Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Televisyen

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk
leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk
membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, meraka sering
menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan
mereka di rumah dan sebagainya.

Setelah aku dan rakan-rakan ku selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah
kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke
sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di
kedai tersebut.

Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang
bertanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau
bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku lebih mahal berbanding
dengan televisyen-televisyen yang lain.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat berminat untuk
memiliki aku apabila dia cuba tawar-menawar harga ku dengan tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju
membeli ku dengan harga RM3600.00.

Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang
tamu rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari
hari itu, aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa
sangat penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan mereka.
Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu itu hujan dan kilat sambar-menyambar.
Aku berasa sedih kerana mereka tidak memperdulikan akan keselamatan diri ku.

Akhirnya semasa mereka menonton ku pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba
akibat disambar petir. Aku tidak boleh dibaiki lagi kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya
aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walaupun begitu, aku tetap berasa bangga kerana
dapat juga aku membuat bakti semasa hidup ku.

Anda mungkin juga menyukai