Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

Kontingen Olahraga Sekolah Kebangsaan Seri Anom


Ke
Kejohanan Olahraga Zon Benut
2018
1. PENDAHULUAN
Kejohanan Olahraga sekolah adalah satu aktiviti kokurikulum yang kerap diadakan di sekolah-sekolah
di seluruh Negara. Oleh yang demikian Unit Sukan SK Seri Anom berusaha untuk membentuk Kontingen
Olahraga Sekolah bagi menghadapi persaingan Kejohanan Olahraga Zon Benut yang akan di adakan pada
11 dan 12 Februari 2018
Selaras dengan kejohanan olahraga tahunan yang turut diadakan dapatlah Unit Sukan sekolah memilih dan
menapis peserta yang berkebolehan dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan di peringkat zon Benut.
Diharapkan juga dengan adanya program yang dirancang khas ini dapat melahirkan murid-murid yang cergas,
cerdas dari segi mental dan fizikal, berkeyakinan diri, berketrampilan serta mempunyai semangat untuk berjaya
dalam Kejohanan Olahraga Zon Benut

2. TEMPOH PROGRAM
Program Kejohanan Olahraga ini dijalankan mulai dari latihan hingga hari kejohanan selama 1 minggu
iaitu pada 04 Februari hingga 08 Februari 2018.

2.1 Latihan Pusat - 04 hingga 08 Februari 2018


2.2 Kejohanan Olahraga Zon Benut - 11 dan 12 Februari 2018

3. MATLAMAT
3.1 Membentuk semangat juang yang tinggi di kalangan murid SK Seri Anom
3.2 Melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas mental dan fizikal.
3.3 Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan diri yang tinggi dan mempunyai daya saing yang mantap.
3.4 Melahirkan murid-murid yang mempunyai daya kepimpinan yang baik
3.5 Melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap positif dalam segala bidang yang diceburi

4. OBJEKTIF
4.1 Membentuk semangat kesukanan dan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan
4.2 Melahirkan murid yang cerdas dan cergas mental dan fizikal
4.3 Memupuk sikap kepada persekitaran gaya hidup sihat untuk diri dan keluarga
4.4 Memupuk semangat kekitaan murid semasa mengambil bahagian dalam pertandingan sukan
4.5 Mempamerkan semangat kental dalam segala kegiatan yang disertai
4.6 Menanamkan sifat tabah dan menerima hakikat apabila berlaku sesuatu kekecewaan dalam sesuatu
pertandingan

5. SASARAN
Peserta-peserta Kejohanan Olahraga Zon Benut Lelaki dan perempuan dalam kategori bawah 12 tahun dan 11
tahun seramai 20 orang peserta. Peserta yang mendapat tempat pertama dan ke-dua dalam setiap acara.

6. PELAKSANAAN PROGRAM
6.1 Perlantikan guru-guru olahraga sekolah oleh pihak pentadbir
6.2 Membuat kertas kerja Pembentukan Kontingen Olahraga Sekolah
6.3 Mesyuarat jurulatih-jurulatih olahraga sekolah
6.4 Membuat manual latihan olahraga
6.5 Mendapatkan kebenaran penjaga peserta olahraga
6.6 Kejohanan Olahraga Zon Benut
7. JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA

Pengerusi : HJ. MD. SALLEH HUDDIN BIN HJ. ABU


SAMAH Naib Pengerusi1 : PN ALWANI PUTRI BT SHAMSUL ANUAR
Naib Pengerusi 2 : ENCIK MOHD ROSLAN BIN IBRAHIM
Naib Pengerusi 3 : HJ. TAIB BIN HJ. DOLLAH
Setiausaha Sukan : CIK NOR SYAHIRAH BT ZULKIFLI

