Anda di halaman 1dari 12

Sejarah dan Asal Usul Bola Jaring

Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan di kalangan wanita.


Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah
satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel.
Permainan bola jaring yang seakan-akan menyamai bola keranjang, mula
dipopularkan oleh orang Amerika. Sejak tahun 1897, permainan tersebut mengalami
banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk menyesuaikan peraturan
permainan serta peralatan yang digunakan oleh para pemain, yang rata-ratanya
adalah kaum wanita.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring
telah diterbitkan di England. Peraturan ini dibuat bagi membezakan permainan ini
dengan bola keranjang. Skor atau mata dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar
kepada jaring dan saiz bola dikecilkan sebesar bola sepak. Permainan ini kemudian
dipopularkan oleh negara-negara Tanah Jajahan British.
.
Sambungan……..

Pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa pertama kali diadakan


pada tahun 1949. Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Antarabangsa telah
ditubuhkan. Serentak dengan itu, undang-undang dan peraturan yang berkaitan
dengan permainan bola jaring dibuat dengan lebih terperinci. Pada peringkat awal,
permainan bola jaring diperkenalkan di Malaysia oleh guru-guru Inggeris kepada
anak-anak tempatan.
.

Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-
mubaligh Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di
negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi
Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an
hingga lewat 1980an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan di kalangan pelajar
wanita di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.
Kemahiran dan Hantaran
dalam Bola Jaring
1. Hantaran dada 2. Hantaran bahu

3. lob

4. Hantaran 5. Hantaran
Lantun sisi
Alat dan Peralatan
Bola Jaring

bola bibs

Tiang kasut Gelangang


dan kedudukan
jaring

Anda mungkin juga menyukai