Anda di halaman 1dari 7

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

WAKTU PERSEKOLAHAN

1.0 Masa dan Kehadiran Persekolahan
1.1 Murid mesti berada di sekolah lima minit sebelum waktu persekolahan
bermula.
1.2 Murid yang datang lewat tanpa sebab adalah menjadi satu kesalahan dan akan
dicatat namanya untuk diambil tindakan. Murid yang datang lewat perlulah
melaporkan diri kepada guru disiplin/penyelaras tingkatan yang bertugas di
kaunter lewat.
1.3 Dapatkan slip lewat dan ditunjukkan kepada guru mata pelajaran. Kepilkan
slip lewat dalam buku kawalan ponteng. Maklumkan kehadiran anda kepada
guru tingkatan.
1.4 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat/sijil sakit dianggap sebagai
ponteng sekolah.
1.5 Murid yang hendak balik awal perlu diiringi ibu bapa/penjaga dan hendaklah
mengisi borang di pejabat.

2.0 Waktu Perhimpunan
2.1 Semua murid mesti hadir ke perhimpunan sekolah dengan beratur mengikut
kelas dengan tertib dan senyap.
2.2 Kehadiran murid akan diambil oleh guru tingkatan.
2.3 Selepas perhimpunan, murid dikehendaki beratur dan berjalan masuk ke kelas
masing-masing dengan senyap dan teratur.

3.0 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
3.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu pembelajaran
kecuali jika perlu. Dapatkan tag keluar kelas daripada guru berkenaan. Tag
perlu digantung/dipamerkan.
3.2 Murid-murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing.
3.3 Waktu Pendidikan J asmani dan Kesihatan
semua murid perlu berpakaian pendidikan jasmani
semua murid tidak boleh berada di kelas

4.0 Waktu Rehat
4.1 Semua murid dikehendaki meninggalkan kelas semasa rehat.
4.2 Murid-murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin
sekolah pada waktu rehat atau dengan kebenaran.
4.3 Makan dan minum perlulah di kantin sekolah sahaja.

5.0 Waktu Balik
5.1 Pastikan kelas berada di dalam keadaan kemas dan bersih.
5.2 Semua suis ditutup sebelum meninggalkan kelas.
5.3 Pastikan semua buku murid dibawa balik.

6.0 Waktu Kokurikulum

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

6.1 Setiap murid perlu mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
melainkan mendapat pengesahan daripada doktor.
6.2 Murid-murid diwajibkan menyertai tiga gerak kerja kokurikulum iaitu:
6.3.1 Persatuan/Kelab
6.3.2 Badan beruniform
6.3.3 Permainan





Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

1.0 Pakaian Seragam Murid Lelaki

1.1 Baju

1.1.1 Baju perlulah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.
1.1.2 Butang baju perlulah dikancing sehingga butang kedua dari atas dan
tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.
1.1.3 Murid dilarang memakai kemeja T (T shirt) dalam kemeja sekolah.
Hanya singlet putih tanpacorak sahaja dibenarkan untuk dipakai di
dalam kemeja sekolah.
1.1.4 Baju kemeja sekolah dari jenis kain berkilat tidak dibenarkan.

1.2 Seluar

1.2.1 Seluar panjang warna hijau kehitam-hitaman dark olive.
1.2.2 Seluar potongan jeans dan berfesyen tidak dibenarkan.
1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, berkaki lebar dan
plit tidak melebihi 4 (2 di kiri dan 2 di kanan).
1.2.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 16.5 inci atau 42 cm.
1.2.5 Poket bertampal tidak dibenarkan.
1.2.6 Sebarang pelekat atau tampalan hiasan pada seluar adalah dilarang.
1.2.7 Poket seluar tidak boleh melebihi empat. Dua di bahagian sisi
pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang.
1.2.8 Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di sisi
lutut.

1.3 Tali Pinggang

1.3.1 lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5 cm.
1.3.2 Murid hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas yang berwarna
kehitam-hitaman dark olive tanpa corak (digalakkan memakai tali
pinggang yang dijual di Koperasi Sekolah).


2.0 Pakaian Seragam Murid Perempuan

2.1 Pinafore Tunic
Pinafore Tunic perlu berwarna biru turquoise dan labuhnya hendaklah
sampai bawah paras lutut.

2.2 Blaus

2.2.1 Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus jarang tidak
dibenarkan.

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

2.2.2 Butang blaus perlulah dikancing sehingga butang kedua dari atas dan
tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.

2.3 Baju kurung dan Kain Sarung

2.3.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna turquoise.
2.3.2 Potongan baju kurung hendaklah jenis baju kurung J ohor. Labuh mesti
ke paras lutut.
2.3.3 Baju kurung yang berkain jarang, nipis atau berkilat tidak dibenarkan.
2.3.4 Baju kurung perlulah sentiasa dikancing dengan butang putih.
2.3.5 Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali di makmal dan bengkel.
2.3.6 Camisole dan anak baju perlulah berwarna putih atau berwarna kulit
(skin colour) dan perlu dipakai.

2.4 Mini Telekung/Tudung

2.4.1 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung/mini telekung
yang berbentuk tiga segi dua sama san berwarna putih.
2.4.2 Mini telekung/tudung yang bersulam atau berenda tidak dibenarkan.
2.4.3 Labuhnya melebihi paras bahu dan sesuai dengan ketinggian murid
yang memakainya.
2.4.4 Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin pada mini
telekung/tudung.
2.4.5 Anak tudung juga berwarna putih.

2.5 Lencana

2.5.1 Lencana perlulah dilekatkan di sebelah kiri dada pada poket baju.
2.5.2 Lencana perlulah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kawasan
sekolah dan semasa memakai pakaian seragam sekolah walau di mana
juga berada.
2.5.3 Lencana yang telah pudar warna, tertanggal atau hilang hendaklah
diganti baru.
2.5.4 Bagi murid perempuan yang berbaju kurung, lencana perlulah
dilekatkan pada bahagian dada kiri. Sekiranya bertudung, lencana
perlulah dilekatkan di bahagian kiri tudung. J ika memakai pinafore,
lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri pinafore itu.

2.6 Tag nama

2.6.1 Tag nama perlulah dipakai di bahagian kiri dada dan di atas poket baju.
2.6.2 Nama timangan atau nama singkat tidak dibenarkan.

2.7 Tali Leher

2.7.1 Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan.

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

2.7.2 Semua murid perlu memakai tali leher dengan kemas sepanjang hari
pada hari perhimpunan rasmi sekolah.
2.7.3 Tidak dibenarkan mengenakan sebarang bentuk perhiasan pada tali
leher.

2.8 Kasut dan Stoking

2.8.1 Kasut kanvas atau dari bahan sintetik lain berwarna putih sahaja
dibenarkan.
2.8.2 Kasut-kasut berfesyen, berlambang dan berjalur selain putih serta kasut
sukan tidak dibenarkan.
2.8.3 Murid-murid hendaklah memakai stoking/sarung kaki putih. Sarung
kaki putih yang berjalur dan berlogo tidak dibenarkan.

3.0 Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan

3.1 Murid digalakkan memakai seluar panjang jenis track-bottom berwarna
hitam atau biru tua.
3.2 Murid perlu memakai T-shirt sekolah.
3.3 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman, sukan dan
aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan.


4.0 Pakaian Pasukan Beruniform/Kelab/Persatuan

4.1 Murid yang menyertai kegiatan pasukan beruniform di sekolah perlulah
memakai pakaian lengkap unit beruniform yang diwakilinya ketika
perjumpaan.
4.2 Murid digalakkan memakai pakaian/uniform yang diwakilinya pada setiap hari
Rabu.







Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI

1.0 Rambut

1.1 Murid Lelaki
1.1.1 Rambut perlulah selalu bersih dan kemas, tidak dikerintingkan,
diwarnakan atau menggunakan gel.
1.1.2 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk,
berekor, skin-cut dan sebagainya.
1.1.3 Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
a) Di belakang : Rambut jatuh memelihi garisan di bawah
cuping dua telinga.
b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan sideburn
melebihi garisan tengah hidung.
d) Di atas : Rambut lebih daripada 6 inci/15 cm panjang.
1.1.4 Murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka
memakai turban.

1.2 Murid Perempuan
1.2.1 Rambut perlulah kemas, bersih dan tidak diwarnakan atau
menggunakan gel.
1.2.2 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk,
berekor, skin-cut dan sebagainya.
1.2.3 Murid yang berambut panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang
(plait) atau pony tail dengan menggunakan riben putih, biru atau hitam
sahaja.
1.2.4 Murid tidak dibenarkan mencukur/mencabut bulu kening.

2.0 Misai dan Janggut
Murid lelaki tidak boleh menyimpan misai, janggut atau jambang.

3.0 Kuku
Murid perlulah berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.

4.0 Alat Solek
Penggunaan alat solek (make-up) adalah dilarang sama sekali.

5.0 Subang
5.1 Hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja.
5.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5 cm, berwarna putih/emas. Batu
permata pada subang tidak dibenarkan.
5.3 Hanya satu subang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah dipakai di
bahagian bawah cuping telinga.
5.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan.


Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

6.0 Barang Kemas/Perhiasan
Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang kemas atau perhiasan ke
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai