Anda di halaman 1dari 3

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes yang melibatkan pasangan suami dan

isteri yang mana suami mencederakan isteri dalam keadaan sarat mengandung iaitu 37 minggu.
Mangsa merupakan seorang Guru, mengalami pendarahan akibat luka dikelar pada jari kiri,
lengan kanan, dua kesan kelar di perut serta luka di belakang badan selepas ditikam suaminya
yang kemurungan dipercayai akibat tekanan di tempat kerja. Mangsa menyatakan suspek
bekerja sebagai jurutera sebenarnya mengalami masalah kemurungan akibat daripada tekanan
kerja di samping perlu menguruskan anak-anak mereka. Tambahan pula suspek memang
mengambil ubat kemurungan dan mangsa tidak menyangka suspek akan bertindak sedemikian.

Kes yang berlaku ini bukanlah yang pertama kali menggemparkan masyarakat. Murid
menikam Guru Kaunseling sekitar bulan Jun yang mana suspek terlalu tertekan memikirkan
hukuman yang bakal dikenakan oleh mangsa mengikut peraturan dan undang-undang sekolah
dan asrama. Suspek dijangka akan menerima hukuman kesan dari masalah disiplin yang beliau
lakukan. Guru tersebut ditikam di bahagian bahu dan dapat diselamatkan.

Kes yang lain pula, murid meninggal dunia akibat membunuh diri kesan dari lambakan
kerja rumah yang tidak disiapkan. Sebelum beliau membunuh diri, ibunya mengingatkan arwah
untuk menyiapkan kerja selepas dihubungi guru pada hari kejadian. Murid tersebut mengambil
langkah singkat dengan menggantungkan diri beliau di dalam bilik air. Setelah bapa mangsa
menyedari anaknya tidak keluar dari bilik air lebih setengah jam maka pintu dibuka dan
bantuan pernafasan segera diberi namun begitu meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tahukah anda, kejadian-kejadian yang berlaku di era kini amat membimbangkan di


peringkat global. Umum mengetahui bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam kes
penyakit mental dan bunuh diri kebelakangan ini. Ia sering dikaitkan dengan masalah kesihatan
mental yang semakin terjejas akibat gaya hidup serta kemajuan dunia masa kini yang banyak
menimbulkan tekanan pada seseorang individu. Hasil kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan 2015 mendapati 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah
kesihatan mental. Ini bermaksud, tiga daripada 10 individu berusia 16 tahun ke atas mempunyai
masalah kesihatan mental di mana wanita menunjukkan kadar yang sedikit tinggi berbanding
lelaki. Jika dilihat mengikut negeri, Sabah mencatatkan kadar tertinggi dengan 42.9 peratus
penduduknya didapati mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental berbanding 39.8
peratus di Kuala Lumpur dan 39.1 peratus di Kelantan. Dalam kalangan kanak-kanak juga
menunjukkan kadar yang membimbangkan iaitu sebanyak 12.1 peratus. Ia menunjukkan
peningkatan yang ketara berbanding tinjaun sebelumnya.
World Health Organization (WHO) menyatakan, kesihatan yang baik turut
merangkumi kesihatan mental dan bukan hanya fizikal semata-mata. Ini jelas
menunjukkan kepentingan komponen kesihatan mental dalam kehidupan sesorang
individu. Malahan, jika kesihatan mental terjejas, ia juga boleh menyebabkan gejala
fizikal kerana ia saling berhubung kait. Kesan dari jangka masa yang panjang
mampu mendorong pesakit mengalami Depresi. Pernahkah anda mendengar
Depresi?

Depresi mempunyai beberapa ciri yang mana dengan kehadiran ciri-ciri ini,
pesakit akan didiagnos sebagai Gangguan Depresi Major ( MDD ). Antara ciri-ciri
tersebut adalah pesakit berasa tertekan atau murung hampir setiap hari dan setiap
masa dalam tempoh dua minggu atau lebih, hilang minat pada aktiviti rutin beliau,
dan secara signifikan menganggu kefungsian individu sebagai manusia. Selain itu,
mereka juga mempunyai bias pemikiran yang dimaksudkan adalah mempunyai
pemikiran yang mampu menjurus kepada pemikiran ekstrim. Individu ini membuat
kesimpulan yang cepat pada sesuatu kejadian tanpa melihat kepada kronologi dan
generalisasikan semua keadaan contohnya mereka anggap semua lelaki adalah
sampah. Individu ini juga mampu membaca pemikiran individu yang lain.

Gejala-gejala di atas jika tidak dirawat akan menjadi gangguan depresi yang
kekal. Melihat kepada kejadian-kejadian di atas, seharusnya langkah proaktif perlu
diambil dan dipandang enteng oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana kadar
kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia adalah pada kadar
membimbangkan. Tiga elemen yang perlu diterapkan dalam nilai manusia adalah
kecerdasan minda, regulasi emosi yang baik dan kepercayaan pada tuhan dalam
setiap agama. Tiga elemen ini tidak terbina dengan sendirinya akan tetapi bantuan
dari ibu bapa khususnya dan orang sekeliling secara am nya.

Bagaimana anda melihat mereka yang mengalami depresi? Pernahkah anda


terfikir bahawa depresi boleh diwarisi dari keturunan? Jawapannya adalah ya.
Jangan melihat dan menganggap depresi tidak akan mendatangi anda kerana mereka
yang mengalami depresi tidak sedar bahawa tekanan yang mereka pendam hingga
menjadi najis dalam hati mereka mendorong mereka mendapat Depresi. Bagaimana
anda yang sihat akal dan pemikiran boleh membantu? Pernahkah anda mendengar
talian BeFriender? Tahukah anda talian ini beroperasi 24 jam hanya untuk
mendengar luahan hati anda yang sedang mengalami emosi tidak stabil dan mereka
akan menjadi pendengar yang baik yang mana identity anda hanya mereka sahaja
yang tahu dan setiap luahan anda tidak dicanangkan kepada pihak yang lain. Ini
adalah privasi dan kehendak mereka yang sedang mengalami emosi yang tidak stabil
kerana individu yang memilih untuk memendam emosi adalah kerana mereka
khuatir jika luahan hati mereka mengundang marah dan cacian dari individu yang
lain.

Individu yang mengalami depresi ini juga boleh jadi berpunca dari rasa
terlalu rendah diri dan juga trauma dari masa silam mereka yang tidak seindah anda.
Adakah anda tahu jika mereka putus cinta? Hilang atau mati insan-insan yang
mereka kasihi atau cintai? Kesan dari kemalangan juga mendorong individu
mendapat depresi sekiranya paras serotonin dalam otak mereka berkurangan atau
tiada.

Saya memohon masyarakat yang anda yakin akan kesihatan mental anda
adalah pada tahap optimum, marilah kita bersama-sama membuang jauh-jauh stigma
yang mana individu yang bertemu kaunselor atau pakar psiaktri adalah mereka yang
mengalami kesihatan mental yang kurang dari anda dan juga mereka tidak gila
sehingga didiagnos oleh pegawai perubatan. Ketahuilah bahawa stigma anda yang
sebenarnya membunuh jiwa mereka secara tidak langsung anda menutup harapan
mereka untuk berfungsi sebagai individu yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai