Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN STOR SUKAN

SK ULU MAJAU 2020

1.0 NAMA PROGRAM


Penambahbaikan Stor Sukan SK Ulu Majau 2020

2.0 PENGENALAN
Bilik Sumber Sukan atau PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah. Bilik ini
menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah
mahupun untuk pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Tanpa peralatan yang mencukupi, sesuatu aktiviti sukan sukar
untuk dijalankan dan secara tidak langsung akan melemahkan semangat murid untuk menyertai
dan membabitkan diri dalam sukan. Hal ini kerana pengurusan stok dan inventori alatan sukan
memberi impak yang besar dalam suatu kejayaan aktiviti sukan mahupun kokurikulum. Oleh yang
demikian, pengurusan stor sukan hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan
bagi memastikan peralatan sukan sentiasa menepati keperluan dan kehendak pelanggan iaitu
murid dan warga sekolah.

3.0 RASIONAL
Stor Sukan merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan peralatan sukan dan alat bantu
mengajar bagi mata muridan PJPK. Stor yang disusun kemas dan teratur akan memudahkan guru
dan murid untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan sukan. Justeru, penambahbaikan ini
diharap dapat mewujudkan stor sukan yang selamat, kondusif dan mesra pengguna seperti yang
disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar aktiviti pendidikan jasmani dan
sukan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur.

4.0 OBJEKTIF
a) Mewujudkan stor sukan yang sistematik, kondusif dan selamat untuk kegunaan warga
sekolah
b) Memastikan peralatan dapat disimpan dengan lebih kemas dan teratur

5.0 TEMPAT
Stor Sukan SK Ulu Majau
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
12 Ogos 2020

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 88 orang

8.0 SUMBER KOS


Bantuan Sukan Sekolah(BSS)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
(RM) (RM)
1. Adjustable Offer Bin 2 set 200.00 400.00
400.00

10.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar demi kebaikan
semua pihak terutamanya kepada anak didik di SK Ulu Majau, Kanowit.

Disediakan oleh, Disahkan oleh ,

___________________________ ______________________________
(MOHAMAD HAFIZ SYAHMI BIN SHARKAWI) (MARGARET ANAK HOLLIS)
Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
SK Ulu Majau SK Ulu Majau
Kanowit Kanowit

Anda mungkin juga menyukai