Anda di halaman 1dari 12

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan

pembelajaran dan pengajaran dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu


menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan
web global secara dalam talian. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran atau lebih khususnya e-Pembelajaran
menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep
pembelajaran sedemikian yang tertumpukan pelajar melalui teknologi e-Pembelajaran
dijangka melahirkan siswazah yang lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta
boleh bersaing di persada antarabangsa.
Dalam mengharungi arus transformasi pendidikan ini, salah satu inisiatif awal Projek
Agenda Kritikal (CAP) e-Pembelajaran ialah menggubal Dasar e-Pembelajaran Negara
(DePAN) untuk menyediakan satu kerangka e-Pembelajaran berkualiti yang sesuai
dengan konsep 1Malaysia dan Model Baharu Ekonomi. Dasar e-Pembelajaran ini juga
mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Agenda
Inovasi Malaysia (AIM). Salah satu daripada lima teras strategik yang digariskan dalam
RMKe-10 ialah membangun modal insan bertaraf dunia dengan memberi tumpuan
kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perkhidmatan pendidikan.
Dasar e-Pembelajaran IPT digubal oleh Pasukan Projek CAP e-Pembelajaran bertujuan
untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti pada semua peringkat IPT serta memberi
akses yang saksama dan adil kepada rakyat jelata. Ini adalah selari dengan keperluan
bidang kritikal e-pendidikan yang dikemukakan oleh National IT Council (NITC, 2010).
Dasar dan kerangka e-Pembelajaran telah juga mengambil perhatian dan keperluan
Program Transformasi Ekonomi (ETP) di mana lebih 60% dari Entry Point Project
(EPP) menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat. Keperluan ini lebih ketara
akibat proses globalisasi yang dibawa oleh teknologi komunikasi dan Internet terkini.
e-Pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan dan ini dapat diterjemahkan kepada
beberapa objektif seperti berikut:
Membangunkan satu repositori dan direktori bahan pembelajaran digital yang
boleh diguna pakai oleh semua IPT sekali gus membangunkan budaya berkongsi
sumber e-Pembelajaran dan e-Kandungan;
Membudayakan e-Pembelajaran di IPT untuk membina komuniti pengamal ePembelajaran dan penjana e-Kandungan tulen;
Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra e-Pembelajaran;
Menghasilkan pelbagai e-Kandungan bagi mengukuh pembelajaran dan instruksi;
Meningkatkan kemahiran staf, pelajar dan pihak berkepentingan melalui ePembelajaran; dan
Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan dalam pedagogi dan teknologi ePembelajaran.

Muka surat 1/11

INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN:
CIRI-CIRI DAN APLIKASINYA
Saharani bt. Abdullah
Nazila bt. Abdullah
Siti Rafidah bt. Bachok
R.Kalyani
Kertas kerja ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagai
media pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran komputer dalam
pendidikan telah mengubah corak pemb
elajaran dan pengajaran tradisi
kepada corak yang lebih moden. Pe
nggunaan komputer menerusi talian
internet menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang
menguntungkan pelajar dan juga pe
ndidik dan telah menarik ramai
pengguna untuk mencubanya. Ciri-ciri dan keistimewaan internet
sebagai media pengajaran yang berkes
an, efektif, fleksibel dan menarik
menjadi sebab mengapa ia perlu diaplikasikan dalam sistem
pendidikan
kini. Kertas kerja ini juga mema
parkan bukti-bukti pengaplikasian
internet sebagai media pengajaran
dan pembelajaran. Kesimpulan yang
mempertikaikan kebergunaan sepenuhnya internet dalam pengajaran
dan pembelajaran telah diketeng
ahkan berdasarkan isu-isu yang
menjurus kepada ketidaksesuaiannya dari segi rekabentuk kepada
pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah.
Katakunci : Internet, Media Penga
jaran, Penggunaan, Ciri-Ciri,
Aplikasi, Kebergunaan
1.0
PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat yang
begitu pesat menyebabkan institusi
pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan
komputer di semua pusat pengajian
bermula di peringkat rendah hingga ke peri
ngkat yang lebih tinggi.
Terdapat pelbagai
media pengajaran yang boleh digunakan pada ma
sa kini. Antaranya ia
lah alat tayangan,
audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks,

menggunakan
media elektronik yang lebih sofistikated se
perti slaid, filem,
video dan komputer.
Perkembangan teknologi telah mengubah corak
pengajaran dan pembelajaran daripada
tradisi kepada kaedah yang le
bih sofistikated dan moden.
Media yang paling popular dewasa ini ia
lah penggunaan komputer atas talian
(internet). Beberapa faktor menyumb
ang kepada kepopularan ini termasuk
kesediaannya secara percuma untuk semua la
pisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri
internet yang boleh dimanfaatkan un
tuk pengajaran dan pembelajaran.
Telah terbukti bahawa usaha kearah pe
ngaplikasian internet sebagai media
pengajaran dan pembelajaran sedang giat d
ilakukan oleh semua pihak diseluruh dunia.
Muka surat 2/11

Malaysia juga tidak ketingalan. Lamanlaman web banyak dibina dan disenggara
untuk tujuan, walau kadangkala tidak secara langsung, pengajaran
dan
pembelajaran.
Kertas kerja ini memaparkan dalam teks
utamanya ciri-cir
i internet yang
membolehkan ia dianggap sebagai medi
a pengajaran dan pembelajaran dan
memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di da
lam sektor pendidikan. Teks utama ini
diikuti dengan perbincangan mengenai isuisu kebergunaan ciri
-ciri ini yang boleh
menyebabkan permasalahan kepada pengaplikas
ian internet sebaga
i media pengajaran
dan pembelajaran. Dari perbincangan yang di
bentangkan ternyata bahawa kebergunaan
internet sebagai media pengajaran dan pe
mbelajaran masih boleh dipertikaikan.
2.0
DEFINISI MEDI
A DAN INTERNET

Media adalah saluran komunikasi yang di


ambil dari perkataan Latin bermaksud
di antara. Perkataan ini merujuk kepada maklumat antara sumber
dan penerima.
Contoh media termasuklah slide, video, gamb
arajah, bahan bercetak dan komputer.
Bahan-bahan ini juga dipanggil instructiona
l media di mana ia membawa mesej yang
bertujuan untuk memudahkan komunikas
i dan meningkatkan pembelajaran.
Kassim Abbas (1989), mendefinisikan me
dia pendidikan seba
gai segala jenis
dan bentuk sumber / bahan yang digunakan
dalam bidang pendidikan untuk membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan
media pendidikan
kepada dua kategori iaitu media pendidika
n bercetak dan media pendidikan bukan
bercetak. Media pendidikan bercetak te
rmasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal,
risalah dan sebagainya manakala media pe
ndidikan bukan bercetak termasuklah semua
jenis alat projektor, sist
em audio, video, transparensi
, komputer dan sebagainya.
Mengikut Ismail (2002) media dalam kont
eks pengajaran dan pembelajaran
dikait rapatkan dengan komputer dan ICT.
Media berbantukan komputer ialah dengan
menggunakan perkakasan dan peralatan komputer secara terus
samada melalui perisian
persembahan elektronik seperti
powerpoint
atau penggunaan CD-ROM
atau secara atas
talian melalui internet. Sementara mod tid
ak berbantukan komputer ialah menggunakan
bahan-bahan yang dihasilkan berasaskan
perkakasan komputer tetapi mod
penyampaiannya tidak dibantu peralata
n komputer contohnya menggunakan helaian
transparensi menggunakan cetakan komputer at
au melalui edaran lembaran kerja atau
hand-out samada berbentuk grafik atau te
ks yang diambil daripada internet, CD-ROM

atau perisian aplikasi seperti


powerpoint atau words.
Internet merupakan jaringan globa
l yang menghubungkan dengan beribu bahkan
berjuta jaringan komputer (local/wide ar
ea network) ajaran dan medan komputer
peribadi (stand alone), yang memungki
nkan setiap komputer yang terhubung
dengannya boleh melakukan komunikasi dianta
ra satu sama la
in (Brace, 1997).
Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi
atau institusi kerana tiada satu pihak
pun yang mengatur dan memilikinya.
Muka surat 3/11

Brace juga menyebutkan Internet seba


gai suatu "kesepakatan", kerana
untuk membolehkan hubungan dan ber
komunikasi setiap komputer harus
menggunakan protokol piawai ia
itu TCP/IP ( Transmission
Control Protocol/Internet
Protocol) yang disetujui bersama. Dengan ka
ta lain walaupun suatu komputer terhubung
ke dalam jaringan Internet, tetapi kalau
ia tidak menggunakan komunikasi pengiriman
dan penerimaan yang piawai telah disetuju
i tersebut, maka kom
unikasi tidak boleh
dilaksanakan.
3.0
APLIKASI DAN CIRI-CIRI INTERNET SEBAGAI MEDIA
PENGAJARAN
Terdapat berbagai-bagai kemudahan ap
likasi internet yang mampu memberikan
sokongan keperluan yang tidak terhingga
kepada para pendidik. Zawawi (1999)
menyenaraikan enam kemudahan inte
rnet yang utama yang boleh menyokong
keperluan pendidikan masakini iaitu
Email
(Mel Eletronik),
Laman Web
(WWW),
Internet Relay Chat
(IRC),

Telnet
, Kumpulan Diskusi dan Berita (
News group
),
File
Transfer Protocal
(FTP) dan Telesidang Video (
Video Conferencing
)
3.1 Mel Elektronik (E-mail)
Mel eletronik adalah satu perkhidmat
an komunikasi melalui internet. Mel
elektronik biasanya bentuk teks. Tetapi ia ju
ga boleh melibatkan imej grafik dan suara
(voice mail). Setiap pesanan yang dihantar,
akan melibatkan kos yang amat minimum.
Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-b
ila masa dan dihantar
dari rumah atau
pejabat dan akan sampai kepada peneri
ma dalam masa yang singkat. Penghantaran
maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada da
ri seorang ke seorang atau dari seorang
kepada ramai, iaitu sekumpulan penerima secara serentak.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan email
ialah berkomunikasi secara dalaman dan luar
an sesama guru, ibu-bapa, pelajar dan
pihak jabatan serta kementerian, mendapatk
an khidmat nasihat pakar dan bantuan
teknikal, berkongsi dan bertukar pendapa
t berhubung dengan proses pengajaran dan
pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kr
eatif dan inovatif, latihan dan penilaian,
bahan bantu mengajar dan sebagainya dan
menghubungi agensi pusat dan swasta serta
institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di
gunakan
khususnya dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul (Zulkifli, 1998).
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh
pelajar melalui email ialah berkongsi
menjalankan sesuatu projek dengan pelajar
di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan
rakan dari kalangan berbagai budaya dan la

tarbelakang negara mengenai berbagai isu


semasa, mengalakkan perkembangan bahasa
terutama bahasa Inggeris melalui
komunikasi dengan rakan pena di luar ne
gara, dan memperolehi bahan dan teknik di
dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "
on-line
".
Muka surat 4/11

Seorang guru atau pensyarah boleh me


nerima dan memeriksa hasil tugasan
pelajarnya melalui kemudahan e-mail.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap
penggunaan mel eletronik dan penerokaan makl
umat di kalangan para pelajar sekolah
rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara
kumpulan
(cooperative learning), para pelajar juga se
makin mesra dengan alat teknologi ini dan
sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam ya
ng baru ditemui' (virtual reality). Kang
(1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan akti
viti mel eletronik ke atas sikap pelajar
terhadap internet telah menda
pati bahawa para pelajar amat
kagum dan tertarik kepada
internet.
Zoraini (1996) menambah aktiviti-aktiviti
seperti di atas akan memberi banyak
faedah kepada para pelajar.
Ini termasuk pelajar lebih peka
terhadap isu semasa dunia,
dapat membiasakan diri dengan aplikasi kom
puter, berpeluang menjalankan aktiviti
kumpulan dan dapat meningkatkan kemahi
ran berfikir, kemahiran bahasa atau
kemahiran berkomunikasi.
3.2 Laman Web ( World Wide Web)
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian
daripada internet dan merupakan
satu koleksi besar dokumen yang dikena
li sebagai halaman web (TMB, 1998,
Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang
menjadikan internet lebih
menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat
mengaksesnya. Dengan

lebih 50 juta tapak halaman web dan de


ngan pertumbuhan 10 peratus setiap hari,
halaman web merupakan sumber maklumat
tak terhingga kandungannya
. Para pendidik
boleh mendapatkan kandungan teks penuh, arti
kel, rancangan pengajaran dan lain-lain
bahan pengajaran pembelajaran seperti ma
klumat mengenai projek-projek yang boleh
dijalankan oleh pelajar, pendidikan kei
bu-bapaan dan maklumat kesihatan serta
bermacam-macam. Laman (
http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html
) contohnya
menghuraikan cara-cara menggunakan Wo
rld Wide Web khususnya dalam
mereformasikan kurikulum. Crumlish (
1996) mencadangkan supaya WWW dalam
pendidikan dugunakan sebagai tutor, pusat se
baran dan penerbitan, medan perbincangan
(forum), dan pemandu (search engine).
3.3
Internet Relay Chat
Internet Relay Chat (IRC) biasanya me
rujuk kepada sekumpulan orang berbual
sesama sendiri dengan menggunakan papan kekunc
i. Walau bagaimanapun pada hari ini
sudah terdapat perisian yang membolehkan ko
munikasi secara audi
o dan visual dengan
bantuan beberapa alatan tambahan. Komuni
kasi seperti ini sering disebut sebagai
telesidang (video conferenci
ng). IRC menyediakan berbagai
-bagai tajuk perbualan dan
pengguna-pengguna di seluruh dunia
berbincang tentang berbagai
tajuk tersebut secara
serentak.
IRC berasaskan model pelayan pelangga
n dimana perisian pelanggan dan
pelayan diperlukan untuk melihatnya. Antara
perisian yang terkenal ialah mIRC
(http://www.mirc.com ), ne
tmeeting, ICQ ( http://www.mirabilis.com ). Perisian
pelanggan IRC akan berkomunikasi dengan

pelayan IRC dalam Internet. Pengguna log


Muka surat 5/11

masuk pelayan dengan menggunakan perisian


pelanggan dan kemudian pilihlah
saluran yang diminati. Melalui kemudaha
n yang disediakan oleh beberapa web
server (contohnya Xoom http://www.xoom.com ) , pengguna
berpeluang membina
ruang perbualan sendiri. Ruang-ruang per
bualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan
sebagai bilik mesyuarat siber.
3.4
Telnet
Telnet ialah kemudahan menggunakan kom
puter yang berlokasi di benua lain,
seolah-olah sama seperti menggunakan komputer yang ditempatkan
dalam sebuah
bangunan yang sama. Ia menggunakan protokol
piawai bagi membolehkan seseorang
pengguna komputer membuat sambungan ke
pada komputer lain. Bagi menggunakan
telnet, pengguna hanya perlu melaksanakan
atur cara yang dinamakan telnet di
komputer sendiri dan beliau akan disambungka
n kepada komputer yang dikehendakki.
Sebaik sahaja sambungan dibuat, telnet bert
indak sebagai agen pertengahan di antara
kedua-duanya. Dengan itu semua yang di
taip menggunakan papan kekunci akan
dihantar kepada komputer yang dihubungi ma
nakala semua yang
dipaparkan oleh
komputer yang dihubungi itu akan dipapark
an di skrin di hadapan pengguna.
3.5 Kumpulan berita dan diskusi
Internet menyediakan pent
as-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek.
Kumpulan berita dan diskusi secara asas
nya adalah aplikasi dan lanjutan kepada
penggunaan e-mail secara berkesan. Komu
niti-komuniti yang terbentuk secara
elektronik yang mempunyai minat yang sama
membolehkan ahli-ahli yang menyertai
kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan memb
antu di antara satu sama lain tanpa
batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-r

ibu kumpulan diskusi yang boleh disertai


oleh pendidik mengikut minat mereka. Se
baagai contoh senarai kumpulan diskusi
eletronik dalam pendidikan
boleh didapati dari laman
http://k12.cnidr.org:90/list.html
Pangkalan data amat popular dikalangan
pendidik dari semua peringkat. Ia
membekalkan data-data soal-selidik, artike
l-artikel, rancangan pengajaran, ujian dan
lain-lain. Contoh pengkalan da
ta yang terdapat di internet ialah ERIC dan Test
Collection yang disenggara di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula
Universiti Teknologi
Malaysia dan universiti-univers
iti tempatan yang lain juga
menyediakan katalog bagi
berbagai-bagai dokumen elektronik.
3.6 Pemindahan Fail ( FTP )
Menerusi internet, segala fail sama ad
a dalam bentuk teks,
grafik, audio atau
video amat mudah untuk dipi
ndahkan dari satu komputer
kepada komputer yang lain
dengan menggunakan "File Transfer Protocol
(FTP)". Segala bahan pembelajaran yang
terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan)
boleh dipindahkan
ke dalam komputer kita di rumah atau di
sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan.
Muka surat 6/11

Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (
download
) sama
ada secara percuma ataupun berbayar.
Kita juga boleh memuatkan kembali
(
upload
) segala fail ke dalam sesuatu server un
tuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh
orang lain, terutama para pendidik da
n pelajar di seluruh dunia. Semuanya
menggunakan kemudahan FTP.
3.7
Telesidang Video

Telesidang adalah sistem penyampaian


elektronik yang melibatkan komunikasi
dua hala antara dua atau lebih pusat te
lesidang secara langsung. Telesidang video ini
juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidika
n Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan
menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemp
utan, tutorial, tunj
ukcara, mesyuarat,
perdebatan, persidangan, pembentangan ka
jian, viva, temuduga dan juga bimbingan
kaunseling. Menurut J.Maki
(2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan
banyak masalah pembelajaran di kalangan
pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan
dan latihan yang
rapi malah latihan dan percubaan perl
u dijalankan sebelu
m menggunakan bahan
sokongan media ini.
Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini
adalah di antara jenis yang sesuai
diaplikasi dalam sistem Pendidikan sese
buah negara yang membangun yang berteraskan
teknologi maklumat dan komunikasi sepert
i yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001)
dan Singapura (Hu. Chun, 2001)
4.0 APLIKASI INTERNET SEBA
GAI MEDIA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Internet telah digunakan sebagai sumb
er untuk penyediaan pelbagai bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan proses penga
jaran dan pembelajaran. Ia juga telah
digunakan sebagai sebuah saluran komunika
si antara guru dengan guru lain, guru
dengan murid, guru dengan ibubapa, atau muri
d dengan murid lain. Berikut adalah
beberapa kategori aplikasi internet
dan lokasinya yang telah dibangunkan
sebahagiannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
4.1
Projek
Projek ialah aktiviti pembelajaran secar
a individu atau kumpulan yang banyak

dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disia


pkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu
projek boleh merangkumi beberapa konsep dan
kemahiran yang telah dipelajari. Projek
berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke
dalam pelajaran yang bi
asa diajar di dalam
kelas. Kenal pasti terlebih dahulu objektif ya
ng perlu dicapai di dalam kelas. Kemudian
fikirkan cara Internet boleh digunakan de
ngan berkesan. Kemudi
an, cari bahan yang
sesuai dan rancangkan langkah-langkah ya
ng diperlukan untuk melaksanakan serta
menjayakan projek tersebut.
Terdapat beberapa projek yang telah
dan boleh dijalankan oleh para guru
berasaskan kepada Internet
. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan
tersebut ialah
http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html
,

Anda mungkin juga menyukai