Anda di halaman 1dari 17

LEMPAR CAKERA.

Sejarah
Lempar cakera merupakan acara lemparan yang mula-mula dicipta sebagai acara
sukan walaupun acara merejam lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam.
Lempar cakera dimasukkan ke dalam acara Sukan Olimpik kuno di Greek. Pada masa itu
peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera
yang digunakan pada masa kini. Cakera yang digunakan dalam Sukan Olimpik moden
pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang.
Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi di
sekelilingnya serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2
kilogram iaitu 1.923kg.
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, disediakan suatu kawasan khas yang
berbentuk segiempat sama dengan 2.5 meter panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat
lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang
dilakukan pada masa silam iaitu menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan
yang sedikit bongkok. Tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan
seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Pada Sukan Olimpik di Stockholm, acara melempar cakera dipertandingkan menerusi
penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah peserta akan membuat lemparan kali pertama
menggunakan sebelah tangan dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara
lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana kerana tidak ada teknik tertentu
yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan
sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Perkembangan Masa Kini
Pada ketika ini, lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan
dalam kebanyakkan sukan olahraga termasuk di peringkat sekolah. Acara ini disertai oleh
lelaki dan juga wanita. Hanya saiz dan berat cakera sahaja yang berbeza. Jenis cakera ini
ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga
di mana sahaja.
Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan lebih mudah dilakukan oleh sesiapa
sahaja. Bagaimanapun, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Mungkin ada yang agak
jauh tetapi dari segi teknik atau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang
tepat. Bagi mendapatkan teknik lemparan yang betul serta jarak yang jauh, seseorang itu perlu
mengikuti latihan dengan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.
Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas.
Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, kawasan lemparan cakera
berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta
melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak lemparan dan teknik lemparan
yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya. Pagar berjaring besi
ini bertujuan mengelakkan cakera mencederakan seseorang jika terlepas dari pegangan
pelempar.

CAKERA.
Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan dibaluti
oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi
leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada
kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada
bahagian tengah asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera
adalah menepati berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera
yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan
cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti
berikut :

PERKARA/BAHAGIAN LELAKI WANITA
1. Berat keseluruhan untuk
pertandingan.

2.0 kg (Minimum)

1.0 kg (Minimum)
2. Ketebalan bahagian tengah
cakera.

44 46 mm

37 39 mm
3. Diameter piring atau kawasan
rata pada tengah cakera.

50 57 mm

50 57 mm
4. Diameter keseluruhan cakera.

218 221 mm 180 182 mm
5. Ketebalan logam pada sekeling
cakera.

12.0 mm

12.0 mm


BULATAN LEMPARAN.
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk
peserta cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan
hendaklah diperbuat daripada besi logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya sama aras
dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen
atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz
bulatan ini ialah 2.5 meter pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama besar.
Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih
kurang 5 meter, manakala garisan bulatannya lurus sekurang-kurangnya 6 meter tebal dan
diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5 cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan
sekurang-kurangnya 75 cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga
diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

KAWASAN LEMPARAN.
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan
dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini hendaklah lebih kurang 60 meter
panjang, manakala bagi peringkat antarabangsa boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100
meter. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Garisan
melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan pada jarak tertentu
umpamanya 30 meter, 40 meter dan 50 meter untuk peringkat sekolah dan jarak yang lebih
jauh seperti 50 meter, 60 meter dan 70 meter untuk peringkat yang lebih tinggi.
KURUNGAN KESELAMATAN.
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa acara
lemparan cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil. Langkah
yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan di kawasan membuat
lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang kemas supaya dapat menahan
lemparan cakera yang beratnya 2 kg serta dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25 meter
sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk U` dan terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang
menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah selebar 6 meter terletak 5 meter di
hadapan setiap bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah hendaklah
sekurang-kurangnya 4 meter tinggi. Jaringnya hendaklah diperbuat daripada bahan sintetik
atau yang seumpamanya.
Jika cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,
kemungkinan besar ia akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan
terjatuh di dalam kawasan berpagar dan tidak membahayakan orang lain. Lemparan tersebut
juga batal jika gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

PITA PENGUKUR.
Acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraannya ditentukan oleh jarak lemparan
yang dibuat. Jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur. Pegawai
pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya
dibatalkan. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian
bulatan lemparan itu.

Di peringkat antarabangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk
menggantikan penggunaan pita pengukur. Dengan ini setiap jarak yang dibuat dapat diukur
dengan lebih cepat dan tepat.

CARA MEMEGANG CAKERA.
Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui
menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang
tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak menghasilkan jarak yang jauh malah boleh
membahayakan diri sendiri atau orang lain. Bagi mendapatkan pegangan yang betul, peserta
hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat cakera bergantung kepada
umur dan jantina.
Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah boleh
menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan
yamg betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum
lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau pegangan yang sesuai
dan selesa mengikut kemampuan tangannya.

CARA PEGANGAN PERTAMA.
Cara pegangan ini ialah dengan menekapkan tangan pada permukaan cakera yang
menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera yang dipegang
hanya pada bahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan mencengkam pada segi cakera.
Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberi pengawalan.
Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu sama
lain.

Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan baik dan selesa, peserta boleh
menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan ke belakang. Selepas itu peserta
bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali
dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.

CARA PEGANGAN KEDUA.
Pegangan cakera ini hampir sama dengan cara pegangan yang pertama. Perbezaan yang
ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta
hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada
bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan dengan jari kelengkeng. Ibu jari pula
dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan
tangan secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya
tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan
cakera itu ke hadapan dan ke belakang beberapa kali diikuti dengan lemparan dekat beberapa
kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.

CARA PEGANGAN KETIGA.
Adakalanya peserta mempunyai jari-jari tangan yang pendek dan mungkin menjadi
masalah padanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan
cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah pegangan cara ketiga ini adalah khusus untuk
mereka yang mempunyai jari-jari yang agak pendek. Peserta henndaklah menekapkan seluruh
tapak tangannya pada cakera dengan menutup dua per tiga sahaja daripada bahagian berlogam
pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai ke
logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh bahagian lengan peserta. Ini
perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah
sama seperti dalam pegangan cara kedua. Bagi memastikan pegangan itu kemas dan selesa,
peserta boleh mengikut langkah dalam pegangan pertama dan kedua iaitu menghayunkan
cakera sebelum melontarnya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA.
Umumnya terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera iaitu gaya berdiri dan
gaya berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan
variasi oleh ahli-ahli sukan dalam lempar cakera.
Bagi pelajar yang baru belajar, adalah memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan.
Latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu langkah
ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa atau menguasai teknik
melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan gaya rotasi badan boleh diperkenalkan
kepada mereka.

1eknik Caya Berdiri.
Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90.

Fasa 1 : Persediaan.
1. Pelajar berdiri dengan cakera menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah
kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki
berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki
kiri.
2. Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2 : Hayunan Awalan.
1. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan
menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan
kepada cakera. Lihat juga Iasa 1.
2. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan
dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki
kanan mengikut rentak hayunan.
3. Semasa hayunan ke belakang, pelajar handaklah merendahkan badannya sedikit
(bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas
hujung kaki.

Fasa 3 : Membuat Lemparan.
1. koran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan)
pelajar mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala
mendongak.
2. Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera
dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke arah bahu kanan. Sudut
lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai ialah 30 35 darjah.

Fasa 4 : Ikut Lajak dan Pemulihan.
1. Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan
sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini penting untuk menambah daya kepada
lemparan itu.

1eknik Caya Berpusing.

Teknik ini agak sukar bagi pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum
menguasai kemahiran amelempar dengan gaya berdiri. Teknik gaya berpusing badan atau
rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan secara ansur maju. Dengan gaya rotasi ini,
momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya,
berpusing dan tindakan melempar disaat-saat akhir.
Rajah 10.1 Lempar cakera gaya berpusing

Fasa 1 : Persediaan.
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan
cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang
bahu.

Fasa 2 : Hayunan Awalan.
Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang
diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya
mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3 : Rotasi Atau Berpusing.
Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi
atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam
sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan. Selesai sahaja langkah ini, kaki
kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas
bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing),
kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 4 : Membuat lemparan.
Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan,
tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut.
Peserta akan berasa logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pada ketika
inilah cakera itu di lempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar mengikut arah
jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-
kedua belah kaki membantu tindakan melempar dengan menolak kuat ke atas tanah.

Fasa 5 : Ikut Lajak dan Pemulihan.
Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan
di atas leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakkannya. Pada masa yang sama,
kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil
mengimbangkan badannya, peserta terus memerhati cakera hingga ia mendarat.
ebaikan 1eknik Lemparan Caya Berpusing.
i. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi
pusingan badan dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.
ii. Pergerakkan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan
yang membanggakan.
iii. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakkan dan lemparan serta dapat mengelakkan
daripada pembaziran tenaga.
iv. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang
tidak menggunakan teknik lemparan ini.

eburukan 1eknik Lemparan Caya Berpusing.
i. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang
diperlukan.
ii. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan
lemparan yang dibuat.
iii. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.
iv. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.

LATIHAN ANSUR MA1U.
Latihan 1.
Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
O Latihan ini boleh dilakukan secara berpasangan.

i. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit.
ii. Hayun cakera berulangkali ke depan dan ke belakang sisi badan. Ingat supaya jangan
mengenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini.
iii. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan
cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Disaat-
saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan
telunjuk.

Latihan 2.
Tujuan : Latihan Iasa akhir dalam lemparan cakera.
Berdiri dan melempar cakera dengan kilasan badan.
i. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang
cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
ii. Hayun cakera ke belakang dengan tangan menyilang dengan tangan kanan. Ketika
melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
iii. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua
belah kaki melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3.
Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayun cakera.
i. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun
cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
ii. Pada kali kedua sambill menghayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan
jam (sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
iii. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.
iv. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
v. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan
badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan
dan kemudian beransur maju.

Nota : Pada peringkat awalan, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan
dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4.
Tujuan : Simulasi selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
i. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan
hayunkan cakera.
ii. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan
ke depan bulatan.
iii. Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan bulatan, kaki kanan berpaksi dan
pengilasan badan disempurnakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan.
iv. Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilemparkan ke depan. Pada ketika lemparan,
pastikan kaki kanan menolak kuat ke atas tanah.

Biomekanik Dalam Melempar Cakera.
Faktor- Iaktor Aerodinamik.


Jarak dalam melempar cakera adalah dipengaruhi oleh Iaktor-Iaktor berikut :

i. Pengumpulan dan pemindahan daya.
ii. Daya centripetal` dan centriIugal`.
iii. Struktur badan pelempar.
iv. Kelajuan lemparan.

1. Pengumpulan dan pemindahan daya.
Faktor-Iaktor yang patut diambilkira ketika penerbangan cakera ialah seperti berikut :
i. Halaju pelepasan.
ii. Sudut pelepasan.
iii. Sudut attitude`.
iv. Halaju angin yang bertiup.
v. Putaran cakera.
vi. Ketumpatan udara yang dilalui.
~ Halaju pelepasan ~ Sudut attitude` ~ Sudut pelepasan

2. Daya centripetal` dan centrifugal`.
Daya centripetal` (Fc) adalah daya sesuatu jasad yang bergerak ke dalam sesuatu bulatan.
Fc MV di mana M jisim, V halaju, R jejari
R
Daya centriIugal` adalah daya yang bertentangan dengan daya centripetal` dan bergerak
keluar dari bulatan.

3. Struktur badan pelempar.
Selain daripada kekuatan, ketinggian badan pelempar adalah suatu Iaktor yang
penting. Seorang pelempar yang tinggi akan melempar dengan jarak yang lebih jauh. Ini
adalah kerana hasil range` atau julat yang lebih besar.

4. Kelajuan pelempar.
Penambahan kelajuan melempar cakera memberi penambahan jarak yang lebih kerana
liIt` cakera adalah berkadar ganda dua halaju. Kelajuan lemparan juga berpunca daripada
pusingan yang sempurna dan kemas. Semasa melakukan pusingan, hendaklah dilakukan di
atas bebola kaki kerana permukaan yang kecil akan mengurangkan rintangan terhadap
permukaan gelanggang.
Semua daya udara ke atas cakera boleh dicampur menjadi paduan yang bertindak di
satu titik yang dipanggil pusat tekanan (centre oI pressure). Apabila sudut attack` menambah,
pusat tekanan ini akan ke depan dan daya paduan pun bertambah. Ini ada hadnya kerana
apabila had ini terlebih, turbulence` di belakang cakera akan mengganggu pengaliran udara
di bahagian atasnya, maka daya ke atas pun hampir hilang dan drag` menambah. Had sudut
ini dipanggil stalling angle` dan cakera pun jatuh oleh tarikan daya graviti.




UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN SERTA KEPEGAWAIAN

O UNDANG UNDANG DAN PERATURAN

i. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan
yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.
ii. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang, mereka akan diberi tiga lemparan dan
lapan peserta yang mempunyai lemparan yang paling jauh akan memasuki pusingan
akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan
pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan
terus diberi enam percubaan seorang, dan lemparan yang paling jauh daripada enam
percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.
iii. Setelah pertandingan bermula peserta tidak lagi dibenarkan menggunakan kawasan
lemparan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan sama ada dengan peralatan
ataupun tanpa peralatan.
iv. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannya atau pemenang mengikut jarak lemparan
paling jauh dan sah.
v. Cakera hendaklah dilempar bermula dari kawasan lemparan yang disediakan dan
hendaklah bermula dari kedudukan statik.
vi. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan bulatan lemparan sebelum cakera
mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan. Cara keluar dari bulatan yang tidak
betul dikira batal.
vii. Untuk menjadikan lemparan itu sah, cakera hendaklah jatuh didalam kawasan
pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan yang
mengelilingi bulatan.
viii. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh peserta,
walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelum.
ix. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh
memberikan kelebihan atau menjarakkan jarak lemparan cakera.
x. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada
tapak kasut dengan tujuan memberi kelebihan kepadanya atau lemparanya.
xi. Sekiranya terdapat keputusan yang seri, semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik
bagi setiap peserta. Semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta
berkenaan melakukan satu lemparan tambahan. Peserta yang mencapai jarak lebih jauh
daripada lemparan tambahan di kira pemenang.
xii. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang undang yang ditetapkan,
termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.
xiii. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat
kesukanan, sekira lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira.
xiv. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang telah ditetapkan
untuk acara ini.

O PEGAWAI PERTANDINGAN

Dalam mengadili acara lempar cakera ini tiga hingga lima orang pegawai atau
pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan
menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah, menerusi sentuhan kaki peserta pada
garisan bulat lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena
jaring keselamatan. Dua oran pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di
kawasan pendaratan da dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh
peserta.

O LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN

i. Kesihatan Sebelum menjalankan sesuatu latihan perlu dibuat soal selidik dari segi
kesihatan peserta. Perhatikan tentang Iizikal, kedudukan mental dan beban latihan
peserta sesuai dengan keadaan peserta.
ii. Pakaian Memakai pakaian yang sesuai untuk membuat pergerakan . Tidak memakai
barang perhiasan.
iii. Tempat latihan Tidak basah dan licin. Tempat yang sesuai dan selamat.
iv. Alatan Mempunyai alatan yang cukup dengan bilangan peserta. Peserta menggunakan
alat yang sesuai dengan peringkat umur. Keadaan alat yang baik dan menggunakan alat
dengan cara yang betul.
v. Prosedur alat Prosedur atau disiplin. Memberikan arahan mengikut ansur maju,
mengikut peraturan sesi latihan, patuhi langkah langkah keselamatan semasa melempar
cakera. Melempar cakera ke arah yang sama. Tidak membuat lemparan cakera kepada
pasangan yang berhadapan dan tidak membuat lemparan dan mengumpul cakera pada
masa yang sama.
vi. Memastikan setiap pelajar tidak berada di hadapan atau tempat sasaran semasa lemparan
dilakukan.
vii. Pelajar yang tidak melempar hendaklah berada sekurang kurangnya tiga meter
daripada pelajar yang akan membuat lemparan.
viii. Lemparan hendaklah dilakukan mengikut giliran masing masing. (seorang lepas
seorang).
ix. Cakera diambil setelah semua pelajar telah melakukan lemparan.
x. lakkan bermain main, mengacah acah dan bergurau dengan kawan menggunakan
cakera.
xi. Sentiasa mematuhi arahan arahan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai