Anda di halaman 1dari 2

Pada akhirnya, saya telah berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa 4 ini dengan bangga sekali. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan dahulu
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak
membimbing dan membantu saya semasa saya berada dalam keadaan yang keliru iaitu
semasa dalam mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Batu Putih di Batu
Pahat.
Dalam mengadakan program tersebut, saya telah berpeluang untuk menjadi
seorang pemimpin dengan membawa kelas saya dan kelas RBT (SJKC), PP (SJKC),
PP (SJKT), TESL (SK) untuk mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Batu
Putih di Batu Pahat. Dengan adanya peluang yang sebegini, saya telah dapat
mengenali tentang tugasan-tugasan yang harus saya melaksanakan untuk menjayakan
program ini tersebut. Program ini juga telah memberi dedahan kepada saya bahawa
nilai bekerjasama adalah sangat penting kepada salah satu kumpulan yang hendak
melaksanakan sesuatu aktiviti yang berdasarkan kepada suatu kumpulan. Antara
perkara yang saya dapat lihat bahawa kerjasama adalah sangat penting iaitu semasa
menyiapkan satu kertas kerja itu tersebut. Jika ahli-ahli dalam kumpulan itu tersebut
tidak bekerjasama maka kertas kerja itu tersebut akan dihasilkan dengan tidak
sempurna dan pada bila-bila masa juga akan tidak dapat disiapkan. Justeru itu,
program ini juga telah memberi peluang mendidik saya dan kumpulan saya untuk
bekerjasama

semasa

ingin

melaksanakan

suatu

aktiviti,

permainan

ataupun

persembahan haruslah bertolak ansur antara satu sama yang lain dahulu.
Kesimpulannya, nilai kerjasama adalah sangat penting bagi seseorang individu yang
akan melaksanakan sesuatu perkara bersama dengan kumpulan.
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyertai program BIG Fasa 4 tahun
2014 di Kampung Batu Putih, Batu Pahat. Hal ini demikian kerana saya dapat lebih
memahami kebudayaan dan kesenian yang berbilang kaum serta menjamin silaturahim
antara satu sama lain. Saya juga berasa bangga kerana dapat bertinggal dalam rumah
Ketua Kampung Batu Putih kerana beliau merupakan seorang penjaga yang baik dan
berpengalaman. Hal ini demikian kerana beliau telah mengongsikan banyak
pengalaman-pengalaman yang telah dilakulan dalam kehidupan beliau sebagai satu

tanda kenangan supaya kami generasi yang muda dapat menjadi seorang insan yang
cemerlang. Selain itu, beliau juga mengajar saya beberapa kemahiran sebagai seorang
pekebun. Saya berasa sangat bahagia kerana mendapat sebuah keluarga angkat yang
baik dan menambahkan ilmu pengetahuan saya selama tiga hari dua malam itu.
Tambahan pula, bagi sesiapa yang ingin mengadakan sesuatu program dengan
sempurna haruslah mempunyai satu ciri yang utama iaitu haruslah pandai
menguruskan masa dengan baik supaya program tersebut tidak terlalu lama atau
singkat. Dengan itu, saya telah berpeluang untuk belajar dengan rakan-rakan saya
untuk menguruskan masa dengan bijak agar program itu tersebut dapat dijalankan
dengan apa yang kita sudah dirancang. Dengan adanya pengalaman tersebut, saya
berharap saya dapat menganjurkan sesuatu program lagi di mana-mana tempat yang
saya berada supaya saya dapat mencari pengalaman yang lebih banyak.
Secara kesimpulannya, program Anak Angkat tersebut adalah program yang
pertama sekali saya menjadi pemimpin kepada rakan-rakan saya untuk mengadakan di
sekolah Kampung Batu Putih di Batu Pahat. Saya berasa sangat gembira kerana saya
dapat menjayakan program tersebut dengan rakan-rakan saya. Di sini saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua
Kampung Batu Putih serta tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang telah bekerja
bersungguh-sungguh untuk membantu dan memberi kerjasama yang banyak kepada
saya untuk menyempurnakan program tersebut dan juga tidak lupa lagi kepada tutor
saya iaitu PN. KEE LI LI yang banyak memberi panduan kepada saya untuk
menjalankan tugasan serta idea-idea yang dikongsikan kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai