Anda di halaman 1dari 15

PERATURAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, 22020, JERTEH, BESUT TERENGGANU DARUL IMAN

(Tel:096974037/Fax:096974131)

Peraturan-peraturan ini diwajibkan kepada semua pelajar asrama dengan tujuan kebajikan dan mendisiplinkan pelajar-pelajar di samping melicinkan perjalanan dan pentadbiran asrama menuju kepada matlamatnya. Setiap individu pelajar diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

VISI ASRAMA SEMEKAR Asrama sebagai wadah yang berorientasikan tindakan proaktif dan inovatif bagi melahirkan murid cemerlang

MISI ASRAMA SEMEKAR Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang Meningkatkan pengurusan fizikal yang kondusif Menyediakan makanan bermasak yang berkualiti Membangunkan sahsiah pelajar kearah keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial Menghasilkan satu pasukan pengurusan yang komited dan bertanggungjawab

MATLAMAT Asrama sekolah ini adalah untuk memberi kesempatan dan kemudahan kepada penghuni-penghuninya mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran, memupuk sikap bertanggungjawab dan kerjasama yang diingini dalam hidup bermasyarakat dan menggalakkan pertumbunan rohani dan jasmani yang sihat.

Peraturan-peraturan asrama adalah perlu untuk mencapai matlamat-matlamat yang tersebut di atas di samping menjamin suasana yang aman, teratur dan bersih di asrama. Oleh itu semua penghuni di asrama adalah tertakluk kepada peraturan asrama dan kerjasama penghuni adalah diminta untuk mematuhi peraturan tersebut. 1. PELAJARAN 1.1. Kemajuan pelajaran pelajar akan diawasi oleh pihak sekolah dan asrama. Jika didapati kemerosotan pelajaran, pelajar berkenaan akan dikeluarkan dari asrama.Pertimbangan khas akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum. 1.2. Masa Persekolahan.

1.2.1. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi jadual waktu sekolah. 1.2.2. Pada waktu persekolahan, pelajar tidak dibenarkan balik ke asrama atau berada di asrama kecuali dengan kebenaran Pengetua, PK/PK(HEM)/warden. 1.2.3. Jika pelajar asrama sakit semasa waktu persekolahan, hendaklah dilaporkan kepada warden untuk mendapatkan surat kebenaran rawatan doktor dan surat pengesahan tidak hadir ke sekolah untuk disampaikan kepada guru kelas. 1.2.4. Pelajar yang tidak ke sekolah kerana sakit dikehendaki tinggal di bilik sakit. 1.2.5. Pelajar yang hendak meninggalkan kawasan sekolah, misalnya balik ke kampung kerana hal mustahak/kecemasan, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/ PK/ PK (HEM)/ warden. 1.2.6. Semua peraturan yang tertakluk dibawah peraturan sekolah digunapakai. 1.3. Selepas masa persekolahan.

1.3.1. Semua pelajar diwajibkan hadir ke kelas persediaan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. 1.3.2. Kelas persediaan hendaklah dijalankan di bilik-bilik belajar yang telah dikhaskan. 1.3.3. Sebarang pengecualian daripada menghadiri kelas ini hanya sah jika dengan kebenaran warden. 1.3.4. Tujuan kelas persediaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran/persediaan rumah/kelas tambahan/lain-lain kerja yang bersangkutan dengan pelajaran. kerja

1.3.5. Pengawas bertugas dikehendaki berada di bilik belajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. 1.3.6. Ketenteraman di dalam bilik bacaan adalah tanggungjawab pelajar-pelajar sendiri dan pengawas bertugas hendaklah memastikan pelajar tidak membuat bising , berborak, keluar masuk sesuka hati, membaca majalah/menulis surat dan membuat kerja-kerja lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran semasa berada di dalam kelas persediaan. 1.3.7. Pengawas dan warden/ahli Lembaga Pengurusan Asrama akan membuat rondaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan ke atas pelajar yang menyalahgunakan waktu belajar ini. 1.3.8. Sebarang kegiatan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum boleh dibenarkan sewaktu kelas persediaan dengan kebenaran warden.

1.3.9. Pakaian semasa di kelas persediaan adalah penghuni perempuan diwajibkan memakai baju kurung sepasang dan berkasut/sandal manakala penghuni lelaki dibenarkan memakai t-shirt, mesti berseluar panjang dan berkasut/bersandal. 1.3.10. Pengawas perlu memastikan bahawa semua penghuni berada di dalam bilik bacaan masing-masing. Pelajar yang berada di dalam dormitori akan dikenakan tindakan disiplin. 1.3.11. Pengawas mestilah menyimpan rekod kehadiran ke kelas persediaan dan tahu sebabsebab mengapa pelajar tidak menghadiri kelas persediaan. 2. KELAKUAN. 2.1. Penghuni-penghuni mestilah menjaga nama baik asrama dengan berkelakuan baik, bersopan santun terhadap sesama penghuni, pengawas dan warden asrama/Lembaga Pengurusan Asrama , Penyelia asrama dan kakitangan asrama yang lain. Kelakuan baik ini juga dituntut semasa berada di luar asrama atau sekolah. Penghuni-penghuni mesti menjaga keselamatan harta benda sendiri, harta asrama, sekolah, guru-guru, kawan-kawan serta kakitangan asrama yang lain. Sebarang kerosakan, kehilangan harta benda asrama bersabit daripada pihak penghuni akan dituntut gantirugi daripada penghuni yang berkenaan. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan merokok, membawa minuman keras/lain-lain benda yang boleh merosakkan harta benda asrama dan akhlak penghuni-penghuni asrama. Penghuni-penghuni asrama dinasihatkan tidak bersiar-siar di luar perkarangan asrama / sekolah demi keselamatan . Tidak dibenarkan melakukan ragging terhadap pelajar yang baru. Penghuni-penghuni yang didapati tidak berdisiplin, berkelakuan tidak baik termasuk menipu, mencuri, keluar/balik ke kampung tanpa kebenaran warden, malas belajar dan merosot dalam pelajaran akan dikeluarkan dari asrama. Penghuni tidak dibenarkan berdua-duan, berasmara dan seumpamanya di kawasan sekolah atau asrama. Semua peraturan yang tertakluk dibawah peraturan sekolah digunapakai.

2.2.

2.3.

2.4.

2.5.

2.6. 2.7.

2.8

2.9 3. PAKAIAN. 3.1. 3.2.

Penghuni-penghuni mestilah berpakaian kemas setiap masa mengikut keadaan. Pada hari persekolahan, waktu sarapan pagi dan makan tengah hari, penghuni mestilah berpakaian seragam sekolah seperti yang telah ditetapkan piawaiannya. Pakaian seragam asrama digunakan pada waktu ke bandar, menghadiri kegiatan sekolah /asrama yang sesuai, semasa hendak pulang ke kampung dan kembali ke asrama. Pakaian seragam asrama adalah baju kurung batik , kasut hitam tanpa tumit dan kain tudung putih. Pada waktu makan malam, penghuni perempuan diwajibkan memakai baju kurung sepasang dan berkasut/sandal manakala penghuni lelaki dibenarkan memakai t-shirt, mesti berseluar panjang dan berkasut/bersandal. Pada lain-lain masa (rehat) penghuni-penghuni mesti memakai baju kurung atau pakaian yang sopan, bersih dan kemas. 2

3.3.

3.4.

3.5.

3.6.

Pakaian seluar pendek, seluar ketat (jeans) tidak dibenarkan dipakai di dalam atau di luar kawasan asrama. Pakaian sukan sekolah hendaklah dipakai waktu bermain/bersukan sahaja. Semua peraturan yang tertakluk dibawah peraturan sekolah digunapakai.

3.7

4. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI. 4.1. Kebersihan diri penghuni hendaklah dijaga setiap masa. Pakaian dan alat-alat harian penghuni mestilah selalu bersih. Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada warden/pengawas dengan segera. Penghuni-penghuni dinasihatkan tidak membeli makanan yang dijual di gerai-gerai di tepi jalan atau yang tidak ada pengesahan pihak Jabatan Kesihatan.

4.2.

4.3.

5. KEBERSIHAN DORMITORI. 5.1. Kebersihan mesti dijaga setiap masa. Penghuni hendaklah membersihkan domitori mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Ketua Dorm. Lantai dorm hendaklah dibasuh sebulan sekali. Tempat tidur mesti dikemaskan tiap-tiap pagi selepas bangun pagi. Penghuni yang tidak memasang cadar dan sarung bantal akan didenda. Pakaian tidur hendaklah digantung di tempat penyangkut pakaian sahaja. Tuala mandi dan kain baju yang basah hendaklah digantung di ampaian luar. Kasut-kasut hendaklah disusun rapi di atas rak kasut di luar domitori. Makanan ( bermasak, biskut, buah-buahan, gula-gula dan minuman) tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam domitori. Perkara ini adalah untuk mengelak semut, lipas dan tikus. Jangan gunakan pinggan mangkuk dari Dewan Makan untuk menyimpan makanan sendiri. Pakaian, tuala, kasut dan peralatan-peralatan lain yang tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya akan dikumpulkan dan dilelong.

5.2. 5.3.

5.4. 5.5. 5.6. 5.7.

5.8.

6. KEBERSIHAN BILIK MANDI DAN TANDAS 6.1. Alat-alat mandi adalah hak sendiri (sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain). Alat-alat ini hendaklah disimpan di dalam timba kecil dan disimpan di dalam almari. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kertas sebelum dibuang ke dalam tong sampah. jangan dibuang ke dalam mangkuk tandas kerana perbuatan ini akan mengakibatkan saluran najis tersumbat dan akan menyusahkan semua pihak. Peralatan di bilik mandi (cermin, pancuran, kepala paip, mangkuk basuh tangan, lampu dan pintu) hendaklah dijaga supaya tidak rosak. Kertas-kertas dan kertas tisu hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Jangan buang ke dalam mangkuk tandas atau sinki. 3

6.2.

6.3.

6.4.

6.5. 6.7. 6.8.

Penghuni-penghuni dinasihatkan jangan mandi di dalam tandas. Pakaian tidak boleh direndam di dalam sinki, gunakan baidi. Kain basahan hendaklah disidai di ampaian luar

7. KEBERSIHAN BILIK BACAAN. 7.1. Kebersihan bilik bacaan hendaklah dijaga oleh semua pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengawas. Buku-buku mesti di susun rapi setelah selesai membaca dan mentelaah. Lampu, kipas, tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir meninggalkan bilik bacaan. Tidak dibenarkan makan dalam bilik belajar.

7.2. 7.3.

7.4

8. KEBERSIHAN BILIK REHAT. 8.1. 8.2 8.3 8.4. Akhbar dan majalah serta kerusi meja hendaklah di susun kemas setelah digunakan. Tidak dibenarkan makan di dalam bilik rehat. Tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir menggunakan bilik ini. Selepas menonton TV, kerusi hendaklah disusun semula di tempatnya.

9. KEBERSIHAN SURAU 9.1. 9.2. 9.3. Kebersihan surau hendaklah dijaga oleh semua penghuni. Kain telekung, sejadah hendaklah dilipat dan disusun dengan rapi ke dalam almari. Pengawas akan menyusun jadual bertugas membersihkan surau dan menyimpan Al-Quran, kitab-kitab dan makalah-makalah agama Islam dengan kemas dan teratur di dalam almari. Aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan agama Islam tidak boleh menggunakan surau.

9.4.

10. KEBERSIHAN DAN PERATURAN DEWAN MAKAN. 10.1 Penghuni-penghuni hendaklah berbaris semasa mengambil makanan dan hendaklah makan di Dewan makan sahaja mengikut masa yang telah ditetapkan kecuali pelajar yang sakit. Makanan yang tidak habis dimakan hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan di luar dewan makan. Penghuni-penghuni dilarang meletakkan sisa makanan di atas meja. Jika terdapat sisa makanan yang tumpah di atas meja, hendaklah dibersihkan menggunakan tuala yang disediakan. Makan dan minum di luar waktu makan boleh dijalankan di dewan ini. Pelajar yang berkenaan bertanggungjawab membersihkan meja, kerusi, lantai dan alat-alat yang digunakan. 4

10.2

10.3

10.4

10.6

Penghuni-penghuni bertanggungjawab membersihkan loker masing-masing pada setiap minggu. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan membuang sisa makanan dan sampah ke dalam sinki. Pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan dari Dewan Makan atau dapur asrama tidak boleh dibawa keluar dari Dewan Makan. Doa akan dibaca sebelum makan. Penghuni-penghuni mestilah menunggu sehingga semua telah mengambil tempat masing-masing dan jangan lewat masuk ke dalam Dewan Makan. Ini adalah bagi memastikan semua penghuni makan serentak selepas doa dibacakan.

10.7 10.8

10.9

10.10 Penghuni-penghuni hendaklah mengambil bahagian makanan masing-masing tanpa mengganggu penghuni yang lain. 10.11 Penghuni-penghuni yang perlu makan awal/lewat mestilah mendapat kebenaran warden dan melaporkan kepada pengawas Biro Makanan. 10.12. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan masuk ke ruang dapur.

11. KEBERSIHAN KAWASAN DAN BANGUNAN 11.1 Tiap-tiap hari selepas sarapan pagi, sekumpulan pelajar akan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan asrama. Satu jadual bertugas akan disusun oleh pengawas. Semua penghuni mestilah membantu menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata tempat. Gunakan tong sampah yang disediakan. Pengawas Biro Kebersihan akan mengatur jadual kerja kumpulan pada hujung minggu atau masa-masa tertentu untuk penghuni-penghuni asrama bergotong-royong membersihkan kawasan asrama. Pengawas akan mengetuai kumpulan masing-masing.

11.3

11.4

12. PENGGUNAAN LAMPU DAN AIR. 12.1 Lampu-lampu dibenarkan dipasang seperti berikut: Tempat Domitori Surau Bilik Bacaan 12.2 Pagi 5.30 6.55 pagi 5.45 6.45 pagi 6.00 7.00 pagi Malam 06.50 - 07.15 malam 10.30 11.30 malam 7.00 9.00 malam 9.00 11.00 malam

Kipas-kipas di dalam dorm dan bilik bacaan boleh dipasang ketika terlalu panas dan ketika ramai pelajar di dalamnya Jika tiada pelajar yang menggunakan sebarang bilik yang tersebut di atas, lampu-lampu dan kipas hendaklah ditutup oleh pengawas yang bertugas. Diminta jangan membazir dan berjimat menggunakan elektrik. Semua penghuni mesti menggunakan air dengan cermat. Semua paip air mestilah ditutup selepas digunakan. Sebarang kerja membasuh mesti menggunakan takungan. Jangan menggunakan sinki atau air pancuran sahaja.

12.3

12.4

12.5

13. WAKTU TIDUR 13.1 Semua penghuni asrama masuk tidur pada jam 11.30 malam. Lampu-lampu dormitri akan ditutup pada pukul 11.30 malam. Satu katil untuk seorang penghuni sahaja. Penghuni boleh menggunakan kelambu jika mahu. Ubat nyamuk lingkaran tidak boleh digunakan di dalam dorm. Penghuni tidak dibenarkan menggunakan lilin dan pelita minyak tanah atau membuat sambungan letrik untuk apa-apa tujuan sekalipun. Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa lan-lain orang atau pelawat bermalam di asrama.

13.2

13.3

13.4

14. WAKTU IBADAT 14.1 Sembahyang Subuh, Maghrib dan Isya adalah sembahyang berjemaah. Semua penghuni wajib sembahyang berjemaah di surau asrama. Pada waktu-waktu lain,pelajar-pelajar digalakkan sembahyang berjemaah. Kepada penghuni bukan islam, boleh mengikut upacara keagamaan masing-masing.

14.2 14.3

15. WAKTU REHAT / CUTI / KELEPASAN AM 15.1 Pada hari-hari persekolahan, pelajar-pelajar berehat mulai jam 5.15 petang sehingga 6.30 petang. Kegiatan bersukan, membaca di perpustakaan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah boleh dijalankan. Pada hari Jumaat dan Sabtu, pelajar-pelajar berehat mulai jam 11.00 pagi sehingga makan tengah hari. Penghuni dilarang membuat bising semasa berehat dan pada setiap masa. Penghuni-penghuni asrama tidak dibenarkan keluar / pulang ke rumah tanpa kebenaran warden. Pelajar dibenarkan balik ke kampung pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Kad pengesahan balik ke rumah hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga untuk diserahkan kepada warden. Jika balik disebabkan kecemasan, pelajar hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/Warden Asrama. Pelajar yang perlu balik ke rumah pada masa lain dari yang ditetapkan hendaklah membawa surat permohonan yang ditulis sendiri oleh ibu bapa/penjaga yang sah. Kebenaran hanya boleh diberi oleh Pengetua semingggu sebelum tarikh pulang kecuali kerana hal kecemasan seperti kematian. Pelajar hanya dibenarkan ke bank pada hari ahad sahaja. Mereka mesti mendapatkan kebenaran warden.

15.2

15.3

15.4

15.5

15.6

15.7

16. LAWATAN IBU BAPA / PENJAGA 16.1 Masa ibu bapa / penjaga melawat adalah seperti berikut: Hari Jumaat/Sabtu Hari Kelepasan Am 16.2 Masa 11.00 pagi hingga 6.00 petang 11.00 pagi hingga 6.00 petang

Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan datang melawat selepas jam 6.00 petang atau malam kecuali hal-hal kecemasan. Selepas jam 6.00 petang barang atau pesanan kepada pelajar hendaklah dikirim melalui warden/penyelia asrama/pengawal keselamatan yang bertugas. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam dorm kecuali semasa kecemasan (sakit). Mereka boleh dibawa ke bilik rehat. Pelawat yang dibenarkan masuk ke kawasan asrama / sekolah adalah terdiri daripada ibu bapa / penjaga atau saudara yang sah daripada ibu bapa/ penjaga. Teman lelaki tidak dibenarkan melawat. Pelawat lelaki dilarang masuk ke ruang bangunan dorm asrama. Keengganan ibu bapa / penjaga mematuhi peraturan asrama akan melibatkan anak-anak jagaan anda disingkirkan dari asrama. Oleh itu diharap ibu bapa / penjaga dapat memberi kerjasama di dalam semua hal ehwal demi kebaikan anak / penghuni. Nama-nama dan butir pelawat mestilah direkod di dalam buku pelawat.

16.3

16.4

16.5

17. SURAT MENYURAT / KIRIMAN POS 17.1 Pihak warden berhak menapis semua surat-surat pelajar jika dirasakan perlu. Surat-surat yang mempunyai penglibatan emosi atau isu-isu yang tidak wajar akan ditahan oleh warden dan pelajar yang berkenaan akan dipanggil. Jika berulang, kandungan surat akan dibaca kepada umum dan dilaporkan kepada ibu bapa / penjaga. Bagi surat-surat biasa, pengawas bertugas akan mengambil surat-surat di bilik warden/penyelia asrama pada masa masa yang dtetapkan. Pelajar-pelajar akan mengambil rehat. surat masing-masing daripada pengawas bertugas di bilik

17.2

17.3

18. BARANG LARANGAN 18.1 18.2 Telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Rokok, chewing gum, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen,pepatung seperti teddy bear,baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, buku/makalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Semua peraturan yang tertakluk dibawah peraturan sekolah digunapakai.

18.3

18.4

19. ALAT ELEKTRIK 19.1 Penghuni-penghuni asrama tidak dibenarkan menggunakan radio, alat memasak air dan lainlain yang menggunakan kuasa eletrik. TV boleh dipasang oleh pengawas pada masa-masa yang telah ditetapkan. Pelajar hanya dibenarkan menggosok pakaian di bilik menggosok.

19.2 19.3

20. JADUAL HARIAN ASRAMA

HARI DAN AKTIVITI MASA HARI PERSEKOLAHAN 05.30 pagi 06.10 pagi 06.35 pagi 07.00 pagi 07.10 pagi 02.00 petang 02.30 petang 03.00 petang 04.30 petang 05.00 petang 05.30 petang 06.10 petang 06.35 petang 06.50 petang 07.00 malam 07.15 malam 08.30 malam 08.55 malam 10.30 malam 10.55 malam 11.30 malam -Bangun dari tidur dan menguruskan diri. -Sembahyang Subuh berjemaah. -Sarapan pagi. -Perhimpunan pagi. -Pergi ke sekolah -Solat Zohor -Makan tengahari -Semua pelajar mengulangkaji atau aktiviti ko-kurikulum di sekolah. -Pelajar sembahyang Asar disurau sekolah. -Minum petang. -Permainan/lain-lain aktiviti (Penghuni dilarang berada di dalam dorm). -Semua pelajar mengurus diri untuk makan malam dan sembahyang maghrib. -Makan malam. -Semua penghuni asrama ke surau (Penghuni dilarang berada dalam kawasan asrama). -Sembahyang Maghrib berjemaah di surau Sekolah. -Pelajar berada di surau membaca Yassin/Quran/kuliah agama. -Sembahyang Isyak berjemaah. -Pelajar lelaki terus ke kelas mengulangkaji manakala pelajar perempuan di dewan asrama. -Minum malam. -Rehat/membasuh pakaian/lain-lai -Tutup lampu dan tidur.

HARI JUMAAT 05.30 pagi. 06.10 pagi 06.35 pagi 07.15 pagi 07.45 pagi 08.10 pagi 11.00 pagi 12.10 tengahari 12.30 tengahari 12.45 tengahari 01.00 tengahari 01.15 tengahari 02.00 petang. -Bangun dari tidur dan menguruskan diri. -Sembahyang Subuh berjemaah. -Jogging/senaman pagi dipadang sekolah. -Urus diri dan bersih dorm. -Sarapan pagi. -Gotong royong kawasan perekitaran Asrama. -Pelajar rehat/membasuh pakaian/lain-lain Aktiviti -Mengurus diri untuk solat Jumaat (pelajar lelaki). -Makan tengahari (pelajar lelaki sahaja). -Semua pelajar lelaki menuju ke Masjid Renek dengan berpakaian sepasang baju melayu dan songkok hitam untuk solat jumaat. -Makan tengahari(pelajar perempuan). -Pelajar perempuan menuju ke surau sembahyang zohor. -Pelajar rehat/ulangkaji/menononton tv atau lain-lain aktiviti. 8

04.30 petang 05.00 petang 05.30 petang 06.10 petang 06.35 petang 06.50 petang 07.00 malam 07.15 malam 08.30 malam 08.55 malam 10.30 malam 10.55 malam 11.30 malam

-Pelajar sembahyang Asar disurau sekolah. -Minum petang. -Permaianan/lain-lain aktiviti .(Penghuni dilarang berada di dalam dorm). -Semua pelajar mengurus diri untuk makan malam dan sembahyang maghrib. -Makan malam. -Semua penghuni asrama ke surau (Penghuni dilarang berada dalam kawasan asrama). -Sembahyang Maghrib berjemaah di Surau Sekolah. -Pelajar berada di surau membaca Yassin/Quran/kuliah agama. -Sembahyang Isyak berjemaah. -Pelajar lelaki terus kekelas prep mengulangkaji manakala pelajar perempuan di dewan asrama. -Minum malam. -Rehat/membasuh pakaian/lain-lain -Tutup lampu dan tidur.

HARI KELEPASAN AM/SABTU 05.30 pagi 06.10 pagi 06.35 pagi . 07.15 pagi 07.45 pagi 08.10 pagi 09.00 pagi -Bangun dari tidur dan menguruskan diri. -Sembahyang Subuh berjemaah. -Jogging/senaman pagi dipadang sekolah. -Urus diri dan bersih dorm. -Sarapan pagi. -Gotong royong kawasan perekitaran Asrama. -Rehat/dibenarkan keluar ke pekan Renek atau ke Jerteh (sila catat nama semasa keluar di dalam buku yang telah disediakan di pondok pegawal keselamatan).Pelajar mesti pulang ke asrama sebelum pukul 12.30 tengahari.

21. KESALAHAN DISIPLIN - PROGRAM SISTEM PENALTI (PSP) Berdasarkan sistem ini, mata penalti akan diberikan bagi setiap salah laku seperti berikut : 1. Tingkah laku jenayah 5. Tingkah laku kurang sopan dan biadap 2. Tingkah laku lucah 6. Tingkah laku musnah ( vandalisme ) 3. Tingkah laku kekemasan diri 7. Tingkah laku bohong/tidak jujur 4. Tingkah laku tidak mementingkan masa 8. Tingkah laku ponteng MATA PENALTI 1. Setiap salah laku pelajar akan diberikan mata penalti mengikut jenis salah laku dan direkodkan. 2. Langkah hukuman akan dibuat mengikut mata penalti yang dikumpul oleh pelajar berkenaan 3. Ahli Lembaga Disiplin Sekolah berhak memutuskan ( dalam mesyuarat ) jenis-jenis hukuman yang munasabah dan setimpal bagi setiap kategori selain daripada langkah / hukuman yang terkandung di bawah ini.

BIL 1 2

MATA PENALTI 1 5

LANGKAH/HUKUMAN - Mengisi kad disiplin pelajar - Amaran - Mengisi kad disiplin pelajar - Amaran - Khidmat sosial - Mengisi kad disiplin pelajar - Menghubungi ibu bapa / penjaga - Rotan 1 kali - Satu amaran - Mengisi kad disiplin pelajar - Menghubungi ibu bapa / penjaga - Rotan 1 kali - Satu amaran - Sesi kaunseling - Mengisi kad disiplin pelajar - Menghubungi ibu bapa / penjaga - Rotan 3 kali - Satu amaran - Menandatangani surat penjanjian - Mengisi kad disiplin pelajar - Menghubungi ibu bapa / penjaga - Surat pemberitahuan ( pertemuan dengan ibu bapa / penjaga ) - Gantung asrama - Menandatangani surat perjanjian - Sesi kaunseling - Buang asrama

10

20

30

40

50

10

KOD

KESALAHAN / PERLAKUAN

MATA PENA LTI 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 20 20 20 20 3 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 10 10

TINDAKAN DISIPLIN

TINGKAH LAKU JENAYAH


J01 J02 J03 J04 J05 J06 J07 J08 J09 J10 J11 J12 J13 J14 J15 J16 J17 J18 J19 L01 L02 L03 L04 L05 L06 K01 K02 K03 Berjudi Mencuri dan memecah masuk kawasan larangan Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengawas Memeras ugut Membuli Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap Menyalahgunakan dadah Membawa senjata berbahaya / bahan letupan Mencabul kehormatan Mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain Menceroboh bilik khas / kedai / koperasi/ pejabat sekolah atau asrama Mengedar dadah Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu ketenteraman sekolah Bertaruh secara besar-besaran Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Membakar Berzina / liwat / lesbian / homoseksual Membawa / memili senjata api Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Gantung / Buang asrama Amaran / Panggil ibu bapa Amaran / Panggil ibu bapa Amaran / Panggil ibu bapa Amaran / Denda Potong terus Potong terus Cukur terus

TINGKAH LAKU LUCAH


Bercumbu-cumbuan Berkhalwat Membawa bahan lucah ke sekolah / asrama Mengintai murid lelaki / perempuan Menggunakan kata dan perbuatan lucah Melukis gambar / menulis kata lucah Berambut panjang untuk lelaki / fesyen rambut keterlaluan / bertentangan dengan peraturan sekolah Berkuku panjang Bermisai dan berjanggut Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah : - Tiada lencana / lencana kabur / lencana tidak disulam - Tiada tanda sesi - Kain seluar bukan jenis slack - Tidak memakai stoking / warna stoking yang tidak dibenarkan - Memakai pakaian biasa ke sekolah - Memakai t-shirt yang berwarna ( selain putih ) di dalam pakaian seragam sekolah - Memakai jaket / sweeter - Tidak memakai pakaian ko kurikulum semasa aktiviti ko kurikulum - Memakai kasut selain jenis PVC atau kulit Memakai barang perhiasan ke sekolah : - Memakai barang kemas 11

TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI

Beli lencana Beli lencana Amaran Amaran Tidak dibenarkan masuk Baju dirampas Baju dirampas Amaran / Arah pakai Amaran Dirampas / Amaran

K04

K05

K06

K07 K08 K09 K10 K11 M01 M02 M03 M04 M05 M06 M07 M08 M09 M10 S01 S02 S03 S04 S05 S06 S07 S08 S09 S10 S11 S12 S13 R01 R02 R03 R04 R05

- Memakai minyak wangi bagi perempuan - Memakai rantai agama tanpa kebenaran - Lelaki memakai subang / rantai / gelang / cincin Membawa barang yang tidak dibenarkan : - Semua jenis alat yang tajam - Kamera / radio /walkman / pager / telefon bimbit - Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak bersopan - Gambar atau poster artis / model - Kad poker / bahan untuk berjudi - Cermin mata hitam / teropong - Kosmetik / cermin / minyak wangi - Majalah hiburan / komik - Pita video / VCD / Kaset - Tanda-tanda / lencana / poster / bahan yang berunsur politik - Kad magik,kad pokemon, kad yo-yo dan seumpamanya Memakai selipar, sandal kecuali dengan kebenaran Kuku berwarna / berinai Merwarna rambut Mencabut bulu kening Bersolek Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah Datang lewat ke sekolah Lewat ke perhimpunan Makan di kantin di luar waktu rehat Lewat pulang ke asrama Tidur dalam kelas Bermain di dalam blik darjah atau kaki lima Keluar kelas tanpa pas / kebenaran Berada di kantin sebelum / selepas waktu rehat Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Berkelakuan kasar terhadap guru Berkelakuan kasar terhadap pengawas Berbahasa kasar terhadap murid Berbahasa kesat / kasar Menyimpan dan mengedar rokok Menghisap rokok Mengganggu pengajaran dan pembelajaran Tidak menghormati / ingkar arahan guru Tidak menghormati pengawas Simpan / edar minuman keras / sebarang minuman yang memabukkan Menyimpan pemetik api / mancis Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah Melanggar peraturan trafik Merosakkan harta benda sekolah Merosakkan harta benda Pengetua/guru Merosakkan harta benda kantin Merosakkan harta benda pelajar Merosakkan harta benda asrama 12

10 10 10 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 15 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 15 10 10 10 10 20 10 10 5 20 10 15 10 10 10 10 10 10

Dirampas / Amaran Dirampas / Amaran Dirampas / Amaran Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Dirampas Amaran / bersihkan Ibu bapa diminta bawa anak pulang sehingga rambut dihitamkan Amaran Amaran Amaran Amaran / Denda Amaran Amaran Amaran Amaran / Panggil ibu bapa Amaran / Denda Amaran Amaran Hubungi ibu bapa Amaran Amaran Amaran Amaran Amaran / Panggil ibu bapa Amaran / Panggil ibu bapa Amaran Amaran / Panggil ibu bapa Amaran Rampas / Panggil ibu bapa Rampas / Amaran Amaran / Panggil ibu bapa Amaran Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda

TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA

TINGKAH LAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAP

TINGKAH LAKU VANDALISME

R06 R07 R08 R09 B01 B02 B03 B04 B05 P01 P02 P03 P04 P05 P06 P07 P08

Melakukan pembaziran air atau eletrik Menyalahgunakan peralatan eletrik Mengotorkan kawasan / bangunan sekolah Mengotorkan kelas Menipu yang melibatkan duit Menipu yang melibatkan kepercayaan Menipu semasa ujian / peperiksaan Memalsukan keterangan / rekod rasmi Memalsukan maklumat kes

10 10 10 2 15 15 15 15 15 2 20 15 20 10 10 10 10 6 20 40 50 5 5 5 10 20

Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda Hubungi ibu bapa Hubungi ibu bapa Markah 0 untuk ujian / peperiksaan Hubungi ibu bapa Hubungi ibu bapa Amaran Denda / hubungi ibu bapa Amaran / Denda Denda / hubungi ibu bapa Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran / Denda Amaran pertama Amaran kedua Amaran terakhir Buang sekolah Amaran Denda Denda Denda Hubungi ibu bapa /Amaran

TINGKAH LAKU BOHONG / TIDAK JUJUR

TINGKAH LAKU PONTENG


Ponteng kelas Ponteng solat Ponteng solat berjemaah Ponteng puasa fardhu Ponteng puasa sunat Ponteng aktiviti penghayatan Islam Ponteng kelas prep Ponteng aktviti rasmi sekolah Ponteng sekolah : - 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut - 10 hari berturut-turut atau 20 hari tidak berturut-turut - 17 hari berturut-turut atau 40 hari tidak berturut -turut - 31 hari berturut-turut atau 60 hari tidak berturut-turut Ponteng perhimpunan Ponteng aktiviti luar bilik darjah / ko kurikulum Ponteng ujian Ponteng peperiksaan Ponteng/ Keluar dari kawasan sekolah/asrama (fly)

P09

P10 P11 P12 P13 P14 22. AM 22.1

Kehadiran penghuni-penghuni dicatat pada setiap hari dalam Jadual Kedatangan asrama mengikut dorm dan diserahkan ke pejabat. Ibu bapa / penjaga mesti menghubungi pihak asrama jika pelajar tidak kembali ke asrama pada masa yang ditetapkan.

22.2

13

Anda mungkin juga menyukai