Anda di halaman 1dari 14

KSL 4093 PSIKOLOGI SOSIAL

SEMESTER II SESI 2023/2024

TUGASAN INDIVIDU :

BEDAH ISU

( CUBAAN BUNUH DIRI )

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MUHAMMAD SHUKRI BIN MOHD KHALIL

DISEDIAKAN OLEH:
NUR A’DLINA AISYAH BINTI RADZI ( D21314223 )

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM & SAINS SOSIAL


UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ISI KANDUNGAN

1.0 - PENGENALAN

2.0 - ULASAN JURNAL TEMPATAN & GLOBAL ( BUNUH DIRI )

3.0 - INTERVENSI

4.0 – RUMUSAN

5.0 – RUJUKAN DAN LAMPIRAN


1.0 – PENGENALAN

Bunuh diri merupakan satu perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri
sendiri . Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara , sama ada dengan cara fizikal luaran ,
dalaman atau kedua duanya sekali . Contoh cara luaran seperti membakar diri , terjun
daripada tempat yang tinggi atau cara dalaman pula seperti contoh menyuntik racun ke
dalam badan sendiri , mengambil ubat pelali yang berlebihan .
Perbuatan membunuh diri ini hanya dilakukan oleh seseorang yang benar – benar
kecewa dengan kehidupannya sehingga ia merasakan tiada lagi gunanya untuk dia
meneruskan kehidupan nya . Dengan kata lain , hidup ini dirasakan sudah tidak lagi
bermakna apa – apa kepadanya dan dengan itu difikirkan mati adalah lebih baik dan mati itu
dianggap sebagai penyelesaian oleh mereka yang menyangkakan ianya adalah penamat
bagi kehidupan .
Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara bangsa dan budaya . Pertubuhan
Kesihatan Dunia ( WHO ) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat
membunuh diri dalam setahun .
Kadar membunuh diri juga lebih tinggi dalam kalangan warga emas . Penyakit mental
yang serius seperti kemurungan , skizofrenia , bipolar juga menyumbang kepada berlakunya
bunuh diri . Antara faktor – faktor yang menyebablan perbuatan bunuh diri dalam kalangan
warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal ( barah arthritis ) , tiada sokongan
keluarga , kemurungan disebabkan kehilangan orang yang disayangi dan kesepian .
Pada tahun 2022 ,11 September – Kuala Lumpur , kes bunuh diri di negara ini
meningkat sebanyak 81 peratus , (2021) tahun lalu dengan 1142 kes dilaporkan berbanding
dengan 631 kes pada Disember tahun 2020 . Jumlah itu berdasarkan rekod Polis Diraja
Malaysia (PDRM) , yang turut melaporkan 467 kes bunuh diri dalam tempoh 6 bulan
pertama tahun ini.
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun lepas . Jika
dibandingkan pula tahun 2020 dengan 2018 , peningkatan adalah lebih tinggi kerana pada
tahun 2018 sebanyak 167 kes . Secara perbandingan dengan tahun ini peningkatan
sebanyak 35 peratus .
Seperti yang dapat kita lihat pecahan jadual di atas ia menunjukkan kadar bunuh diri bagi
kaum lelaki lebih banyak berbanding kaum perempuan sehingga November 2020 . Antara
faktor yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri ialah seperti isu psikososial yang
dihadapi dan persekitaran , masalah kewangan yang ditanggung seperti contoh hilang
sumber pendapatan akibat hilang pekerjaan . Kaum lelaki merupakan kategori risiko tinggi
bagi bunuh diri , berumur kurang 40 tahun . Prevalens cubaan bunuh diri di Malaysia adalah
6:3 bagi setiap 100,000 orang , iaitu bersamaan dengan 250 orang sehari .
Seperti contoh yang dekat dengan kita adalah sewaktu Covid19 melanda dunia ,
banyak orang menghadapi kemurungan akibat banyak faktor . Antara faktor utama adalah
dibuang kerja kerana majikan atau syarikat terpaksa membuang pekerjanya kerana tak
mampu membayar gaji . Kemudian kesannya adalah seperti bunuh diri kerana tidak mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi . Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , yang
melaporkan lebih daripada 703,000 kematian akibat bunuh diri dicatatkan setiap tahun di
seluruh dunia , atau purata satu kematian bagi setiap 40 saat .
2.0 – JURNAL TEMPATAN & GLOBAL ( BUNUH DIRI )

- ISU TEMPATAN

PEMIKIRAN BUNUH DIRI DALAM KALANGAN LELAKI GAY YANG


MENGALAMI KEMURUNGAN

Lelaki gay merupakan kumpulan minoriti yang berisiko tinggi yang terdedah kepada
kemurungan dan bunuh diri . Jumlah kemurungan dalam kalangan lelaki gay adalah tiga
kali lebih tinggi daripada populasi dewasa umum . Walaupun terdapat risiko kemurungan
dan bunuh diri yang tinggi dalam kalangan lelaki gay , pengamal perubatan cenderung
memberi tumpuan kepada masalah kesihatan seperti virus dan ubat-ubatan tetapi jarang
sekali menekankan tentang faktor-faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku .
Lelaki gay mempunyai strategi daya tindak yang negatif ketika menangani masalah
kesihatan mental . Kajian ini meneroka satu kes lelaki gay yang mengalami kemurungan dan
membawa kepada pemikiran bunuh diri .

PENDAHULUAN

Klien merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun. Klien dikenali sebagai Ahmad (bukan
nama sebenar). Bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia .
Tidak pernah berkahwin dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Rahim dan
Puan Zaleha (bukan nama sebenar) . Berasal dari salah sebuah negeri pantai timur dan
menetap di Selangor . Ahmad mempunyai sejarah kesihatan penyakit darah tinggi dan juga
HIV. Mula terjebak dengan seks songsang sejak berumur 15 tahun ketika di sekolah
menengah .
Ahmad mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah berasrama penuh di
selatan tanah air . Seterusnya dia melanjutkan pelajaran di Australia dalam bidang
perakaunan dan bekerja di salah sebuah bank di Amerika Syarikat selama 7 tahun .
Kemudian Ahmad mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi di London selama 4 tahun . Klien mempunyai personaliti yang sangat menarik.
Penampilan yang sentiasa kemas dan rapi serta mementingkan kebersihan . Sikap klien
yang sentiasa menepati masa temujanji dan sentiasa patuh dengan arahan perbincangan di
dalam sesi menunjukkan bahawa klien seorang yang komited dalam urusan kehidupannya .
Walau bagaimanapun , Ahmad mempunyai kelemahan dari segi mengurus emosinya ,
terutamanya apabila Ahmad berada di dalam keadaan stress yang melampau dan tidak
mampu menyelesaikan masalah dengan kadar segera .

PERMASALAHAN

Ahmad telah dirujuk ke Bahagian Psikologi Kaunseling disebabkan beliau mempunyai


kecenderungan untuk bunuh diri dan juga tahap kemurungan yang tinggi . Ahmad juga
pernah beberapa kali melakukan tingkah laku impulsif mencederakan diri seperti mengelar
tangan dalam keadaan tidak sedar , menelan 30 biji penadol dalam satu masa , menumbuk
cermin sehingga menyebabkan pendarahan tangan yang teruk dan juga menghentak kepala
ke dinding dengan kuat . Dari segi emosi pula , Ahmad sentiasa mempunyai mood yang
tidak stabil seperti sikap panas baran yang dialami oleh klien sangat mengganggu dirinya
dan kehidupan seharian klien . Kadang-kala Ahmad akan menangis tiba-tiba dan gembira
dalam masa yang sama tanpa sebab . Walau bagaimanapun , Ahmad mengakui bahawa
setelah mendapat konsultasi daripada psikiatri dan mengambil ubat penenang seperti yang
disarankan dengan teratur membuatkan hidup Ahmad lebih baik berbanding sebelum ini .
Tambahan lagi , Ahmad juga percaya bahawa dengan mengikuti terapi yang dijadualkan
oleh pihak psikologi kaunseling mampu membuatkan penjagaan kendiri Ahmad lebih
tersusun .
Aspek kognitif atau pemikiran Ahmad banyak dipengaruhi oleh emosinya. Berdasarkan
pemantauan dari psikiatri dan juga pegawai psikologi kaunseling , emosi Ahmad akan
sentiasa berubah apabila ada sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi seperti tahap
kesihatannya menurun . Situasi ini menyebabkan pemikiran Ahmad menjadi tidak rasional
dan memberi kesan kepada tingkah laku impulsif mencederakan dirinya . Ahmad juga
seringkali mempunyai masalah untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik sewaktu
menjalankan sesi perkongsian bersama pegawai psikologi kaunseling , Ahmad tidak dapat
mengingati sesuatu perkara walaupun perkara tersebut sangat penting .
Hal ini akan menyebabkan Ahmad marah pada dirinya sendiri dan merasa tidak
berguna seterusnya membentuk idea untuk bunuh diri . Ada ketikanya , Ahmad mengakui
bahawa dirinya merasa sepi dan kosong serta tidak perlu untuk meneruskan kehidupan
kerana penyakit yang dialaminya . Perkara-perkara inilah yang mendorong Ahmad untuk
menamatkan hidupnya kerana merasa terbeban dengan masalah yang dihadapi dan
membebankan orang lain ketika Ahmad tidak mampu untuk mengawal emosinya . Oleh itu ,
tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kecenderungan bunuh diri di dalam
pemikiran Ahmad .
Di samping itu , kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan Ahmad sentiasa mencederakan diri dan ingin bunuh diri serta ingin melihat
bagaimana faktor-faktor tersebut mempengaruhi emosi dan tingkah laku .

FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor persekitaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi golongan gay untuk
cubaan bunuh diri . Faktor persekitaran ini merangkumi keluarga dan rakan-rakan sebaya
yang mempunyai persepsi negatif serta meminggirkan individu gay ini . Persepsi negatif
yang dipamerkan orang sekeliling mendorong individu gay untuk melakukan cubaan bunuh
diri . Perkara ini menyebabkan individu gay menghadapi emosi yang tidak stabil dan berasa
tertekan dengan keadaan sekeliling yang tidak memahami diri mereka seterusnya
mengambil tindakan di luar kawalan dengan cubaan bunuh diri atau mencederakan diri
sendiri .

KEMURUNGAN

Golongan gay mempunyai keinginan untuk membuat cubaan bunuh diri disebabkan
tekanan dan kemurungan yang dihadapi oleh mereka . Kemurungan merupakan gangguan
perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan , keletihan
dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian . Tekanan
yang melampau menyebabkan individu gay merasa tidak dihargai dan disayangi oleh
sesiapa. Justeru , mereka berasa sendirian dan akhirnya, menyebabkan kemurungan .

Jadi secara kesimpulan , dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran dan
kemurungan menjadi faktor utama kepada kecenderungan bunuh diri dalam kalangan gay .
Golongan gay merupakan individu yang perlu diberi perhatian serius terutamanya dari sudut
isu kesihatan mental . Stigma yang ada di dalam masyarakat pada hari ini perlu dibendung
bagi membantu golongan ini membina kendiri yang baik .
ISU GLOBAL - On Chinese College Students’ Suicide: Characteristics,
Prevention and Crisis Intervention

( Mengenai Bunuh Diri Pelajar Kolej Cina )

PENDAHULUAN

Seiring dengan perkembangan masyarakat Cina , perubahan yang tidak pernah berlaku
sebelum ini telah berlaku dalam kalangan pelajar kolej disebabkan aspek emosi dan cara
berfikir serta dalam keseluruhan struktur sosial dan personaliti tradsional China . Akibatnya
adalah timbul kes bunuh diri dalam kalangan pelajar kolej . Intervensi bunuh diri adalah
bertujuan untuk melegakan niat klien untuk membunuh diri kerana mereka menganggap
bunuh diri adalah jalan penyelesaian yang tepat . Disebabkan bunuh diri yang semakin
berleluasa dalam kalangan pelajar kolej sejak beberapa tahun yang lalu , ini adalah penting
untuk meneroka ciri-cirinya dan mengambil langkah yang berkesan bagi permasalahan ini .

PENINGKATAN KADAR BUNUH DIRI

Kadar bunuh diri yang semakin meningkat telah menjadi trend global . China telah
menyaksikan situasi serius kes bunuh diri pelajar kolejnya . Seperti yang dikatakan dalam
akhbar terdahulu “ kadar bunuh diri di kalangan pelajar kolej adalah 2 hingga 4 kali ganda
daripada usia mereka dan semakin teruk pada masa kini . Jelas sekali , pelajar koleh telah
membentuk kumpulan bunuh diri yang berisiko tinggi “ ( ZHAI , 1997 ) . Pada tahun 2003,
Zhixia Chen dan rakan-rakannya , dari Jabatan Sosiologi UNiversiti Sains dan Teknologi
Huazhong , mennjalankan tinjauan soal selidik mengenai sikap pelajar kolej terhadap bunuh
diri dalam kalangan 1010pelajar kolej dengan cara persampelan berstrata yang
menunjukkan bahawa kesemua 10.7% daripada pelajar yang dikaji mempunyai niat untuk
membunuh diri ( Chen , 2004 ) .
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini , terdapat peningkatan kes bunuh diri di
kalangan pelajar kolej . Seperti yang dilaporkan oleh media , terdapat 27 kes pelajar kolej
membunuh diri pada tahun 2002 dan kemudian meningkat kepada 68,116 malah 130 pada
tahun 2004 2005 dan 2006 masing-masing . Ia lebih teruk dalam tempoh dua tahun yang
lalu ( Wang , 2009 ) . Mengenai sebab-sebabnya , pertama adalah terdapat peningkatan
bilangan pelajar kolej dengan perluasan skala kolej dan generalisasi pengajian tinggi ,
seiring dengan peningkatan tersebut . Bilangan pelajar koleh yang membunuh diri telah
meningkat juga . Kedua , perubahan dramatik dalam persekitaran sosial dan peringkat
pembaharuan semasa telah membawa kepada konflik sosial yang lebih teruk . Ketiga ,
persaingan yang sengit pada masa kini juga telah menguatkan tekanan pelajar kolej
daripada pekerjaan dan kerja sekolah , justeru menjadikan sebahagian daripada mereka
terbeban secara psikologi .
Mengikut purata, majoriti pelajar kolej yang membunuh diri adalah pelajar baru dan
senior . Pelajar baru yang membunuh diri kebanyakannya mengalami beberapa masalah
yang berkaitan dengan penyesuaian kehidupan kolej mereka , seperti perubahan
persekitaran yang terlalu mengejut , pemindahan peranan , masalah pembelajaran dan
hubungan interpersonal . Secara perbandingan , terdapat perbezaan yang lebih besar
ditunjukkan dalam jantina yang berbeza . Perempuan mempunyai kadar bunuh diri yang
lebih tinggi berbanding lelaki . Statistik menunjukkan bahawa bilangan pelajar perempuan
yang membunuh diri adalah tiga kali ganda daripada pelajar lelaki . Pelajar perempuan
menyumbang 65% daripada jumlah keseluruhan , terutamanya mereka yang kecewa kerana
cinta .
Di samping itu , lelaki mempunyai kadar bunuh diri lengkap yang lebih tinggi daripada
wanita ( Wang , 2007 ) . Kebanyakan sarjana mengaitkan perbezaan jantina ini dengan
perasaan sensitive pelajar perempuan , pergantungan yang kuat , kurang rasa perlindungan
diri , dan perasaan kecewa yang kerap . Walaupun bilangan yang agak kecil , lelaki bunuh
diri apabila mempunyai niat untuk membunuh diri , cenderung untuk menggunakan kaedah
intensif sepenuhnya , justeru mempunyai kadar bunuh diri lengkap yang jelas lebih tinggi .
Pelajar kolej cenderung untuk mengambil kaedah membunuh diri seperti menggantung
diri , jatuh dari bangunan , lemas dan mengambil racun / bahan terlarang . Mengikut tinjauan
, terdapat peningkatan kadar jatuh bangunan di kalangan pelajar kolej mungkin kerana ia
mempunyai kadar kematian yang tinggi dan mudah untuk dijalankan . Seperti contoh , di
universiti Cina , pelajar dalam 3 kes bunuh diri menggunakan cara ini dalam semua lima kes
, di mana dua berlaku di bangunan yang sama . Pelajar kolej cenderung untuk membunuh
diri pada musim bunga dan musim luruh . Menurut tinjauan yang berkaitan , kes sebegini
dikumpulkan dari April hingga Jun dan dari September hingga Oktober , di mana 31.3%
daripada jumlah itu benar benar berlaku ( Guo , 2004 ) . Ia disebabkan oleh ciri bermusim
yang membawa kepada kemurungan dan perasaan kosong .
Disebabkan oleh keturunan , persekitaran sosial dan keluarga yang berbeza , pelajar
kolej telah membentuk keadaan fizikal dan psikologi yang berbeza dan ciri-ciri personaliti ,
memberikan pengaruh yang pelbagai terhadap niat dan tindakan bunuh diri pelajar kolej .
Antara faktor yang mempengaruhi bunuh diri adalah personaliti atau penyakit mental pelajar
disebabkan oleh persekitaran hidup mereka sebelum ini , itu adalah antara faktor yang boleh
mereka bertindak untuk membunuh diri .
Dalam kes mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri , nyawa mereka harus
dilindungi . Rakan sekelas atau rakan rapat perlu saling bertanggungjawab seperti bertanya
khabar rakan lain bagi mengelak berlakunya perkara yang diluar jangkaan . Selain itu ,
komunikasi yang betul berfungsi sebagai sokongan psikologi untuk membantu mereka
mengembangkan cinta untuk hidup ( Cui , 2006 ) . Sudah pasti bunuh diri adalah satu pilihan
yang salah serta tingkah laku yang tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat dan
keluarga .
Melalui penyelidikan kami , ciri-ciri kepelbagaian pelajar kolej kontemporari Cina dan
tindakan balas berikut dibangkitkan . Pendidikan kesihatan psikologi yang sistematik harus
dijalankan di kalangan semua pelajar kolej , terutamanya di kalangan mereka yang
mempunyai ciri-ciri personaliti bunuh diri . Rawatan perubatan dan psikologi perlu
disediakan bagi mereka yang mempunyai penyakit mental atau kemurungan . Oleh kerana
kehidupan adalah anugerah unik yang dikurniakan kepada kita , tiada siapa yang berhak
untuk tidak menghormatinya .
3.0 INTERVENSI

Antara cara mengatasi masalah cubaan bunuh diri dari aspek pendekatan Kaunseling Islam
adalah seperti AL ROH yang merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam .
Apabila roh itu sudah mula mengenali Allah , mencintai Allah , mula rasa takut pada Allah ,
yakin pada Allah serta akur dengan segala suruhan serta larangan daripada Allah , maka
manusia mula mengetahui apa tujuan sebenar hidupnya di muka bumi ini . Jadi , usaha
individu untuk pulih daripada cubaan bunuh diri ia perlu selari dengan pendekatan agama
supaya usaha yang dilakukan itu berkesan dengan melibatkan proses pemulihan kerohanian
dan kejiwaan .

Seterusnya , dari sudut AL AQL ( akal ) pula adalah membangunkan akala tau dalam
erti kata lain celik akal yang dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian
darjat sebagai hamba disisi Allah SWT . Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab
daripada Allah yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi . Akal fikiran dapat
membezakan kebenaran dan kebatilan yang mana ia juga antara petunjuk ( hidayah ) dan
kesesatan . Oleh itu , individu yang mengalami masalah cubaan bunuh diri ini perlulah diberi
perhatian lebih terhadap masalah mental mereka .

Dari sudut AL QALB ( hati ) pula bukan sekadar menumpukan zikir sebagai
pembaikan hati dan sebagainya tetapi yang utamanya ialah membuang segala kekotoran
yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan . Hati manusia ibarat bebola kaca yang
jernih dan bersinar . andai kata dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang , maka
pancarannya akan menjadi semakin menyerah berkilau dan menarik perhatian orang untuk
melihatnya . Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat
dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah SWT . Mungkin dengan alternatif seperti ini akan
membuat individu yang ingin cuba bunuh diri tidak melakukan percubaan tersebut kerana
dia mula mendidik hatinya untuk mendekatkan diri dengan Allah .

Akhir sekali AL NAFS yang diimbangi dengan hati yang jernih , roh yang dibangunkan
dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan zahir dan
batin . Seperti contoh , makana dalah satu aktiviti dalam satu kehidupan . Andai kata nafsu
jahat yang menguasai nafsu makan , maka kita akan makan secara berlebihan sehinggalah
menjadi malas untuk melakukan kerja harian , dan impak yang lebih buruk akan menimpa
batin sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa seseorang itu .
Justeru itu , keempat-empat perkara di atas merupakan tumpuan utama dalam
kaunseling pendekatan islam , dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia
mengenal diri dan Penciptanya . Oleh itu , Kaunseling Islam adalah untuk mencapai makruf
dan menghalang kemungkaran . Penelitian yang bermakna bagi seseorang adalah
mebimbing manusia lain dengan wadah yang tinggi , melihat keberkesanan proses yang
dilakukan akan menjurus kepada konsep tersebut .
4.0 RUMUSAN

Sepanjang melakukan tugasan ini dapat saya simpulkan bahawa usaha untuk menghentikan
kes cubaan bunuh diri sama ada di Malaysia ataupun di luar negara sangat memerlukan
sokongan dari pelbagai pihak bagi menguatkan semangat individu yang berfikiran untuk
membunuh diri . Hal ini kerana , setiap pihak perlu memainkan peranan yang berbeza
supaya dapat membantu antara satu sama lain menjalankan tanggungjawab dengan baik .
Pemahaman yang kritikal mengenai tingkah laku , ciri-ciri , punca serta keadaan emosi
dan psikologi seharusnya ditekankan pada golongan yang mengalami cubaan untuk bunuh
diri dan menyelesaikan kemelut yang melanda diri mereka . Selain itu , kerjasama ini juga
amat diharapkan kerana untuk mengelakkan bagi berlakunya masalah yang tidak diingini
berlaku seperti kes-kes yang kita ketahui .
Maka jelaslah , bahawa sokongan dan kerjasama pelbagai pihak amatlah penting bagi
mencapai keinginan negara bebas dari isu cubaan bunuh diri yang menjadi matlamat dan
harapan setiap negara . Sebagai pelajar Kaunseling Islami saya berharap pelajar yang
mengambil bidang ini dapat memberi kerjasana untuk membanteras masalah cubaan bunuh
diri dengan memberikan perkhidmatan kaunseling bagi memberi kesedaran dan bantu klien
untuk celik akal dalam membuat keputusan selepas berjaya keluar dari masalah yang
dialami.
Seorang kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan masalah identiti klien , tetapi
juga berhadapan dengan masalah kecelaruan mental yang dihadapi oleh klien sehingga
cenderung untuk cubaan bunuh diri . Oleh itu , kaunselor perlu peka terhadap isu berkaitan
masalah kesihatan mental dan perlu membuat persediaan kognitif dan emosi . Perkara ini
penting untuk menyelesaikan isu yang dibawa oleh klien .
5.0 RUJUKAN DAN LAMPIRAN

RUJUKAN :

JURNAL

arep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/15625/1/PEMIKIRAN%20BUNUH%20DIRI
%20DALAM%20KALANGAN%20LELAKI%20GAY%20YANG%20MENGALAMI
%20KEMURUNGAN.pdf
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1057224.pd

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai