Anda di halaman 1dari 6

IPG KAMPUS ILMU KHAS

PENGENALAN LARI PECUT


Biasanya acara-acara olahraga dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu acara

balapan atau acara trek, dan acara padang. Lari pecut termasuk dalam acara balapan. Lari pecut atau lari deras didefinasikan sebagai larian yang pantas dibandingkan dengan larianlarian lain. Lari pecut merangkumi acara-acara yang jaraknya dari 100 meter, 200 meter dan 400 meter, sama ada pesertanya terdiri daripada lelaki ataupun wanita. Walaubagaimanapun, lari pecut ini tidak dapat dicapai jika faktor-faktor seperti angin, permukaan balapan dan intensif pada pelumba tidak diambil kira.Jadi, adalah lebih tepat jika lari pecut didefinisikan sebagai larian pada kebolehan maksimum tanpa sebarang bantuan pada suatu jarak tertentu. Sering dikatakan bahawa pelari pecut memang memiliki keupayaan semulajadi yang wujud sejak dilahirkan, bukan dibentuk. Walaupun penyelidikan-penyelidikan mendapati dakwaan ini benar, namun pelari pecut yang memiliki kemampuan sederhana boleh menjadi pelari pecut kelas pertama dengan adanya latihan yang sistematik dan pertandingan yang betul. Secara asasnya, lari pecut memerlukan tenaga tinggi yang dikenali sebagai tenaga anaerobik
bagi membolehkan seseorang individu membuat satu terdaya. larian jarak dekat dengan sepantas yang

SEJARAH OLAHRAGA LARI PECUT


Antara acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan adalah lari pecut. Pada zaman olimpik kuno, kebanyakan acara melibatkan acara lari pecut. Pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan merupakan rujukan terawal pada zaman moden. Acara lari pecut mula menjadi semakin terkenal pada abad ke-19. Pertandingan biasanya diadakan di padang atau lebuh raya (turnpike road). Curley, merupakan pelari pecut terawal dan digelar sebagai Brighten Shepherd kerana telah berjaya membuat larian pecut sejauh 100m dalam masa 12.5 saat pada 1805.

1
OLAHRAGA

GERKO

IPG KAMPUS ILMU KHAS

Salah satu rekod terawal untuk lari pecut telah diadakan di Kent pada 1754. Antara acara yang paling awal dipertandingkan adalah acara stade di mana ia melibatkan jarak 192 meter. Ia dikenali sebagai acara stade berdasarkan jaraknya yang juga merupakan panjang stadium. Kemudian, dialos yang merupakan larian ulang alik di mana jaraknya dua kali ganda stade, 384 meter (192 meter x 2) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Pada zaman olimpik kuno, blok permulaan di bina melintang keluasan stadium berkenaan sebagai penanda tempat larian bermula. Blok permulaan pada zaman itu diperbuat daripada batu marmar. Pada blok permulaan terdapat lubang saiz tapak kaki. Walaubagaimanapun, semua atlet menggunakan blok yang sama tanpa mengambil kira saiz kaki mereka yang berbeza-beza. Atlet pada ketika itu juga berlari tanpa memakai kasut sukan. Husplex yang merupakan pagar permulaan digunakan untuk memulakan perlumbaan. Namun, pada abad ke-19, perkembangan lari pecut amat terbatas kerana tiada undangundang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Kekurangan ini menyebabkan pelbagai cara permulaan digunakan sehingga membawa kepada masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Bermula tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Pencil start merupakan antara cara permulaan terawal yang digunakan. Melalui cara ini, setiap atlet perlu berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Perlumbaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Permulaan dengan gaya berdiri, di mana semua atlet mengambil kedudukan di bahagian belakang garis permulaan kemudiannya dikenali sebagai kaedah yang dipersetujui oleh semua pihak. Kaki hadapan hendaklah berada di atas garisan dengan kaki belakang berada pada jarak 68 inci ke belakang. Kedudukan badan pula dicondongkan sehingga dada hampir selari dengan tanah. Gaya dekam mula wujud pada tahun 1884. Gaya ini buat pertama kalinya digunakan oleh Bobby Mac Donald yang merupakan orang Mouri yang menetap di Scotland. Gaya ini dikenali sebagai kangaroo start di Australia. Terdapat tiga jenis gaya dekam yang biasa digunakan. Antaranya ialah bunch or bullet start, elongated start, dan medium start.
2
OLAHRAGA GERKO

IPG KAMPUS ILMU KHAS

Bunch or Bullet start Permulaan untuk teknik ini melibatkan kedudukan kedua-dua kaki diletakkan di belakang garis permulaan dengan jarak antara kaki masing-masing adalah 11 inci atau kurang. Namun begitu, kajian menunjukkan sebaik sahaja kaki digerakkan daripada blok, kelajuan badan akan berkurangan. Teknik ini juga memerlukan kekuatan otot yang sangat tinggi untuk menguasainya dengan baik. Walaubagaimanapun, teknik ini tidak sesuai untuk atlet muda dan atlet yang baru belajar.

Elongated Start Kaki diletakkan berjauhan antara satu sama lain dengan kedudukan kaki hadapan berhampiran dengan garisan. Tetapi, dalam semua kajian telah membuktikan kaedah ini merupakan kaedah yang kurang efektif berbanding kaedah lain.

Medium Start Kaedah ini merupakan satu-satunya kaedah yang memberikan keputusan yang terbaik. Pelari pecut yang baru perlu diajar dengan kaedah asas gaya dekam ini supaya mereka dapat menguasai teknik dan kemahiran yang betul serta efektif.

SEJARAH PENCAPAIAN DALAM ACARA LARI PECUT


Sebelum tahun 1921, kebanyakan pertandingan lari pecut hanya untuk peserta lelaki sahaja. Pertandingan pertama untuk peserta wanita diperkenalkan di Monte Carlo pada tahun 1921. Rekod rasmi lelaki pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan masa 11.0 saat untuk acara 100 meter. Pada Sukan Olimpik tahun 1928, Marlies Gohr dari Jerman telah berjaya menjadi pemegang rekod pertama dengan catatan masa yang lebih singkat iaitu 10.88 saat.
3
OLAHRAGA GERKO

IPG KAMPUS ILMU KHAS

Manakala dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Orang pertama yang berjaya mencatatkan masa 22 saat untuk acara 200 meter adalah Charles Wood. Sukan Olimpik pada tahun 1948 telah memperkenalkan acara 200 meter untuk wanita. Pada tahun tersebut, rekod terbaik telah disandang oleh Wilma Rudolph dari Amerika dengan catatan masa 22.9 saat. Maxie Long pula telah muncul sebagai orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat untuk acara 400 meter. Walaubagaimanapun, rekod masa yang dicatatkan oleh beliau telah diperbaharui oleh Lee Evans dengan catatan masa 43.86 saat pada tahun 1968. Bagi wanita, peserta dari Australia iaitu Marlene Mathews telah berjaya mencatat masa 57.0 saat untuk acara 400 meter. Namun begitu, rekod tersebut telah berjaya diatasi oleh peserta dari Poland iaitu Szewinska dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Rekod tersebut bertahan sehingga tahun 1978 di mana Marita Koch dari Jerman pula berjaya mencatat masa yang lebih baik iaitu 48.94 saat.

KESIMPULAN
Berlari merupakan satu aktiviti yang boleh menjana perkembangan mental dan fizikal yang sihat di mana ia dapat merangsang kecergasan otot dan kecerdasan minda pada tahap yang optimum. Beberapa kemahiran atau ciri perlu ada pada seseorang individu untuk membolehkan mereka berlari dengan pantas. Bagi mencapai matlamat untuk berlari dengan pantas, seseorang individu itu perlu memiliki kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan yang terutama adalah kebolehan

semulajadi. Latihan yang bersistematik dan berjadual juga memainkan peranan yang penting bagi membolehkan seseorang itu menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri mereka.

4
OLAHRAGA

GERKO

IPG KAMPUS ILMU KHAS

RUJUKAN

Vasudevan T. Arasoo. Olahraga Acara Balapan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1993.

Peter Warden. Sprinting and Hurdling. British Amateur Athletic Board: The Crowood Press, 1989.

http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=52&t=168 http://ms.wikipedia.org/wiki/olahraga http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-danaplikasi

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lari-pecut.html http://kkledangsp.kklej.edu.my/sukan/eBOOK/12%20olahraga.pdf

5
OLAHRAGA

GERKO

IPG KAMPUS ILMU KHAS

LAMPIRAN

6
OLAHRAGA

GERKO

Anda mungkin juga menyukai