Anda di halaman 1dari 63

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL JABATAN PERDANA MENTERI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BUKU PANDUAN KELAB RUKUN NEGARA

KANDUNGAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Prinsip-Prinsip Rukun Negara Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara Pendahuluan Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara Modus Operandi Kelab Rukun Negara Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara Sumber Kewangan Kesimpulan Peraturan Kelab Rukun Negara 10.1 10.2 10.3 Pendahuluan Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara Peraturan

11.

Lampiran B -

Aktiviti Kelab Rukun Negara

12.

Lampiran C -

Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara

Rukun Negara
Pengisytiharan
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Lima Prinsip Rukun Negara


Lima Prinsip Rukun Negara Harus Menjadi Cara Hidup Kita Bukan Sekadar Ikrar Sahaja Sekali Sekala Dibaca Semata Lima Prinsip Rukun Negara Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa Chorus: Amalkanlah Rukun Negara Dalam Hidup Harian Kita Tanpa Mengira Tua Muda Mengekalkan Warisan Kita Lima Prinsip Rukun Negara Telah Menjadi Teras Perpaduan Membentuk Satu Negara Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa Lima Prinsip Rukun Negara Ikrar: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan Itulah Lima Prinsip Rukun Negara
4

Lagu Ciptaan Lirik Oleh

: Dato Wah Idris : Dato Cosmas J. Abah Dato Azman Amin Hassan

1.

PENDAHULUAN

1.1

Peristiwa

rusuhan

kaum/etnik

pada

13

Mei

1969

telah

mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk

mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat.

1.2

Berikutan

dengan

peristiwa

itu

juga,

MAGERAN

telah

menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah PeraturanPeraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. 6

1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid-murid mengenai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolahsekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004.

2.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1

Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun

Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya mereka benar-benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian.

2.2

Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7

17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

2.3

Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana untuk Menteri (JPNIN, JPM) telah erat

dipertanggungjawabkan

mewujudkan

kerjasama

dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3.

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

3.1 3.2

Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara; Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

3.3

Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan

3.4

Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. 8

4.

MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah adalah seperti berikut:-

JABATAN

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN / PELAKSANAAN Garis Panduan Cadangan aktiviti Kepegawaian / Fasilitator Bahan cetak Promosi Kewangan Pemantauan Pelaporan

1. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Ketua Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

JABATAN

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN / PELAKSANAAN Garis Panduan Cadangan aktiviti Kepegawaian / Fasilitator Bahan cetak Promosi Kewangan Pemantauan Pelaporan

2. Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Sekolah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

3. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri /Jabatan Pelajaran Negeri

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pengarah Pelajaran Negeri

Arahan Kewangan Cadangan dan pelaksanaan aktiviti Pemantauan Pelaporan

4. Pejabat Perpaduan Daerah /Bahagian/ Pejabat Pelajaran Daerah/ Bahagian

Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

Pelaporan Penyelarasan

10

JABATAN

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN / PELAKSANAAN Penubuhan kelab Pelaksanaan aktiviti Pemantauan Pelaporan Sumber Kewangan

5. Sekolah

Pengetua/Guru Besar Guru Penasihat

11

5.

PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA 5.1 Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pengukuhan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada dan

pengetahuan,

pemahaman,

penghayatan

pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:

* * * * *

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

5.2

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran B.

5.3

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas, dari semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan, 12

mantap

dan

relevan

dengan

situasi

semasa.

Selain

itu,

Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilainilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.

6.

SUMBER KEWANGAN

6.1

Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan kokurikulum sedia ada);

6.2

Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

6.3 6.4

Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah; Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-

pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; 6.5 Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan 6.6 Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

7.

KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa 13

ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA

1.

PENDAHULUAN

1.1

Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua sekolah rendah dan menengah.

1.2

Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

1.3

Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2.

PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1

Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing-masing.

2.2

Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masingmasing.

15

2.3

Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

2.4

Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

2.5

Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut:-

i) ii) iii) iv)

Perlembagaan kelab; Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung; Senarai aktiviti utama kelab; dan Laporan Kewangan.

2.6

Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

3.

PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1

Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. 16

1.2

Nama pertubuhan ini ialah Kelab Rukun Negara dan diikuti dengan nama sekolah masing-masing.

1.3

Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objebtif

2.1

Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1.1

Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;

2.1.2

Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;

2.1.3

Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;

2.1.4

Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

2.1.5

Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percayamempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan

kerjasama antara kaum; 17

2.1.6

Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.1.7

Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3 : Keahlian

3.1

Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3.2

Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.

3.3

Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara-perkara berikut:-

3.3.1

Saling hormat-menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di manamana sahaja dan dalam apa jua keadaan. 18

3.3.2

Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab;

3.3.3

Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda yang boleh memecah-belahkan

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;

3.3.4

Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

3.3.5

Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6

Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1

Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:-

4.1.1

Kepercayaan Kepada Tuhan - Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

19

4.1.2

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

4.1.3

Keluhuran Perlembagaan - Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4.1.4

Kedaulatan Undang-Undang - Program/aktiviti yang berkaitan dengan undangundang;

4.1.5

Kesopanan Dan Kesusilaan - Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

4.2.1

Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Panduan Kelab Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1.

Jawatankuasa Kebangsaan

Induk

Kelab

Rukun

Negara

Peringkat

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.

20

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut : 1. Penaung Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri Pelajaran Malaysia

2.

Pengerusi

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

3.

Timbalan Pengerusi

4.

Setiausaha

Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Teknik dan Vokasional 21

5.

Ahli

b)

c)

d) e)

Kementerian Pelajaran Malaysia f) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri

5.2.

Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan sekolah-sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

i. ii.

Penaung

Exco Perpaduan Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri/ Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Penolong Pengarah JPNIN Negeri Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian 22

Pengerusi bersama -

iii.

Setiausaha

iv.

Ahli

5.3

Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

5.3 1. Penasihat Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/ Pengarah JPNIN Negeri Pegawai Pelajaran Daerah/ Pegawai Perpaduan Daerah Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pembantu Pembangunan Masyarakat JPNIN

2. Pe 3.

Pengerusi Bersama Setiausaha

5.

Ahli

Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

5.4

Jawatankuasa Peringkat Sekolah Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) Penaung Penasihat Penyelaras Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha - Pengetua/Guru Besar - Penolong Kanan Kokurikulum - Guru Penasihat - Seorang murid - Seorang murid - Seorang murid 23

vii) viii) ix) x)

Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Juru Audit Dalam

- Seorang murid - Seorang murid - 10 orang murid - 2 orang (seorang guru dan seorang murid) Timbalan Pengerusi, Setiausaha,

Jawatan

Pengerusi,

Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa tankuasa

Pengerusi

Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan kelab. Mempengerusikan mesyuarat kelab. Menyusun dan merangka aktiviti kelab. Merapatkan hubungan dengan Kelabkelab Rukun Negara yang lain. Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri / Daerah / Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan sebagainya. Lain-lain tugas pentadbiran kelab. Bertanggungjawab kepada Pengerusi. Membantu Pengerusi mentadbir kelab. Mempengerusikan ketiadaan Pengerusi. kelab semasa 24

Timbalan Pengerusi -

Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi. Mencatat minit mesyuarat. Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti. Menguruskan urusan surat-menyurat. Menyimpan dan merekodkan segala failfail kelab. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha. Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab. Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab. Mengusahakan sumber kewangan kelab. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi. Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan kelab. Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil. Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab. Membantu pengerusi menjalankan aktiviti kelab. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

AJK

25

Juru Audit Dalam

Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

7.1 Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah kawalan Pengetua /Guru Besar.

7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.

7.3 Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1

Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun.

8.2

Peranan Mesyuarat Agung

a)

Memilih Jawatankuasa Kelab; 26

b) c) d) e)

Membentangkan Laporan Tahunan Kelab; Membentangkan Penyata Kewangan Kelab; Menerima dan meluluskan usul dan resolusi; Hal-hal lain.

Peraturan 9:

9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila masa dan tanpa terikat kepada manamana pihak.

27

28

PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


STRATEGI PELAKSANAAN Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. (KPM) Setiap perhimpunan sekolah. Hari Korikulum Majlis rasmi. Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan Bulan Perpaduan. Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada pelbagai kaum.

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara

Pengetua/ Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

MEMPAMERK AN PRINSIPPRINSIP RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa mengingati prinsip-prinsip Rukun Negara.

Di pintu masuk hadapan sekolah. Sudut khas dalam kelas dan pejabat. Mural di dinding Papan kenyataan

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

3.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN NEGARAKU DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

29

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Menjemput ahli panel yang mewakili agama masing-masing.

TINDAKAN

4.

FORUMMEMAHAMI KEPELBAGAIAN AGAMA

1. Memperkenalkan nilainilai sejagat dalam agama. 2. Menghormati kepercayaan agama lain. 3. Menghormati penganutpenganut agama lain.

Semua murid AJK KRN

5.

CERAMAHPenerapan nilai sejagat dalam agama

1. Mendedahkan nilai-nilai sejagat dalam agama. 2. Menerapkan unsur-unsur positif dalam kehidupan.

Menjemput panel penceramah bertauliah daripada JPNIN, KPM dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Pengetua/Guru Besar PIBG JPNIN

6.

PERTANDINGAN PIDATO/DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

1. Mengasah minda dan mencungkil bakat murid 2. Memupuk minat membaca. 3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.

Pertandingan terbuka kepada setiap murid. Sempena Bulan Kemerdekaan / Bulan Perpaduan Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

KPM JPNIN Sekolah AJK KRN

30

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Menganjurkan lawatan ke rumahrumah ibadat yang dibuka untuk lawatan/seperti di Masjid Negara/Putrajaya, Batu Caves Selangor, Sam Poh Tong di Ipoh, Perak. Mendapatkan kebenaran bertuulis daripada ibu bapa. Mendapat kebenaran daripada rumahrumah ibadat.

TINDAKAN

7.

LAWATAN KE RUMAH-RUMAH IBADAT

1. Mengenali secara lebih dekat rumahrumah ibadat penganut agama lain. 2. Menyemai perasaan/sikap menghormati prinsip kebebasan beragama di kalangan setiap warganegara.

Sekolah AJK KRN

8.

MERAIKAN HARI Mendedahkan murid PERAYAAN kepada pelbagai hari PELBAGAI KAUM perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

Mengadakan majlis sambutan di sekolah. Murid digalakkan melibatkan diri di dalam aktivitiaktiviti yang dianjurkan. Program dianjurkan dalam bulan-bulan berkaitan.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

31

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Pertandingan Buku Skrap tentang kepercayaan kepada Tuhan. Sebelum dan selepas Hari Perayaan Agama; contoh: pada hari Maulidur Rasul. Mengumpul bahan-bahan berkaitan dengan keindahan dan kemusnahan alam ciptaan Tuhan.

TINDAKAN

9.

PERTANDINGAN PENYEDIAAN FOLIO/BUKU SKRAP

1. Memupuk sikap mencintai dan menghargai anugerah Tuhan di kalangan murid. 2. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada murid tentang kesan terhadap alam sekitar akibat daripada perbuatan manusia.

Guru Agama/Guru Pendidikan Moral AJK KRN

3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.

10.

KEM BINA INSAN

Mempertingkatkan kerohanian dan nilai-nilai murni di kalangan murid.

Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

11.

BAHAN PENERBITAN

Mempertingkatkan kerohanian dan nilai-nilai murni di kalangan murid.

Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

32

PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


STRATEGI PELAKSANAAN Arahan daripada KPM. Setiap perhimpunan sekolah. Hari Kokurikulum. Majlis rasmi. Sambutan Bulan Perpaduan. Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip prinsip Rukun Negara

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN) Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN NEGARAKU DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

33

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Lawatan ke Istana, Muzium DiRaja dan Muzium Negeri Lawatan Integrasi semasa Hari Keputeraan Agong. Lawatan semasa Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

TINDAKAN

3.

LAWATAN

Memberi pendedahan mengenai Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Semua murid AJK KRN

4.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FOLIO SALASILAH KESULTANAN NEGERI

1. Menyemai rasa cinta dan bangga kepada Raja dan Negara. 2. Memberi pendedahan mengenai sistem pemerintahan negerinegeri di Malaysia. 3.

Bersifat pertandingan Kerja kumpulan. Dijalankan di peringkat sekolah.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

34

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Mengadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Negeri. Nyanyian lagu Jalur Gemilang dan patriotik Tayangan gambar berunsurkan patriotik untuk semua kaum. Ahli KRN menyertai Perbarisan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Majlis rasmi yang lain.

TINDAKAN

5.

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI

Menyemai dan memupuk semangat patriotisme di kalangan murid.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

JPNIN

6.

PENGKISAHAN SEJARAH NEGARA OLEH TOKOH-TOKOH NEGARA DAN TEMPATAN

1. Mengingati dan menghayati sejarah dan pembangunan negara. 2. Menghargai jasa-jasa pemimpin negara.

Bersifat pertandingan Kerja kumpulan. Dijalankan di peringkat sekolah.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

35

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN dan sejarah Mengadakan pameran. Menyediakan bahan. Mengadakan lawatan ke pameran yang dianjurkan oleh agensi-agensi lain.

TINDAKAN

7.

PAMERAN (Sejarah Negara)

1. Mengenali menghayati negara.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

2. Memupuk perasaan cintakan negara. 3. Menghargai jasa-jasa pemimpin tempatan dan pejuang negara.

8.

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN/ KESENIAN DAN WARISAN

1. Mencungkil bakat. 2. Membentuk diri. keyakinan

Menguruskan pertandingan:a) puisi b) drama

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

36

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN c) mencipta lagu patriotik menyanyi tarian buku skrap cerpen kata bestari kenegaraan pertandingan pertandingan lain yang difikirkan sesuai dan selaras dengan prinsipprinsip Rukun Negara.

TINDAKAN

3. Memberi pendedahan kepada murid tentang kebudayaan dan kesenian kaum-kaum lain.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

d) e) f) g) h)

i)

9.

KARNIVAL PATRIOTIK

1. Memupuk semangat patriotik dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan murid. 2. Menyemarakkan jati diri murid.

Koir, sajak, pentomen dan sebagainya.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

37

PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN


STRATEGI PELAKSANAAN Arahan daripada KPM. Setiap perhimpunan sekolah. Hari Kokurikulum. Majlis rasmi. Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan Bulan Perpaduan. Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum. Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip prinsip Rukun Negara

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN NEGARAKU DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

38

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Semasa kempen/ minggu kesedaran sivik. Salah satu aktiviti Kursus Kepimpinan/ Perkhemahan. Salah satu aktiviti Bulan Patriotisme.

TINDAKAN

3.

CERAMAH

Memberi kesedaran dan kefahaman tentang keluhuran perlembagaan/pembentuk an perlembagaan/kontrak sosial.

Semua murid AJK KRN JPNIN

4.

LAWATAN KENEGARAAN

1. Memberi peluang kepada murid menyaksikan proses sistem perundangan Negara dijalankan. 2. Mempertingkatkan kefahaman murid mengenai sistem perundangan negara.

Menganjurkan lawatan ke Sidang Dewan Undangan Negeri/Parlimen

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

5.

KUIZ / PERBAHASAN (PERLEMBAGAAN)

1. Memupuk kemahiran pengucapan awam. 2. Menilai/menguji tahap pengetahuan murid tentang perlembagaan.

Menganjurkan lawatan pertandingan peringkat sekolah/daerah

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

39

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Aktiviti luar sekolah/ceramah motivasi. Kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta.

TINDAKAN

6.

PERKHEMAHAN (MOTIVASI)

1. Memupuk sifatsifat kepimpinan berlandaskan prinsip-prinsip Rukun negara. 2. Meningkatkan pengetahuan murid tentang sistem perlembagaan negara.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

7.

PERMAINAN BERASASKAN PRINSIP KETIGA RUKUN NEGARA

1. Menggalakkan integrasi kaum. 2. Memupuk perpaduan dan nilai kerjasama. 3. Menambah pengetahuan dan pengalaman tentang sistem perlembagaan negara.

Permainan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) Clue yang digunakan berdasarkan sistem perlembagaan negara. Pelaksanaan agensi-agensi kerajaan/swasta.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

40

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Pertandingan Menulis Esei Cerpen / Puisi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan Berkala

TINDAKAN

8.

PERTANDINGAN MENULIS

1. Memupuk kemahiran kreatif menulis tentang isu-isu perlembagaan negara. 2. Mencungkil bakatbakat dalam bidang berkaitan. 3. Kesedaran tentang isu-isu semasa perlembagaan negara.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

9.

DRAMA / SKETSA

1. Memupuk kreativiti.

daya

Dalam bentuk pertandingan. Berkala

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

2. Menghayati sistem perlembagaan negara. 3. Sebagai pemangkin percambahan fikiran. 4. Menggalakkan integrasi kaum.

41

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Dianjurkan di peringkat sekolah. Kerjasama dengan agensi luar. dan

TINDAKAN

10.

FORUM PERLEMBAGAAN

1. Meningkat pengetahuan tentang perlembagaan. 2. Perkongsian pengetahuan pengalaman.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

3. Memperjelaskan isu-isu semasa yang timbul (kurang difahami/keliru)

11.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP

1.

Memupuk daya kreativiti murid.

Bersifat pertandingan. Kerja kumpulan Peringkat sekolah.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

2. Kesedaran tentang isu-isu semasa dalam sistem perlembagaan.

42

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Kerja keumpulan untuk mengendalikan pameran. Menonjolkan pencapaian individu/syarikat yan berjaya. Melibatkan PIBG. .

TINDAKAN

12.

PAMERAN KENEGARAAN

1. Memupuk daya kreativiti murid. 2. Kesedaran isu-isu semasa dalam sistem perlembagaan.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

13.

BULAN KEMERDEKAAN

1. Memupuk kesedaran kebangsaan yang merangkumi Prinsip Rukun Negara. 2. Menghayati kebebasan demokrasi. idea dan

Kerja keumpulan untuk mengendalikan pameran. Menonjolkan pencapaian individu/syarikat yan berjaya. Melibatkan PIBG. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme. Contoh: Pertandingan mencipta lagu patriotik, melukis poster dan lainlain. .

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

3. Mengetahui tentang latar belakang kronologi penggubalan perlembagaan Malaysia. 4. Memupuk semangat setia dan cintakan negara

43

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Melibatkan semua murid Peringkat antara sekolah. .

TINDAKAN

14.

MENGADAKAN AKTIVITI ALA MINI PARLIMEN DI SEKOLAH

1. Mencungkil bakat murid sebagai pemimpin negara. 2. Memberi kebebasan membahas isu penting untuk pembangunan negara.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

15.

BULAN KESEDARAN PERLEMBAGAAN

1. Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pembentukan perlembagaan/kelu huran perlembagaan/kont rak sosial 2. Memperjelaskan isu-isu yang timbul yang kurang difahami/keliru. 3. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman.

Mempamerkan naskhah Perlembagaan Negeri/Persekutua n dalam Pusat Sumber Sekolah dan di papan kenyataan. Menganjurkan ceramah mengenai perlembagaan daripada agensiagensi yang terlibat. .

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

44

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Penyeragaman dalam penyediaan soalan kuiz. Hadiah disediakan oleh JPN KPM/JPNIN. .

TINDAKAN

16.

KUIZ KELUHURAN PERLEMBAGAAN

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang perlembagaan negara.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

45

PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


STRATEGI PELAKSANAAN Arahan daripada KPM. Setiap perhimpunan sekolah. Hari Kokurikulum. Majlis rasmi. Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan Bulan Perpaduan. Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum. Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip prinsip Rukun Negara

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN NEGARAKU DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

46

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Syarahan semasa perhimpunan sekolah. Mempamerkan keratan akhbar di papan kenyataan. Pertandingan buku skrap pertandingan melukis/fotografi.

TINDAKAN

3.

KEMPEN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG NEGARA DAN PERATURAN SEKOLAH

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan undang-undang serta penghayatan terhadap tugastugas penguatkuasa. 2. Menghayati cara undang-undang dipraktikan. 3. Mengetahui caracara penggubalan dasar-dasar dan peraturan tertentu.

Semua murid AJK KRN

4.

MINGGU KESEDARAN SIVIK

1. Menghayati nilainilai murni. 2. Pemahaman terhadap tugastugas penguatkuasa undang-undang.

Menganjurkan pameran dengan kerjasama agensiagensi yang berkaitan seperti PDRM, Majlis Perbandaran, Pihak Berkuasa Tempatan dan AADK.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN Agensi Berkaitan

47

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Tayangan Multimedia/slaid berkenaan tugastugas unit penguatkuasa undang-undang. Bahan dibekalkan oleh Unit-unit Majlis Perbandaran/Piha k Berkuasa Tempatan/PDRM/ JPJ/Jabatan Penerangan Malaysia.

TINDAKAN

5.

LAWATAN

1. Kesedaran tentang implikasi melanggar undang-undang. 2. Melihat sendiri cara-cara pentadbiran tempat berkenaan.

Menganjurkan lawatan ke Mahkamah Penguasa Tempatan. Lawatan ke institusi-institusi pemulihan seperti Pusat Serenti/sekolah pemulihan akhlak dan sebagainya.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

48

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Permainan mengenali peraturan sekolah/undangundang negara. Kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta.

TINDAKAN

6.

PERMAINAN (EXPLOLAW)

1. Menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum. 2. Memberi pengalaman tentang pelaksanaan undang-undang.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

49

PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN


STRATEGI PELAKSANAAN Arahan daripada KPM. Setiap perhimpunan sekolah. Hari Kokurikulum. Majlis rasmi. Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan Bulan Perpaduan. Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum. Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip prinsip Rukun Negara

Pengetua/Guru Besar Semua murid AJK Kelab Rukun Negara (KRN)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN NEGARAKU DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

Semasa majlis sekolah. Setiap perjumpaan kelab.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

50

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Menjemput penceramah dari agensi kerajaan/ swasta dan lainlain. Pertandingan Syarahan (wujudkan piala) di peringkat sekolah/daerah. Ceramah mengenai kesopanan dan kesusilaan untuk pemimpinpemimpin murid:Pengawas Ketua Kelas Pengerusi/AJK Kelab/ Persatuan

TINDAKAN

3.

SEMINAR / FORUM/ CERAMAH

1. Memperkenalkan dan memupuk prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan murid. 2. Mempertingkatkan kesedaran murid tentang nilai-nilai murni dalam masyarakat.

KPM JPNIN

JPN Biro Tata Negara

Forum mengenai adat resam pelbagai kaum/budaya/ agama.

51

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Menganjurkan lawatan ke Rumah Orang Tua, Anak Yatim dan sebagainya.

TINDAKAN

4.

LAWATAN

1. Memberi keinsafan dan kesedaran semasa melakukan lawatan ke institusiinstitusi yang berkenaan. 2. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati dan hormat-menghormati di kalangan murid.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

5.

PERKHEMAHAN (MOTIVASI)

3. Memberi pengertian dan menerapkan nilai-nilai murni bagi mengukuhkan semangat perpaduan kaum.

Penerangan budaya antara kaum. Contoh:a) Adat Resam/ Pantang Larang b) Permainan Tradisional/ Sukaneka c) Kebudayaan

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

52

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Memilih murid terbaik bertutur berbudi bahasa. yang dan

TINDAKAN

6.

KEMPEN BERBUDI BAHASA

1. Menentukan pertuturan yang baik di kalangan murid. 2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan semua peringkat umur. 3. Memupuk sikap beradab sopan dikalangan murid.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

7.

HARI KELUARGA/ HARI IBU BAPA

Memupuk dan mengeratkan kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga.

Pendedahan dan panduan kepada ibu bapa dan murid di peringkat sekolah. Ibu bapa dan murid akan melaksanakannya di rumah untuk seluruh keluarga.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN Ibu Bapa Murid

53

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
STRATEGI PELAKSANAAN Peringkat sekolah, Contoh: gerai jualan dan pameran. Pameran Kelab Rukun Negara.

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

TINDAKAN

1.

HARI TERBUKA KELAB RUKUN NEGARA

1. Meningkatkan minat murid untuk menjadi ahli Kelab Rukun Negara. 2. Mempromosikan Kelab Rukun Negara di kalangan murid pelbagai kaum.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

2.

BULAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

Mengingatkan murid tentang kepentingan Rukun Negara dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan penghayatan Rukun Negara di kalangan murid dilaksanakan.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

3.

PROGRAM PERTUKARAN MURID KE SABAH/SARAWA K/LABUAN/ SEMENANJUNG.

Mengeratkan hubungan antara murid berbilang kaum.

Sekurangkurangnya satu bulan. Peringkat kebangsaan

KPM JPNIN

54

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Lawatan antara sekolah/daerah/ negeri/wilayah. Berkonsepkan Homestay (Program Anak Angkat). Contoh: Rumah Panjang Baba dan Nyonya, Perkampungan Melayu dan sebagainya.

TINDAKAN

4.

LAWATAN INTEGRASI

1. Memupuk semangat setiakawan dan perpaduan di antara murid. 2. Memahami dan menghayati adat resam sesuatu kaum.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN JPNIN

5.

KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PERPADUAN

Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan ke arah menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

Persembahan / pertunjukkan tarian/ nyanyian tradisional. Pameran budaya adat resam pelbagai kaum.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

6.

SUKAN

1. Menggalak dan memupuk semangat kesukanan di kalangan murid. 2. Memahami dan menghayati adat resam sesuatu kaum.

Menganjurkan:i) Larian Perpaduan ii) Permainan Tradisional/Sukan eka

Pengetua/Guru Besar AJK KRN

55

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PELAKSANAAN Gotong royong di Rumah Orang Tua/Anak Yatim/Kawasan Rekreasi/Rumah Ibadat dan sebagainya. Memberi sumbangan dalam kerja-kerja kebajikan anjuran agensi kerajaan/swasta.

TINDAKAN

7.

PROGRAM PRA LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Memupuk semangat perpaduan dan sahsiah yang tinggi di kalangan murid.

Pengetua/Guru Besar AJK KRN NGO KPM JPNIN JLKN

56

LAMPIRAN C CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

57

CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA


(ARAHAN: Semua aktiviti yang dilaksanakan MESTILAH berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara)

Bulan

Aktiviti 1. Lafaz ikrar Rukun Negara

Objektif

Strategi Pelaksanaan Sila rujuk Lampiran B

Tindakan

Januari

2. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri.

Sila rujuk Lampiran B

3. Mesyuarat penaja/ 1. Melantik Agung KRN Jawatankuasa Kelab Rukun Negara. 2. Merangka aktiviti tahunan. 3. Mengemukakan aktiviti tahunan/kewan gan kepada Pengetua/ Guru Besar.

Membuat hebahan Poster Promosi Kain rentang Borang keahlian Pengumuman dalam perhimpunan sekolah Kempen

Guru Penasihat Kelab

58

Bulan

Aktiviti 1. Lafaz ikrar Rukun Negara

Objektif

Strategi Pelaksanaan Sila rujuk Lampiran B

Tindakan

Februari

2. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri.

Sila rujuk Lampiran B

3. Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Rukun Negara.

Membincang dan mengelolakan aktiviti sekolah/negeri. (rujuk Lampiran B)

Kertas kerja ceramah Rukun Negara. Pertandingan buku skrap.

Guru Penasihat Kelab AJK Kelab

4. Ceramah Rukun Negara (Latar belakang)

1. Melantik Jawatankuasa Kelab Rukun Negara. 2. Merangka aktiviti tahunan.

Memaklumkan Guru kepada JPNIN Penasihat Daerah/Negeri Kelab untuk AJK KRN menetapkan JPNIN tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan ceramah.

59

5. Pertandingan Buku Skrap

Memupuk kreativiti murid.

Pertandingan, kerja berkumpulan.

Guru Penasihat Kelab

6. Pertandingan menulis rencana mengenai perpaduan nasional (Peringkat kebangsaan.)

Mencungkil bakat di kalangan murid dalam bidang penulisan rencana mengenai perpaduan dan integrasi nasional.

Anjuran JPNIN Ibu Pejabat Syarat-syarat pertandingan akan diedarkan melalui pihak KPM

Guru Penasihat Kelab AJK KRN JPNIN Negeri/ Ibu Pejabat

7. Hari Thaipusam Sila rujuk Lampiran B 8. Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina (tarikh sambutan mengikut kesesuaian)

Sila rujuk Lampiran B

60

Bulan 1. Mac

Aktiviti 1. Lafaz ikrar Rukun Negara

Objektif

Strategi Pelaksanaan Sila rujuk Lampiran B

Tindakan

2. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri

Sila rujuk Lampiran B

3. Mesyuarat pertandingan debat perpaduan dan integrasi nasional peringkat sekolah. 4. Pertandingan debat perpaduan dan integrasi nasional peringkat sekolah. (tarikh pertandingan mengikut kesesuaian.)

. Sila rujuk Lampiran B

Sila rujuk Lampiran B

61

BULAN
April

AKTIVITI / PERAYAAN
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 1. (Maulidur Rasul) 2. Hari Keputeraan Sultan Perak 3. Hari Keputeraan Sultan Johor

TINDAKAN
Guru Penasihat Kelab AJK Kelab

Mei

1. Sambutan Bulan Perpaduan peringkat Guru kebangsaan dan Negeri (boleh dibincang Penasihat bersama dengan JPNIN/Daerah/Bahagian) Kelab 2. Hari Wesak AJK Kelab 3. Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis 4. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) 5. Bengkel Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 1. Perayaan Hari Dayak (Gawai) 2. Hari Keputeraan S. P. B. Yang di-Pertuan Agong Guru Penasihat Kelab AJK Kelab Guru Penasihat Kelab AJK Kelab

Jun

Julai

1. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 2. Hari Keputeraan Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 3. Hari Keputeraan Sultan Johor 1. Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan 2. Ulang tahun kemerdekaan negara 3. Kempen Kibar Jalur Gemilang 4. Peristiwa Israk dan Mikraj

Ogos

Guru Penasihat Kelab AJK Kelab

62

BULAN
September

AKTIVITI / PERAYAAN
1. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September 1963) 3. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri Sabah 4. Umat Islam menjalani ibadah puasa 1. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua NegeriSarawak 2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September 1963) 3. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri Sabah 4. Umat Islam menjalani ibadah puasa

TINDAKAN
Guru Penasihat Kelab AJK Kelab

Oktober

Guru Penasihat Kelab AJK Kelab

63