Anda di halaman 1dari 43

PROFIL MURID

BAHAGIAN 1 WAKTU PERSEKOLAHAN

BAHAGIAN 2 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

BAHAGIAN 3 PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI

BAHAGIAN 4 KEMUDAHAN HARTA BENDA SEKOLAH

BAHAGIAN 5 PERATURAN UMUM

LAMPIRAN
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

WAKTU PERSEKOLAHAN
1.0 Masa Dan Kehadiran Persekolahan

1.1 Sesi pagi/ sesi petang(Waktu persekolahan)


1.2 Murid mesti berada di sekolah lima minit sebelum waktu persekolahan
bermula.
1.3 Murid yang datang lewat tanpa sebab adalah menjadi satu kesalahan
dan akan dicatat namanya untuk dikenakan tindakan.
1.4 Murid yang datang lewat perlulah melaporkan diri kepada Guru
Besar/Guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan slip kebenaran masuk
ke kelas.
1.5 Slip kebenaran ini perlulah ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar
dan seterusnya diserahkan kepada guru kelas.
1.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah melainkan dengan
kebenaran bertulis daripada Guru Besar / Penolong Kanan / PK HEM / Penyelia
Petang semasa waktu persekolahan.
1.7 Murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membawa sijil sakit. Jika tidak,ibu
bapa / penjaga murid tersebut perlu datang ke sekolah untuk menyerahkan surat
ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa / penjaga yang gagal berbuat
demikian akan menyebabkan anak jagaannya dianggap sebagai ponteng sekolah.
1.8 Murid yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau
kecemasan hendaklah mengisi borang di pejabat dan serahkan kepada guru
bertugas.

2.0 Waktu Perhimpunan

2.1 Semua murid mesti hadir ke perhimpunan sekolah. Kehadiran pelajar


akandiambil.

2.2 Ketika berada di tapak perhimpunan murid hendaklah beratur


mengikut kelas dengan tertib dan senyap.

2.3 Murid-murid mesti berdiri tegak, senyap dan meletakkan beg di bawah
semasa Lagu Kebangsaan, Lagu Patriotik dan Lagu Sekolah dinyanyikan.

2.4 Murid-murid mesti menyanyi bersama dengan penuh semangat.


Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan dijalankan.

2.5 Pengumuman-pengumuman hendaklah didengar dengan penuh perhatian


dan alasan tidak berbuat demikian tidak boleh diterima.

2.6 Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikeluarkan dari


barisan.

2.7 Selepas perhimpunan murid dikehendaki beratur dan berjalan masuk ke


kelas masing-masing dengan senyap dan teratur.

3.0 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran

3.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu


pembelajaran kecuali jika perlu tag keluar kelas perlu diperoleh daripada
guru berkenaan. Tag perlu digantung / dipamerkan.

3.2 Murid-murid yang keluar kelas tanpa TAG dianggap sebagai keluar
kelas tanpa kebenaran.

3.3 Keluar masuk kelas adalah dilarang sama sekali semasa ketiadaan guru
3.4 Murid-murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing.
3.5 Murid-murid perlu sentiasa bersedia untuk belajar dan melakukan
aktiviti berfaedah seperti membaca semasa menunggu guru masuk.

3.6 Murid-murid tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu


pertama, waktu sebelum / selepas rehat & waktu terakhir kecuali
mereka yang benar-benar dalam kecemasan.

3.7 Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ;

3.7.1 Semua murid mesti berpakaian pendidikan jasmani.

3.7.2 Semua murid tidak boleh berada di kelas.

3.7.3 Barang berharga hendaklah diserahkan kepada guru pendidikan


jasmani.

3.7.4 Murid yang menghidapi penyakit kronik dan telah disahkan oleh
doktor dikecualikan dari mengikuti aktiviti.

4.0 Waktu Rehat

4.1 Semua murid dikehendaki meninggalkan kelas semasa rehat.

4.2 Beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut-rebut. Murid dilarang
berlari- lari dan membuat bising di kantin.

4.3 Murid-murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin
sekolah pada waktu rehat atau dengan kebenaran.

4.4 Makan dan minum perlulah di kantin sekolah sahaja.

4.5 Setiap murid perlulah mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum.

4.6 Murid-murid dilarang sama sekali membawa makanan ringan, minuman


berkarbonat dan minuman yang mengandungi alkohol /mengkhayalkan.
5.0 Waktu Balik

5.1 Pastikan kelas berada di dalam keadaan kemas dan bersih. Kerusi
dan meja disusun dengan teratur. Kelas telah disapu dan sampah di
bakul sampah telah dibuang. Papan hitam perlu dibersihkan.

5.2 Semua kipas, lampu dan pintu serta tingkap ditutup sebelum meninggalkan
kelas.

5.3Pastikan semua buku murid dibawa balik.

5.4Murid perlu mematuhi peraturan lalu lintas.

6.0 Waktu Kokurikulum

6.1Masa aktiviti kokurikulum dijalankan tertakluk kepada pihak sekolah


masing-masing.

6.2 Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam kegiatan


kokurikulum melainkan mendapat pengesahan daripada doktor.

6.3 Murid-murid diwajibkan menyertai tiga gerak kerja kokurikulum iaitu;

6.3.1 Persatuan/Kelab
6.3.2 Badan beruniform
6.3.3 Permainan

6.4 Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak
hadir tanpa sebab yang munasabah.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
1.0 Pakaian Seragam Murid Lelaki
(Masukkan Gambar)

1.1 Baju

1.1.1 Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek atau


panjang. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan
baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau dilipat
ke atas sedikit dari paras siku.
1.1.2 Baju perlulah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.
1.1.3 Butang baju perlulah dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak
melebihi 4 cm dari pangkal leher.
1.1.4 Murid dilarang memakai kemeja T ( T shirt ) dalam kemeja sekolah.
Hanya singlet putih tanpa corak sahaja dibenarkan untuk dipakai di
dalam kemeja sekolah.
1.1.5 Baju yang berjalur, jarang dan berlubang tidak dibenarkan.
1.1.6 Baju yang terlalu longgar atau ketat adalah dilarang. Segala bentuk
peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada pakaian
sekolah.
1.1.7 Murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu yang lengkap
bersongkok pada hari Jumaat. Hanya songkok yang berwarna hitam
sahaja dibenarkan.
1.1.8 Baju Melayu perlulah dimasukkan ke dalam samping. (Rujuk lampiran)
1.1.9 Butang baju Melayu perlulah dikancing sekurang-kurangnya dua biji.
1.1.10 Baju Melayu yang berkolar ‘cekak musang’ sahaja dibenarkan.
(Rujuk Lampiran)
1.1.11 Baju Melayu pelajar hendaklah mempunyai satu poket yang
terletak di sebelah dada kiri.
1.1.12 Baju kemeja sekolah berkilat tidak dibenarkan.

1.2 Seluar (Rujuk lampiran)

1.2.1 Seluar bagi murid lelaki sekolah rendah adalah seluar panjang warna
biru tua (Navy Blue).
1.2.2 Seluar potongan ‘jeans’ dan berfesyen tidak dibenarkan.
1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, berkaki lebar, dan plit
tidak melebihi 4.(2 di kiri dan 2 kanan).
1.2.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 16.5 inci atau 42cm.
1.2.5 Poket yang bertampal tidak dibenarkan.
1.2.6 Sebarang pelekat atau tampalan hiasan pada seluar adalah dilarang.
1.2.7 Poket seluar tidak boleh melebihi empat (4). Dua di bahagian sisi
pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang.
1.2.8 Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di
sisi lutut.
1.2.9 Poket-poket tambahan selain yang disebutkan adalah tidak dibenarkan.

1.3 Tali pinggang

1.3.1 Sekiranya murid bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis
yang kepalanya tidak besar atau berhias.
1.3.2 Lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5cm.
1.3.3 Murid hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas yang berwarna
biru kehitam-hitaman (Navy Blue) tanpa corak.
1.4 Songkok
1.4.1 Songkok murid mestilah berwarna gelap.
1.4.2 Murid lelaki Islam adalah digalakkan memakai songkok pada hari Jumaat.

2.0 Pakaian Seragam Murid Perempuan (Rujuk lampiran )

2.1 Pinafore Tunic


Pinafore Tunic mesti berwarna biru tua dan labuhnya hendaklah sampai
bawah paras lutut. (Rujuk Lampiran).

2.2 Blaus
2.2.1 Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus berjalur, jarang
dan berlubang tidak dibenarkan.
2.2.2Butang blaus hendaklah dikancing sehingga butang kedua dari atas
dan tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.

2.3 Baju Kurung dan Kain Sarung


2.3.1 Murid perempuan sekolah rendah juga dibenarkan memakai Baju Kurung
berwarna putih dan kain sarung berwarna ‘navy blue’.
2.3.2 Potongan baju kurung hendaklah jenis Baju Kurung Johor. Labuh mesti ke
paras lutut.
2.3.3 Baju Kurung yang berkain jarang, nipis, berjalur atau berkilat tidak
dibenarkan.
2.3.4 Baju kurung hendaklah sentiasa dikancing dengan butang putih. Kancing
hendaklah sentiasa dilekatkan.
2.3.5 Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali ketika di makmal dan bengkel.
2.3.6 “Camisole” dan anak baju hendaklah berwarna putih atau berwarna
kulit (skin colour) dan perlu dipakai.
2.3.7 Kain sarung hendaklah dipakai kemas, disusun tepi, dan tidak melebihi
paras buku lali.

2.4 Mini Telekung / Tudung


2.4.1 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung/mini telekung,
dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan berwarna putih.
2.4.2 Mini telekung/tudung yang bersulam atau berenda tidak dibenarkan.
2.4.3 Labuhnya melebihi paras bahu dan sesuai dengan ketinggian
murid yang memakainya.
2.4.4 Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin pada mini telekung/
tudung.
2.4.5 Anak tudung juga berwarna putih.

2.5 Lencana (Rujuk lampiran)


2.5.1 Lencana perlulah dilekatkan di sebelah kiri dada pada poket baju.
2.5.2 Lencana hendaklah dipakai semasa berada di dalam kawasan
sekolah dan semasa memakai pakaian seragam sekolah walau di
mana juga berada.
2.5.3 Lencana yang telah pudar warna atau tertanggal atau hilang hendaklah
diganti baru.
2.5.4 Bagi pelajar perempuan yang berbaju kurung, lencana perlulah
dilekatkan pada bahagian dada kiri sekiranya bertudung, lencana
perlulah dilekatkan di bahagian kiri tudung. Jika memakai “pinafore”,
lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri “pinafore” itu.

2.6 Tag Nama

2.6.1 Tag nama hendaklah dipakai di bahagian kiri dada dan di atas poket baju.
2.6.2 Nama timangan atau nama singkat tidak dibenarkan

2.7 Tali Leher

2.7.1 Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan.

2.7.2 Semua murid diperlukan memakai tali leher dengan kemas sepanjang
hari pada hari perhimpunan rasmi sekolah.

2.7.3 Tidak dibenarkan mengenakan sebarang bentuk perhiasan pada tali


leher.

2.8 Kasut dan Stoking


2.8.1 Kasut kanvas atau dari bahan sintetik lain berwarna putih sahaja
dibenarkan.

2.8.2 Kasut-kasut berfesyen, mempunyai lambang dan jalur yang berwarna


lain daripada putih serta kasut sukan tidak dibenarkan.

2.8.3 Pelajar-pelajar hendaklah memakai stoking/sarung kaki putih. Sarung


kaki putih yang berjalur dan berlogo tidak dibenarkan.

3.0 Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Rujuk lampiran)

3.1 Ketika menjalani aktiviti pendidikan Jasmani dan bersukan, murid


digalakkan memakai seluar panjang jenis ‘track-bottom’ berwarna hitam
atau biru tua.

3.2 Murid perlu memakai baju berlengan mengikut ketetapan pihak sekolah
masing-masing. Warna adalah mengikut ketetapan pihak sekolah.

3.3 Pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata seperti terlalu ketat,
singkat, dan mendedahkan bahagian badan tidak dibenarkan.

3.4 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman,


sukan dan aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan.
4.0 Pakaian Pasukan Beruniform

Murid yang menyertai kegiatan pasukan beruniform di sekolah seperti


Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya
perlulah memakai pakaian lengkap unit uniform berkenaan

5.0 Pakaian Seragam Khas

5.1 Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid di


sesebuah sekolah seperti lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang
telah menjadi tradisi sesebuah sekolah bolehlah diteruskan. Sekolah-
sekolah yang ingin mengadakan pakaian seragam khas bagi
golongan murid-murid yang tertentu dalam masa persekolahan
hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan
Negeri.

5.2 Murid perlulah mematuhi peraturan sekolah dalam pemakaian pakaian


seragam khas yang ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI

1.0 Rambut

1.1 Murid Lelaki

1.1.1 Rambut perlulah selalu bersih dan kemas.

1.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting , mewarna atau menggunakan gel


pada rambut.

1.1.3 Panjang rambut tidak boleh melebihi paras yang ditetapkan


oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Rujuk Pekeliling
Ikhtisas Bil 2/1976).Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:

(a) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah


cuping dua telinga.
(b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) Di sebelah Rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan ‘sideburn’ melebihi garisan tengah hidung.
(d) Di atas Rambut lebih daripada 6 inci/15 cm panjang.

1.1.4 Murid-murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika


mereka memakai serban; yang tidak berserban, peraturan adalah seperti yang
ditetapkan.

1.1.5 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti


punk, berekor, skin-cut dan sebagainya. ( Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 )

1.1.6 Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas seperti


lencana,tali leher dan pakaian yang menjadi tradisi sesebuah
sekolah perlulah dipakai dengan kemas.

1.2 Murid Perempuan

1.2.1 Rambut perlulah kemas dan bersih.

1.2.2 Tidak dibenarkan mewarna rambut atau menggunakan gel.

1.2.3 Rambut perlulah jangan jatuh sehingga ke bahu. Murid yang


berambut panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang( plait) atau ponytail
dengan menggunakan riben putih, biru atau hitam sahaja.
1.2.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti
punk, berekor skin cut dan sebagainya. ( Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976)

1.2.5 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung


seperti mana dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 para 2.1.2 dan
2.2.2

1.2.6Murid tidak dibenarkan mencukur/mencabut bulu kening.


2.0 Misai dan Janggut

Murid lelaki tidak boleh menyimpan/memakai misai atau janggut atau jambang
atau ketiga-tiganya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma yang mula tumbuh di
atas bibir murid-murid lelaki yang beransur baligh.

3.0 Kuku

Murid perlulah berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan
inai.

4.0 Alat Solek

Penggunaan alat solek ( make-up) adalah dilarang sama sekali.

5.0 Subang

5.1 Hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja.


5.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5cm dan berwarna putih atau
emas.Batu permata pada subang tidak dibenarkan.
5.3 Hanya satu subang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah
dipakai di bahagian bawah cuping telinga.
5.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan.

6.0 Barang Kemas / Perhiasan

Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang kemas atau perhiasan
ke sekolah.

7.0 Jam Tangan

Murid dilarang memakai jam tangan yang besar dan berbentuk perhiasan.
8.0 Kekemasan Diri

8.1 Kekemasan Pakaian

8.1.1 Murid lelaki

a. Kemeja mesti dikancing hingga ke butang kedua daripada leher dan


dimasukkan ke dalam seluar ( Pekeliling 2/1976)
b. Kemeja lengan pendek tidak boleh dilipat lengannya.
c. Baju Melayu mesti dimasukkan ke dalam samping dan lengannya tidak
boleh dilipat.

8.1.2 Murid Perempuan

a. Baju kurung perlu dikancing di leher menggunakan butang kecil


berwarna biru atau emas atau putih.(Pekeliling Ikhtisas 3/ 1983)
b. Lengan baju kurung tidak boleh dilipat.
c. Anak tudung hendaklah berwarna putih.

8.2 Umum

8.2.1Murid perlu menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam


berpakaian.
8.2.2 Kemeja perlulah dimasukkan ke dalam seluar, tali leher diikat dengan
kemas, butang baju dikancing, berkasut bersih atau berkilat, memakai
kain samping dengan kemas untuk murid yang memakai pakaian Baju
Melayu dan mengamalkan tabiat kekemasan dan kerapian berpakaian.
(Pekeliling Ikhtisas 2/1966)
8.2.3Murid perlulah menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.
(Pekeliling Ikhtisas 2/1996)

9.0 Tingkah laku Murid Yang Dilarang Di Sekolah.

9.1 Tingkah laku lucah atau biadap


9.1.1 Tidak menghormati Guru Besar/ guru/pengawas/pelawat/kakitangan
sekolah.
9.1.2 Membaca, meninjau atau menyebarkan bahan-bahan bacaan dan
gambar lucah.
9.1.3 Bercumbu-cumbuan.
9.1.4 Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah.
9.1.5 Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang atau
lucah.
9.1.6 Melayan murid berlainan/sama jantina di tempat-tempat terpencil/
tersembunyi.
9.1.7 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Guru Besar/Lembaga Disiplin sekolah

9.2 Tingkah laku anti sosial.

9.2.1 Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah.


9.2.2 Bergaduh dan berkelahi.
9.2.3 Menyalahgunakan kemudahan sekolah/ kuasa yang diamanahkan.
9.2.4 Bermain dengan alat-alat permainan di dalam bilik darjah.
9.2.5 Membaling atau melambung barang-barang yang membahayakan.
9.2.6 Berludah merata-rata.
9.2.7 Menarik diri daripada kegiatan kokurikulum atau daripada
mewakili sekolah/ negeri/negara dalam sebarang aktiviti.
9.2.8 Tidak menghadiri sebarang rancangan kokurikulum yang telah
diatur (Mesyuarat Agong,mesyuarat jawatankuasa, kegiatan
amal, latihan dan lain-lain)
9.2.9 Bersubahat/ menyuruh murid lain keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran.
9 .2.10 Kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Guru
Besar/guru yang diberi kuasa.

9.3 Perbuatan-perbuatan curang atau tingkah laku tidak jujur.

9.3.1 Meniru dalam ujian atau peperiksaan


9.3.2 Meniru tandatangan ibubapa/ penjaga/ Guru Besar/guru.
9.3.3 Bercakap bohong.
9.3.4 Mengubah markah ujian/ peperiksaan.
9.3.5 Memiliki atau menggunakan alat-alat permainan kepunyaan
sekolah tanpa kebenaran.
9.3.6 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan.
9.3.7 Masuk ke dalam bilik guru tanpa kebenaran.
9.3.8 Tidak menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.
9.3.9 Membawa keluar sebarang peralatan kelas seperti meja, kerusi
dan lain-lain kecuali diarahkan.
9.3.10 Menyalahgunakan nama Guru Besar untuk kepentingan diri.
9.3.11 Kesalahan-kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
oleh Guru Besar/Guru yang diberi kuasa.

9.4 Tingkah laku Jenayah / Salah laku Berat

Murid dilarang melakukan tingkah laku jenayah

9.4.1 Menjadi anggota pertubuhan haram.

9.4.2 Membawa atau memiliki senjata berbahaya.

9.4.3 Memukul murid / pengawas / kakitangan sekolah/ guru / Guru


Besar.

9.4.4 Mengancam , mengugut Guru Besar / guru / pengawas atau


murid-murid lain.

9.4.5 Melibatkan diri dengan dadah / inhalan.

9.4.6 Membawa, memiliki, atau meminum minuman yang mengandungi


alkohol .
9.4.7 Melakukan pelancoan / ragging.

9.4.8 Menulis kepada akhbar tanpa kebenaran daripada Guru Besar.

9.4.9 Mencuri
9.4.10 Membawa, memiliki atau menghisap rokok.

9.4.11 Melibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian.

9.4.12 Menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kacau-bilau.

10.0 Kelakuan Murid di Sekolah

10.1 Kelakuan tidak sopan dan memalukan.

10.1.1 Berbahasa kasar dan mencarut.

10.1.2 Tidak memberi perhatian ketika guru sedang mengajar.

10.1.3 Berbual-bual tanpa memberi perhatian ketika berada di dalam


majlis/ceramah/syarahan yang dianjurkan oleh persatuan atau
pihak sekolah.

10.1.4 Berkelakuan sumbang (berpeluk, bercium, berdua-duaan dan lain-


lain) di dalam sebarang keadaan.

10.1.5 Mengambil makanan murid lain di kantin atau makan tanpa


membayar wang.

10 .1. 6 Keluar dari kelas tanpa kebenaran.

10 .1. 7 Makan atau minum di dalam kelas pada sebarang masa.

10 .1. 8 Berpakaian mencolok mata.

10 .1. 9 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori


ini oleh Guru Besar/Guru yang diberi kuasa.

11.0 Adab

11.1 Adab Berguru


11.1.1 Belajar adalah suatu ibadah.

11.1.2 Gunakan setiap kesempatan yang ada untuk mendapatkan


sesuatu ilmu pengetahuan yang berguna.

11.1.3 Layani ilmu itu sebagaimana melayan seseorang yang mencari


faedah. Biasakan mempelajari ilmu itu dengan perbuatan terpuji.

11.1.4 Semasa guru mengajar, dengar dengan penuh perhatian.

11.1.5 Tingkah laku yang kurang sopan, berbual-bual, berbincang


dengan kawan, mengelamun, membaca, dan lain-lain perkara
Yang tidak berkaitan dengan pelajaran ketika itu.
11.1.6 Jika ada sesuatu yang tidak difahami, minta dengan hormat
kepada guru agar dia mengulanginya semula atau menjelaskan
apa yang tidak difahami. Peliharalah adab bercakap dengan guru.
Jangan bercakap dengan suara yang keras atau jangan
membantah sekiranya guru mengabaikan permintaan anda.

