Anda di halaman 1dari 8

KESIHATAN MENTAL

Kesihatan Mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan
mental dengan penyakit mental tetapi ini adalah kurang tepat.

Kesihatan mental adalah keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan menggunakan emosi,
fikiran dan tingkahlaku secara positif, boleh berfungsi dalam masyarakat dan mengendalikan
tuntutan dan keperluan dari kehidupan sehariannya.

Cara untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik
1.Diri sendiri
-Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
-Berupaya mengawal perasaan.
-Sanggup menerima kegagalan.
-Mampu menghidari kegiatan yang tidak sihat.
-Menghargai diri sendiri.

2.Orang lain
-Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
-Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
-Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
-Dapat menerima pendapat orang lain.

3.Cabaran-Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
-Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
-Mampu membuat keputusan.
-Bersedia mendapatkan bantuan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 langkah kea rah kesihatan mental yang positif.

a.Merasa selesa dengan diri sendiri dan boleh menerima kemampuan diri secara realistik.
b.Bersedia berkongsi emosi dan kebimbingan bersama keluarga dan teman rapat bagi
mendapatkan sokongan mereka.
c.Berfikiran positif dan boleh mengendalikan perasaan negatif secara konstruktif.
d.Rancang masa dengan bijak untuk aktiviti yang berfaedah dan yang dikehendaki.
e.Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain bagi
mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti.
f.Bertolak-ansur dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dan bersedia merubah
perkara kebiasaan lama yang tidak bersesuaian dengan yang baru.
g.Mengaktifkan minda dengan kegemaran yang menyenangkan dan yang boleh menurunkan
tahap stress seperti memasak, melukis, menari dan sebagainya.
h.Menjaga kesihatan fizikal dengan selalu melakukan senaman.
i.Berjumpa doktor secara tetap bagi mendapatkan pemeriksaan sebagai langkah pencegahan dan /
atau mendapatkan rawatan awal jika diperlukan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.


http://artikelakrab.blogspot.com/2010/08/kesihatan-mental.html







Ramai tidak ambil serius masalah kesihatan mental, stres
2011/03/02 - 04:12:35 AM Cetak

Emel Kawan
BEBERAPA kejadian bunuh diri yang berlaku baru-baru ini sekali lagi membuktikan bahawa
terdapat keperluan yang mendesak bagi kerajaan dan pihak yang berkaitan untuk meningkatkan
usaha dalam mempromosi kesihatan mental yang baik dalam negara.

Seperti dinyatakan Pakar Psikiatri di Universiti Malaya, Prof Dr Mohamad Hussan Habil, akan
ada lebih banyak kes bunuh diri pada masa akan datang sekiranya isu penyakit mental ini tidak
dibendung segera.
Apa yang menyedihkan ialah ramai rakyat Malaysia tidak mengambil isu kesihatan mental
sebagai suatu yang serius atau kurang prihatin mengenai bagaimana untuk bertindak apabila
berhadapan dengan mereka yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri atau pun
yang mengalami kemurungan serta memerlukan sokongan.

Di Malaysia, kadar bunuh diri meningkat dari setahun ke setahun di antara sembilan ke 12 orang
dalam populasi seramai 100,000 orang berbanding lapan pada 1980-an.

Penyakit mental boleh menjurus kepada peningkatan kadar bunuh diri di seluruh dunia dengan
satu kematian dalam setiap 40 saat.

Lebihan stres boleh memberi kesan yang serius terhadap kesihatan mental dan dalam hidup kita
seharian.

Stres seperti yang demikian boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi yang
seterusnya boleh memberi kesan terhadap orang lain di rumah. Kesan lanjutan daripada keadaan
ini juga adalah tinggi.
Gangguan mental dan bentuk penyakit mental lain adalah peringatan yang tragis mengenai
kehidupan yang tidak sepatutnya diabaikan di dalam usaha negara untuk membangun sebagai
sebuah negara berindustri penuh.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Ahli Majlis Penasihat
Kesihatan Mental.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramaitidakambilseriusmasalahkesihatanmental_stre
s/Article
















Remaja dan kesihatan mental

Oleh NURUL IZZAH SIDEK
(fikrahremaja@yahoo.com)

KESIHATAN mental adalah keadaan sejahtera, sempurna pemikiran, emosi dan tingkah laku di
mana individu itu dapat berfungsi melakukan kerja sehingga mencapai matlamat. Kesihatan
mental dan spiritual amat penting dalam memperkasakan remaja ke arah pengamalan tingkah laku
yang sihat.

Dalam memperkatakan golongan remaja, mereka merupakan penerus kepimpinan masa hadapan
negara. Hakikat inilah menjadikan golongan remaja sebagai aset yang amat bernilai bagi
sesebuah negara itu. Justeru, golongan remaja mestilah bersiap sedia menangani cabaran yang
akan dihadapi.

Zaman remaja yang penuh dengan pancaroba perlu diharungi dengan lebih bermakna, lebih-lebih
lagi dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menjanjikan
persaingan dari semua aspek kehidupan. Golongan remaja perlu berusaha menjadikan diri sebagai
warga yang bertanggungjawab dengan sihat mental dan fizikal supaya berupaya membangun
potensi diri serta membantu negara meningkatkan daya saing dan produktiviti di masa hadapan.

Beban tidak tertanggung?
Alam remaja adalah alam yang begitu indah serta mempunyai pelbagai ruang untuk membangun
potensi diri. Namun, apabila tidak memanfaatkan alam remaja dengan sebaik-baiknya, kita akan
menanggung akibatnya apabila sudah beransur tua kelak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan bahawa 70 peratus kematian yang tidak
dijangka di kalangan orang dewasa disebabkan tingkah laku berisiko yang bermula semasa
remaja. Gejala yang mungkin bermula semasa zaman remaja ialah penyalahgunaan dadah,
alkohol dan juga penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Menurut WHO di seluruh dunia, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak mengalami masalah
kesihatan mental yang kebanyakannya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan. Jika 20 peratus
golongan kanak-kanak ini jika tidak dirawat, mereka akan membesar menjadi golongan remaja
dan dewasa yang bermasalah dan tidak seimbang.

Pada tahun 2004, kajian beban terhadap pelbagai penyakit yang dilakukan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia mendapati secara amnya penyakit mental merupakan penyakit kedua
tertinggi selepas penyakit jantung. Menurut keputusan The 2nd National Health and Morbidity
Survey yang dijalankan di seluruh Malaysia tujuh tahun yang lalu pula, 13 peratus di kalangan
kanak-kanak dan remaja di Malaysia menghadapi masalah psikiatri.

Lebih merisaukan lagi kajian yang sama mendedahkan bahawa kadar merokok dan
penyalahgunaan dadah begitu tinggi di seluruh negara, terutamanya kemunculan pil-pil yang
memabuk dan mengkhayalkan penggunanya.

Apatah lagi, negara pada tahun lepas dikejutkan dengan kejadian pelajar tahun enam membunuh
diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendahnya. Dalam
kes lain, pelajar tahun satu telah trauma dan enggan ke sekolah kerana dibelasah oleh sekumpulan
pelajar tahun lima dan enam. Bagaimana pula dengan kes pelajar cuba membunuh diri dengan
terjun daripada bangunan setelah kecewa dengan keputusan SPMnya beberapa tahun lalu?

Kes-kes sebegini mengundang persoalan kepada kita betapa hebatnya tekanan yang terpaksa
diterima oleh mereka. Bayangkan dalam usia muda begini, tekanan yang dihadapi telah
mempengaruhi mereka untuk mengambil tindakan yang tidak wajar itu.

Golongan remaja akan menghadapi masalah kesihatan mental jika tidak berupaya mengatasi
tekanan yang mereka hadapi. Remaja yang mengalami tekanan mental seringkali menunjukkan
tanda-tanda seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering merasa diri
disalahfahamkan dan dipersalahkan, merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar
memahami emosi, serta susah membuat keputusan.

Kesihatan mental individu dipengaruhi tiga faktor utama iaitu ciri-ciri khusus individu, faktor
persekitaran dan peristiwa dalam hidup.

Ciri-ciri khusus individu termasuklah harga diri, tabiat serta kemampuan daya tindak dan
adaptasi. Tekanan mungkin boleh berlaku akibat masalah pertelingkahan dengan rakan sebaya,
ibu bapa dan keluarga dan juga masalah pelajaran dan pelbagai aktiviti sosial.

Remaja kini menghadapi cabaran baru sealiran dengan era siber dan ICT. Masalah apa yang
disebut sebagai cybersex dan ketagihan Internet telah menular di kalangan remaja seluruh dunia.

Selain itu, bebanan hidup yang mendesak, cara dan gaya hidup yang makin mencabar, keperluan
materialistik diutamakan menyebabkan remaja terpaksa membesar lebih cepat daripada
masanya. Banyak faktor lain mempengaruhi kesihatan mental seseorang. Antaranya kurang
perhatian keluarga, cara dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian negatif dalam keluarga
seperti ibu bapa kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan kekerasan.

Justeru, kesihatan sejak bayi hinggalah remaja menjadi asas bermulanya penjagaan kesihatan
seseorang itu sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Kesihatan fizikal dan mental yang baik
boleh diperoleh dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam,
mengawal tekanan atau stres dan yang paling penting dapat menghindar diri daripada aktiviti-
aktiviti yang negatif dan berisiko.

Nikmati hidup dengan sebaik-baiknya
Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Betapa
pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis,
Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan
kesihatan yang sempurna.

Menurut pandangan Islam kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia
mengamalkan tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. Kesihatan akan terpelihara jika manusia
menjaga makan minum mereka serta tingkah laku yang baik.

Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus
dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa
kosong dan akhirnya akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi kekosongan di
dalamnya.

Tekanan dan masalah yang dihadapi remaja perlu dianggap sebagai cabaran dan persediaan
menghadapi alam dewasa yang lebih mencabar. Perbanyakkan membaca al-Quran, solat sunat
serta selalu berdoa kepada Allah. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan
datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Selain itu, apabila ditimpa masalah, selalulah bersangka baik dengan Allah kerana ujian yang
menimpa bertujuan untuk menguji keimanan dan pergantungan kita kepada Allah serta percaya
bahawa tentu ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Remaja juga seharusnya belajar untuk
menghargai kebolehan diri sendiri dan tidak memandang rendah kepada bakat dan potensi diri,
sebaliknya berusaha meningkatkan keupayaan diri.

Nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah perlu dinikmati sebaik-baiknya dan segala
permasalahan perlu dikongsi bersama-sama ibu bapa atau pihak-pihak yang boleh dipercayai. Ini
supaya masalah tersebut tidak menjadi tekanan kepada remaja itu sendiri yang seterusnya boleh
mendorong kepada kejadian yang tidak diingini.

Dalam pada itu, pemimpin dan ibu bapa harus memandang serius perkara ini serta perlu berusaha
menangani dan membendungnya daripada terus membinasakan kehidupan dan masa hadapan
golongan remaja.

Program-program pembangunan belia dan pendekatan realistik serta holistik perlu diperkenalkan
supaya golongan remaja mendapat faedah yang sebaik-baiknya. Sistem pendidikan juga harus
dimantapkan supaya dapat membangun jiwa remaja yang yakin, ceria dan bersemangat waja.

Kesimpulan
Masalah kesihatan mental bukanlah bermakna gila atau kurang siuman. Kesihatan mental adalah
cara manusia berfikir, merasa, berkelakuan dan berinteraksi dengan orang lain. Ia juga boleh
mempengaruhi persepsi seseorang pada diri sendiri dan bagaimana seseorang melihat masalah
serta bertindak menyelesaikannya.

Hasil beberapa kajian tertentu menunjukkan individu yang mempunyai harga diri yang tinggi,
mampu berkomunikasi dengan bijak dan efektif, mempunyai sokongan sosial yang kuat pada
keseluruhannya mempunyai kemampuan mempromosikan kesihatan mentalnya dengan baik.

Impak kesihatan mental yang kurang memuaskan pada seseorang individu boleh mengakibatkan
masalah-masalah kepada individu itu sendiri, keluarganya dan masyarakat amnya. Justeru, remaja
perlu menyedari bahawa kesihatan mental juga adalah aset yang sangat berharga untuk mereka
dan berusaha untuk menjaganya sebaik-baik mungkin.

http://bernama548.blogspot.com/2012/05/remaja-dan-kesihatan-mental-oleh-nurul.html



















Karangan SPM 2011..Amalan-amalan Remaja yang Sihat?

Kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi amat penting dalam kehidupan remaja.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat.

Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran
yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting buat remaja
kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada
masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang
baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.

Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri yang baik.
Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua,
guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin
sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan
mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik
menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik.

Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang
sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan. Sudah
banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri
seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi.
Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di
negara ini.

Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang
turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek
keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia
dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang
mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi
ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga
meningkatkan tahap kesihatan.

Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam
kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam
minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada
sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada
remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolah-olah sedar keperluan atau
kepentingan hidup mereka di dunia ini.

Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal
emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan
remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut
dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan
satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh
itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu
lebih baik.

Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja
yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi
emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja yang sihat sebeginilah
yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini.
http://noorazmanmahat.blogspot.com/2011/06/karangan-spm-2011amalan-amalan-remaja.html
Fahaman teks/karangan: Kesihatan mental
Posted on January 30, 2012 | Leave a comment

Masalah keresahan melampau atau Obsessive Compulsive Disorder (OCD) boleh memberi
impak negatif yang besar terhadap mereka yang mengalaminya.
disesuaikan daripada Bernama Jan 2012

SIMPTOM, PERASAAN, GELAGAT pesakit yang menghidapi masalah obsesif kompulsif
(OCD) atau perasaan was-was ekstrem.

Simptom penyakit ini ialah melakukan gerakan berulang kali ketika membersih dan memeriksa,
selain daripada keterlaluan atau ekstrem dalam memikirkan aspek seksual, keganasan atau aspek
keagamaan.

Pesakit kerap merasakan dirinya tidak bersih sehinggakan mengambil masa berjam-jam lamanya
bila berada di bilik mandi. Pesakit akan membasuh kedua-dua tangannya dan mandi berulang kali.
Bukan itu sahaja, pesakit akan jalan mengundur bila mahu keluar dari bilik mandi. Lebih teruk
lagi apabila keluar dari biliknya, pesakit akan memeriksa pintu biliknya sama ada telah berkunci
dengan membuka serta menutup pintu dan memusingkan tombol pintu berulang kali. Banyak kali
juga dia akan berpatah balik setelah melangkah hanya beberapa meter untuk memastikan pintu itu
betul-betul dikunci. Tegasnya pesakit mempunyai perasaan serta kelakuan dan gelagat yang
ekstrem.
Kelakuan yang berulang kali seperti membuka dan menutup pintu sebanyak 20 kali sebelum
meninggalkan bilik adalah untuk melegakan keresahan serta pemikiran yang mengatakan pintu
bilik itu mungkin belum dikunci. Tetapi ini membuang masa dan mendatangkan stres yang hebat.
Kesan paranoid sebegini boleh membuat individu itu psikotik. Masalah ini memberi kesan
terhadap rutin hidup seharian. OCD merupakan masalah berpunca dari otak, seperti keresahan
serta ketakutan melampau atau juga kombinasi kedua-duanya sekali.

PERLU BANTUAN, PEMAHAMAN

Mula-mula pesakit OCD perlu memahami isu itu. Mereka perlu tahu masalah itu merupakan
perasaan yang tidak boleh dikawal seolah-olah terpaksa mereka lakukan dan tidak dapat
melepaskan diri dari perasaan ini dan melakukannya. Ini semua tanpa kawalan, seperti imej dan
impuls otak yang berlaku tanpa henti berulang kali.

JENIS WAS-WAS

Terdapat beberapa kategori bagi mereka yang mempunyai masalah ini. Kategori pertama ialah
mereka yang takut kotor dan akan membersih tangan dan badan berulang-kali.

Kumpulan kedua rasa terpaksa memeriksa pintu, dapur gas berulang kali bagi memastikan
keselamatan dan menjauhi bahaya. Ada yang rasa bersalah atau berdosa dan merasakan mereka
perlu lakukan sesuatu untuk mengelak daripada didenda atau dihukum. Ada juga yang rasa obsesi
dengan cara mengatur barang atas meja dan rak atau mengatur perabot dan dekorasi di dalam
rumah. Ada juga yang punya kepercayaan karut tentang sesuatu nombor, warna atau corak dan
aturan.

Langkah:
Terapi terbaik bagi mereka yang mengalami OCD ialah terapi kognitif-tingkahlaku.
Terdapat juga ubat bagi menghilangkan kemurungan tetapi ubat sahaja jarang sekali berkesan
mengurangkan simptom masalah ini.

PENDEDAHAN, RESPONS

Pendedahan serta menghalang respons berkisar kepada sumber yang menyebabkan obsesi itu.
Individu itu akan dihalang daripada melakukan aktiviti kompulsif bagi meredakan keresahannya.
Contohnya, bagi seseorang yang kompulsif dalam membasuh tangan. Beliau akan disuruh
menyentuh tombol atau pemegang pintu tandas awam dan kemudian dihalang daripada
membasuh tangannya. Semasa orang itu dalam keresahan, desakan untuk membasuh tangan
secara ritual (berulang kali) akan beransur hilang. Melalui cara ini, individu itu akan belajar
bahawa beliau tidak perlu melakukan ritual itu dan belajar mengawal perasaan obsesif dan
tingkahlaku kompulsif.

Terapi kognitif pula memberi fokus terhadap pemikiran yang bahaya dan rasa tanggungjawab
besar individu berkenaan. Ia mengajar cara memberi respons yang sihat dan efektif terhadap
pemikiran obsesif tanpa perlu melakukan tingkah laku kompulsif.

LANGKAH MENGATASI SIMPTOM

Pesakit disedarkan bahawa pemikiran sebegitu adalah disebabkan OCD dan katakan pada dirinya
bahawa ia bukan sebenarnya saya, tetapi hanya OCD bagi mengingatkan tingkah laku itu adalah
mesej-mesej palsu dan tidak bermakna yang dihantar otak. Pesakit harus memberi fokus
terhadap perkara lain walaupun hanya beberapa minit. Pesakit perlu berkata saya mengalami
gejala OCD dan perlu melakukan sesuatu yang lain.

BANTUAN KELUARGA

OCD boleh mengganggu hidup sosial dan keluarga mereka yang mengalaminya.
Keluarga boleh membantu dalam memahaminya serta mengelakkan konflik daripada berlaku.
Ahli keluarga boleh memberi motivasi serta sokongan terhadap individu yang menghidapi OCD.

Aktiviti riadah seperti melakukan joging, jalan kaki, mendengar muzik dan melayari Internet
semata-mata untuk mengelakkan diri daripada tingkah laku kompulsif dan pemikiran obsesif.

Pesakit perlu melengah-lengahkan respons, lagi lama dilengahkan, semakin hilang desakan
melakukan gerak kompulsif itu.

ELAK STRES
Sesuatu yang mendatangkan stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi episod OCD.
Pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup tanpa stres serta aktiviti yang mendatangkan
relaks selain daripada mengamalkan senaman serta pemakanan yang secukupnya. Masa tidur dan
rehat harus secukupnya, di samping menjauhi rokok, nikotin dan alkohol.

ELAK DARIPADA BERSENDIRIAN
Pesakit jangan bersendirian dalam mengalami masalah itu. Mereka perlu meminta bantuan,
bercerita masalah kepada orang lain. Ada baiknya jika melibatkan diri dengan kumpulan
sokongan dan berkongsi pengalaman. Elakkan daripada memberi komen-komen yang negatif.
Mereka harus berinteraksi secara positif dalam lingkungan sosial dan anggap semuanya itu adalah
satu perkara yang lucu, selanjutnya menceriakan diri sendiri.

http://goaypastpm.wordpress.com/2012/01/30/fahaman-tekskarangan-kesihatan-mental/

Anda mungkin juga menyukai