Anda di halaman 1dari 13

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEPTEMBER 2019

MPU2312

HEALTH AND WELLNESS 1

NO. MATRIKULASI : 800306145495001

NO. KAD PENGNEALAN : 800306-14-5495

NO. TELEFON : 0189598680

E-MEL : rizalrazu5495@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE


KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan perbincangan tugasan ini, pengamalan kesihatan dan kesejahteraan pada seorang
individu, keluarga dan komuniti dapat memberikan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran
dalam kehidupan harian mereka. Sebaliknya, kehidupan yang gembira sukar dikecapi, begitu juga
seseorang individu mungkin tidak dapat menikmati kemakmuran jika tidak gembira atau kurang
sihat.
Secara formal definisi bagi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World Health
Organization) adalah keadaan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial adalah
lengkap, dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah.

Dalam pengertian kesejahteraan pula, Edlin dan Golanty (2010) merumuskan


konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang direka bentuk untuk
mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang optimum. Ia boleh dilihat sebagai
komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke arah kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata
memberi tumpuan pada ketiadaan penyakit sahaja.

Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan komponen penting dalam kesejahteraan. Dimana
untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup yang sihat serta
tanggungjawab peribadi perlulah dititikberatkan.

Kita dapat lihat, beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan sebagai garis panduan bagi seseorang
individu iaitu makan diet yang seimbang dan berkhasiat, kekal berat badan ideal, seringkali
bersenam, mampu menangani tekanan, mampu menangani emosi yang berlebihan, rehat dan tidur
mencukupi, kekalkan keseimbangan yang baik dalam pekerjaan dan aktiviti sosial, beribadah
berdasarkan kepercayaan masing-masing, elak merokok, minum alkohol serta penyalahgunaan
dadah, menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengesan lebih awal ancaman kesihatan,
utamakan keselamatan diri, berusaha meningkatkan diri secara berterusan, berfikiran yang
optimistik dan positif dalam kehidupan harian serta amalan yang aktif dalam persekitaran yang
sihat.
2.0 Strategi Untuk Kekal Sihat

Kesihatan fizikal

Sememangnya kekuatan dan ketahanan otot bergantung pada kecergasan fizikal yang
baik. Aktiviti senaman amat penting untuk kecergasan fizikal. Semasa bersenam sebahagian
besar organ dalam badan dan otot seseorang bergerak aktif dan menjadi kuat. Maka itu, otot yang
baik penting dalam keupayaan anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti
harian. Ringkasnya, melalui senaman otot menjadi lebih kuat, badan menjadi sihat dan otak
menjadi cerdas. Jika seseorang individu, sebuah keluarga dan masyarakat mengamalkan aktiviti
senaman, tidak mustahil kekuatan otot dan tahap kesihatan akan meningkat. Oleh itu, kesedaran
tentang perlunya aktiviti senaman hendaklah dipupuk. Contohnya seorang pekerja yang
mempunyai otot kuat, badan yang sihat dan cergas akan melaksanakan pekerjaannya dengan
cerdas dan bertenaga. Sebaliknya pekerja yang lemah lesu akan mengambil tempoh yang lama
melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya hidup sihat dan sejahtera
akan meningkatkan. Oleh itu, program senaman perlu diamalkan untuk mencapai tahap
kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong pergerakan badan dalam kehidupan harian. Antara
aktiviti yang biasa dijalankan adalah berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan
pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan kecergasan
fizikal.

Kesihatan mental dan emosi

Kesihatan dari segi mental memberitahu kepada kita bahawa untuk menjadi seorang
individu yang sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental
memerlukan kita untuk memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri
sendiri dan orang lain serta dalam perhubungan kita dengan mereka, di samping memiliki sikap
yang positif terhadap persekitaran kita. Keupayaan untuk bekerjasama dengan orang lain secara
sihat dan mampu mengharungi sebarang cabaran kehidupan secara berkhemah amat perlu demi
kestabilan mental. Jika definisi oleh WHO ini menggambarkan pengertian terhadap kesihatan yang
juga meliputi kesihatan mental, maka penyakit mental pula digambarkan sebagai sebaliknya. Iaitu
sebarang sindrom mental, emosi atau tingkahlaku, yang amat mengganggu dan mendatangkan
ketidakupayaan kepada individu itu untuk berfungsi secara sepatutnya dan memerlukan rawatan.
Untuk mencapai atau memiliki tahap kesihatan mental yang sempurna bukanlah sesuatu yang
sukar, namun kesan kegagalan dalam mencapai atau melaksanakan sesuatu yang mudah adalah
lebih sukar kerana ia akan mengakibatkan lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi.
Namun tidak semua di antara mereka yang tahu cara yang terbaik dan proaktif dalam
menanganinya. Walaupun hanya segelintir yang menghadapi kepayahan seperti ini, namun
langkah-langkah kesedaran perlu dilakukan untuk mereka agar kaedah yang diambil tidak
menjurus kepada kemusnahan dan tingkahlaku berisiko tinggi serta berbahaya. Kita tidak mahu
ada anggota masyarakat yang menggunakan pendekatan sendiri seperti mengambil dadah,
meminum arak, merokok, menganjurkan seks bebas, atau membunuh diri bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan bebanan kepada
kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khusus terhadap pesakit, keluarga mereka, majikan,
kehilangan produktiviti dan pendapatan, seterusnya menjejaskan ekonomi negara dan sistem
penjagaan kesihatan. Memang sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan emosi dan
gangguan tingkahlaku turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan ketidakupayaan lain. Ia
bukan sahaja menjejaskan produktiviti, tetapi juga kesannya yang negatif terhadap keperibadian
dan perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada pelbagai penyakit mental dan fizikal lain
serta ada yang berakhir dengan kematian.

Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia
menunjukkan trend peningkatan kes gangguan mental dan tingkahlaku sebanyak 6 peratus di
kalangan masyarakat berbanding kajian yang sama pada 1996. Masalah kesihatan mental golongan
dewasa meningkat kepada 11.2 peratus berbanding 10.7 peratus. Manakala golongan kanak-kanak
dan remaja, ia meningkat dari 13 peratus kepada 20. 3 peratus. Kajian ini turut menyaksikan
seramai 3 juta daripada 26 juta rakyat mengalami masalah kesihatan mental.
Kesihatan rohani (spiritual)

Kepercayaan yang positif serta ketenangan yang diperoleh dari kerohanian banyak
menyumbang kepada kesejahteraan jiwa dan pandangan hidup yang positif. Mempercayai dan
meyakini tentang kewujudan Yang Maha Kuasa menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur,
bertawakal dan redha. Manusia menjadi lebih bersyukur di saat bahagia dan tenang serta rasa ada
tempat berdoa di kala mengalami duka nestapa.

Gabungan kukuh antara kesihatan emosi dan rohani menerbitkan kecergasan positif yang
bersandarkan kepada nilai-nilai baik seperti kejujuran, bertanggungjawab, berpandangan jauh,
boleh bekerjasama, adil dan mengambil berat .Namun demikian adalah penting untuk seseorang
itu menyedari akan kewujudan perasaan-perasaan yang boleh menyumbang kepada kecelaruan
rohani seperti sombong, bermegah-megah. Terdapat beberapa kaedah untuk mencapai kesihatan
rohani ini. Ibadat merupakan perantaraan hubungan rapat antara manusia dengan penciptaNya.
Mendekati diri dengan alam ciptaanNya serta kefahaman yang betul mengenai kehidupan di dunia
ini. Mempertingkatkan ilmu agama dengan membaca buku- buku agama dan melibatkan diri dalam
aktiviti kerohanian dan keagamaan. Sentiasa mengamalkan sikap yang pemaaf dan mudah
bersedekah ke jalan agama serta bersyukur dan menghargai. Ada kalanya seseorang itu diuji
dengan musibah dan cabaran dalam kehidupan. Kesihatan rohani membuat seseorang menjadi
lebih redha dan tawakal.

3.0 Kesan Obesiti kepada individu dan Negara

Kesan obesiti kepada individu

Pada zaman serba moden dan kehidupan yang semakin selesa, kurang melakukan aktiviti
riadah dan mewah dengan pelbagai pilihan makanan berkalori tinggi menyebabkan semakin ramai
tergolong dalam kategori obes. Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Lantas ramai
masyarakat menikmati pelbagai pilihan sajian semahu-mahunya tanpa mengira waktu termasuk
lewat tengah malam. Kesan amalan tidak sihat menyebabkan individu terdedah kepada penyakit
tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, kencing manis (diabetes), kegemukan, kanser,
tekanan darah tinggi, strok, gangguan sistem pernafasan dan diabetes Jenis 2. Budaya makan
malam menyumbang pengambilan sajian berlebihan menyebabkan tubuh tidak menggunakan
kalori berlebihan dan disimpan sebagai lemak dalam badan. Tabiat makan berlebihan antara punca
obesiti yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini. Keadaan itu
membimbangkan dan sudah menjadi perkara yang biasa dan trend masa kini.

Kesannya pada kesihatan apabila organ penghadaman dibebankan untuk proses pencernaan.
Proses penghadaman tidak sempurna menyebabkan pertambahan lemah sekali gus meningkatkan
berat badan. Ramai yang melihat obesiti dari segi kosmetik saja, tetapi mereka kurang peka
keadaan itu turut membawa bersama pelbagai masalah kesihatan serius dan boleh menjejaskan
fungsi organ dalaman. Obesiti ialah satu daripada penyebab utama kepada masalah rintangan
insulin dan kencing manis jenis 2. Jika dulu diabetes dianggap penyakit orang berusia, kini ia
semakin banyak mengancam golongan muda seawal usia 20-an. Pada masa sama, masalah
rintangan insulin dan kencing manis jenis 2 boleh dihidap bertahun-tahun tanpa sebarang tanda
pada tahap awalnya. Penyakit kencing manis membawa kepada tahap gula berlebihan dalam darah.
Apabila tahap gula darah yang tinggi berterusan selama bertahun-tahun, ia akhirnya menyebabkan
kerosakan pada saluran darah halus dalam badan pesakit. Lama-kelamaan ini akan membawa
kepada kerosakan pada organ yang menerima bekalan darah dari salur halus ini termasuk kulit,
saraf, mata, buah pinggang, jantung dan otak. Penyakit diabetes boleh dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada komplikasi yang berlaku pada organ terbabit biarpun ia mungkin baru saja
dikesan pada pesakit,
Obesiti juga akan mengakibatkan masalah kelamin seseorang terjejas. Seseorang yang obes akan
menjadi kurang aktif dalam melakukan hubungan seksual bersama pasangannya. Hal ini kerana,
seseorang lelaki yang obes berkemungkinan untuk menghadapi masalah ereksi dan jangkitan
kuman pada alat kelamin. Manakala wanita obes pula akan terdedah kepada masalah kandungan
yang tidak terancang.

Selain itu, psikologi seseorang juga akan terganggu terutama bagi mereka yang telah mengalami
masalah obesiti ini dari usia yang lebih muda. Kanak-kanak yang obes, lebih mudah didiskriminasi
dan diejek oleh rakan-rakan sebaya di sekolah. Hal ini menyebabkan kanak-kanak obes itu hilang
atau kurang keyakinan diri dan apabila masalah ini dibawa sehingga dewasa, tahap kepuasan hidup
mereka juga akan terjejas.

Kesan obesiti kepada Negara

Masalah obesiti akan memberi kesan- kesan terhadap beban ekonomi Negara khususnya
dalam bidang perubatan. Isu kos perubatan yang ditanggung oleh kerajaan di sektor awam dan
juga rakyat di sektor swasta sehingga hari ini kerajaan masih bergantung kepada bajet tahunan
yang berasaskan pendapatan negara khususnya daripada cukai-cukai yang dikutip kerajaan. Saban
tahun sektor kesihatan akan mendapat sebanyak 9.1% daripada bajet persekutuan atau sebanyak
RM29 bilion untuk tahun 2019 untuk pengurusan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Namun, jumlah tersebut terbukti tidak mencukupi khususnya untuk menambahbaik fasiliti
dan kakitangan kesihatan di sektor awam.

Sebilangan rakyat yang berubah kepada hospital dan klinik swasta menghadapi masalah
pembiayaan kos perubatan yang tinggi di pihak pesakit dalam bentuk out of pocket payment (OOP)
atau tuntutan insurans, bergantung kepada jenis insurans yang diambil. Pada masa yang sama,
sektor swasta turut mengalami masalah kekurangan fasiliti dan kakitangan untuk menampung
pertambahan pesakit khususnya dari kalangan yang mengambil insurans perubatan (private
insurance) yang dapat dilihat dari pertambahan masa menunggu di klinik dan kemasukan wad.
Tambahan pula jumlah katil yang tidak seimbang di antara sektor awam (70%) dan swasta (30%)
menyebabkan beban yang sangat besar kepada kerajaan untuk terus menanggung kos perubatan
bersubsidi dengan jumlah bajet tahunan yang hampir sama dengan sektor swasta. Ini boleh dilihat
melalui perbelanjaan tahunan kesihatan (health expenditure) Malaysia adalah 4.7% daripada
KDNK yang mana nisbah kerajaan:swasta adalah hampir 50-50 dari peratusan itu.

Selain itu obesiti juga dikaitkan dengan tempat kerja. Memandangkan beban kewangan yang
ketara disebabkan majikan perlu menanggung kos tuntutan perubatan sekiranya kakitangan
berhadapan dengan masalah obesiti. Produktiviti serta kualiti pekerja juga akan terjejas dimana
pekerja obes bermasalah akan kerap mengambil cuti sakit serta tidak dapat memberikan khidmat
yang sepenuhnya kepada majikan.

4.0 Strategi Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan

Konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang direka
bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang optimum. Ia boleh
dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke arah kesihatan yang optimum,
tanpa semata-mata memberi tumpuan pada ketiadaan penyakit sahaja.

Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan komponen penting dalam kesejahteraan. Dimana
untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup yang sihat serta
tanggungjawab peribadi perlulah dititikberatkan.

Kita dapat lihat, beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan sebagai garis panduan bagi seseorang
individu iaitu makan diet yang seimbang dan berkhasiat, kekal berat badan ideal, seringkali
bersenam, mampu menangani tekanan, mampu menangani emosi yang berlebihan, rehat dan tidur
mencukupi, kekalkan keseimbangan yang baik dalam pekerjaan dan aktiviti sosial, beribadah
berdasarkan kepercayaan masing-masing, elak merokok, minum alkohol serta penyalahgunaan
dadah, menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengesan lebih awal ancaman kesihatan,
utamakan keselamatan diri, berusaha meningkatkan diri secara berterusan, berfikiran yang
optimistik dan positif dalam kehidupan harian serta amalan yang aktif dalam persekitaran yang
sihat.

Untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan seorang individu, terdapat tiga sifat
tanggungjawab dalam peribadi perlu dititikberatkan iaitu mengambil tindakan mengekalkan
kesihatan yang optimum, mengambil berat terhadap terhadap kesihatan dan kebajikan orang lain
serta kesedaran terhadap kesihatan dan membuat keputusan mengenai kesihatan.

Secara menyeluruh, pengamalan gaya kehidupan yang sihat dan sejahtera memberi enam manfaat
yang komprehensif seperti peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan saluran darah,
peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot, peningkatan kawalan kendiri,
kecekapan kendiri dan harga diri, peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam
kehidupan, peningkatan hubungan interpersonal serta penurunan kes kematian dan morbiditi
akibat penyakit dan lain-lain.

Kepentingan berdasarkan enam manfaat yang komprehensif dalam amalan hidup sihat dan
sejahtera iaitu kepentingan dalam pencegahan penyakit, kepentingan dalam keupayaan anggota
badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian, kepentingan dalam keyakinan
diri dan berperasaan baik, kepentingan dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam
kehidupan, kepentingan dalam perhubungan yang sihat dan kepentingan dalam penjagaan
pemakanan dan diet.

5.0 KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, Banyak faktor yang telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran
awam terhadap kesihatan dan kesejahteraan. Kadar penyakit jantung yang semakin tinggi,
peningkatan dalam statistik kanser, pertambahan kepada populasi obes, dan pelbagai ancaman
kesihatan yanglain semua telah menarik perhatian kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang
sihat.Selain itu, teknologi perubatan moden telah berkembang, Pengetahuan doktor dan
saintiskeatas tubuh manusia telah banyak berkembang, mendedahkan banyak risiko kesihatan
yangsebelum ini tidak diketahui. Pembentukan gaya hidup sihat tidak lah sesukar
yang mungkindibayangkan. Sesungguhnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat
denganmemegang kepada beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang
positif,bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta
mempunyaipegangan yang teguh. Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi menjamin
kesejahteraan kitadaripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus
cubamembentuk gaya hidup yang sihat yang pratikal lagi sesuai dengan tahap umur kita. amalan
gaya hidup sihat dan sejahtera amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati
tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, gaya hidup sihat dan sejahtera hanya boleh
dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri
manusia sihat. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.
JURNAL REFLEKTIF

Refleksi jurnal ini adalah mengenai Malaysia merupakan negara yang mempunyai
penduduk yang paling ramai mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes di Asia. Kira-
kira 54 peratus daripada orang dewasa adalah obes atau mengalami berat badan berlebihan,
berbanding hanya 24.1 peratus pada 10 tahun lalu. Dengan itu, nisbah tujuh daripada 10 orang
dewasa di Malaysia menghidap penyakit kronikpunca utama kepada permasalahan ini adalah
disebabkan oleh tekanan dan cara pengurusannya di kalangan rakyat Malaysia. Tekanan yang
dihadapi oleh masyarakat bandar terutamanya dari segi kekangan masa dan waktu rehat yang
cukup menyebabkan rakyat Malaysia memilih untuk mengurangkan tekanan dengan cara berhibur
dan juga mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.

Kesibukkan para pekerja terutama di kawasan bandar menyebabkan mereka tidak menjaga jadual
pemakanan dengan baik, malah menggantikannya pula dengan merokok. Ada sebahagian pekerja
yang tidak makan di siang hari kerana sibuk dengan kerja dan mengisi perut yang kosong tadi
dengan makan malam yang lewat, kurang dari dua jam sebelum waktu tidur.

Selain itu, terdapat juga di kalangan masyarakat yang suka melepak di warung atau restoran pada
lewat malam. Hal ini, bukan sahaja menyebabkan seseorang itu tidak menjaga pemakanan dengan
baik, malah menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai tidur yang cukup yang juga menjadi
faktor penyumbang kepada masalah obesiti ini. Di samping itu, masyarakat Malaysia kini lebih
gemar untuk makan di restoran makanan segera kerana lebih mudah dan menjimatkan masa
dengan wujudnya khidmat penghantaran makanan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia juga
dipandang sebagai masyarakat yang tidak menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan, malah
masakan Malaysia juga banyak yang berminyak dan bersantan

kebanyakan diet makanan pada hari ini mengandungi gula yang tinggi disebabkan penggunaannya
yang berlebihan dalam makanan diproses yang popular. Penggunaan gula secara berlebihan
merupakan faktor risiko utama yang menyebabkan obesiti. Gula adalah penyumbang kepada
peningkatan kalori secara berlebihan dalam tubuh badan.

Peningkatan pengeluaran makanan yang diproses, pembangunan yang pesat dan perubahan gaya
hidup mengubah corak pemakanan rakyat Malaysia. Makanan diproses semakin meningkat di
pasaran, mudah diperoleh dan harganya lebih murah. Boleh dikatakan hampir seluruh penduduk
dunia kini mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam.

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga pemakanannya.
Dengan mengutamakan keseimbangan pemakanan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak
penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan
harmoni. Di samping itu juga, amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui
mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan
membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Langkah-langkah ini penting supaya setiap individu
dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan.

2786 PATAH PERKATAAN


RUJUKAN / REFERENSI

1. Kementerian Kesihatan Malaysia, Clinical Practice Guidelines – Management of

Dyslipidaemia, 2003. 2. Kementerian Kesihatan Malaysia, Clinical Practice Guidelines –

Management of Hypertension (3rd edition), February 2008.

3. Kementerian Kesihatan Malaysia, Clinical Practice Guidelines – Management of Type to

Diabetes Mellitus (4 edition), May 2009.

4. Kementerian Kesihatan Malaysia, Saringan Minda Sihat, Soal Selidik Depression Anxiety

Stress Scales (DASS) 5. Kementerian Kesihatan Malaysia, Kempen Cara Hidup Sihat 2004.

5. Kementerian Kesihatan Malaysia

http://www.moh.gov.my/moh/images/gallery/Garispanduan/KKM_Buku%20Modul%20Interven

si%20Obesiti.pdf

Anda mungkin juga menyukai