Anda di halaman 1dari 18

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2015

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

<820713025392001>

NO. KAD PENGNEALAN

<820713-02-5392>

NO. TELEFON

<012-5859056>

E-MEL

<nor.aziah1982@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PP SUNGAI PETANI>

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat
2-3

1.

PENGENALAN

2.

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

3.

KERTAS CADANGAN PROGRAM SENI LUKIS DAN


SENI REKA

4-5

i)

Latarbelakang

ii)

Pengenalan

iii)

Objektif Pelaksanaan

iv)

Tempoh Pelaksanaan

v)

Sasaran Penyertaan

vi)

Pengalaman

vii)

Ekspresi

viii) Sorotan Kajian

8-9

ix)

Maklumat Sokongan

9-12

x)

Kesimpulan

6-7

7-8

12

4.

PENUTUP

13

5.

RUJUKAN

14

6.

LAMPIRAN

15
1

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0

PENGENALAN

Viktor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan mereka dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek
dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk
merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan
seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Lowenfeld ( 1975 ) percaya bahawa setiap kanak-kanak kreatif. Pernyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahu. Viktor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanakkanak dan telah menentukan tahap-tahap perkembangan mereka. Enam tahap-tahap ini
adalah seperti berikut :
i)

Tahap Contengan ( Scribbling Stage )

ii)

Tahap Pra Skematik

iii)

9 11 tahun

Tahap Pseudo Naturalisme

vi)

7 9 tahun

Tahap menjelang Realisme

v)

4 7 tahun

Tahap Skematik

iv)

2 4 tahun

11 13 tahun

Tahap Remaja

Krisis remaja (13 17 tahun)

Remaja (17 tahun)

Ini menunjukkan bahawa seni dalam pendidikan ini penting untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Secara umumnya, seni dalam

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang seperti muzik, teater, puisi, tarian, seni
visual, fotografi dan sebagainya. Seni dalam pendidikan ini hanya menyentuh bidang
Seni Visual, Muzik dan pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan
kanak-kanak. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum.
Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan
diri mereka. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan
dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Sehubungan itu, seseorang guru itu perlu mempelajari seni dalam pendidikan
supaya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi bagi murid memperoleh ilmu
pengetahuan melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan menerusi
penerokaan, memperoleh pengalaman dan eskpresi seni dalam pendidikan.

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

2.0 APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN


Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan
seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya
menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kreativiti seseorang itu. Hal ini demikian
kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar
mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat pelajar untuk
memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam
pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang
tersediri kepada setiap pelajar.
Seni Dalam Pendidikan diwujudkan bagi membantu perkembangan yang
seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga
bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga
kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni
muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni
dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen
penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik.
Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari.
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan
menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
4

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu


dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni dalam
pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam
setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung, ia mengajar pelajar untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Pelaksaan seni dalam pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua
mata pelajaran. Guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru
hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya
kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang
minat

kanak-kanak

dan

memenuhi

keperluan

kepelbagaian gaya belajar.

murid-murid

yang

mempunyai

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

3.0 KERTAS CADANGAN PROGRAM SENI LUKIS DAN SENI REKA


KERTAS CADANGAN
PROGRAM MELUKIS SEMPENA MINGGU PANITIA SENI VISUAL
SEKOLAH KEBANGSAAN MANGGOL BONGOR
i)

Latarbelakang

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti
melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis,
pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti
melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain
membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses
melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak
supaya

menjadi

lebih

peka

dan

meningkatkan

daya

persepsi

mereka.

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran
kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik.
ii)

Pengenalan

Penganjuran program Seni Lukis merupakan satu wadah bagi semua semua murid-murid
Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat
terhadap Pendidikan Seni Visual. Ia secara tidak langsung mendorong minat murid-murid

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

untuk menghasilkan karya seni dengan lebih baik dan seterusnya dapat menonjolkan
bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid. Program ini juga bertujuan

menambah ilmu pengetahuan dalam matapelajaran pendidikan seni visual dan mengajar
murid memahami teknik melukis dengan lebih baik dengan menggunakan bahan mudah
iaitu kertas lukisan, pensil dan pensil warna atau warna poster. Ia juga diharap dapat
mengeratkan silaturahim di kalangan murid-murid dan juga guru-guru Sekolah
Kebangsaan Manggol Bongor amnya.
iii)

Objektif Pelaksanaan

1.

