Anda di halaman 1dari 10

3.

0 Pertandingan Kalah Mati


Sistem pertandingan kalah mati ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Ia diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar dimana keputusannya/pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat. Pasukan yang menang dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak ke pusingan seterusnya. Dua pasukan awal yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat Akhir di mana Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti. Dua pasukan lain yang kalah dalam Peringkat Separuh Akhir akan berlawan untuk menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4. Biasanya sistem pertandingan kalah mati sekali ini dilaksanakan mengikut acara tertentu dalam bidang sukan atau permainan. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati, iaitu:

Kalah Mati Sekali

Pertandingan Kalah Mati

Kalah Mati dua kali

Rajah 3: Jenis Pertandingan Kalah Mati Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan dalam sistem kalah mati ini antaranya ialah seperti berikut:

Kelebihan Sistem Kalah Mati


Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untukpertandingan-pertandingan akan datang Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad Mampu menerima penyertaan yang banyak Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan

Rajah 4: Kelebihan Sistem Pertandingan Kalah Mati

Kelemahan Sistem Kalah Mati

Peserta hanya bertanding sekali sahaja

Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal

Penggunaan kemudahan yang minimum

Penentuan pemain pilihan adalah penting

Rajah 5: Kelemahan Sistem Pertandingan Kalah Mati

4.0 Pertandingan Kalah Mati Sekali

Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan. Cara pertandingan kalah mati sekali ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan, dan sumber manusia. Namun,sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Penempatan petanding pilihan ( seeded)

Bilangan peserta menunggu/ bye

Bilangan perlawanan

Kriteria Sistem Kalah Mati Sekali

Rajah 6: Kriteria-kriteria Sistem Kalah Mati Sekali

4.1 Bilangan Perlawanan Bilangan perlawanan ini bermaksud kiraan jumlah perlawanan yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu pertandingan. Bilangan perlawanan yang dijalankan

dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan.

Formula: (N-1) N : Jumlah Petanding Contoh : 10 Petanding Kiraan Bilangan Perlawanan = N 1 = 10 1 = 9 Perlawanan

4.2 Bilangan peserta menunggu/ bye Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan kalah mati sekali ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua (power of two), iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Semua angka ganda dua ini tidak memerlukan byes. Manakala semua angka yang lain memerlukan byes.

Contohnya : 14 pasukan bertanding Bilangan penyertaan 14 pasukan Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16 Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16 -14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/bye Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah. Angka 16 adalah 4 kuasa 2. Oleh itu, bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua, iaitu kumpulan atas dan kumpulan bawah. Sekiranya dua bye yang diperuntukkan, bye akan diberi kepada peserta pilihan pertama dan kedua.

Formula: N1 N N1 : angka ganda dua yang lebih besar daripada bilangan petanding. N : bilangan petanding. Kiraan bilangan peserta menunggu = 24 N = 16-14 = 2 bye

Angka pangkat dua (2n) 21 22 22 23 23 23 23 24 24 24 24 24 24 24

Jumlah pasukan yang mengambil bahagian (N) 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Jumlah pasukan menunggu/bye 1 3 2 1 7 6 5 4 3 2 1

Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Penyertaan Pasukan

4.2.1 Sistem Kalah Mati dengan bye Bye bermaksud

kumpulan

atau

peserta

perlu

menunggu

tanpa

memasuki pusingan pertama. Ia boleh terus

bertanding dalam pusingan kedua

dan seterusnya. Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan.

A B

D E JOHAN F

G H I

J N:10 BYES: 2

Rajah 7 :Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 10 Pasukan dan 2 Bye

Rajah 8 : Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 12 Pasukan dan 4 Bye

4.2.2 Sistem Kalah Mati Tanpa bye Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan atau lebih. Contoh bilangan petanding ialah 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.

Rajah 9 : Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali tanpa bye

4.3 Penempatan Pilihan atau Seeded Petanding pilihan merujuk kepada petandingyang terkenal atau sudah membuktikan kekuatan sebelum pertandingan bermula. Petanding-petanding pilihan ditempatkan dalam kumpulan berasingan untuk mengelakkan mereka bertemu di pusingan awal. Biasanya, mereka diberi bye pada pusingan pertama. Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut: Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal Jika terdapat 2 penalti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali. Jika terdapat 4 penalti, aturan berikut perlu digunakan: Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas. Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

Petanding pilihan 3 ditempatkan di (F). Petanding pilihan 4 ditempatkan di (E).

Rajah 10 : Carta Menempatkan Petanding Pilihan

Anda mungkin juga menyukai