bi Nama Atlit Kela No. MyKid Pencapai Acara 2020
l. s an
01 Ahmad Nur Firdaus bin Fauzan 2A 11071110023 - 100m, 200m, L.Jauh,
3
. 4x100m & 4x200m
L10
02 Muhammad Adam Mikhail bin Mohd 2A 1104170504 - 100m, 200m, L.Jauh,
15
. Isa 4x100m & 4x200m
L10
03 Siti Nuraziawaty Alqaisyah bt 2A 1103250503 - 100m, 200m, L.Jauh,
62
. Mohamad Johor 4x100m & 4x200m
P10
04 Siti Nursajidah Batrisya bt Ramlan 3A 10112105011 - 4x100m & 4x200m
2
. P10
05 Siti Norfarisya bt Mohd Isa 3A 1003081014 - 100m, 200m, L.Jauh,
64
. 4x100m & 4x200m
P10
06 Nurlylia Ashifa bt Rosli 3A 1004200503 Daerah 100m, 200m, L.Jauh,
10
. 4x100m & 4x200m
P10
07 Muhammad Iznil Safwan bin Mohd 4A 0905220502 Daerah L.Tinggi, 4x100m &
19
. Khairul Amizi 4x200m L12
08 Muhammad Najmi Hakim bin 4A 0912181301 Negeri 100m, 200m, L.Jauh,
71
. Abdullah 4x100m & 4x200m
L12
09 Siti Nur Jannah Balqis bt Ramlan 4A 0903140503 Negeri 100m, 400m, L.Jauh,
96
. 4x100m & 4x200m
P12
10 Muhammad Muaz Afiq bin Mohd Zaki 4B 0910170501 Daerah 100m, 200m, L.Jauh,
59
. 4x100m & 4x200m
L12
11 Muhammad Fareez bin Ishak 4A 0903040504 Daerah 400m & 800m L12
99
.
12 Nur Ameera Sahera bt Adnan 5A 0804140504 Daerah L.Tinggi, 4x100m &
82
. 4x200m P12
13 Puteri Syazwin bt Mohd Sukri 5A 0809100503 Negeri 100m, 200m, L.Jauh,
42
. 4x100m & 4x200m
P12
14 Reinie bt Saharudin 5A 0812220501 Daerah 400m, 800m, 4x100m
40
. & 4x200m P12
15 Maryana bt Abdullah 4B 0904160504 Daerah Lontar Peluru P12
42
.
16 Mohamad Zaihan Muisz b Md Lazai 5A 0808160501 Daerah Lontar Peluru L12
43
.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH (RM)


Makan & Minum RM3 16 48
Jumlah 48

11.0 PENUTUP

Semoga dengan usaha ini, motivasi dan bakat murid lebih meningkat dan digilap lagi
seterusnya menaikkan nama SK Datuk Undang Abdullah. Diharapkan semoga
perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Peruntukan yang
diberikan diharap akan dapat memberikan impak yang positif kepada warga sekolah
khususnya kepada para atlit SKDUA.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

…………………………………………… ………………………………..
(MOHAMAD RAZIMAN ABD ROSHID) (ALIAS HASSAN BIN SIDEK)
Pengurus Pasukan Olahraga, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
SK Datuk Undang Abdullah. SK Datuk Undang Abdullah.

Disahkan Oleh;
………………………………….
(ABDUL BARRI BIN RAZAK)
Guru Besar,
SK Datuk Undang Abdullah.

Anda mungkin juga menyukai