Menerapkan nilai-nilai disiplin dalam aktiviti melukis.

2.

Melahirkan murid kreatif dan inovatif.

3.

Mewujudkan daya dan keinginan serta minat dalam aktiviti seni lukis dan seni
reka.

4.

Sedar akan kepentingan seni dalam kehidupan seharian.

iv)

Tempoh Pelaksanaan
27 Jun 2015 hingga 2 Julai 2015 (4 minggu)

v)

Sasaran Penyertaan
Penyertaan adalah murid Tahap 1 dan 2 Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor.
Jumlah peserta adalah seramai 20 orang (anggaran) iaitu murid Tahap 1.

vi)

Pelaksanaan Program

Minggu 1 :

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti ini diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid dikehendaki mencari
dan mengumpul jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia yang bersesuaikan dengan
tema Rumahku IdamanKu.
Minggu 2 :
Guru memaparkan gambar-gambar rumah yang terdapat di Malaysia. Murid dikehendaki
menyebut dan menyenaraikan jenis-jenis rumah tersebut dalam buku tulis.
Minggu 3 :
Guru menayangkan video lagu Rumahku berserta dengan lirik. Murid dikehendaki
menyalin lirik lagu tersebut. Murid diperdengarkan lagu Rumahkan. Murid
menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan berpandukan irama tersebut.
Aktiviti ini diterapkan dalam mata pelajaran Muzik.
Minggu 4 :
Berpandukan aktiviti yang telah dijalankan pada minggu 1 hingga 3, murid dikehendaki
melukis gambar rumah mengikut kreativiti mereka. Murid yang berjaya melukis gamabar
rumah dalam suasana yang cantik dan kreatif dikira sebagai pemenang.
vii)

Pengalaman
Pengalaman dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan akan menjana

pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanakkanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka. Seni Dalam
Pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
menggunakan tubuh badan dan penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik.
Aktiviti yang membentuk pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak
dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka,
8

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat
pilihan.

Kanak-kanak merupakan golongan yang kaya dengan inspirasi, aspirasi dan


imaginasi. Namun begitu, jika mereka tidak berupaya memaparkan dalam bentuk katakata atau susunan perkataan yang berkesan maka kita tidak akan memahami apa yang
ingin disampaikan oleh mereka. Lukisan merupakan media atau alat perantara
komunikasi yang gemar digunakan oleh kanak-kanak terutamanya meluahkan inspirasi,
aspirasi dan imaginasi mereka.
viii)

Ekspresi

Dalam penghasilan karya yang baik, idea yang di hasilkan merupakan titik-tolak sesuatu
imej yang akan di ambil kira dalam penghasilan seni. Tanpa imej tiadalah objek yang
akan menjadi subjek utama. Sebuah karya yang di hasilkan itu, mempunyai perbezaan
antara satu sama lain, penghasilan yang objek atau corak yang baik akan menghasilkan
imej yang tinggi nilainya kerana tidak menciplak hak orang lain. Selain itu, curahan idea
hasil daripada idea semulajadi merupaka salah satu faktor yang memyebabkan seseorang
pelajar itu menggunakan ekspresi dalam dirinya untuk menghasilkan sebuah karya.
Sebagai contoh, dalam penghasilan batik yang bertemakan motif flora iaitu alam
semulajadi seperti bunga. Berpandukan lukisan yang dihasilkan, kita mampu menyelami
dan menyelusuri perasaan murid-murid kita.
ix)

Sorotan Kajian

Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan, jelas menunjukkan bahawa


perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana
mereka dibesarkan. Dimana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan
mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses
9

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang
bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.
Menurut

