Anda di halaman 1dari 8

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

SUKAN DAN KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM, SK SERI KENANGA


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN WAKTU PENDIDIKAN
JASMANI, AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA

PENGUMUMAN PELAKSANAAN SEMULA PENDIDIKAN JASMANI,


SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH

• Pendidikan Jasmani melibatkan SEMUA murid SK Seri Kenanga.


• Aktiviti Kokurikulum dan Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) hanya melibatkan
murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
• Tarikh Kokurikulum bermula : ________________
o Waktu Kokurikulum : ________________
• Tarikh 1M1S bermula : ________________
o Waktu 1M1S: ________________

1.0 PELAKSANAAN SOP WAKTU PENDIDIKAN JASMANI

1.1 Sebelum
1.1.1 Murid perlu mencuci tangan menggunakan sabun dengan cara
yang betul.
1.1.2 Memastikan bacaan suhu murid diambil sebelum aktiviti
dijalankan.
1.1.3 Murid yang kurang sihat dan bergejala dikecualikan dari
mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani.
1.1.4 Semua alatan yang digunakan disanitasi.
1.1.5 Memastikan murid telah diingatkan supaya mematuhi SOP
sebelum menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani.
1.1.6 Aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan di ruangan terbuka
dengan pengudaraan yang baik.
1.1.7 Murid masuk ke ruangan aktiviti mengikut laluan yang disediakan.

1
1.2 Semasa
1.2.1 Murid perlu menjaga jarak sosial sepanjang aktiviti berjalan.
1.2.2 Murid tidak dibenarkan menyentuh rakan semasa menjalankan
aktiviti.
1.2.3 Guru perlu sentiasa memantau murid dan mengingatkan mereka
supaya sentiasa mematuhi SOP semasa manjalankan aktiviti.
1.2.4 Murid perlu berada di ruangan yang disediakan.

1.3 Selepas
1.3.1 Murid keluar dari ruangan aktiviti mengikut laluan yang betul.
1.3.2 Murid perlu mencuci tangan dengan air dan sabun dengan cara
yang betul sebelum masuk ke kelas.
1.3.3 Semua alatan yang digunakan perlu disanitasi.
1.3.4 Guru mengawal pergerakan murid untuk memastikan murid
sentiasa menjaga penjarakan sosial.

2.0 PELAKSAAN SOP SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM (SUKAN


& PERMAINAN) DAN 1M1S

2.1 Hanya murid Tahap 2 akan terlibat dengan aktiviti 1M1S mengikut
jadual yang ditetapkan.
2.2 Murid yang bergejala tidak dibenarkan untuk menyertai aktiviti yang
dijalankan.
2.3 Memastikan murid yang berimuniti badan yang rendah mendapat
kebenaran daripada ibu/bapa/penjaga sebelum menyertai aktiviti.
2.4 Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian tempat/ruang
dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
2.5 Aktiviti yang dilaksanakan adalah bersesuaian dengan kemudahan
peralatan.
2.6 Kehadiran guru dan murid adalah berdasarkan jadual dan penggiliran
aktiviti sukan dan kokurikulum.
2.7 Penjarakan fizikal dan prosedur sedia ada perlu dipatuhi bagi aktiviti
berikut:

2
2.7.1 Satu(1) hingga tiga(3) meter bagi aktiviti statik seperti aktiviti
regangan dan memanaskan badan.
2.7.2 Tiga(3) hingga lima(5) meter bagi aktiviti dinamik seperti latihan
sukan.
2.8 Pemakaian pelitup separuh muka (face mask) semasa aktiviti yang
berbentuk fizikal dijalankan adalah tidak digalakkan.
2.9 Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala
muka dan peralatan peribadi sendiri serta tidak dibenarkan berkongsi
dengan murid lain.
2.10 Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman selepas tamat
aktiviti.
2.11 Murid dan guru perlu mencuci tangan dengan sabun dan air atau cecair
sanitasi tangan selepas tamat aktiviti.
2.12 Murid dan guru perlu meninggalkan kawasan aktiviti/sekolah dengan
kadar segera selepas tamat aktiviti.

3.0 PENGGUNAAN BILIK SIMPANAN ALATAN SUKAN


3.1 Murid tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik simpanan alatan
sukan kecuali dengan pengawasan/kebenaran guru yang mengajar.
3.2 Bilangan murid yang dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik simpanan
alatan sukan dihadkan hanya kepada dua orang pada satu masa
tertakluk kepada pengawasan/kebenaran guru.
3.3 Murid tidak dibenarkan untuk menyentuh sebarang peralatan yang
berada di dalam bilik simpanan alatan sukan kecuali barang yang
dibenarkan ambil oleh guru.
3.4 Murid tidak dibenarkan berlegar di sekitar kawasan bilik simpanan
alatan sukan tanpa tujuan sepanjang waktu persekolahan.
3.5 Murid yang dibenarkan masuk ke dalam bilik simpanan alatan sukan
harus mematuhi aspek penjarakan fizikal yang ditetapkan iaitu
sekurang-kurangnya 1 meter antara rakan lain dan guru.
3.6 Kemasukan guru dan murid ke dalam bilik simpanan alatan sukan yang
dibenarkan adalah berdasarkan jadual dan penggiliran aktiviti sukan
dan kokurikulum.

3
3.7 Guru dan murid hendaklah mencuci tangan dengan sabun dan air atau
menggunakan cecair sanitasi tangan dan memakai pelitup separuh
muka sebelum memasuki bilik simpanan alatan sukan.
3.8 Guru dan murid harus meninggalkan kawasan bilik simpanan alatan
sukan dengan kadar segera setelah segala peralatan yang diperlukan
telah diambil atau dipulangkan selepas penggunaan.
3.9 Guru dan murid tidak dibenarkan untuk bersentuhan antara satu sama
lain semasa pengambilan/pemulangan alatan sukan yang diambil dari
bilik simpanan.
3.10 Guru dan murid perlu merekodkan kehadiran ke bilik simpanan dalam
buku rekod yang disediakan.

4.0 PENGGUNAAN ALATAN SUKAN


4.1 Setiap alatan yang digunakan perlu direkodkan ke dalam buku yang
disediakan sebelum dan selepas digunakan.
4.2 Peralatan perlu sentiasa dibersihkan/disanitasi sebelum dan selepas
digunakan.
4.3 Murid digalakkan untuk membawa peralatan sendiri seperti raket
badminton, tali ikatan, alat muzik dan lain-lain yang difikir sesuai.
4.4 Sebarang peralatan yang dibawa oleh murid dari rumah tidak boleh
dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.
4.5 Segala peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan semula di
tempat yang disediakan dan disimpan dengan baik selepas digunakan.
4.6 Murid boleh membawa cleansing wipes untuk membersihkan alatan
semasa aktiviti dijalankan jika difikirkan perlu.

4
5.0 PELAN PENGGUNAAN KAWASAN

5
6
Disediakan

PN. MASTURA BT DOLLAH


(GPK Kokurikulum S.K. Seri Kenanga) 7

Anda mungkin juga menyukai