Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Perkembangan Lompat Tinggi

Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati
dan senantiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan
dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896. Acara Lompat Tinggi telah
diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana
berbagai gaya lompatan yang digunakan oleh para atlet.
Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara
Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68
meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan
gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih
ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan
dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan
badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini tidak
digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga IrishAmerican M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bagian
belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya
menciptakan teknik yang bekersan dan menciptakan rekod 6 5 5/8 (1.97m)
pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau
Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan
selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya.
Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya
hingga kini.
Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta
teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6
kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua pesertapeserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya
ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini
boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.
Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi
ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang

cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung
dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di
Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan
dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini
membuktikan kepopularan gaya ini.
Di antara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh
peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sajalah yang agak
saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.

Anda mungkin juga menyukai