Anda di halaman 1dari 31

KPD 5046 – KAEDAH MENGAJAR

DISEDIAKAN OLEH:

RAHIMAH BINTI MOHD ISA L20092003354


SUHAILA BINTI HAMDAN L20092003372
RAFIZAH BINTI SALLEH L20092003373
MODEL
MODEL
SHULMAN
SHULMAN

LEE S. SHULMAN
Presiden Yayasan “Carnegie”
LATAR BELAKANG
SHULMAN L.S
 Merupakan Presiden Yayasan “Carnegie” untuk
Perkembangan Pengajaran. Beliau merupakan
Profesor Emeritus Pendidikan di Universiti
Stanford dan merupakan bekas presiden bagi
Persatuan Penyelidikan Pendidikan Amerika dan
juga Akademi Pendidikan Negara.
 Teori Pengetahuan Pedagogi Isi kandungan
yang mula diperkenalkan oleh beliau pada tahun
1986 telah merangsang banyak penyelidikan
berhubung dengan pengkhususan domain
pengajaran dan pembelajaran.
LATAR BELAKANG
SHULMAN L.S
 Tahun 1987, beliau dalam artikelnya yang
bertajuk “Pengajaran dan Pengetahuan:
Asas Pembaharuan”. Harvard Educational
Review 57(1): 1-22 telah menyatakan
bahawa:
“Idea pengajaran menekankan konsep
berhubung kefahaman, tranformasi dan
refleksi”.
MODEL SHULMAN
 Shulman (1986) telah memperkembangkan satu
kerangka baru untuk pendidikan guru dengan
memperkenalkan konsep pengetahuan
pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang
dicadangkan oleh Shulman (1986) telah
dikembangkan dalam projek “Knowledge Growth
in Teaching” sebagai satu model perspektif yang
lebih luas untuk memahami proses pengajaran
dan pembelajaran.
 Projek ini mengkaji bagaimana guru-guru
memperoleh kefahaman baru tentang isi
kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini
mempengaruhi amalan pengajaran mereka.
PENGETAHUAN PEDAGOGI
ISI KANDUNGAN (PPIK)
DEFINISI :
PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik
bagi seseorang guru dan ia berdasarkan
kepada cara guru mengaitkan pengetahuan
pedagogi (pengetahuan tentang cara
mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan
isi kandungan (apa yang perlu diajar).
Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan
tersebut menghasilkan pengetahuan
pedagogi isi kandungan.
CIRI-CIRI PPIK
(a) analogi, contoh, penerangan dan
demontrasi yang efektif,
(b) kefahaman tentang aspek-aspek yang
membuatkan pembelajaran topik itu
senang atau susah,
(c) kesilapan konsep pelajar tentang
sesuatu topik dan
(d) pengetahuan tentang strategi
pengajaran yang efektif.
Kategori asas pengetahuan
Pengetahuan kandungan pedagogi ialah
idea yang mantap: Ia digunakan
sepenuhnya oleh sebilangan pendidik
yang mengasimilasikannya, menunjukkan
kepentingannya kepada pengajaran,
merumuskannya semula dan
mengkritiknya. Shulman mengemukakan
tujuh kategori asas pengetahuan bagi
pengajaran.
7 KATEGORI ASAS
PENGETAHUAN
 pengetahuan isi kandungan (content knowledge)
 pengetahuan pedagogi am (general pedagogical
knowledge)
 pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge)
 pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical
content knowledge)
 pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar
(knowledge of learners and their characteristics)
 pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge
of educational contexts)
 pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan
(knowledge of educational ends)
Model penaakulan pedagogi
shulman
Konsep penaakulan pedagogi ini
bermaksud bagaimana guru boleh
memberikan sebab-sebab atau alasan ke
atas tindakan-tindakannya dalam proses
pengajaran. Setiap tindakan guru mestilah
berasaskan kepada pengetahuan asas
yang perlu dimilikinya. Shulman(1987)
telah kemukakan satu model penaakulan
pedagogi yang melibatkan 6 aspek
penting.
MODEL PENAAKULAN
PEDAGOGI SHULMAN – 6 aspek
 KEFAHAMAN (COMPREHENSION)
 TRANSFORMASI (TRANSFORMATION)
 INSTRUKSI (INSTRUCTION)
 PENILAIAN (EVALUATION)
 REFLEKSI (REFLECTION)
 KEFAHAMAN BARU (NEW
COMPREHENSIONS)
KATEGORI
KATEGORI ASAS
ASAS
PENGETAHUAN
PENGETAHUAN
1. Pengetahuan
kandungan
2. Pengetahuan
pedagogi am
KATEGORI 3. Pengetahuan
ASAS Kurikulum
PENGETAHUA 4. Pengetahuan
N kandungan pedagogi
5. Pengatahuan tentang
pelajar
6. Pengetahuan tentang
konteks pendidikan
7. Pengetahuan tentang
matlamat tujuan dan
nilai pendidikan
PENGETAHUAN KANDUNGAN
(MATA PELAJARAN)
 Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan
pengetahuan sintaktik.
 Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling
penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi
fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga
merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk
menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata
pelajaran.
 Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang
melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan
dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru
diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan
pengesahan.
PENGETAHUAN PEDAGOGI
AM
 Merujuk kepada pengetahuan am mengenai
pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai
contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik
darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat
pelajar.
 Kebanyakan pengetahuan mengajar yang diperolehi
daripada pengalaman persekolahan guru itu sendiri
akan membentuk pandangan dan pemahaman guru
tentang mengajar dan dengan itu juga membentuk
perkembangan mereka sendiri.
 Dalam kes ketiadaan model dan pemahaman tentang
P&P yang jelas, guru banyak bergantung kepada apa
yang mereka ketahui.
PENGETAHUAN KURIKULUM
 Digambarkan sebagai “alat” oleh Shulman, iaitu,
bahan serta program pengajian yang tersedia bagi
setiap mata pelajaran.
 Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan
tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas,
mengenai program pengajian dan jenis bahan
kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran.
 Bahan kurikulum tidak terhad kepada apa yang
ada dipasaran atau ditentukan oleh kerajaan
malah bahan itu mungkin dibuat sendiri, dirangka
mengikut konteks atau pelajar yang
tertentu.
PENGETAHUAN KANDUNGAN
PEDAGOGI
 Menjelaskan apa yang berlaku apabila
pelbagai jenis pengetahuan pengajaran
disatukan dalam pelbagai gabungan.
 Penggabungan ini merangkumi
pengetahuan kandungan, pengetahuan
pedagogi dan pengetahuan kurikulum.
PENGETAHUAN TENTANG
PELAJAR
 Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar
dalam julat umur tententu, sifat sosial
mereka, tingkah laku mereka dalam bilik
darjah dan di sekolah, budaya hidup serta
minat dan kecenderungan mereka.
 Daripada pengetahuan ini, muncul kemahiran
dan proses mengadaptasikan aktiviti serta
gambaran tentang pelajar atau tentang
proses membezakan kebolehan yang
berlainan.
 
PENGETAHUAN TENTANG
KONTEKS PENDIDIKAN
 Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana
pembelajaran berlangsung: sekolah, bilik darjah dan
konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan
masyarakat.
 Konteks boleh berubah sepenuhnya.
 Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas
prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang
mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik
darjah.
 Meliputi tahap sosioekonomi kawasan, jenis dan saiz
sekolah, saiz kelas, kualiti sokongan rakan
sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah.
PENGETAHUAN TENTANG MATLAMAT,
TUJUAN DAN NILAI PENDIDIKAN

 Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai


tujuan: guru mempunyai matlamat jangka
pendek dan jangka panjang bagi pelajaran
atau sesi pengajaran.
 Pengajaran juga adalah usaha
menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke
arah melahirkan warga bermoral tinggi
dan bertanggungjawab.
MODEL
MODEL PENAAKULAN
PENAAKULAN
PEDAGOGI
PEDAGOGI
MODEL PENAAKULAN
PEDAGOGI

KEFAHAMAN TRANSFORMASI INSTRUKSI

KEFAHAMAN REFLEKSI PENILAIAN


BARU
KEFAHAMAN

Untuk mengajar, kita perlu memahami isi


kandungan dan pelajar. Guru-guru
dikehendaki memahami apa yang perlu
diajar, jika boleh memahami isi kandungan
dengan beberapa cara. Guru juga perlu
memahami bagaimana aras
perkembangan pelajar mempengaruhi
kebolehannya untuk belajar.
TRANSFORMASI
 Idea-idea yang telah difahami mesti ditukar
dalam beberapa cara agar ia boleh diajar
kepada pelajar. Penalaran melalui
pengajaran melibatkan pengalihan dari
pemikiran tentang mata pelajaran seperti
yang difahami oleh guru ke minda dan
motivasi pelajar.
 Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk
yang boleh diajar memerlukan pemahaman
tentang hasil pembelajaran dan bagaimana
pelajar menunjukkan apa yang ia telah
pelajari.
INSTRUKSI
Instruksi (pengajaran) merupakan aspek
pedagogi yang terpenting: organisasi dan
mengurusan bilik darjah, persembahan
penerangan dan huraian yang jelas,
memberi dan menyemak tugasan,
berinteraksi dengan pelajar secara
berkesan dengan soalan, jawapan dan
tindak balas, serta pujian dan kritikan.
PENILAIAN

Proses ini merangkumi semakan formal


pemahaman pelajar tentang isi kandungan
yang telah diajar berdasarkan objektif dan
hasil pembelajarn yang telah ditetapkan.
REFLEKSI
 Proses ini dilakukan oleh guru apabila ia
merenung kembali pengajaran dan
pembelajaran yang telah berlaku lalu
membina semula, melakonkan semula, atau
mengingatkan semula peristiwa, emosi dan
pencapaiannya.
 Proses ini menjadi landasan bagi seseorang
profesional belajar daripada pengalaman.
Usaha-usaha analitik dalam proses ini
digunakan untuk memperbaiki pengetahuan
kandungan pedagogi seseorang.
KEFAHAMAN BARU

 Ini berupakan satu permulaan baru.


Melalui langkah-langkah KEFAHAMAN,
TRANSFORMASI, INSTRUKSI,
PENILAIAN, DAN REFLEKSI, guru
mencapai pemahaman yang lebih jelas
tentang isi kandungan dan pelajar.
RUMUSAN

Seorang guru yang baik dan berkesan


bukan hanya perlu menguasai isi
kandungan atau pedagogi sahaja. Tetapi
guru tersebut perlu seimbangkan kedua-
duanya dan seterusnya menyesuaikannya
dengan persekitaran dan keadaan bilik
darjah.
RUJUKAN
• Mohd Fauzi Yaacob (2004). Pengajaran Pakar/ Rosie
Turner – Bisset. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
• Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching:
Foundations of the new reform. Harvard Educational
Review 57: 1-22.
• Shulman, L.S. (1986). Those who understand:
Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher 15(2): 4-14.
• Shulman, L.S. (2000). Teacher Development: Roles of
Domain Expertise and Pedagogical Knowledge.
Journal of Applied Developmental Psychology 21(1):
129-135.
SEKIAN,
SEKIAN, TERIMA
TERIMA KASIH
KASIH

Anda mungkin juga menyukai