Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI Pengenalan : Karangan autobiografi ialah karangan tentang riwayat benda hidup dan benda tidak bernyawa.

Contohnya bunga, payung, komputer, burung dan sebagainya. Anda perlu membayangkan diri anda sebagai benda atau haiwan yang anda tulis. Cerita yang ditulis perlulah logik bagi haiwan atau benda itu. Karangan ini memerlukan daya hayalan yang tinggi dan dapat menerangkan situasi tertentu dengan jelas dan berkesan. Autobiografi bermaksud riwayat hidup yang ditulis sendiri, manakala biografi pula merupakan riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain.Biografi kurang popular berbanding dengan autobiografi *Bagi karangan autobiografi,murid boleh menulis apa-apa sahaja sama ada benda itu bernyawa atau tidak, tetapi cara penulisanya tergambar kepada pembaca (pemeriksa) seolah-olah hidup. *Murid perlu menulis tempat sesuatu barang itu dibuat, bahan-bahan yang diperlukan sewaktu membuat barang itu,keadaan diri apabila siap untuk dipasarkan (bagi barang untuk jualan), dibeli, digunakan hingga barang itu tidak digunakan lagi.Gambarkan perasaan bangga kerana dapat berkhidmat kepada manusia. *Cerita perlu logik dan menyakinkan.Dalam penulisan,murid perlu menekankan nilai-nilai murni yang boleh diteladani , seperti hormat-menghormati bekerjasma, samangat patriotik, kasih sayang dan kebersihan. *Penggunaan dialog yang tidak keterlaluan boleh diterima untuk menwujudkan kelainan dari segi penyampaian *Murid boleh menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi penggunaanya biarlah terkawal. *Karangan perlu mempunyai pedahuluan,empat idea, dan penutup. Untuk memudahkan pemahaman, peta minda dalam karangan jenis ini diberi enam bahagian, tetapi idea berdasrkan bahagian kedua hingga kelima. *Cerita tidak semestinya berakhir dengan kematian atau tragedi, tetapi yang penting murid sudah menceritakan secara lengkap sejak kelahiranya. Autobiografi-Aku Sebatang Pen Aku sebatang pen. Bentuk badanku bulat dan panjang. Nama aku ialah Charlie. Negara asal aku ialah Perancis. Aku dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis. Ramai pelanggan yang datang melihat aku. Mereka memuji kecantikan badan aku. Tetapi tiada seorang pun yang mahu membeli aku. Barangkali kerana darahku yang berwarna merah.

Pada suatu hari, seorang wanita membelek aku. Wanita itu terus memberi aku setelah cuba menulis menggunakan darahku. Aku berasa gembira sekali. Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas meja. Wanita itu mengeluarkan beberapa keping buku dari dalam lacinya. Rupa-rupanya tuan aku seorang guru. Aku digunakan untuk memeriksa buku murid-muridnya. Tiba-tiba, aku terlepas daripada tangannya kerana tuan aku terkejut apabila telefon berdering. Aku terjatuh ke lantai. Aku berasa sakit sekali. Tuan aku tidak menghiraukan aku lalu menjawab telefonnya. Selepas selesai berborak, tuan aku mengambil aku untuk menyambung semula kerjanya. Tetapi apabila mataku menyentuh buku, sakitnya tidak terhingga. Rupa-rupanya badanku telah pecah dan darahku mengalir tidak berhenti. Tuan aku membebel keseorangan diri dan terus mencampak aku ke dalam tong sampah. Aku berasa sangat sedih kerana cuma berkhidmat dalam masa yang singkat sahaja. Autobiografi-Aku sebuah Jam Aku sebuah jam. Mataku cuma bilah tajam penunjuk angka. Aku terpaksa melakukan pekerjaan ini dengan niat yang jujur dan hati yang ikhlas. Segala kesilapanku akan mendatangkan padah nasibku. Aku tetap ingin hidup sampai bila-bila, sampai melebihi usia dunia dan kehendak manusia. Aku hanya terpaksa memberanikan diri untuk hidup mendiamkan diri apabila manusia sudah lupa mengunci nyawa dan hatiku. Sarafku terikat pada denyut nadi yang tersimpan di celah kuasa bateri dan elektrik.aku lebih senang hidup begini, menjadi penunjuk kepada manusia daripada mengikut telunjuk manusia. Aku boleh disembunyikan tetapi aku tidak dapat menyembunyikan dunia ini dengan nyanyian tik tok, tik tok, tik tok. Disiplin sentiasa mengajar aku berjalan dengan tertib, teratur, tepat dan sempurna. Sebagai makhluk kehidupan, keinginanku menjadi setia, menjadi teman kepada penghuni dunia. Meskipun kesilapanku cuma waktu yang terlanjur dan tidak tepat. Aku tetap aku yang tidak jemu-jemu memuntahkan denyut waktu di bumi ini. Dunia semakin sesak. Aku diberi kepercayaan sepenuhnya oleh manusia. Namun, manusia yang susah benci akan kehidupan membentuk waktu yang membazir.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik. Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga. Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula. Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Autobiografi: Aku Sehelai Baju Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Autobiografi: Aku Sebatang Pokok Kelapa Aku sebatang pokok kelapa. Aku ditanam oleh nelayan di tepi laut. Badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat. Ketika kecil lagi, aku dipagari agar tidak dimakan oleh lembu dan kambing. Pada musim kemarau baru aku disiram. Aku dibaja sebulan sekali supaya cepat membesar. 3

Apabila besar aku amat berguna kepada manusia. Tuan aku memetik buah aku kerana air aku boleh diminum dan dijadikan ubat batuk. Lidi aku pula dapat dijadikan penyapu dan pencucuk sate. Daun aku dapat dijadikan sarung ketupat dan barang-barang kraf tangan. Penduduk kampung nelayan tuan aku menggunakan tempurung aku untuk membuat tabung duit dan senduk. Isteri tuan aku menggunakan sabut aku untuk membuat berus dan penyapu. Isi aku boleh dimakan dan dibuat kek dan kuih-muih. Pada suatu hari, tuan aku menebang aku kerana aku sudah tua. Aku pun tumbang. Aku berasa susah hati. Walau bagaimanapun, aku masih berasa bangga kerana batang aku masih boleh dijadikan titi untuk penduduk kampung. Begitulah akhirnya hayat aku.

Karangan biografi Pak Mat Nelayan Yang Rajin Pak Mat seorang yang rajin. Dia tinggal di Kampung Kukup, Pontian. Rumahnya di tepi laut. Pak Mat belajar di Sekolah Kebangsaan Kukup semasa kecil. Dia belajar hingga tahun empat sahaja. Dia bekerja sebagai nelayan hampir tiga puluh tahun. Sejak dia berhenti sekolah, Pak Mat menolong bapanya menangkap ikan di laut. Hidup keluarganya susah bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pak Mat cuba membaiki kehidupan keluarganya. Dia memohon pinjaman daripada kerajaan untuk membeli peralatan moden dan bot baru. Dengan adanya bot baru dia dapat menangkap ikan lebih jauh lagi. Dia juga memperolehi tangkapan yang banyak dengan menggunakan peralatan moden. Sekarang kehidupannya telah berubah. Dia ada tiga orang pekerja yang menolongnya. Hasil tangkapannya dijual secara borong kepada pemborong. Cita-cita Pak Mat hendak membesarkan lagi perusahaannya. Dia bekerja dengan rajin dan berjimat-cermat. Pak Mat yakin dengan cara ini dia akan berjaya akhirnya.

Karangan biografi-Guru Yang Paling Dikagumi Di sekolahku terdapat seorang guru yang saya kagumi. Nama beliau Cikgu Zabri Zabidi. Beliau berumur 34 tahun dan sudah pun berumah tangga dan mempunyai dua orang anak. Beliau berpengalaman mengajar selama 12 tahun. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Cikgu zabri merupakan guru kelas Tahun 6 Amanah dan juga mengajar di Tahun 5 Dedikasi.

Cikgu Zabri begitu disenangi oleh guru-guru dan murid-murid yang lain. Hal ini kerana sikapnya yang penyayang, mudah mesra dan baik hati. Beliau selalu mengambil berat tentang masalah muridmuridnya sama ada berkaitan pelajaran atau pun kebajikan mereka. Selama berkhidmat di sekolah ini banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau. Antaranya setiap kali peperiksaan UPSR ramai anak muridnya yang berjaya mendapat 5A dan seterusnya mendapat pelajaran di sekolah sekolah dan terbukti berjaya apabila menjadi johan daerah selama 3 tahun berturut-turut. Cikgu Zabri mempunyai hobi yang mendalam terhadap bidang komputer. Beliau sering menggunakan komputer ribanya apabila ada waktu terluang. Cikgu Zabri juga mempunyai kegemaran melukis. Banyak mural di sekolah yang telah dilukis oleh beliau. Aku berharap Cikgu Zabri akan terus mendidik anak bangsanya tanpa jemu. Aku juga berdoa beliau akan dalam hidupnya turut menyimpan hasrat untuk mengikut jejak langkah beliau pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai