Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

(i)

Bilangan peserta menunggu/bye

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contohnya: 14 pasukan bertanding

Bilangan penyertaan: 14 pasukan Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan :16 Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan pesertamenunggu/bye Peserta menunggu akan disebarkan dengansama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah.

Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

(ii)

Bilangan perlawanan

Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan Penempatan pilihan atau seeded

(iii)

Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :

Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:

o Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas. o Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. o Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

(b) Kalah mati dua kali

Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri. Sekiranya pemenang

pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.

Anda mungkin juga menyukai