11.2 Adab Bertemu Guru

11.2.1 Apabila bertemu guru didahulukan dengan ucapan salam/selamat.


11.2.2 Jangan banyak bercakap di hadapan guru, kecuali dengan izin /
permintaan guru.
11.2.3 Bertanya apabila diizinkan oleh guru.
11.2.4 Elakkan dari membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
11.2.5 Elakkan memberi sebarang petanda bahawa anda lebih tahu dari
guru kerana ini kurang sopan dan kurang berkat.
11.2.6 Jangan berbisik / bercakap dengan kawan semasa guru mengajar.
11.2.7 Tidak berpaling ke kiri dan kanan dengan tiada sebab.
11.2.8 Berdiri apabila guru masuk kelas atau guru datang menghampiri
atau apabila bertanya.
11.2.9 Jangan ada sifat buruk sangka terhadap guru.
11.3 Adab Perhimpunan / Majlis Rasmi

11.3.1 Kedudukan barisan murid lelaki di hadapan dan perempuan di


belakang.
11.3.2 Murid mestilah berada di dalam barisan kelas masing-masing dan
memelihara barisan agar teratur sepanjang masa.
11.3.3 Tidak dibenarkan bercakap / bergurau / membaca bahan yang
tiada kaitan dengan acara perhimpunan atau majlis.
11.3.4 Memberikan tumpuan kepada acara perhimpunan / majlis.
11.3.5 Berpakaian kemas dan lengkap.
11.3.6 Tidak memberikan reaksi berlebihan dan melewati batas sopan
santun.
11.3.7 Bersegera apabila nama dipanggil untuk sesuatu upacara /
penganugerahan.
11.3.8 Tidak meninggalkan perhimpunan / majlis sehingga dibenarkan
berbuat demikian.
11.3.9 Meninggalkan perhimpunan / majlis dalam barisan, kelas demi
kelas.
11.3.10 Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis.

KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

1.0 Kawasan Sekolah

1.1 Semua murid sentiasa perlu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
1.3 Murid-murid dilarang meludah di merata-rata tempat.
1.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
1.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
1.6 Jangan memijak rumput di kawasan-kawasan larangan tertentu.
2.0 Bilik Darjah

2.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah dan


keselamatan alatan di dalamnya.
2.2 Guru kelas memastikan kelas mempunyai jadual tugas, jadual waktu
kelas, kedudukan murid masing-masing, borang inventori dan
laluan kecemasan semasa kebakaran.
2.3 Segala kerosakan dilaporkan segera kepada guru kelas/guru bertugas.
2.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi/meja mesti disusun dengan teratur.
Lampu dan kipas ditutup suisnya.
2.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi/meja/perabot antara
kelas.
2.6 Tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah sebelum sidang, masa
rehat dan selepas sekolah, kecuali dengan kebenaran guru.
2.7 Jangan menulis di papan hitam / ’white board’ dan bermain-main tanpa
kebenaran guru. Bersihkan papan hitam / ’white board’ setelah
digunakan.
2.8 Alatan di dalam bilik darjah tidak dibenarkan diubah kedudukannya tanpa
kebenaran guru .
2.9 Kerusi dan meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan jangan
diconteng.
2.10 Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah.
2.11 Ketua darjah/pengawas di dalam bilik darjah harus menjaga
ketenteraman dan keselamatan harta benda terutama semasa
ketiadaan guru.

3.0 Bilik-bilik Khas

3.1 Murid-murid perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah tentang kegunaan bilik-bilik khas.
3.2 Murid-murid perlu menghargai dan menjaga segala kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah.
3.3 Semua sekolah hendaklah mencetak dan mempamerkan peraturan bagi
bilik- bilik khas di tempat yang mudah dilihat berdasarkan sekolah
masing-masing mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975.
4.0 Peraturan Pusat Sumber

4.1 Semua murid perlu menjadi ahli pusat sumber. Semua murid perlu
mempunyai kad pinjaman sendiri yang tidak boleh dipindah milik.
4.2 Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg atau buku ke dalam pusat
sumber.
4.3 Murid-murid dilarang :
• Membuat bising atau tidur
• Makan atau minum
• Membawa gunting atau pisau
• Memasuki kawasan kaunter dan bilik kerja
4.4 Murid tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam buku-
buku di pusat sumber.
4.5 Buku bertanda merah ’Red Spot’ hanya boleh digunakan oleh murid di
pusat sumber sahaja. Pinjaman boleh dibuat setengah jam
sebelum
pusat sumber ditutup dan dipulangkan awal pagi keesokan harinya.
4.6 Buku yang dikeluarkan dari rak mesti diletakkan ke tempat yang telah
disediakan selepas dibaca.
4.7 Murid perlu memulangkan semula buku yang dipinjam dalam tempoh yang
ditetapkan.
4.8 Pihak pusat sumber akan mengenakan tindakan terhadap
murid yang lewat memulangkan buku, menghilangkan buku serta
merosakkan harta benda perpustakaan.
4.9 Kelas yang masuk ke pusat sumber perlu diiringi oleh guru.

5.0 Peraturan Makmal Sains / ERT / Bengkel Kemahiran Hidup dan MPV /
Bilik Seni / Makmal Komputer / Bilik Media

5.1 Sentiasa beratur apabila ke Makmal / Bengkel/Bilik Media.


5.2 Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk.
5.3 Murid tidak dibenarkan masuk ke Makmal / Bengkel / Bilik Media tanpa
kehadiran guru.
5.4 Murid perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan cara
penggunaan Makmal / Bengkel dan bilik-bilik lain.
5.5 Penggunaan peralatan adalah di bawah kebenaran dan pengawasan guru.
*(Perincian keselamatan dalam makmal , sila rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas 1/ 1974)
6.0 Bilik Rawatan

6.1 Murid dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada Guru Besar


/ Penolong Kanan.
6.2 Sesiapa yang didapati berada di dalam bilik sakit tanpa kebenaran akan
diambil tindakan
6.3 Murid yang sakit tidak boleh ditemani oleh murid lain kecuali dengan
kebenaran guru.

7.0 Stor Sukan / Bilik PJK

7.1 Hanya guru-guru sahaja dibenarkan membuat pinjaman alat-alat dan


bertanggungjawab ke atas penggunaan serta pemulangan alat-
alat
tersebut.
7.2 Alat-alat di stor sukan hendaklah disusun dengan kemas dan rapi.

8.0 Kantin Sekolah

8.1 Semua jenis makanan sama ada dibawa dari rumah atau dibeli dari kantin
perlulah dimakan di kantin sahaja.
8.2 Perkakas-perkakas kantin yang digunakan seperti sudu, garpu, pinggan,
botol, gelas dan lain-lain perlulah diletakkan dengan baik di
tempat
yang
8.3 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan tempat memasak serta
tempat menjual makanan dan minuman.
8.4 Murid dibenarkan membawa makanan HALAL sahaja.
8.5 Selain dari masa rehat, kantin boleh digunakan untuk membuat kerja
rumah dan makan (bagi murid-murid sidang petang yang datang awal ke
sekolah atau murid-murid sidang pagi yang lambat balik kerana urusan
sekolah)
9.0 Tandas

9.1 Semua murid perlu menggunakan tandas dengan betul, menjaga serta
dilarang membuang sampah/tuala wanita ke dalam lubang tandas /
merata-rata.
9.2 Murid-murid perlulah berjimat cermat menggunakan elektrik dan air.
9.3 Semua murid dilarang menconteng tandas dengan sebarang bahan.
9.4 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama murid.

10.0 Harta Benda Sekolah

10.1 Menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang
terdapat dalam kelas,tandas,kantin, pusat sumber dan di mana-
mana
Sahaja dalam kawasan sekolah.
10.2 Sebarang kerosakan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru
bertugas.
10.3 Ganti rugi kerosakan yang dilakukan oleh murid adalah tertakluk kepada
budi bicara Guru Besar.
10.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam perlulah dipulangkan/
diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

11.0 Harta Murid

11.1 Murid perlulah menyimpan harta sendiri dengan cermat (wang, buku,
pen, pensil dan lain-lain). Laporkan segala kehilangan kepada
pihak
sekolah.
11.2 Murid tidak dibenarkan membawa ‘liquid paper’/marker pen ke sekolah.
11.3 Murid dilarang membawa komik,majalah hiburan ,kaset,pita video,
careka padat, membawa alat-alat tajam, gambar-gambar artis dan
barang berharga ke sekolah.
11.4 Dilarang sama sekali menunggang basikal/motosikal melepasi
garisan pintu pagar sekolah. Basikal/motosikal perlulah disimpan
dengan tersusun di tempat basikal/motosikal dalam keadaan
berkunci. Pastikan murid memiliki lesen memandu, insurans
dan cukai jalan yang sah.

12.0 Padang/Gelanggang Permainan

12.1 Penggunaannya perlu mendapat kebenaran dan di bawah pengawasan


guru.
12.2 Semasa menggunakan padang/gelanggang permainan murid-murid perlu
berpakaian sukan lengkap.
12.3 Murid dilarang menggunakan padang/gelanggang permainan semasa hari
hujan.
12.4 Simpan semua alatan selepas digunakan.

13.0 Papan Kenyataan

13.1 Setiap murid digalakkan membaca segala notis / kenyataan yang


berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sekolah/aktiviti-aktiviti luar bilik
darjah/ aktiviti-aktiviti luar sekolah di papan-papan kenyataan.

13.2 Segala kenyataan yang ditampal di papan kenyataan perlulah mendapat


kebenaran dan kelulusan Guru Besar.

13.3 Hanya gambar-gambar dan berita-berita yang sesuai sahaja yang


boleh ditampal. Kenyataan yang lama dan sudah tamat tempohnya
perlulah diturunkan daripada papan kenyataan.

14.0 Telefon / Wakaf

14.1 Dilarang menggunakan telefon/wakaf semasa waktu pembelajaran


kecuali dengan kebenaran.

14.2 Murid hanya dibenarkan menggunakan telefon dalam jangka waktu yang
singkat.

15.0 Bilik Gimnasium/Dewan


15.1 Penggunaan bilik gimnasium/dewan mestilah bersama-sama guru.

15.2 Pastikan alat-alat digunakan dengan cara yang betul.

15.3 Pastikan lampu, kipas dan pintu ditutup selepas menggunakannya.

PERATURAN UMUM

1.0 Merokok
Kawasan sekolah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok .
(Pekeliling Ikhtisas bil.5/1997)

2.0 Kecemasan / Kebakaran

2.1 Arahan-Arahan Am
2.1.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran
di bangunan sekolah, hendaklah melaporkan dengan segera
kepada pengawas /guru /guru bertugas.
2.1.2 Apabila loceng sekolah dibunyikan secara pendek dan
berturut-turut semua kakitangan dan murid mesti meninggalkan
Kelas tanpa membawa beg.
2.1.3 Murid mesti beratur dan menuju ke arah padang dengan diawasi
oleh guru.
2.1.4 Pihak sekolah hendaklah serta merta berhubung terus dengan
pihak bomba atau penyelamat melalui nombor 994 dan polis
melalui nombor 999.
2.1.5 Jangan memekik-mekik atau merasa takut atau cemas. Ini
untuk mengelak kekecohan dan kelam kabut

2.2 Arahan-Arahan Untuk Murid


2.2.1 Hendaklah keluar dari bangunan sekolah atau kelas dengan
cepat dan senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat
berkumpul.
2.2.2 Jalan-jalan tertentu hendaklah mengikut pelan yang telah
diedarkan.
2.2.3 Semasa berada di tangga atau di tempat sempit jangan bertolak
dan berasak-asak.
2.2.4 Semasa sampai di padang hendaklah berkumpul seperti yang
diarahkan dalam latihan kebakaran.
2.2.5 Guru kelas atau guru yang mengajar hendaklah
mengambil kedatangan murid kelas tersebut.
2.2.6 Bersurai / balik ke kelas apabila loceng dibunyikan.

2.3 Tindakan Guru dan Murid


2.3.1 Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
diberhentikan sebaik loceng kebakaran dibunyikan.
2.3.2 Semua murid dikehendaki keluar dari kelas, makmal,
perpustakaan dan lain-lain tempat dengan serta merta dan
beratur dengan baik menghala ke tangga yang akan
digunakan untuk meninggalkan tempat itu. Pastikan semua suis,
gas, pintu kelas ditutup.
2.3.3 Pengawas bertanggungjawab mengawal ketenteraman
semasa murid keluar ke tempat perhimpunan.
2.3.4 Dengan kawalan guru semua murid harus jalan dengan
cepat ke padang mengikut jalan kecemasan yang ditetapkan.
2.3.5 Kerani sekolah akan menghantar buku kedatangan murid
kepada guru-guru melalui pembantu pejabat. Guru memanggil
nama murid dan membuat senarai nama murid yang hilang
dan yang masih berada di kelas. Senarai nama murid itu harus
dihantar kepada guru yang bertanggungjawab mencegah
kebakaran.

2.4 Tindakan Guru Bertugas


2.4.1 Berada segera di tempat berkumpul .
2.4.2 Bekerjasama dengan guru Kelas mengawal dan
mententeramkan murid-murid masing-masing.
2.4.3 Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid dan nama
murid-murid yang tercicir dalam tiap-tiap kelas / Kelas daripada
guru-guru Kelas.

2.5 Tindakan Kakitangan Sekolah


2.5.1 Mestilah bersedia untuk mengarahkan kereta bomba yang
datang memberi bantuan.
2.5.2 Bersedia juga dengan kunci-kunci yang diperlukan .
2.5.3 Bertindak dengan segera dan pantas mengambil alat-alat
pemadam api dan alat mesti dibuat pemeriksaan supaya
pemadam api berfungsi dengan baik untuk digunakan
sebelum kedatangan pihak bomba.

3.0 Kawasan Larangan

3.1 Dalam Kawasan Sekolah


3.1.1 Pejabat kecuali dengan urusan rasmi.
3.1.2 Bilik Guru Besar, bilik guru, tandas guru, dan bilik
pengawas kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan.
3.1.3 Bilik Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup dan MPV,
Bilik Sukan, Pusat Sumber, Bilik Lukisan,Bilik Kaunseling, Bilik
Rawatan, Bilik Elektrik, Bilik-Bilik Stor, Dewan dan pentas
kecuali dengan kebenaran.
3.1.4 Kantin sewaktu pembelajaran / perhimpunan sedang dijalankan.
3.1.5 Surau, kecuali untuk sembahyang dan untuk kegiatan agama yang
diawasi oleh guru.
3.1.6 Tempat letak kereta guru-guru, basikal atau motosikal.
3.1.7 Pondok pengawal.
3.1.8 Dalam kawasan sekolah selepas aktiviti kokurikulum dijalankan
atau lewat petang (kecuali ada guru bersama).

3.2 Luar Kawasan Sekolah

3.2.1 Pejabat Pendidikan Daerah/Negeri, Kementerian Pendidikan


kecuali dengan ibu bapa Penjaga atau dengan kebenaran bertulis
daripadaGuru Besar dan dengan pakaian seragam sekolah yang
lengkap.
3.2.2 Kawasan hiburan seperti Kelab-kelab Disko, Arked Video,
Pusat Snooker dan sebagainya dalam masa persekolahan dan
selepas masa persekolahan.
3.2.3 Kompleks membeli belah pada masa persekolahan dengan
memakai pakaian seragam sekolah. Selepas masa persekolahan
murid-murid boleh pergi ke tempat-tempat ini dengan ibu bapa /
penjaga atau dengan kebenaran mereka.
3.2.4 Tempat-tempat lain yang tidak berfaedah kepada murid-murid.

4.0 Keselamatan

4.1 Pelawat

4.1.1 Pelawat-pelawat mesti melaporkan diri di pondok


keselamatan dahulu mendapatkan pas pelawat dan berurusan
di pejabat sahaja.
4.1.2 Pelawat-pelawat mesti berurusan di pejabat sahaja atau bilik khas
(jika ada).
4.1.3 Kenderaan pelawat tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan
sekolah.
4.1.4 Ibu bapa / penjaga dilarang sama sekali terus ke kelas untuk
mencari atau menunggu anak.

4.2 Murid

4.2.1 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap-cakap dengan orang luar,


bekas murid atau pelawat sewaktu persekolahan kecuali dengan
kebenaran Guru Besar. Kehadiran orang luar yang disyaki perlu
dilaporkan segera.
4.2.2 Murid-murid dilarang membawa orang luar termasuk bekas murid
untuk menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah.
4.2.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah
pada waktu cuti penggal, cuti am atau cuti hujung minggu,
kecuali dengan kebenaran Guru Besar..
4.2.4 Murid-murid tidak dibenarkan datang ke sekolah pada waktu
petang kecuali ada kegiatan-kegiatan tertentu yang disertai oleh
Guru atau guru-guru berkenaan.
4.2.5 Murid-murid tidak dibenarkan bermain di kawasan sekolah jika
cuaca buruk.
4.2.6 Murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan sekolah tanpa Tag
Keluar Kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
4.2.7 Murid mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar
untuk sebarang penglibatan aktiviti di luar kelas semasa
Pengajaran dan pembelajaran.
4.2.8 Elakkan diri daripada berada di kawasan gelap dan sunyi.
4.2.9 Melaporkan sebarang kecederaan / kemalangan kepada Guru
Besar.
4.2.10 Murid-murid hendaklah berjalan dalam kumpulan semasa
datang dan balik ke sekolah dan berjalan mengikut arah
yang bertentangan dengan kenderaan (berjalan di sebelah kanan).
4.2.11 Murid tidak dibenarkan membawa mercun/ bahan letupan ke
sekolah.

4.3 Kenderaan

4.3.1 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan menghalang di tengah-


tengah pintu pagar sekolah dan lalu lintas.
4.3.2 Semua kenderaan yang menghantar murid tidak dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah kecuali hari hujan atau ada
kebenaran daripada Guru Besar.

4.3.3 Semua murid yang membawa basikal ke sekolah mesti mematuhi


undang-undang lalu lintas.
4.3.4 Basikal mesti diletakkan di tempat yang disediakan atau
dikhaskan.
4.3.5 Murid harus beratur semasa menaiki bas sekolah dan bas awam.
4.3.6 Murid-murid yang menunggang basikal dikehendaki turun
daripada basikal dan menolak sebaik sahaja memasuki kawasan
sekolah.

5.0 Bayaran Dan Yuran Sekolah

5.1 Setiap murid dikehendaki membayar sejumlah yuran yang telah


ditetapkan oleh pihak sekolah, termasuk yuran sekolah, derma PIBG,
bayaran komputer, dan lain-lain lagi.
5.2 Yuran sekolah dan derma PIBG perlu dijelaskan oleh semua murid
selewat- lewatnya pada penghujung semester pertama
persekolahan.Yuran komputer perlu dijelaskan pada awal
setiap bulan.
5.3 Bagi murid yang engkar atau tidak menjelaskan yuran dan sebarang
bayaran yang telah ditetapkan, pihak sekolah berhak menahan
keputusan peperiksaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan
seperti sijil berhenti sekolah, surat akuan, dan lain-lain. Murid perlu
menjelaskan yuran yang tertunggak sebelum berpindah.

6.0 Kegiatan Luar Bilik Darjah

6.1 Gerakerja Kokurikulum


6.1.1 Murid-murid digalakkan menyertai 3 jenis gerak kerja kokurikulum
iaitu, satu aktiviti kelab / persatuan, satu Pasukan Pakaian
Seragam dan satu lagi gerak kerja sukan.
6.1.2 Borang penyertaan aktiviti kokurikulum akan diedarkan kepada
murid pada awal penggal satu. Murid dikehendaki mengisi
borang tersebut. Borang tersebut kemudiannya mesti
diserahkan kepada guru kelas untuk ditandatangani dan
dicatatkan dalam buku kedatangan murid. Murid kemudiannya
menyerahkan borang tersebut kepada guru penasihat pada
mesyuarat pertama sesi baru persekolahan apabila
pendaftaran ahli dijalankan. Borang penyertaan itu akan
disimpan oleh guru penasihat sepanjang tahun sebagai bukti
kebenaran daripada ibu bapa / penjaga.
6.1.3 Pendaftaran ahli akan dijalankan pada minggu kedua dan ketiga
penggal pertama setiap tahun.
6.1.4 Semua ahli bagi setiap gerak kerja kokurikulum perlulah hadir
dalam setiap mesyuarat / perjumpaan yang telah ditetapkan,
kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan.
6.1.5 Setiap murid dibekalkan dengan kad aktiviti yang perlu
diserahkan untuk semakan guru penasihat pada setiap kali
perjumpaan diadakan.
6.1.6 Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan pada hari
kelepasan am atau pada hari Ahad tanpa kebenaran khas
daripada Guru Besar.
6.1.7 Pada masa perjumpaan, ahli-ahli mestilah memakai pakaian yang
telah ditetapka oleh pihak sekolah.Ini termasuklah semasa
pertandingan di luar sekolah dan semasa lawatan. Murid juga
mestilah menjaga tatatertib semasa menjalani aktiviti
kokurikulum.
6.1.8 Murid-murid yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan
tertentu di luar sekolah mestilah mendapatkan kebenaran
daripada ibubapa/penjaga.
6.1.9 Semua aktiviti akan dijalankan pada sebelah pagi / petang atau
pada hari Sabtu sebelah pagi.
6.1.10 Aktiviti-aktiviti boleh dijalankan di kelas yang kosong, dewan,
surau, padang sekolah atau mana-mana tempat yang
telah
ditetapkan dengan kebenaran pihak berkenaan.
6.1.11 Guru penasihat mestilah sentiasa berada bersama murid-mu
rid apabila aktiviti kokurikulum dijalankan di dalam sekolah.
6.1.12 Sebagai penasihat, guru-guru mestilah mengawal, menyelia,
membimbing serta menasihat murid-murid dengan sebaik-
baiknya.
6.1.13 Semua persatuan / kelab / permainan / pasukan pakaian seragam
digalakkan supaya mengadakan aktiviti berikut sekurang-
kurangnya sekali setahun:-
- Lawatan sambil belajar.
- Projek komuniti / gotong royong sekolah.
- Satu pertandingan.
- Projek menambahkan tabung persatuan/kelab/permainan.

6.2 Lawatan keluar sekolah

6.2.1 Murid perlulah berkelakuan baik dan berpakaian seragam sekolah


sepanjang masa.
6.2.2 Jika terdapat murid melanggar arahan-arahan, tindakan disiplin
akan dikenakan.
6.2.3 Tempat-tempat seperti pub, pusat snooker, pusat video, disko dan
kelab malam tidak boleh dilawati / dikunjung oleh murid.
6.2.4 First aid kit yang sempurna disimpan oleh guru yang mengawas.
6.2.5 Rombongan ke tempat-tempat berenang mestilah ada
penyelamat.yang bertauliah.
6.2.6 Alat-alat atau barang-barang yang berharga tidak dibenarkan
dibawa bersama.
6.2.7 Murid-murid mestilah mengikut arahan guru. Sekiranya ingin
melakukan sesuatu, mestilah meminta kebenaran terlebih
dahulu daripada guru berkenaan.
6.2.8 Satu laporan ringkas mengenai sesuatu rombongan itu
hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Guru Besar sekolah.
6.2.9 Perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Jabatan / ibu
Bapa / penjaga.

6.3 Aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah

6.3.1 Semua murid perlulah beratur dengan tertib , kemas dan senyap.
6.3.2 Murid dikehendaki sampai ke lokasi pembelajaran tidak lewat
daripada lima minit selepas waktu pembelajaran sebelum itu.
6.3.3 Ikuti arahan guru semasa di lokasi pembelajaran.
6.3.4 Selepas tamat sesi pembelajaran, murid perlu terus kembali
ke kelas / lokasi pembelajaran yang seterusnya secara beratur
dengan tertib, kemas dan senyap.

7.0 Waktu Solat Dan Rehat

7.1 Solat ( Murid Islam )

7.1.1 Murid digalakkan menunaikan solat secara berjemaah di surau


mengikut jadual yang telah ditetapkan.
7.1.2 Murid yang sengaja melengah-lengahkan solat secara
berjemaah akan diberi nasihat dan bimbingan.
7.1.3 Murid tidak dibenarkan berbual dan bergurau sesama sendiri
semasa bersolat Jumaat di surau / masjid.
7.1.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu
ketenteraman para jemaah lain di masjid.

8.0 Tata Tertib Semasa Di Dalam Kelas

8.1 Kebersihan dan keceriaan kelas

8.1.1 Lantai di dalam kelas perlu disapu pada waktu pertama dan 10
minit sebelum balik.
8.1.2 Cermin tingkap perlulah dilap setiap hari.
8.1.3 Meja dan kerusi perlu disusun dengan lurus sebelum dan
selepas tamat sesi pembelajaran murid dan juga pada waktu
rehat.
8.1.4 Papan tulis perlu dibersihkan, terutama selepas suatu sesi
pembelajaran murid tamat.
8.1.5 Murid tidak dibenarkan menulis di papan tulis tanpa kebenaran
guru.
8.1.6 Tong sampah perlulah dikosongkan pada setiap hari.
8.1.7 Papan kenyataan perlu dihias dengan bahan ilmiah atau
makalah yang berfaedah. Semua maklumat murid dan kelas
mestilah dilekatkan pada papan kenyataan.
8.1.8 Murid digalakkan menghias kelas untuk mewujudkan suasana
ceria yang bolehmembantu pengajaran dan pembelajaran.
8.1.9 Setiap kelas dibekalkan dengan penyapu, bakul sampah,
pemadam papan tulis, dan penyodok sampah. Murid
bertanggungjawab menjaga alat-alat tersebut.

8.1.10 Segala kerosakan perlulah dilaporkan kepada guru kelas.


8.1.11 Kelas-kelas yang kotor atau dalam keadaan yang tidak
memuaskan akan diumumkan pada masa perhimpunan.
8.1.12 Tindakan bagi kelas terkotor adalah tertakluk kepada sistem
kebersihan yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

8.2 Keluar kelas / Pertukaran Kelas

8.2.1 Murid yang dibenarkan keluar kelas atas urusan yang munasabah
mesti ada TAG KELUAR KELAS.
8.2.2 Kebenaran keluar hanya boleh diberi oleh guru yang masuk ke
kelas itu.
8.2.3 Murid perlulah beratur di luar kelas terlebih dahulu sebelum
setiap pertukaran kelas untuk ke makmal, bengkel, stor
pendidikan jasmani dan sebagainya.
8.2.4 Semua murid perlulah berjalan dalam keadaan beratur di dalam
barisan tanpa membuat bising.
8.2.5 Setiap murid tidak dibenarkan bersandar pada tembok kaki lima.
8.2.6 Murid perlu menyalin pakaian untuk pendidikan jasmani di dalam
tandas / bilik persalinan.
8.2.7 Murid tidak dibenarkan keluar kelas untuk menggunakan
telefon semasa pengajaran dan pembelajaran.
8.2.8 Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas sewaktu pertukaran guru
antara waktu.

8.3 Benda-Benda dan Perbuatan Larangan

8.3.1 Murid dilarang membawa semua buku komik, majalah dan kad
yang dianggap tidak sesuai ke sekolah. Sekiranya di bawa
bahan tersebut , pihak sekolah akan merampasnya.
8.3.2 Semua pisau lipat, pisau cukur, pemetik api, mercun atau apa
sahaja alat-alat yang berbahaya akan dirampas oleh pihak
sekolah.
8.3.3 Semua pakaian luar, disket, pita kaset, cakera padat dan video
persendirian akan dirampas.
8.3.4 Barang-barang berharga seperti kamera, pemain kaset, barang
kemas, dan ‘game watch’ serta alat-alat permainan tidak
dibenarkan di bawa ke sekolah.
8.3.5 Liquid paper tidak di benarkan dibawa dan diguna.
8.3.6 Chewing gum tidak boleh dibawa atau dimakan di dalam kawasan
sekolah.
8.3.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada
penjaja di luar kawasan sekolah dan kantin sekolah semasa
pengajaran dan pembelajaran.
8.3.8 Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas.
8.3.9 Murid tidak digalakkan membawa wang belanja sekolah yang
berlebihan.
8.3.10 Murid dilarang keras merokok ,menghisap dadah ,menghidu gam,
pil khayal atau membawa minuman yang mengandungi alkohol.
8.3.11 Murid tidak dibenarkan memakai Friendship Band dan tidak
dibenarkan menghias dan menconteng beg sekolah / pakaian
seragam / anggota badan.

8.4 Tugas-Tugas Ketua Kelas / Pengawas

8.4.1 Ketua Kelas diberi kuasa untuk menjaga ketenteraman serta


keceriaan kelasnya terutama ketika ketiadaan guru.
8.4.2 Setiap murid mesti mematuhi arahan ketua kelas dan
menghormatinya.
8.4.3 Memberitahu guru bertugas jika ada murid yang sakit dalam
kelas.
8.4.4 Melaporkan segala kerosakan di dalam kelas kepada guru kelas.
8.4.5 Memastikan murid-murid menjalankan tugas harian yang
ditugaskan.
8.4.6 Bertanggungjawab mengambil buku / borang kawalan disiplin dari
pejabat dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran
setiap waktu untuk pengisian dan menghantar ke pejabat selepas
tamat waktu persekolahan.

8.4.7 Peranan Pengawas sekolah adalah wakil guru dalam mengawasi


serta membantu melaksanakan segala peraturan dan undang-
undang sekolah.Oleh itu, tidak mematuhi arahan pengawas
sekolah adalah sama dengan tidak mematuhi arahan guru.
8.4.8 Setiap pengawas sekolah diberi kuasa menahan sesiapa sahaja
yang melanggar peraturan sekolah dan membawa kepada guru
disiplin untuk diambil tindakan.
8.4.9 Pengawas berhak merampas / membuat pemeriksaan kepada
semua murid yang tidak mematuhi cara berpakaian yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
a. Lencana yang tidak dipakai dengan kemas.
b. Tali leher yang tidak diikat dengan kemas.
c. Kasut dan stoking yang tidak dibenarkan dalam peraturan 2
(Peraturan Pakaian Seragam)
d. Pakaian yang tidak mematuhi peraturan 2 (Peraturan Pakaian
Seragam).
8.4.10 Semua harta benda murid yang dirampas hendaklah
disenaraikan dan diserahkan kepada Guru Besar / guru yang
diberi kuasa.
8.4.11 Semua murid hendaklah mematuhi dan menghormati arahan
pengawas semasa tugas yang dipertanggungjawabkan.

9.0 Hal-Hal Lain

9.1 Perkara-Perkara Yang Dilarang

Murid-murid dilarang membuat perkara-perkara berikut:-


9.1.1 Memetik bunga dan membinasakan pokok-pokok hiasan di
dalam kawasan sekolah.
9.1.2 Memijak kawasan berumput yang dilarang.
9.1.3 Memanjat atau bergayut pada pokok atau bahagian bangunan
sekolah.
9.1.4 Berlari-lari dan membuat bising di kawasan sekolah.
9.1.5 Membawa kasut roda, papan luncur, skuter dan bermain di
kawasan atau di sekitar kawasan sekolah.

9.2 Telefon Awam

9.2.1 Murid tidak dibenarkan menggunakan telefon awam semasa


Pembelajaran sedang dijalankan.
9.2.2 Murid diminta hanya bercakap tidak melebih 3 minit bagi satu
panggilan.
9.2.3 Murid dibenarkan membuat panggilan hanya kepada ibu bapa /
penjaga untuk perkara-perkara mustahak dan urusan-urusan
rasmi berkaitan dengan sekolah.
9.2.4 Murid dilarang membuat sesuatu yang boleh merosakkan
telefon.
9.2.5 Murid dilarang menggunakan telefon pada waktu ribut petir.
9.3 Buku Sekolah /Skim Pinjamin Buku Teks Kerajaan.

9.3.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang buku


dalam kelas.
9.3.2 Buku yang di pinjamkan mestilah dijaga dengan baik dan di
balut.
9.3.4 Buku yang di pinjamkan tidak boleh diconteng dan dirosakkan.
Jika rosak atau hilang mestilah diganti atau membayar gantirugi
mengikut harga asal buku. Jika gagal berbuat demikian sijil dan
surat berhenti sekolah akan ditahan.
9.3.5 Buku yang dipinjamkan tidak boleh diberi pinjam kepada orang
lain atau dijual.
9.3.6 Murid yang menjumpai buku teks pinjaman di mana-mana
sahaja mestilah menyerahkannya kepada Guru SPBT.
9.3.7 Murid yang hendak bertukar sekolah mesti mendapat
pengesahan dan memulangkan buku pinjamannya kepada
Guru
SPBT.Sekiranya tidak, permohonannya akan ditahan.
9.3.8 Murid tidak dibenarkan menyimpan buku-buku pinjaman di
dalam meja atau almari di kelas.
9.3.9 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan sekaligus sebelum
akhir tahun pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh
sekolah.

9.4 Surat-menyurat

9.4.1 Murid-murid tidak dibenarkan menerima surat peribadi melalui


sekolah.
9.4.2 Semua surat peribadi murid tidak boleh dialamatkan ke sekolah.
9.4.3 Surat-menyurat rasmi berkaitan dengan sekolah hendaklah
melalui Guru Besar.
9.4.4 Segala dokumen yang perlukan pengesahan Guru Besar
hendaklah diserahkan terlebih dahulu kepada Pembantu Am
Rendah/ Kerani Pejabat.

HUKUMAN
DAN
TINDAKAN

HUKUMAN DAN TINDAKAN

Pengertian Hukuman

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah
laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman:

1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan


salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan
hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu
kesalahan yang telah dilakukan.

1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke


atas yang dihukum.

1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan


dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal
bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang
disukainya.

1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru


Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan
Sekolah, Hukuman Dera (corporal punishment), Penahanan
(detention),dan Amaran.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru ,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Pengertian Pembuangan Sekolah

1.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang


didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah
laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959.

1.2 Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah
laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah
selepas tindakan memulihnya diambil oleh Guru Besar/Guru Besar
atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius
kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin
sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan
pembuangannya dari sekolah.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru ,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:12)

Pengertian Penggantungan Sekolah

1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid


itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah
bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehingga
tidak lebih 14 hari persekolahan.

1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu
sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan
mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya , Guru
Besar/Guru Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan
murid itu sehingga tidak lebih 14 hari .

1.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan


hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Guru
Besar/Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang


cukup untuk murid membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:13)

Pengertian Hukuman Dera (corporal punishment)

1.1 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid


perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yangdinyatakan dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

1.2 Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid.
Hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.

1.3 Dijalankan oleh Guru Besar/Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang
berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu
mengikut keadaan ( Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959).

1.4 Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan
pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian
punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara
nyata dalam (Perkara 5 Ordinan Pelajaran,1957, Peraturan- peraturan
Pelajaran
(Disiplin) Sekolah 1959).

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:14)
Pengertian Hukuman Penahanan (detention)

1.1 Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat


(delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat
dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan
menggunakan masa lapangnya.

1.2 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan
seseorang itu ditahan.

1.3 Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid


berkenaan dan juga murid yang lain.

1.4 Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan


membina..

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:15)

Pengertian Hukuman Amaran


1.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Guru Besar/Guru Besar atau guru
yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan
kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.

1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan


hukuman yang lebih berat lagi selepas itu.

1.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori


salah laku ringan , Amaran dan Amaran keras bagi kategori salah laku
sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16)

Kesalahan dan Hukuman

Pengertian Salah Laku Berat

1.1 Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-


kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan
Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin)Sekolah 1959.Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan
keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku
curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan
matlamat yang hendak dicapai.

1.2 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya
yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-
sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh
mengganggu ketenteraman.

1.3 Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu
membahayakan sehingga boleh dibuang sekolah.

1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
( Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968 dan Bil. 9/1975 dan Panduan
Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988 )
PERINGATAN

Guru Besar, Guru Besar dan guru yang diberi kuasa diingatkan bahawa setiap kesalahan berat
yang serius yang melibatkan undang-undang negara adalah DIMESTIKAN melaporkan kejadian
tersebut kepada pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA dengan segera. Di antara jenis-jenis
kesalahan yang serius adalah seperti berikut:

1. Membunuh / menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian


2. Pengedaran dadah berbahaya
3. Mengugut / Pemerasan
4. Rogol / Mencabul kehormatan
5. Gaduh berkumpulan / dengan senjata api / Merusuh
6. Memiliki / Menggunakan senjata api / bahan letupan
7. Mendatangkan cedera parah
8. Menculik
9. Membawa / mengedarkan bahan-bahan lucah
10. Samun / merompak / mencuri
11. Mana-mana kesalahan yang dianggap serius.

Pengertian Salah Laku Sederhana


1.1 Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan
ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya dan
kemudaratan kepada diri atau murid lain atau pihak lain.

1.2 Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh


murid itu melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan
kemudaratan, keharmonian sistem pendidikan di sekolah.

1.3 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat
pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.

1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1996 dan Bil. 9/1975 dan Panduan


Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Pengertian Salah Laku Ringan

1.1 Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang


dibekalkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak
dinyatakan dalam peraturan, misalnya, membuat bising dalam darjah,
berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

1.2 Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku
dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi.

1.3 Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih
tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran
Ketiga.

1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.
( Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1996 dan Bil. 9/1975 dan Panduan
Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Pengertian Salah Laku Ponteng

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa
alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor
perubatan.

1.1 Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut.


Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan
atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan
daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari
atau lebih.

1.2 Ponteng Sekolah Secara Berkala


Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau
berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan
daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan selama 60 hari
atau lebih .

Pengertian Ponteng Kelas

1.1 Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas
dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran .
1.2 Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.

Pengertian Ponteng Acara Rasmi

1.1 Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan
hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai