Anda di halaman 1dari 1

cara-cara bermain permainan chapteh.

Sebelum permainan ini di mainkan, giliran ditentukan dengan undian


yang dijalankan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah cara undian untuk
menentukan siapa yang bermula dahulu dan mengikut urutan. Penentuan
mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata
tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan
menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga
dengan lutut.Sepakan tidak dibenarkan dalam pemainan ini. Jika ia berlaku,
pemain tamat gilirannya. Ia juga dikirakan mati. Ia juga boleh dikatakan mati
jikalau bola jatuh ke tanah.
Bermain Capteh:
Pemain mestilah menimbang bola tanpa berhenti
Pemain mestilah menimbang tanpa mati dengan seberapa banyak
timbangan yang dilakukan.
Pemain yang mendapati mata yang rendah kalah dan harus didenda.
Pemain yang kalah haruslah melambungkan capteh kepada pemenang.
Pemenang pula harus menimbang sebanyak tiga kali.
Jika pemenang gagal menimbang, tiada denda yang dikenakan
kepada pemain yang kalah.
Jika pemenang berjaya menimbang, pemain yang kalah dikenakan
denda.
Permainan lepas ity, berlangsung.
Pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan
banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
http://bb2008-qasnawar.blogspot.com/2008/07/chapteh-cara-bermain.html 15.7.2008
capteh(cara bermain)

Anda mungkin juga menyukai