Anda di halaman 1dari 5

Agama Buddha

Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia


Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha kyamuni
(Siddhrtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha
menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun
yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama
Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravda (Bahasa Sanskrit:
Sthaviravda), Mahyna, and Vajrayna. Agama Buddha terus menarik orang ramai
menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha
dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui
pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan
pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari
"Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar
dikenali sebagai Buddha.

Sitting Buddha, named "Phra Puttha Palileyaka", Wat Pho, Bangkok


kyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak
Buddha akan dilahirkan selepas kyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum kyamuni.
Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi
nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai
"Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan
pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah
untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut
Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat",
atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari
segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvna (Pli nibbna).

[sunting] Gautama Buddha


Menurut semua aliran agama Buddha, Buddha yang terkini ialah Siddhrtha (Sanskrit) atau
Siddhattha (Pli) Gautama (Pli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbin yang
berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan kyas (Pli:
Sakyas). Lumbin terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aoka.

Ayah Siddhrtha ialah uddhodana (Pli: Suddhodana), iaitu ketua kyas. Ibu Buddha
meninggal dunia selepas 7 hari Buddha dilahirkan. Peramal Asita meramalkan bahawa
Siddhrtha akan menjadi raja yang unggul atau orang suci. Ayahnya telah cuba memastikan
Siddhrtha tidak akan tidak puas hati dengan kehidupan yang sedia kerana ramalan Asita.
Baginda menganggap ketidakpuashatian Siddhrtha mungkin menyebabkannya menjadi sami.
Walau bagaimanapun, Siddhrtha telah mendapati bahawa setiap orang yang dilahirkan akan
menjadi tua, sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan melihat seorang tua, sakit, mayat dan
seorang suci apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi
sami untuk mencari penyelesaian untuk kesusahan dalam kehidupan.
Siddhrtha cuba menyekat hawa nafsunya dan belajar daripada dua orang Brahmin. Baginda
berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi tidak mencari penyelesainya untuk
kesusahan dalam kehidupan walaupun kemampuannya sudah melebihi gurunya. Baginda dan
sekumpulan teman telah meninggalkan gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun,
baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehnya.
Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya,
Siddhrtha menemui "Jalan Tengah", iaitu jalan yang tidak menyeksa diri atau menjadikan diri
leka dalam hawa nafsu. Untuk menguatkan badan, baginda menerima susu lembu yang
dibekalkan oleh seorang penternak lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di
bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran.
Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun. Baginda bermula untuk
menyebarkan ajaran Buddha kepada semua orang di bahagian utara timur India.

Gambar Buddha ketawa


Gambar Buddha Keemasan

Gambar Buddha di atas Teratai.

Pertubuhan Buddha Selangor, Malaysia

Konklusi:agama ini diasaskan oleh


siddartha gauthama yang ingin
mencari kebenaran akibat pergaduhan
antara kasta. Beliau menemuinya di
bawah pokok bhodi.kitab agama
Buddha ialah tripitaka dalam bahasa

bali yang mengandungi tiga bahagian


iaitu sutta pitaka,vinaya pitaka dan
abidhama pitaka.

Anda mungkin juga menyukai