Anda di halaman 1dari 22

LARI JARAK JAUH 10 000 METER

LARIAN JARAK JAUH :2000 METER LARI BERHALANGAN

2000 meter berhalangan merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, termasuk Sukan Ohmpik.

ATURAN DAN CARA LARIAN

Semua pelari akan berlari sebanyak 5pusingan balapan yang diubahsuai yang keseluruhannya terdapat 28 halangan berpagar dan tujuh halangan kolam berair. Pelari dibenarkan memijak atau memegang halangan berpagar pada setiap kali melompat untuk melepasi halangan ini. Pelari berlari tanpa mengikut lorong dan ini bermakna setiap pelari boleh berlari sama ada pada lorong paling dalam atau sebaliknya.

Untuk memulakan larian, semua peserta akan berbaris di garisan permulaan dan dibenarkan berlari sebaik sahaja isyarat berlepas diberikan oleh pegawai pelepas.

Untuk memenangi acara ini , pelari dikehendaki berlari dan permulaan larian hingga ke garisan penamat. Pelari yang gagal berbuat demikian, bukan sahaja kedudukannya di akhir perlumbaan akan dibatalkan, malah larian menjadi sia-sia sahaja

MEMBUAT LOMPATAN

Pelari hendaklah mengelakkan daripada memperlahankan larian ketika mahu membuat lompatan melepasi halangan kolam berair.

Pelari hendaklah memijak disebelah kaki pada halangan pagar dan menggunakan kaki yang sama untuk menolak kaki yang satu lagi ke hadapan untuk mendarat di dalam kolam.

Pelari hendaklah membuat lompatan dengan mengekalkan keseimbangan pada badan ketika melompat dan mendarat. Elakkan daripada mendarat di luar kawasan berair kerana untuk melakukan pendaratan pelari perlu menggunakan tenaga yang lebih kuat sehingga sukar untuk meneruskan semula larian.

ATURAN LARIAN
Sebagai panduan, berikut adalah sebahagian daripada aturan dan undang-undang larian untuk acara 10 000 meter. Pelari dinasihatkan supaya memahami aturan ini sebelum dia dapat mengamnbil bahagian dalam sesuatu kejohanan atau perlumbaan.

1. Pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz 400 meter. 2. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.

3.

Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan. Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di balapan dan tidak menggangu pelari lain yang sedang berlari.

4.

TEKNIK LARIAN

Disebabkan acara 10 000 meter ini juga merupakan acara lari jarak jauh, cara atau teknik larian acara ini juga adalah sama dengan acara 5000 meter.

1. Berlari di lorong yang paling dalam. 2. Cuba mengekalkan kepantasan. 3. Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri 4. Meningkatkaa kepantasan pada akhir larian.

PERMULAAN

Gaya berdiri adalah cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan 10 000 meter ini. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian serta peralatan yang sesuai.

Pegawai pencatat pusingan sudah tentu akan sibuk dengan senarai nama peserta yang mengambil bahagian. Mereka mencatat setiap pusingan yang dilepasi oleh para pelari bagi mengelakkan kemungkinan pelari berlari dengan bilangan pusingan yang kurang atau lebih.

Kedudukan pelari di garisan permulaan adalah sama. Garisan permulaan acara ini ialah pada permulaan 400 meter, tetapi pada garisan Iurus dan bukan seperti untuk permulaan 400 meter. Pegawai perlumbaan akan memastikan semua peserta bersedia, sebelum pegawai pelepas memberi isyarat untuk memulakan perlumbaan. Arahan atau isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas adalah sama.

Garis permulaan

Lorong yang digalakkan untuk digunakan

Sebaik perlumbaan bermula, pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam (lorong dalam) bagi mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang lebih jauh jika lorong luar digunakan. Sebaik-baiknya pelari hendaklah memulakan larian dengan agak laju sedikit bagi melepaskan diri daripada kumpulan pelari lain, jika tidak sudah tentu pelari berkenaan berlari bersama pelari lain dalam kumpulan.

Garis permulaan

Lorong yang digalakkan untuk digunakan

MELAKUKAN LARIAN

Umumnya teknik larian acara 10 000 meter ini adalah sama seperti larian untuk 5000 meter atau sebarang jarak jauh yang lain.

1. Berlari pada lorong di bahagian dalam.


Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam (lorong 1) supaya jarak tidak berlebihan berbanding berlari di lorong luar (lorong 8).

2.

Mengekalkan kepantasan.
Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama sepanjang larian. Walaupun perlahan dan merasa letih selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dan memyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.

3.

Berlari mengikut rentak dan cara scndiri.


Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk acara jarak jauh kerana pelari sendiri akan terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian.

4.

Menyimpan tenaga.
Pelari harus bijak berlari lanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga.

MENAMATKAN LARIAN

Selepas para pelari melepasi pusingan ke-24, bermakna mereka mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian, loceng atau siren akan dibunyikan oleh pegawai perlumbaan. Ketika inilah pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan mereka lakukan untuk menamatkan acara itu.

Walaupun pada peringkat ini kebanyakan pelari sudah keletihan dan mulai kehilangan tenaga, jika boleh pelari hendaklah meningkatkan sedikit kepantasan pada peringkat akhir larian.

Peserta yang paling awal tiba ke garisan penamat adalah pemenang.

LATIHAN PELAZIMAN
Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persediaan awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain sebagai gabungan dengan latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke semasa.

Ada baiknya latihan pelaziman merangkumi tiga aspek utamanya seperti berikut:

1. latihan memanaskan badan yang antara Lain merangkumi aspek-aspek seperti joging dan lari pecut untuk jarak tertentu. 2. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.
3. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai