Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH OLAHRAGA

SEJARAH OLAHRAGA Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun diadakan sejak lebih 3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Bagaimanapun, tidak ada bukti lain yang dapat mengukuhkan dakwaan ini. Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan catatan tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah pun melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat mereka bukan untuk menjadikannya sebagai sukan tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci (7.0485). Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata dunia dan bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia turut meningkat. Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet dari Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul atlet-atlet dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka capai masih belum memberangsangkan. Kini, atlet-atlet olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada yang mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.

SEJARAH LARI PECUT


SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular.Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undangundang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod

larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

PENGENALAN ACARA LARI PECUT


PENGENALAN ACARA LARI PECUT Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut .

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c)Tangan digerakkkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ). Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari.Bagi

faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak.Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

Faktor yang paling pentinguntuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 mdan 210 m untuk 200 m.Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut untuk melewati garisan penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.9 mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

ANSUR MAJU
Latihan Ansur Maju Latihan mendorong 1.Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan. 2.Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam kumpulan. 3.Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh. 4.lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan. Larian teknik pecut 1.Berlari dengan melangkah panjang. 2. Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut. 3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. 4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan. 5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. 6. Berlari menyepak ke belakang. 7.Berlari dengan lutut tinggi dan memecut. 8.Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan 1.Melonjak untuk jarak 2. melangkah panjang ( bounding )

3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan. 4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut. 5. Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

Kesesuaian Lari Pecut 100 meter bagi pelari OKU


Saya memilih acara lari pecut 100 meter untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana acara ini begitu mudah dijalankan.Tiada perbezaan yang ketara diantara undang-undang lari pecut 100 meter bagi pelari normal dengan undang-undang lari pecut 100 meter bagi OKU. Namun begitu, terdapat beberapa undang yang perlu dilonggarkan adalah: i. Acara ini ditukarkan kepada acara lari pecut 90 meter. OKU mempunyai pelbagai spesifikasi nama seperti Down Syndrom, Slow Learner, ADHD, Celberal Palsy, Autisme dan sebagainya. Mereka ini juga mempunyai beberapa jenis penyakit seperti penyakit jantung.Oleh sebab itu, acara ini perlu diubah kepada acara lari pecut 90 meter untuk mengelakan mereka mengalami masalah jantung semasa acara ini dijalankan.

ii. Juara boleh diambil kira walaupun terkeluar dari landasan trek. Apa yang kita ketahui, sesetengah OKU tidak boleh fokus dalam melakukan sesuatu tindakan seperti mereka yang tergolong dalam penyakit Autisme. Maka mereka boleh diberi peluang untuk menjadi juara dalam acara ini walaupun mereka tidak berada dilandasan trek yang betul.

iii. Tidak perlu mengikut teknik larian yang betul. Mereka ini juga tidak perlu mengikut teknik larian yang betul tetapi boleh diberi perhatian sekiranyan mereka berpotensi untuk menjadi seorang pelari pecut.

iv. Masa larian Masa yang diambil untuk acara larian ini juga tidak perlu diterhadkan kepada masamasa yang tertentu.Maka, mereka yang berada didepan dan pantas boleh dikira sebagai juara.

v. Ujian saringan Ujian saringan yang dilakukan juga adalah mengikut kemahiran OKU dalam bidang masing-masing dan tidak mengikut kategori.Perlu melakukan pembahagian kumpulan bukan kategori untuk mengenal pasti mereka yang layak.

vi. Menamatkan 10 meter lebih dari jaraknya. Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 mdan 210 m untuk 200 m bagi pelari pecut normal manakala untuk pelari oku, tidak perlu untuk menamatkan 10 meter lebih dari jaraknya tetapi boleh dikira menang apabila seseorang pelari telah sampai ke garisan penamat.

Sumber Rujukan
http://ogos1992.blogspot.com/2006_11_01_archive.html
http://www.kbs.gov.my/carian2.php?cari http://sports-media.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/26800261/PENDIDIKAN-JASMANI-OLAHRAGA-LARI-PECUT

Anda mungkin juga menyukai