Viktor

Lowenfeld,

aktiviti

seni

dapat

disesuaikan

mengikut

perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanakkanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada
tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,
intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku
dengan sihatnya tanpa disedari.
Dari faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.
Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan
mereka perlu difahami supaya guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti
yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
xi)

Maklumat Sokongan

Berikut adalah contoh beberapa lukisan yang dihasilkan oleh murid dan ulasan tentang
lukisan tersebut :
1)

10

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

Biasanya murid akan mewarnani rumah Melayu yang diperbuat daripada papan dengan
warna coklat sahaja. Tetapi pelajar ini telah menunjukkan kekreatifan dan keberaniannya
dalam bermain dengan warna. Tingkap dan pintu rumah idamannya dicatkan dengan
warna yang cerah dan menarik serta dihiasi dengan corak yang cantik. Budak Melayu
yang berdiri di tepi pokok dengan wajah yang riang menandakan kepuasan dan
kebanggaannya dalam membina rumah idamanya yang cantik dan menarik selain dari
objek-objek sampingan seperti pokok yang berbuah, bunga, awan dan matahari.
2)

Objek-objek seperti rumah, pokok dan rumput yang hijau, pokok bunga, awan dan
matahari merupakan objek-objek yang tidak dapat dipisahkan dari kotak imaginasi
kanak-kanak. Dari sini, jelaslah kehidupan kanak-kanak adalah terlalu akrab dengan
objek-objek tersebut membuat corak inspirasi, imaginasi dan kreativiti mereka juga turut
cenderung ke arah itu. Murid tersebut telah menggambarkan sebuah rumah yang cantik,
persekitaran yang menghijau dan nyaman serta sekeluarga yang bahagia sebagai
hasratnya dalam memenuhi konsep Rumah Idamanku.

11

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

x)

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bidang seni lukis perlu diperkenalkan agar dapat

meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia sejak di bangku


sekolah lagi. Nilai-nilai kesenian perlu diserapkan sejak kecil lagi kepada kanak-kanak
kerana secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif
pada masa akan datang. Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal
juga dapat megembangkan bakat. Menerusi idea dan imiginasi kanak-kanak dapat
menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jika
diberi perhatian ia dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana
proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai
estetika. Lukisan merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang
terdapat di sekeliling mereka. Jika mata pelajaran ini

diajar dengan baik, ia dapat

merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang
memberi kesan kepada mereka. Dengan itu ia membolehkan kanak-kanak menyentuh,
merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman
terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan
pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di
dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu,
kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.

12

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

4.0

PENUTUP
Secara kesimpulannya, Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pengajaran Seni Dalam
Pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru
tersebut dapat merangsang kea rah pembelajaran yang berkesan. Disamping dapat
menggalakkan murid bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Dalam aspek budaya
jelaslah, Kurikulum Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberikan sumbangan
yang menggalakkan berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas.
Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum haruslah dikuasai dan
dilaksanakan. Kesemua bidang seni kreatif iaitu seni lukis, muzik, tarian, drama dan
kraftangan perlu diintegrasikan kerana mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman murid
dengan tajuk-tajuk yang diajara.

13

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN

Buku :
1. Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan
Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim,
UPSI.
2. Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Abdul Shukor Hashim et.al. (2011). Perkembangan Seni kanak-kanak. Selangor,
Meteor Sdn Bhd.
4. Seni dalam Pendidikan ( HBEF 1403) Open University Malaysia

Internet :
1. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperolehi pada Jun 2, 2015 daripada
http://www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-DalamDalam2. Peranan Seni dalam Pendidikan (2008). Diperolehi pada Jun 10, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/...peranan-seni-dalam-pendidikan - United States
3. http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20OF%20ARTS
%20DISCOURSE/JOURNAL_5%20PDF/LUKISAN%20SBG%20MEDIA
%20EKSPRESI.pdf. Diperolehi pada Jun 20, 2015.
14

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

15

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

16

HBEF1403-SENI DALAM PENDIDIKAN

17

Anda mungkin juga menyukai