Anda di halaman 1dari 12

OUMM3203

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)


SEPTEMBER 2015

OUMM3203
ETIKA DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
E-MEL

:
:
:
:

PUSAT PEMBELAJARAN:

OUM Shah ALam

880914035583001
880914-03-5583
013-4421843
wizuroi@gmail.com

OUMM3203

LATAR BELAKANG MASALAH ETIKA


Guru Besar diminta membela diri :
"K.Gurusamy,merupakan seorang Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah
didapati bersalah oleh Mahkamah Syeksen setelah melakukan kesalahan pecah amanah
terhadap tiga keping cek berjumlah RM 4,000.00 kepunyaan seorang guru kontrak
sekolah itu ".
Jika dilihat senario di atas, ia memperlihatkan kes pecah amanah yang melibatkan
seorang pengurus serta pentadbir pendidikan yang diamanahkan oleh negara untuk
menjalankan serta menguruskan hal ehwal pendidikan negara. Persoalannya sekarang,
mengapa penyalahgunaan ini berlaku? Apakah langkah-Iangkah yang boleh diambil untuk
menyekat perlakuan ini daripada berleluasa serta jika senario yang berlaku di atas tidak
dibendung, pelajar dan pendidik akan hilang kepercayaan kepada pernimpin pendidikan.
Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus.
Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua
peranan yang saling bergantungan antara satu sama lain.Pemimpin pendidikan merupakan
"role model' kepada para pelajar dan pendidik kerana mereka dianggap sebagai golongan
yang telah mendapat kepercayaan dan tanggungjawab untuk mentadbir sesebuah
organisasi rnilik kerajaan. Hughes (1988) telah mencadangkan Model Dua Peranan bagi
guru besar dan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional dan perananketua eksektif.
Oleh itu, mereka haruslah memastikan bahawa kepercayaan serta tanggungjawab yang
diamanahkan itu dilaksanakan denganjujur dan amanah.
Sebenamya, penekanan yang lebih kepada etika dalam perkhidmatan kerajaan ialah
dengan memastikan konsep tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau
profesion itu dilaksanakan dengan sejujur mungkin dan setiap anggota kerajaan yang
memikul tanggungjawab itu akan memastikan setiap perjalanan dan pengurusan dijalankan
dengan lancar dan berkesan (Mohd Tap et al, 1999). Etika berasal daripada perkataan
Greek iaiatu ethic yang membawa konotasi sebagai sikap atau adaptasi sesuatu golongan.
Mackinnon ( 2001) mendefinisikan etika sebagai daripada kajian moral yang mengkaji
perlakuan yang benar.
1

OUMM3203

Ilmu etika menerangkan perlakuan yang benar berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang
dikuasai guru. Secara tidak langsung, etika memberikan kesan intrinsik dan ekstrinsik
kepada individu yang diambil tindakan serta teladan kepada guru-guru lain bahkan etika
juga membantu membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang
diwartakan dan diterima sebulat suara oleh ahli organisasi sekolah. Kesinambungannya,
etika akan membantu pengurus pendidikan meneliti keputusan iaitu dengan memikirkan
sebab dan akibat sesuatu keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan nanti serta
memberikan penjelasan bahawa sesuatu tindakan itu ialah untuk kebaikan bersama bukan
kemahuan individu.
Pembentukan etika membawa makna sebagai prinsip kelakuan individu-individu
yang boleh diterima dari segi akhlak.Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan
ianya tidak serupa untuk setiap individu. Pembentukan etika yang baik adalah bermula
daripada diri seseorang individu itu sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan
dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam
setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap
keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang
individu. Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah
dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika tidak bersangkutan
dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji
tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang
betul. Daripada sudut bahasa, etika atau ethics bermaksud sikap dan adat yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan etika sebagai
salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan
menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang
keagamaan dan budaya. Pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian
tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.
Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang
bermaksud falsafah moral. Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang
merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada
menganalisis apa yang betul dan salah. Salah satu aspek utama etika ialah kehidupan
baik, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan.
2

OUMM3203

Pencarian kebaikan yang terbaik merupakan salah satu isu utama dalam etika.
Tindakan yang betul akan membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang
tidak bermoral akan mengakibatkan hasil yang sebaliknya. Guru besar ataupun pengetua
merupakan individu yang mempunya keterampilan dan keperibadian yang tinggi. Oleh
yang demikian, golongan ini dikategorikan sebagai golongan yang profesional. Namun
begitu, apabila kita melihat dari sudut individu mereka, tiadak akan lari dari cara etika
kendiri seseorang itu. Dalam pembentukan etika individu seseorang, faktornya adalah :
Pengaruh Keluarga
Ahli-ahli keluarga merupakan sekumpulan individu yang paling hampir dengan
kanak-kanak semasa mereka membesar. Ibu bapa dalam sesebuah keluarga mempunyai
pengaruh yang besar terhadap pembentukan etika kanak-kanak. Segala kelakuan dan
perbuatan yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga terutamanya ibu bapa akan ditiru dan
diamalkan oleh kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang
positif, maka kanak-kanak tersebut akan meniru dan mengamalkan etika positif tersebut
dalam kehidupan mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup yang bersih, sihat serta
menghormati orang lain akan turut mempengaruhi etika anak-anaknya. Kanak-kanak yang
mempunyai ibu bapa seperti ini akan membesar menjadi individu yang beretika,
menghormati orang lain dan menjadi seorang warganegara yang berguna. Tetapi sekiranya
ibu bapa kanak-kanak tersebut menunjukkan etika yang negatif, maka kemungkinan besar
kanak-kanak tersebut akan membesar dengan perilaku dan etika yang negatif.
Sebagai contoh seorang bapa yang melakukan penderaan fizikal terhadap anakanaknya boleh mendatangkan kesan negatif ke atas fizikal dan psikologi mereka. Isu
penderaan ialah suatu isu yang berkaitan dengan salah laku jenayah yang boleh
menyebabkan seseorang menerima akibat atau kesan buruk daripada penderaan. Kanakkanak yang menjadi mangsa penderaan akan mengalami trauma yang berpanjangan dan
akan mempengaruhi hidupnya sehingga dewasa.

OUMM3203

Faktor Keadaan
Dalam sesebuah masyarakat yang sedang dilanda arus pembangunan pesat, wujud
banyak peluang dalam pelbagai bidang kehidupan. Antaranya ialah peluang untuk
menikmati taraf hidup yang lebih baik sama ada melalui bidang perniagaan, pekerjaan,
pendidikan, kesihatan, perumahan, kemudahan dan infrastruktur. Dengan terbukanya
peluang, maka berlakulah ketidakseimbangan antara seseorang individu atau sesebuah
organisasi dengan individu atau organisasi lain dalam perebutan mendapatkan peluang itu
bagi memenuhi kehendak, keperluan atau kepentingan masing-masing. Sebagai contoh
disebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahagian masing-masing dalam
dunia yang serba mencabar, maka akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan
singkat dengan menggunakan pendekatan tidak jujur, tidak amanah atau tidak
telus. Mereka sanggup melanggar nilai etika yang telah diamanahkan kepada mereka
untuk dilaksanakan. Ini dibuat demi merealisasikan matlamat dan cita-cita peribadi atau
kelompoknya yang tidak mengenal batasan baik atau buruk, benar atau salah, pahala atau
dosa. Disebabkan desakan hidup yang ingin kemewahan maka mereka sudah tidak
memperdulikan halal atau haram. Perbuatan itu sama ada secara langsung atau tidak
sebenarnya merampas dan menafikan hak orang lain yang sepatutnya lebih layak untuk
mendapatkan peluang yang sama.
Seseorang yang menyara hidupnya dengan meragut hak orang lain atau meminta
rasuah akan terus menjalankan aktiviti tidak beretika tersebut sekiranya tidak mendapat
tentangan atau hukuman. Selagi dia belum ditangkap dan dijatuhkan hukuman, dia akan
terus melakukan kegiatan tersebut kerana merasakan perbuatannya itu bukanlah satu
kesalahan besar. Tetapi sekiranya individu tersebut dihukum kerana perbuatan mereka,
maka dia akan mengetahui bahawa perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan besar.
Sifat tamak haloba yang berpunca daripada kerakusan segolongan manusia yang tidak
mengambil kira kesejahteraan masyarakat umum tetapi mengutamakan kepentingan
peribadi bagi individu ataupun kelompok yang diwakilinya semata-mata. Dalam erti kata
lain, kesan jangka panjangnya bukan saja dirasai oleh pihak yang terbabit secara langsung
dalam perlakuan seumpamanya, malah turut mengheret keseluruhan sistem atau struktur di
dalam masyarakat dan negara untuk menerima bahana daripada amalan rasuah ini.

OUMM3203

KLASIFIKASI

MASALAH

SEBAGAI

MASALAH

ETIKA

DALAM

PENGURUSAN
Mengapakah etika begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi
menghasilkan pendidik serta pentadbir dan pengurus yang berkualiti yang dapat
menerapkan ilmu pengurusan mereka. Art (1994) mengkaji masalah yang begitu
berle1uasa terutamanya dalam keadaan yang materialistik kerana manusia akan berusaha
sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan kemewahan. Muhamad Ruslan (2001)
menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan manusia akan melakukan perkara-perkara
yang akan menyimpang daripada etika profesionalisme ialah :
a. apabila ada peluang untuk melakukannya.
b. ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan hidup secara materialistic.
c. kurangnya penghayatan nilai etika serta agama.
d. kurangnya penyeliaan pegawai atasan.
e. kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan pelaksanaan kerja.
Profesionalisme guru agak tergugat dengan pe1bagai pendedahan dari pihak media massa
tentang ke1emahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat ketokohan
seseorang guru daripada pandangan masyarakat. Namun, jika dikaji secara mendalam,
terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan terjadinya perkara ini iaitu :
a. tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.
b. untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.
c. menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.
d. kepentingan kewangan.
e. kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan.
f. sering berkelakuan yang melanggar undang-undang.
g. dipengaruhi oleh golongan luar bidang.
h. rasa kecewa dengan organisasi sarna ada kerana prestasi atau kerana tidak
dinaikkan pangkat.

OUMM3203

Perlakuan yang tidak beretika itu sebenarnya berpunca daripada aspek niat atau pun
kemahuan seseorang untuk memperoleh kemewahan untuk kesenangann diri. Namun,
perlakuan tidak beretika juga boleh berpunca daripada faktor dalarnan atau dimensi di
dalam organisasi itu sendiri. Calabrese dan Roberts (2001) menyenaraikan beberapa faktor
dalarnan sesebuah organisasi tersebut yang boleh menyumbang kepada perlakuan yang
tidak beretika iaitu:
a. Stuktur organisasi
Struktur yang kompleks dan banyak hiraki akan menyebabkan pekerja akan cepat
merasa
bosan kerana terlalu banyak peraturan yang harus dipatuhi.
b. Bentuk komunikasi
Bentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih mementingkan rakan
akan menyebabkan guru lain merasa bosan dengan sikap pengurusan serta sikap
pihak
pengurusan tidak mengambil kira "human factor" atau perasaan kakitangan.
c. Dorninasi politik
Dorninasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak pengurusan dan
kumpulannya akan menyebabkan rasa hormat pihak kakitangan kepada pihak
pengurusan akan berkurangan dan pihak pengurusan menganggap mereka
mempunyai kuasa untuk memerintah dan bukan untuk berkhidmat.
d. Pengabaian kepada kebajikan
Kurangnya penghargaan dan kebajikan menyebabkan guru kurang hormat kepada
pernimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan.
Ini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika itu berpunca daripada pelbagai aspek dan
pengurus dan pentadbir pendidikan perlu menjadikan diri mereka contoh kepada guru lain
agar mementingkan aspek etika di dalam kepimpinan yang dijalankan di sekolab.
Pernimpin yang dihormati ialah pernimpin yang dapat beretika dari segi sahsiah dan
perbuatan. Faktor lain yang menyumbang kepada perlakuan tidak beretika ini ialah di
kalangan guru atau pernimpin pendidikan sendiri merasa keliru perbezaan antara etika
dengan undang-undang yang digunapakai dalam sektor pendidikan. Oleh itu, penelitian
seterusnya perlu melihat perbezaan antara kedua konsep tersebut.
6

