Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : Jazli bin Johari


Sekolah : SK Seri Kenanga,Johor Bahru

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 9 April 2017


Waktu : 10.00 11.00 pagi
Tingkatan/ Kelas : 3 Cemerlang
Tajuk PdP : Pembeli bijak

Objektif PdP : 1. Murid dapat membaca kuat petikan dan menggunakan intonasi yang
betul.
2. Murid dapat melengkapkan pengumuman berpandukan bahan grafik
dengan
betul.

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

25 /31 orang murid dapat membaca kuat petikan dan melengkapkan pengumuman dengan betul. 6
orang murid tidak dapat membaca mengikut tanda baca yang betul dan melengkapkan pengumuman
dengan betul. Murid ini mungkin mempunyai masalah membaca dan saya perlu memikirkan kaedah
untuk membantu murid ini

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Dua aktiviti telah dicadangkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda baca. Aktiviti
pertama akan melibatkan murid membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan. Sementara
aktiviti kedua akan membolehkan murid terlibat dengan permainan bahasa.

1) Membaca ayat

Guru mengedarkan kertas lembaran yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang
berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca
dengan kuat dengan mengikut tanda baca dan menggunakan intonasi yang betul dan tepat. Guru
membimbing murid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan
bacaan murid.
2) Aktiviti permainan bahasa

Guru menerangkan cara permainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran kotak
yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan, yang mana
setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.

Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya adalah
apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut
arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan
mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya noktah ( . ). Murid diberi tempoh untuk
membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid
tersebut berjaya membina ayat dengan betul.
C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah

1) Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan semua
murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan
murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru
sepanjang aktivti dijalankan.

2) Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru dapat
mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta
kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

3) Berdasarkan pemerhatian aktiviti permainan bahasa berjaya menarik minat dan tumpuan murid.
Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua murid dapat
membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul. Murid juga gembira dan seronok
semasa aktiviti dijalankan

Anda mungkin juga menyukai