Jurulatih Olahraga Sekolah : ENCIK MOKHTAR BIN ITHNIN


ENCIK ALIPUDDIN BIN YAHYA
ENCIK ZAKDILLAH BIN YUSOF
ENCIK NORHAN BIN SABAR
PN NORICHA BT SIMAN
HAJAH NURULENASH BT.MOHMAD SAHIBEK
CIK FATIN HANUN BT YUSOF
CIK SALEHAN BT MOHD ARIFFIN
CIK NOR KHAMSIAH BT ABDUL GHANI
CIK NOR SYAHIRAH BT ZULKIFLI

8. JADUAL TUGASAN
Ketua Kontingen

PN ALWANI PUTRI BT SHAMSUL ANUAR


GPK Kokurikulum

Pengurus Pasukan
CIK NOR SYAHIRAH BT ZULKIFLI
S/U Sukan

Ketua Jurulatih
ENCIK ALIPUDDIN BIN YAHYA
Jurulatih Lontar Peluru
EN NORHAN BIN SABAR
Jurulatih Lompatan
ENCIK ZAKDILLAH BIN YUSOF

Jurulatih Balapan
ENCIK ALIPUDDIN BIN YAHYA
HAJAH NURULENASH BT.MOHMAD SAHIBEK
PN NORICHA BT SIMAN

Jurulatih Lompat Jauh


CIK NOR SYAHIRAH BT ZULKIFLI
CIK SALEHAN BT MOHD ARIFFIN
9. JADUAL LATIHAN

9.1 Latihan dijalankan bermula pada 04 Februari 2018 sehingga 08 Februari 2018, jam 7.30 pagi hingga
10.00 pagi
9.1 Manual latihan adalah seperti di bawah.

Model Latihan Model Latihan


Tarikh
Acara Balapan Acara Padang
Regangan / 120m x 4 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
Feb. 2018
Latihan teknik (untuk ketahanan) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 60m x 3 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
Feb.2018
Latihan teknik (untuk pecut) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 30m x 4 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
Feb. 2018
Latihan teknik (untuk pecut) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 30m x 3 x 3 / Regangan / Bounding (plyometric) /
Feb. 2018
Latihan teknik (untuk pecut) Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
Regangan / 15m x 3 x 3 /
Regangan / Bounding (plyometric) /
Feb. 2018 Latihan teknik
Drill / latihan teknik ( untuk jarak )
(lontaran/lompatan)

10. SUMBER KEWANGAN


Peruntukan Wang Sekolah

11. KOS PERBELANJAAN


10.1 Minum Latihan Pusat peserta 20 X Rm 1.00 X 4 hari = RM 20.00
10.2 Kain dan nombor Peserta 4 meter X RM 5.00 = RM 20.00
10.3 Ubat-ubatan = RM 50.00
10.4 Makan peserta hari kejohanan 20 peserta X RM 4.00 X 2 hari = RM 160.00
11.5 Runcit = RM 50.00
JUMLAH = RM 300.00

12. KAWALAN DAN PENYELIAAN


Pentadbir dan semua jurulatih akan membantu mengawal murid dan sentiasa mengawasi pergerakan
setiap murid sepanjang kejohanan olahraga sekolah berlangsung. Murid-murid yang mengambil bahagian akan
diawasi oleh pengurus pasukan masing-masing dan pelajar yang tidak mengambil bahagian akan dikumpulkan
di khemah yang ditetapkan untuk SK Seri Anom

13. PENUTUP
Kejohanan Olahraga Zon Benut merupakan lanjutan daripada kejohanan olahraga sekolah dan ini
merupakan aktiviti sukan yang wajib dalam kegiatan kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Daerah Pontian dan
Zon Benut. Justeru itu program ini memerlukan sokongan dan bantuan serta memerlukan persiapan yang rapi
daripada semua pihak. Pentadbir, Unit Sukan dan jurulatih-jurulatih olahraga yang menjadi pembimbing adalah
terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mengetahui serba sedikit mengenai pengurusan sukan. Murid-
murid yang menyertai kejohanan ini juga haruslah sihat tubuh badan.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:

…………………………………….. ……………………………….
( CIK NOR SYAHIRAH BT ZULKIFLI)
Setiausaha Sukan SK Seri Anom SK Benut

Anda mungkin juga menyukai