Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

“PENAMBAHBAIKAN BILIK
PENGURUSAN SUKAN
S.K. SERI KENANGA”
1.0 PENGENALAN
Bilik pengurusan sukan merupakan tempat penyimpanan barangan sukan bagi
sukan indoor dan outdoor. Justeru itu, seharusnya tempat ini menjadi tempat
yang kemas dan tersusun agar peyimpanan barang dan penggunaan dapat
dilaksanakan dengan lebih cekap. Untuk menjadikan Stor sukan lebih efisyen
dan lengkap segala kemudahan dan peralatan haruslah di tambah.

2.0 MATLAMAT

Melalui program ini diharapkan agar peralatan dan kemudahan Bilik Pengurusan
Sukan akan kelihatan ceria dan kemas serta lengkap supaya pembelajaran PJK
dan 1M1S berjalan dengan lancar seperti mana yang telah disarankan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kertas Cadangan ini akan memberi maklumat lengkap
penambahbaikan stor sukan yang dimaksudkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Projek ini bertujuan untuk mewujudkan stor sukan untuk keperluan murid-
murid SK Seri Kenanga serta memudahkan sebarang aktiviti pendidikan
jasmani dan sukan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan
KPM.

3.2 Menjadikan suasana di dalam Stor sukan lebih kemas dan ceria.

3.3 Melengkapkan peralatan di dalam Stor sukan bersesuaian dengan keadaan


semasa

3.4 Memudahkan urusan penggunaan dan penyimpanan alatan sukan.

3.5 Menambah peralatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan bersukan


murid-murid
3.6 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan

3.7 Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan dan cara


penggunaan alatan di stor sukan

3.8 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik

3.9 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor sukan

4.0 CADANGAN TARIKH

Bulan Mei sehingga bulan Ogos

5.0 RASIONAL
5.1 Ketiadaan barangan sukan yang mencukupi
5.2 Keperluan pelajar yang mendesak dan memerlukan stor sukan yang kondusif
5.3 Program aktiviti pendidikan jasmani dan sukan yang dirancang akan dapat
dijalankan dengan lebih teratur

6.0 SASARAN
Semua warga S.K. Seri Kenanga

7.0 ANGGARAN KOS

Seperti dalam lampiran 1 yang telah disediakan

8.0 GAMBAR STOR SUKAN SEDIA ADA

Seperti dalam lampiran 2 yang telah disediakan

9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan Kewangan Sekolah RM 2000


10.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid.
Ia sekali gus dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan dan sedikit
sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan
penjagaan stor sukan. Selain itu, penjagaan keselamatan dapat dititikberatkan
oleh guru dan murid sewaktu berada di stor sukan.
LAMPIRAN 1

(ANGGARAN KOS)

NO PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


1. CAT EPOXY (HIJAU) - LANTAI 2 TIN RM200.00 RM400.00
2. CAT EPOXY (KUNING) - LANTAI 1 TIN RM200.00 RM200.00
3. CAT MINYAK ( BIRU) 1 TIN RM140.00 RM140.00
4. CAT MINYAK (MERAH) 1 TIN RM140.00 RM140.00
5. LANSIR 4 RM80.00 RM320.00
6. BANNER 4 RM100.00 RM400.00
7. BERUS CAT 4 RM10.00 RM40.00
8. BERUS CAT ROLLER 4 RM10.00 RM40.00
9. TINNER 4 RM10.00 RM40.00
10. KAYU SPIN 4X1 6 RM50.00 RM300.00
JUMLAH KESELURAHAN RM2000.00
LAMPIRAN 2

GAMBAR BILIK PENGURUSAN SUKAN

Anda mungkin juga menyukai