Anda di halaman 1dari 8

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di India meninggal dunia selepas nekad meminum cuka

kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan
bersamanya.
Wanita yang dikenali dengan nama Neha menghembuskan nafasnya yang terakhir di
hospital akibat kerosakan organ dalaman yang teruk. Dipetik menerusi One India News,
doktor menjelaskan kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada
pengambilan cuka berlebihan.Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu
sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang
yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.Vishal dikatakan menolak pelawaan isterinya
menonton filem berjudul "Happy New Year" di hari pertama tayangan kerana memberi
alasan terlalu ramai orang di pawagam.Neha yang begitu kecewa pelawaannya ditolak
akhirnya mengambil keputusan membunuh diri.Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi
yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan mengenai berita ini.Sehingga berita ditulis, polis
belum menahan Vishal untuk membantu siasatan.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-nekad-bunuh-diri-kerana-filem-terbaharushah-rukh-khan-48091?cp

BANGKOK: Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah
kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir
ibu kota Bangkok, lapor AFP.Menurut polis, kejadian berlaku hanya seketika selepas taman
itu dibuka. Selain menjadi ladang ternakan buaya, taman terbabit juga menempatkan zoo
dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi makan haiwan.
Menurut polis kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan dimana wanita
terbabit dikatakan terjun dari satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah
kolam terbabit yang sarat dengan ratusan ekor buaya dewasa. Menurut saudara wanita
terbabit, dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan.Kawalan keselamatan di taman
tarikan pelancong itu sememangya longgar dimana adakalanya pagar pemisah hanya
berketinggian beberapa kaki bagi membolehkan pengunjung memberi makan haiwan.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-bunuh-diri-terjun-dalam-kolam-sarat-denganbuaya-44066?cp

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di
California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam.Menurut kenyataan Jabatan
Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus
sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.
"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya akibat asfiksia
susulan cubaan membunuh diri," menurut kenyataan itu.Pegawai seranta kepada pelakon
"Good Will Hunting" ini berkata beliau sering mengalamikemurungansebelum kematiannya.
"Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Beliau telah bergelut dengan kemurungan sejak
kebelakangan ini," Mara Buxbaum berkata dalam satu kenyataan. "Ia satu kehilangan yang
tragik dan mengejutkan. Pihak keluarga meminta agar tidak diganggu di kala mereka
berduka di saat yang sukar ini."
Isterinya Susan Schneider memohon agar berjuta-juta peminat bintang veteran yang juga
ayah kepada tiga anak ini menyanjungi kepintaran pelawak genius ini berlawak.
"Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik saya, manakala dunia kehilangan seorang
artis yang disayangi dan seorang yang baik hati," kata Schneider, yang menjadi isteri ketiga
aktor itu pada tahun 2011.Antara penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya,
nama Williams melonjak naik setelah muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy".
Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam"
pada tahun1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika
Syarikat di Veitnam, "Dead Poets Society" (1989) sebagai guru bahasa Inggeris yang
eksentrik, dan "Good Will Hunting" (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah
pelakon pembantu terbaik di Oscar.
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-robin-williams-ditemui-mati-disyakimembunuh-diri-41725?cp

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat 11
pangsapuri di Batu Lancang Sabtu.Mangsa yang berusia 60 tahun tinggal sendirian selepas
bercerai dengan isterinya dipercayai mengalami gangguan perasaan sejak empat bulan lalu.
Dalam kejadian 3.40 petang itu mangsa sebelum itu bertindak berdiri di tepi tingkap
rumahnya dan mahu terjun namun dipujuk anggota bomba yang bergegas ke lokasi sebaik
dimaklumkan orang awam.Anggota bomba mengambil masa empat jam memujuk mangsa
namun gagal apabila lelaki itu nekad terjun.
Mangsa yang jatuh di atas tilam yang disediakan pasukan bomba masih bernyawa dan
dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior
Faridalatrash Wahab berkata pihak polis menerima maklumat kejadian 3.40 petang dan
bergegas ke tempat kejadian dan membenarkan anggota melakukan kerja menyelamat.
Ahli keluarga dan kaunselor dari pihak PDRM cuba memujuk mangsa namun gagal.Mangsa
yang parah disahkan meninggal dunia di hospital Pulau Pinang.Kes disiasat dibawah
seksyen 309 kanun keseksaan atas cubaan membunuh diri.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-maut-selepas-terjun-dari-tingkat-1136037?cp

JAKARTA: Wabak Spidey membawa kesan buruk apabila seorang kanak-kanak lelaki
bernama Valentino yang berusia lima tahun dilaporkan membunuh diri selepas gagal
mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem terbaru hero kegemarannya itu di
pawagam.Memetik petikan beberapa portal berita Indonesia termasuk kompas.com,
mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di Apartment Laguna, Pluit,
Jakarta Utara pada Khamis.Ibu bapanya yang mengetahui mengenai kejadian itu bergegas
turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk menyelamatkannya,
namun gagal.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/budak-lima-tahun-bunuh-diri-kerana-tidakdibenarkan-tonton-spiderman-35201?cp

Remaja cenderung bunuh diri


Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
ANGGARAN Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan hampir satu juta orang
membunuh diri setiap tahun. Dalam tempoh satu jam, kira-kira 90 orang membunuh diri dan
seorang melakukan tindakan sama pada setiap 40 saat.Manakala, sebanyak 60 peratus
daripada jumlah tahunan kes bunuh diri berlaku di Asia yang mana kebanyakannya di China
iaitu hampir 200,000 kes, India (100,000 kes) dan Jepun (32,000 kes).
Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada
100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri. Namun, kadar itu dikatakan kurang
tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan,
ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui
puncanya.
Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19
tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh
diri.Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr.
Maniam Thambu berkata, semua statistik dikeluarkan WHO dan perkembangan mengenai
bunuh diri menunjukkan kejadian itu menjadi satu masalah kesihatan masyarakat yang
serius.Katanya, membunuh diri seolah - olah dilihat sebagai satu cara penyelesaian terbaik
dan kekal ketika seseorang berdepan masalah hidup yang bersifat sementara.
Dr. Maniam berkata, laporan WHO membuktikan kejadian bunuh diri berlaku di semua
negara dan dalam mana-mana agama, bangsa serta kaum."Istilah tingkah laku bunuh diri
boleh ditafsirkan sebagai merangkumi tingkah laku idea untuk bunuh diri, merancang untuk
bunuh diri, mencederakan diri sendiri, percubaan bunuh diri dan bunuh diri.
"Pada masa sama, tingkah laku yang berisiko kepada kesihatan dan mengamalkan cara
hidup tidak sihat yang dilakukan secara sengaja juga dikategorikan sebagai bunuh
diri."Contohnya terbaik, seorang wanita yang cuba membunuh diri tetapi gagal dan
kemudian sengaja berkahwin dengan seorang penagih dadah dijangkiti HIV, jadi wanita ini
sebenarnya berniat mahu dijangkiti HIV serta mati akibat AIDS," katanya.
Beliau berkata demikian pada Syarahan Perdana Profesor Dr. Maniam Thambu
bertajuk Hidup Atau Mati: Masalah Bunuh Diri Dari Perspektif Psikiatri di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.

Dr. Maniam berkata, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi seseorang untuk
membunuh diri iaitu sosiobudaya, ekologi, masalah kesihatan fizikal (perubatan) dan
masalah kesihatan mental (psikologi atau psikiatri).
Dari segi faktor sosiobudaya, bunuh diri berlaku apabila ketiadaan kepercayaan budaya
dalam agama yang mengharamkan secara tegas tindakan itu.
Selain itu, melalui jangkitan iaitu kekerapan kes bunuh diri yang berlaku akan mendorong
orang lain melakukannya.Ia juga berlaku apabila wanita merasa tertekan apabila dianggap
tidak setaraf dengan lelaki dan sebagai bantahan moral kerana merasakan tidak mempunyai
kuasa untuk membela diri.
Tegasnya, antara faktor utama lain masalah itu adalah pengaruh media massa terutama
Internet yang mana maklumatnya boleh diakses secara terperinci dan tanpa kawalan
sehingga menggalakkan pengetahuan seseorang mengenai sesuatu perkara termasuk cara
membunuh diri.
Antara contohnya apabila sesebuah akhbar melaporkan bagaimana seseorang individu
terjun dari tingkat tertentu bangunan tinggi atau mengelar tangan yang mana boleh dijadikan
panduan kepada mereka yang berniat membunuh diri.
"Pada 2003, seorang ayah menemui anak lelakinya membunuh diri di dalam bilik dan skrin
komputernya tertera cara terperinci bagaimana membunuh diri yang dimuat turut dan ditiru.
"Kes lain menunjukkan pada 2002, seorang lelaki yang berkomunikasi melalui laman bual di
Internet memberitahu seorang wanita mengenai rancangannya membunuh diri serta
mengajak wanita itu menemaninya, jadi kerana terpengaruh, wanita berkenaan bersetuju
dan mereka membunuh diri bersama-sama dengan terjun dari tebing yang tinggi.
"Faktor lain adalah kemiskinan, penyerpihan masyarakat, alkohol, isu kasta, masalah sosial
dan kesan migrain," ujarnya.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz3QmeSE6
oP

DUNGUN - Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah
menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba
terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di
luar kewarasannya itu.Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal
berdepan hukuman penjara atau denda.Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas
pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal
mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan
pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini
kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang, luah gadis 14 tahun yang berhadapan
dakwaan cuba membunuh diri itu. Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan
mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan
perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan
hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Pelajar yang
berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan
dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari. Dia dikenakan jaminan sebanyak
RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum
sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pelajar-cuba-bunuh-diri-didakwa1.231111
Seorang remaja perempuan di timur Nepal bunuh diri selepas pasukan bolasepak Brazil
dibelasah oleh Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 pada Rabu, lapor
The Himalayan Times.
Pragya Thapa, 15, ditemui mati tergantung di bilik tidurnya. Dia meninggalkan nota bunuh
diri namun laporan media tidak mendedahkan isi kandungan nota tersebut.Remaja itu
menonton perlawanan separuh akhir tersebut sehingga gawang Brazil bolos pada kali
keempat, kata sumber ahli keluarga. Dia kemudian masuk ke biliknya selepas diejek oleh
kawan-kawannya."Dia sangat teruja hendak lihat Brazil masuk akhir tetapi kalah kepada
Jerman. Beberapa orang kawannya mengejek dia kerana menyokong Brazil. Pada sebelah
pagi, dia nekad gantung diri di biliknya," kata polis.Menurut laporan media, bapa remaja itu
berkerja di sebuah negara di Teluk. Anak sulung dalam keluarga itu bersekolah di sebuah
sekolah Inggeris. Dia dijadual menduduki peperiksaan pada Rabu.

IPOH - Seorang remaja perempuan ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri
dalam bilik tidurnya dipercayai tertekan selepas dimarahi gurunya di Taman Pertama di sini,
kelmarin.
Lebih mengharukan apabila ibu mangsa pula hampir membunuh diri dengan mengelar
tangan kirinya menggunakan pisau kerana terlalu sedih melihat anak kesayangannya itu
tergantung menggunakan selimut.Bagaimanapun, ibu mangsa yang enggan dikenali sempat
menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati keadaannya
semakin stabil.Dalam kejadian pada jam 6 petang, pelajar tingkatan dua, sebuah sekolah di
sini ditemui ibunya tidak bernyawa setelah mengurung diri dalam biliknya sebaik pulang dari
sekolah.
Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Logan berkata, remaja itu
bertindak demikian kerana sedih dimarahi gurunya di sekolah dan dikatakan mahu mengadu
kepada ayahnya yang bertugas sebagai polis di balai berhampiran.Mereka tidak
mempunyai masalah besar dalam keluarga dan dia sangat rapat dengan abangnya yang
berusia 19 tahun. Dia juga tidak memaklumkan apa-apa masalah kepada kami, katanya di
perkarangan Unit Forensik HRPB di sini, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah,
Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan
mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah.Kejadian itu juga tidak membabitkan
masalah keluarga namun, kita masih meneruskan siasatan susulan berhubung kejadian ini,
katanya.

http://www.lamankongsi.com/2012/04/remaja-bunuh-diri-tertekan-dimarahi.html

Vemale.com - Mendapat nilai yang bagus adalah cita-cita gadis ini. Dia selalu mendapat
tekanan dan mendorong dirinya untuk selalu mendapat nilai A dan tidak boleh gagal.
Sayangnya, di usia yang masih sangat muda, tekanan untuk ujian 15 mata pelajaran
berat

membuat

remaja

cantik

ini

memutuskan

bunuh

diri.

Lisa Wilks (17 tahun) adalah seorang gadis pintar di sekolahnya. Dia bercita - cita ingin
menjadi seorang ilmuwan, sehingga dia menetapkan standar tinggi bahawa nilai-nilainya
harus bagus. Ditambah lagi dorongan dari pihak kampus bahawa murid-muridnya tidak
boleh gagal, bahkan nilai B tidak cukup baik untuk melanjutkan kuliah. Dengan 15 mata
pelajaran yang diambil Lisa, gadis ini merasa sangat tertekan menjelang ujian,

Foto: copyright dailymail.co.uk

Dengan tekanan yang sangat besar itu, Lisa sering merasa stress dan marah. Pelajaran
seperti kimia, biologi, matematika statistik, psikologis dan pelajaran lain membuatnya
kehilangan akal. Gadis cantik ini bahkan sering mengatakan pada ibunya, Christine (55
tahun) bahawa dia ingin gantung diri agar tidak perlu ikut ujian. Siapa sangka, keinginan itu
benar-benar dilakukan. Ayah Lisa menemukan putrinya gantung diri di dalam kamar bulan
Mei lalu."Anak-anak memberitahu bahawa mereka tidak boleh gagal. mereka ditargetkan
nilai tinggi, nilai B tidak cukup.Orang-orang dewasa mengatur mereka dan melupakan
bahawa setiap anak sebenarnya pintar tanpa didorong lebih jauh," ujar Christine.Christine
juga mengatakan bahawa putrinya mengalami tekanan besar dan memberikan yang terbaik
di luar kemampuan dirinya. "Dia merasa melakukan yang terbaik dan sampai di titik dimana
nilai kimianya buruk. Nilai kimia B yang diterima Lisa dianggap kegagalan bagi
Lisa,"Sebagai orang tua yang melihat tekanan ini, Christine dan suami pernah berdiskusi
bahawa Lisa tidak harus kuliah di Blackpool Sixth Form jika itu hanya membuatnya
menderita. Namun impian Lisa menjadi ilmuwan membuatnya semakin terjebak dengan
tekanan mental dari pelajaran -pelajaran yang sangat berat, termasuk tuntutan mendapat
nilai A atau A+.

Anda mungkin juga menyukai