OUMM3203

Undang-undang Sebagai Panduan untuk Pilihan Moral


Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh
masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published),
diterima (generally accepted) dan dikuatkuasakan (enforced). Secara ringkasnya, undangundang adalah satu set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai atau
mengawal kelakuan di dalam sesebuah masyarakat. Semua keputusan yang akan diambil
perlu ditentukan oleh undang-undang kerana masyarakat telah membina satu set peraturan
yang dibuat secara kolektif oleh anggota masyarakat tersebut mengenai tindakan dan
kelakuan yang harus dibuat apabila berlaku dilema moral. Undang-undang memainkan
peranan penting dalam kehidupan manusia. Salah satu daripada kepentingan undangundang ialah mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna
kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya. Ini terbukti apabila undang-undang itu
sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah
negara. Selain daripada itu, undang-undang juga berperanan sebagai ejen keamanan dan
kesejahteraaan.

Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat

daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang
ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi
pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai. Oleh yang demikian, hak-hak dan
kebebasan setiap individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan
poitik yang stabil dapat diwujudkan.
Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti politik,
ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan lagi. Keadaan
ini berlaku dengan pantas tanpa mengenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat.
Dalam dunia perniagaan, aspek pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab sosial dan
moralnya

dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan etika profesional.

Pengurusan yang menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat teras mereka. Walau
bagaimanapun, pengurusan yang menjadi semakin sengit dan berdaya saing telah memberi
masalah dan tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya yang berkaitan
dengan etika dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak penyelewengan dan
penindasan dalam perhubungan manusia.
7

OUMM3203

Berkaitan dengan tugasan ini, aspek perbincangan akan menjurus kepada dunia
pendidikan di mana ianya merupakan justifikasi pemilihan tajuk yang berkaitan dengan
karier pengkaji sendiri. Permasalahan etika dalam pengurusan bukanlah perkara baru,
sebaliknya sudah lama berlaku dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang
menekankan aspek keuntungan dan persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran
penipuan dan amalan pemberian rasuah sebagai budaya. Senario sebegini telah
mengundang banyak masalah berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan,
masyarakat, organisasi, dan sebagainya. Permasalahan yang wujud dalam aspek
pengurusan menjadi semakin rumit sehingga berlanjutan kepada masalah peribadi
seseorang. Keadaan ini akan memberi dilema etika yang sukar dibendung oleh mereka.
Dalam konteks pendidikan, isu etika mempamerkan persoalan tentang etika yang
tidak berkesudahan sehingga mencetuskan perbincangan dan isu dalam kalangan
masyarakat kita (Juhary dan Ishak, 2004). Etika dan moral dalam dunia pendidikan adalah
satu perilaku yang dianggap common knowledge bagi indvidu sejak dari dulu sehingga
sekarang. Dalam tamadun masyarakat penerimaan tehadap aspek ini sudah menjadi dasar
dan keperluan dalam banyak perkara serta menimbulkan banyak kesan ke atas perkerjaan,
pengurusan, pentadbiran dan penerapan kualiti hidup dalam keluarga (Muhammad
Nuruddin, 2006).
Persoalannya, dalam dunia moden kini banyak berlaku masalah berhubung dengan
etika dan moral. Negara kita sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M.
Kamal Hasan, 2004). Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan
awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, diskriminasi, penindasan dan
penyalahgunaan kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini
berlaku akibat manusia kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai
agama (M. Kamal Hasan, 2004). Justeru, pada pandangan saya nilai etika dan moral ini
menuntut setiap insan mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam kehidupan mereka
agar konsep "the golden mean" dapat dicapai.

RINGKASAN
8

OUMM3203

Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu


isu yang lama walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Isu-isu
baru dalam bidang pendidikan yang semakin rumit memerlukan kefahaman dan
pentaksiran semula konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan oleh guru besar dan
pengetua. Ini adalah kerana guru besar dan pengetua perlu menghadapi serta menangani
isu-isu secara spontan selama mana mereka masih menjawat jawatan sebagai pemimpin
dan pengurus sekolah. Ini adalah kerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang
selalunya diterajui oleh seorang guru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang.
Keberkesanan dan kecemerlangan mereka seharusnya didasari oleh kemampuan dan
keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan
cemerlang.
Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, ternyata etika
membantu membentuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup.
Daripada sudut individu, seseorang yang beretika sentiasa menjaga perilaku dirinya agar
tidak bertentangan dengan nilai dan kehendak moral sesebuah masyarakat.
Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya membentuk sifatsifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental pula,
orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Individu seperti ini akan sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk
sesuatu perkara sebelum mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa
mengamalkan etika yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul
walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya
berfikir dan tindak- tanduknya.
Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai nilai
etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat yang lebih
progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan turut aman, damai, maju dan
mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat
mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan
berkembang.

OUMM3203

Sejarah telah membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang
pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq,
Mesir, Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli
masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi. Dalam memimpin organisasi ,
konsep kepimpinan "doing the right thing" iaitu membuat perkara yang betul, dapat
membantu pemimpin dan kakitangan melaksanakan apa yang dituntut oleh organisasi agar
pekerjaan tersebut tidak melanggar etika pekerjaan. Sektor pendidikan merupakan "role
model" kepada pelanggan iaitu pelajar atau generasi pewaris pada masa akan datang.
Pendekatan etika sebenarnya mendapati bahawa perlakuan yang me1anggar etika
perguruan berpunca daripada sikap pemimpin sendiri yang bagaikan "ketam mengajar
anaknya berjalan dengan betul" . Oleh yang demikian, sewajarnya etika kepimpinan yang
betul perlulah bermula dari bawah kerana pekerja dibawah ini tidak semestinya berada di
takuk yang sama. Integriti dan juga ketelusan di dalam pekerjaan membolehkan setiap
individu yang bekerja boleh beretika dengan baik.

10

OUMM3203

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Aziz Md.Noor,2003. An Investigation into the hedaship training programme for
aspiring primary school headteachers, PhD Dissertatioan, University of Bristol.
Abdullah Sani Yahya. 2005. Mengurus disiplin pelajar. Bentong:PTS Publication &
Distributors sdn.bhd.
Ayob Jantan.2005.Pengetua sekolah yang efektif.Siri Pengurusan Sekolah.Bentong:PTS
Profesional Publishing.Sdn.Bhd.
Art, B. (1994). Ethics and The Good Life. Belmont: Wadsworth Publishings.
Block, P. (1993). Stewardship: Choosing Service over Self Interest. San Francisco: Berret
Koehler.
Calabrese, R. dan Roberts, W. (200 I). Ethics for Principals, Education Digest, 71 (7), 16.
Covey, S.R. (1997). The Seven Habits ofHighly Effective People. New York: Simon dan
Schuster.
Gardner, H. (1995). Leading Minds: An Anatomy ofLeadership. New York: Basic Books.
Greenfield (1997), R.K. Servant Leadership. New York: Paulist Press.
Kidder, R.M. (1995). How Good People Make Tough Choices. New York: William
Morrow.
Kellog Foundation (1997). ISLLC Standards. Michigan.

11

Anda mungkin juga menyukai