Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui


kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat
menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial. Atas kesedaran inilah, maka pihak sekolah akan menganjurkan
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Payong Sesi 2022/2023
yang bakal menjurus kepada pembentukan modal insan yang seimbang. Melalui
kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid sekali
gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Payong Sesi
2022/2023 ini dianjurkan adalah seperti berikut :

i. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid dalam meyertai acara yang
dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan.

ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara sukan merentas desa.

iii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 MATLAMAT

Penganjuran kejohanan ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid dengan acara


sukan merentas desa serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya
sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara
sukan merentas desa bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 12 Mei 2022 (Khamis)


4.2 Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
4.3 Sasaran : Semua murid-murid SK Seri Payong
4.4 Tempat : SK Seri Payong & kawasan sekitar
*Peta laluan larian disediakan pada Lampiran 1
5.0 JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI PAYONG

Pengerusi : Cg. Mohd Zulmee@Mohd Zamree Bin Mat Hasan


(Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Cg. Muhammad Bin Abdullah (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Cg. Azeman Bin Hussin (PK Pentadbiran)
Cg. Fatim Suhairah Bt Che Sidid (PK Hem)
Cg. Hasnah Bt Ibrahim (PK Pend. Khas)

Setiausaha : Cg. Arizuddin Bin Ab. Wahab


Bendahari : Cg. Zilawati Bt Salleh
Ketua Rumah Sukan :
Cg Tuan Noraini Bt. Tuan Yusof (Rumah Merah)
Ustzh. Norina Bt Mohd Nor (Rumah Hijau)
Ustz. Noordin B. Mat Ali (Rumah Kuning)
Cg. Zalina Bt Husain (Rumah Biru)

5.1 JK PENGELOLA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI PAYONG


*Rujuk Lampiran 2

5.2 JK KEPEGAWAIAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI PAYONG


*Rujuk Lampiran 3
6.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Berikut adalah kategori yang dipertandingkan:

Kategori & Kod Kategori Peringkat Umur Jarak Larian


Lelaki 12 (L12)
12 tahun (Tahun 6) 4 km
Perempuan 12 (P12)
Lelaki 11 (L11)
11 tahun (Tahun 5) 4 km
Perempuan 11 (P11)
Lelaki 10 (L10)
10 tahun (Tahun 4) 3 km
Perempuan 10 (P10)
Lelaki 9 (L9)
9 tahun (Tahun 3) 3 km
Perempuan 9 (P9)
Lelaki 8 (L8)
8 tahun (Tahun 2) 2 km
Perempuan 8 (P8)
Lelaki 7 (L7)
7 tahun (Tahun 1) 2 km
Perempuan 7 (P7)

7.0 SENARAI RUMAH SUKAN

1. Biru
2. Merah
3. Kuning
4. Hijau
8.0 TAKWIM AKTIVITI

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI PENGLIBATAN

Taklimat Kejohanan
8.05.2022 Semua Guru dan
1.15 petang Merentas Desa SKSP
Ahad Kakitangan
2022

10.05.2022 8.00 - 9.30 Semua Murid, Guru


Sesi latihan
Selasa pagi dan Kakitangan

12.05.2022 7.45 pagi - 12.00 Kejohanan Merentas Semua Murid, Guru


Khamis tengah hari Desa SKSP 2022 dan Kakitangan

9.0 TENTATIF KEJOHANAN MERANTAS DESA SK SERI PAYONG

7.30 Pagi - Murid-Murid Berkumpul Di Tapak Perhimpunan


7.45 - Senamrobik
8.30 - Kejohanan Merentas Desa Bermula
- Pelepasan Kategori L11, L12, P11 dan P12
- Pelepasan Kategori L9, L10, P9 dan P10
- Pelepasan Kategori L7, L8, P7, P8 dan PK
10.00 - Semua Peserta Dijangka Menamatkan Larian
- Rehat
11.0 - Majlis Penutup Kejohanan Merentas Desa SKSP 2022/2023
- Penyampaian Hadiah
- Pengumuman Johan Keseluruhan
12.30 Tengah Hari - Majlis Bersurai
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

KOS JUMLAH
BIL. BUTIRAN/PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM)
(RM)
1 Pingat Kategori Tahun 1-6
(L7, L8, L9, L10, L11, L12,
P7, P8, P9, P10, P11, P12)
Emas 12 7.00 84.00
Perak 12 7.00 84.00
Gangsa 12 7.00 84.00
Ke-4 12 7.00 84.00
Ke-5 12 7.00 84.00
Ke-6 12 7.00 84.00
Ke-7 12 7.00 84.00
Ke-8 12 7.00 84.00
Ke-9 12 7.00 84.00
Ke-10 12 7.00 84.00
Ke-11 12 7.00 84.00
Ke-12 12 7.00 84.00
Ke-13 12 7.00 84.00
Ke-14 12
7.00 84.00
Ke-15 12
Ke-16 12 7.00 84.00
Ke-17 12 7.00 84.00
Ke-18 12 7.00 84.00

JUMLAH RM 1512.00
KESELURUHAN
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan pengendalian kejohanan ini dapat memberi pelbagai pengalaman serta ilmu
yang cukup berfaedah ke arah memaksimakan tahap kemenjadian murid. Selain itu, kejohanan
ini juga akan dapat mencungkil bakat baru bagi mewakili SK Seri Payong ke kejohanan peringkat
lebih tinggi lagi demi mangharumkan nama sekolah. Semoga kejohananan ini akan dapat
diteruskan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................................. ..................................................................
(ARIZUDDIN BIN AB. WAHAB) (Muhammad Bin Abdullah)
Setiausaha Sukan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK SERI PAYONG. SK SERI PAYONG.

Disahkan oleh,

...................................................................................
(MOHD ZULMEE@MOHD ZAMREE BIN MAT HASAN)
Guru Besar,
SK SERI PAYONG.
LAMPIRAN 1

Anda mungkin juga menyukai