Anda di halaman 1dari 5

Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.

*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit


*Mencuci tangan -sabun
*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran
*Memastikan kebersihan -belas -air bersih
*Menutup makanan -lalat

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang yang bersih tidak akan terdedah
dengan kekotoran penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.

Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun


yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya
tangan kita menjadi benar-benar bersih.

Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan dan sebagainya mestilah dibasuh
terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang
tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita.

Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita. Oleh
itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.

Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang tertutup. Ini untuk
menghalang serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan
kita.

Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga
kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.
Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang
yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke
sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan
lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang
tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana
aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman
permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai
pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada
tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya
setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di
badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan
di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku
sebagai sebuah basikal.

Aku Seutas Rantai

Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat
cantik dan berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku
menemui kawan-kawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku
berasa sungguh bangga.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan
aku ke lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki
aku.
Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus
dua. Wanita itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang
anggota polis di situ. Dia pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.
Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai
emas. Dia menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.
Hidup aku tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan
dileburkan oleh tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.

Aku Sekaki Payung

Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan
plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah.
Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur
sebulan, seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak
rakan aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang
berwarna biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan
kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka
ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan
untuk berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan
kaki ke sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan
seorang wanita. “Tolong! Tolong!” rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah
merampas tas tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk
mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.
Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu
menangkap pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu
kepada polis. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada tuanku.
Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap
pemuda itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku.
Aku berharap peristiwa itu jadi pedoman.

Aku Sebiji Bola


Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasanperindustrian di Pulau
Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah.
Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan
aku.Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut
aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang dan di kawasan lapang.
Aku diberikan nama ´Puma. Badanku berwarna hitam dan merah.Setelah
aku dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Sungai Petani bersama-sama
rakanku yang lain. Di kedai, aku dipamerkan. Aku dijual denganharga
RM399.00. Seorang budak lelaki sangat berminat kepada akuk.Dia telah
meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah dibeli dan dibawa pulang
ke rumah. Nama tuan baharuku ialah Amjad. Dia bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Seri Permata.
Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana,Amjad dan rakan-
rakannya menendang aku ke sana dan ke mari. Badakku terasa sakit apabila
ditendang, ditanduk, dan dilambung. Digawang gol, aku selalu ditangkap oleh
penjaga gol.
Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan akumenyimpan aku di
dalam stor. Setelah berbulan-bulang aku berehat didalam stor itu, tiba-tiba
suatu hari ibu bapa tuan aku mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan
aku ke timbunan sampah kerana akutidak digunakan lagi.
Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budak yang
ingin bermain bola. Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badan
terasa bertambah sakit. Akhirnya, setelah badanku koyak dan perutku tidak
boleh kembung lagi, aku pun dibuang. Berakhirlah riwayat hidupku sebagai sebiji
bola.
Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Petaling Jaya. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku
paling digemari oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Setelah siap
dibungkus, aku dan kawan-kawan ku dihantar ke Pahang dengan sebuah lori.
Apabila sampai di Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah
kedai menjual kasut yang terkenal diKuantan. Di sini aku berkenalan dengan kawan-
kawan baru seperti Puma, Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM29.90.
Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dan
tawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku
berasa gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan
baruku ini seoarang cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai
untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-
kawan yang lain.
Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku
di luar. Semasa aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari,
tiba-tiba badanku koyak. Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku
dibiarkan di atas padang selepas mereka berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas
sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur. Tuan aku tidak ingat
kepada diriku lagi.
Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut. Pada
waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat
seperti dulu. Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.

Anda mungkin juga menyukai