Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA

TAHUN 2021

1.0 Pendahuluan

1.1 Tahun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar dari pelbagai sudut
pengurusan persekolahan. Seluruh Malaysia ditimpa dengan musibah besar
penularan wabak merbahaya Covid-19 yang telah menyebabkan sesi
persekolahan fizikal ditutup hampir enam bulan seluruh Malaysia dan digantikan
dengan bentuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
oleh guru kepada pelajar.
1.2 Secara tidak langsung pengurusan aspek disiplin pelajar sekolah juga menerima
bentuk cabaran yang tersendiri sekembalinya pelajar daripada tempoh perintah
kawalan pergerakan, PKP (April-September) dan didapati faktor PKP juga sedikit
sebanyak memberi impak kepada bentuk kesalahan disiplin yang dilakukan.
1.3 SMKA Putrajaya pada tahun ini merekodkan 6 orang pelajar yang terlibat dengan
beberapa jenis kesalahan disiplin (ringan, berat dan sederhana) yang direkodkan
di pengkalan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
1.4 Pelbagai langkah pencegahan, pemulihan dan hukuman telah diambil kepada 6
orang pelajar ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada diri dan rakan pelajar
yang lain.

2.0 Perincian kes disiplin


2.1 Seperti yang dinyatakan diatas, 6 orang pelajar telah didapat melakukan pelbagai
jenis kesalahan dan pecahan kesalahan adalah seperti berikut:-
2.2 Pecahan secara terperinci adalah seperti di bawah mengikut nama pelajar dan
jenis kesalahan:-

2.3 Pecahan dari segi jenis kesalahan adalah seperti di bawah:-


3.0 Intervensi dan langkah pencegahan demi mengurangkan bilangan kes pada masa
akan datang (2022)
3.1 Menjadi amalan SMKA Putrajaya untuk menjalankan beberapa langkah
pencegahan kejadian kes disiplin termasuk penglibatan aktif barisan pengawas
sekolah, pemantauan guru-guru, pengisian aktiviti agama dan kerohanian secara
berterusan dan tidak lupa ‘spot-check’ di kelas dan asrama yang diadakan secara
berkala untuk memeriksa aktiviti pelajar dan terutamanya barang larangan.
3.2 Semua pelajar yang terlibat dengan kes disiplin juga telah direkodkan kesalahan
mereka secara ‘online’ dan ‘offline’ (fail disiplin peribadi) demi memastikan
kelicinan pengurusan. Semua pelajar yang wujud rekodya juga telah dihantar ke
sesi kaunseling untuk diberi nasihat dan berpeluang berkongsi masalah bersama
kaunselor.
3.3 Perjumpaan bersama ibubapa bagi membincangkan perihal masalah pelajar juga
telah dilakukan untuk menandatangai ‘akur janji’ terutamanya pelajar yang terlibat
dengan kes sederhana dan berat. Terbukti dengan langkah-langkah diatas jumlah
kes dapat diturunkan daripada tahun sebelumnya iaitu daripada 7 kes disiplin ke
2 kes dan pelajar bermasalah juga berjaya dikurangkan daripada 26 orang ke 6
orang.
3.4 Pemantapan untuk tahun 2022 adalah dengan meneruskan SOP (standard
operating procedure) sedia ada dan menambah baik dari beberapa segi. Bilik
Pengurusan Disiplin yang khusus akan cuba diwujudkan agar sebarang bentuk
mesyuarat, perjumpaan, penyimpanan rekod, pengisian data, pengurusan fail
dapat dijalankan dengan lebih terurus dan sistematik.

4.0 Pengisian Amalan Baik pelajar


4.1 Semua pelajar juga perlu mengisi sebarang bentuk amalan baik demi menambah
baik, membaiki dan status sahsiah pelajar sama ‘perlu perhatian’, ‘baik’, ‘amat baik’
atau ‘terpuji’.
4.2 Untuk mencapai tahap ‘terpuji’ pelajar perlu melakukan sebanyak 21 amalan baik
dan keatas justeru SMKA Putrajaya menyimpan hasrat untuk mendapat seramai
mungkin pelajar yang mencapai tahap ini.
4.3 Pada tahun 2021 sebanyak 2350 bentuk pelbagai amalan baik daripada
kebanyakan pelajar telah direkodkan di pengkalan data. Lonjakan saujana telah
berjaya direkodkan berbanding tahun sebelum (1532 amalan baik direkodkan,
tahun 2020). Jumlah peratusan pelajar merekodkan amalan baik juga meningkat
dari 80% ke 98% (daripada 653 murid keseluruhan). Satu peningkatan yang
sangat membanggakan.
4.4 SMKA Putrajaya telah menjalankan inisiatif untuk mewajibkan semua guru
merekod sekurang-kurangnya 5 amalan baik 5 orang pelajar berbeza. Selain
daripada itu insentif/hadiah turut diberikan kepada 5 orang guru merekodkan
amalan baik terbanyak sepanjang tahun 2021. Seramai 51 orang guru daripada
120 guru telah mengambil inisiatif merekodkan amalan baik. Berikut ialah senarai
guru yang telah merekodkan amalan baik dan jumlah rekod mengikut guru.
SENARAI GURU YANG MELAPORKAN KES & AMALAN BAIK
Bil
Bil. Nama Guru Bil Kes Amalan
Baik
1 NUR HANANI BINTI JA'AFAR 0 675
WAN SYARIFAH FADILAH BINTI
2 0 499
WAN HUSAIN
3 SUMAIYAH BINTI SULAIMAN 0 327
4 HAFIFAH BINTI HALIM 0 111
5 IZYAN BINTI KAMARULZAMAN 0 101
6 SHAHRUL RIZAL BIN SHAHRI 0 76
NOORLAILI SURIATI BINTI MOHD
7 0 54
HANAFI
SITI NOR HANISAH BINTI HADAS
8 0 52
@ HADIS
HAFSAH @ HAJAR BINTI
9 0 52
BADRISHAH
ZULKIFLI BIN DIN @ MOHAMED
10 0 51
NASIRUDIN
11 NURUL FITRIAH BT CHE HAMZAH 0 50
12 SITI ROHANA BINTI MUDA 0 38
13 AKHMAL BIN ARIFFIN 0 31
MOHAMAD KHIRMAN NAIM BIN
14 0 26
ZAID
NUR HANIS NATASYA BINTI
15 5 25
MOKHTAR
SHAMSULRIJAN UWAIS AL-QARNY
16 0 24
BIN ALI
17 ROHAYA BINTI ROSTAM 0 23
18 IBRAHIM BIN AHMAD NURMAN 0 16
19 ZALEHA BT IBRAHIM 0 16
20 MOHD ZAIDI BIN SAIDIN 0 16
21 SITI HAWA BINTI AB HALIM 0 14
LUQMAN ALHAKIM BIN MOHD
22 0 13
TAMYES
23 NUR JANNAH BINTI AMRAN 0 12
24 AHMAD SYAHIR BIN SUHAIMI 5 11
25 NURAINFATUN BINTI CHE ISMAIL 0 11
26 SITI ADIBAH BINTI ABU BAKAR 0 9
27 SITI KHADIJAH BINTI MOHD DAUD 0 7
28 SARIYAH BT MOHD TERMIZI 0 7
29 NOOR LIZA BT ISMAIL 0 7
30 MOHD KHALIL BIN RAMLEE 0 6
31 ROSLAN BIN YAAKUB 0 6
32 ZULKAFRI BIN AB GHANI 0 5
33 NOR AINA BINTI BAHARUDIN 0 5
34 MUHAMMAD BAZLI BIN RASLI 0 5
35 MUNIRA BINTI MUHAMMAD 0 5
36 AZIRA BINTI WAN HUSAIN 0 5
37 FATANAH BINTI HAMZAH 0 4
38 SANIAH BINTI MOHD ALI 0 4
39 NORHIDAYAH BT LATIF 0 3
40 ABD RASHID BIN ZAINAL 0 2
MUHAMAD SHAHIR BIN ABU
41 0 2
BAKAR
42 ASMAZILAH BT SAIDON 0 2
43 NOR HAZWANI BINTI MAT ISA 0 2
44 TUAN ZAITON BINTI TUAN MAT 0 2
45 JAMALUDDIN BIN YUSOFF 0 1
46 ROSLAH BINTI MOHD RANI 0 1
47 IFFAH SHAFINA BINTI SHAMSUL 0 1
48 NIK AHMAD ADAM BIN NIK SALLEH 0 1
49 SALMAH BINTI ABD RANI 0 1
50 SYAHMI BIN MD NAWI 0 1
SY. NABILA BALQISH BT AHMAD
51 0 1
ROSTAM

5.0 Penutup

5.1 Pembentukan sahsiah yang mantap adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk
menyumbang kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Sebarang bentuk inisiatif
sekolah perlu dirai dan disokong oleh semua warga pendidik. Didoakan agar sahsiah
semua pelajar SMKA Putrajaya berada pada tahap cemerlang dan mampu melahirkan
pemimpin Islam berkaliber pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai